lightning-solid
Berita :
Tuisyen Rakyat Bantu Calon SPM Buat Persiapan Akhir
Tuisyen Rakyat Bantu Calon SPM Buat Persiapan Akhir
Amiirullah Mansor
3 jam yang lepas
63

DUNGUN, 1 November — Program Tuisyen Rakyat yang dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu terus mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat, berkata beliau berasa gembira melihat semangat tinggi dalam kalangan pelajar yang gigih membuat persiapan akhir bagi mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan nanti. 

Menurut beliau, kejayaan pelajar bukan sahaja bergantung kepada kecerdikan semata-mata, tetapi juga kepada kesungguhan, disiplin dan usaha berterusan, termasuk mengambil peluang menyertai program bimbingan seperti Tuisyen Rakyat yang disediakan oleh kerajaan negeri. 

“Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu calon SPM membuat persiapan akhir menjelang peperiksaan. Ia bukan sekadar kelas tambahan, tetapi juga ruang untuk pelajar mengulang kaji bersama tenaga pengajar yang berpengalaman dan memahami keperluan sebenar mereka,” katanya. 

“Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang tidak pernah jemu mencurah ilmu dan sentiasa memberi dorongan kepada pelajar. Usaha mereka ini sangat besar maknanya dan amat dihargai,” tambah beliau. 

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan Program Tuisyen Rakyat di Sekolah Agama Rakyat Felda Kerteh 4, hari ini, sambil beramah mesra dengan para pelajar dan guru yang terlibat.

571016968_1370296737792309_7122645000994816146_n.jpg 327.59 KB
Satiful turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran program berkenaan, termasuk pihak sekolah, jawatankuasa penganjur dan komuniti setempat yang sentiasa menyokong inisiatif pendidikan negeri. 

Katanya lagi, komitmen kerajaan negeri terhadap pendidikan rakyat tidak pernah luntur, malah akan terus diperkukuh melalui pelbagai program dan bantuan bagi memastikan pelajar Terengganu tidak tercicir, sebaliknya mampu bersaing di peringkat lebih tinggi. 

Beliau berharap agar usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh para pelajar serta tenaga pengajar hari ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan serta menjadi inspirasi kepada pelajar lain di seluruh negeri. 

568859856_1370296751125641_3029347897634285243_n.jpg 145.33 KB


Tag :

Artikel Berkaitan