lightning-solid
Berita :
Wanita Patah Jari Ibu Kaki Ketika Daki Air Terjun Misteri
Wanita Patah Jari Ibu Kaki Ketika Daki Air Terjun Misteri
Hafiz Rosli
3 jam yang lepas
65

KEMAMAN, 1 November – Seorang wanita berusia 49 tahun mengalami kecederaan patah jari kaki kanan selepas tergelincir ketika mendaki di kawasan Air Terjun Janda Mandi, yang turut dikenali sebagai ‘air terjun misteri’ oleh penduduk tempatan, di sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.03 tengah hari sebelum sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian. 

"Difahamkan, mangsa tersebut ditemani rakannya mendaki bukit tersebut. Ketika melalui laluan berbatu, mangsa tiba-tiba tergelincir menyebabkan salah satu jari kakinya dipercayai patah hingga menyukarkan mangsa untuk berjalan. 

"Kita membawa turun mangsa ke kaki bukit dengan menggunakan pengusung sejauh kira-kira dua kilometer dari kawasan bukit berketinggian kira-kira 80 meter," katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Mohamad Hanif berkata, operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa kira-kira satu jam melalui kawasan belukar dan lereng bukit yang curam serta licin. 

"Meskipun berdepan sedikit kesukaran, kami berjaya menyelamatkan mangsa dan wanita itu kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut," ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan