lightning-solid
Berita :
28 Peserta Hadir Kursus Pemantapan Kemahiran Refleksologi
28 Peserta Hadir Kursus Pemantapan Kemahiran Refleksologi
Adli Mohamad
19 Aug 24
115

Oleh : Ammaarsalehudin

KUALA TERENGGANU, 19 Ogos - Seramai 28 peserta telah terlibat dalam kursus Pemantapan Kemahiran Refleksologi kaki, Tangan dan Telinga dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dengan kerjasama Persatuan orang-orang Cacat Penglihatan (PERTIS) dan DQaseh Skill Academy.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, kursus yang diadakan selama dua hari itu sangat memberi manfaat untuk para peserta dalam meningkatkan kemahiran berkenaan.

"Dengan kehadiran para peserta ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung termasuk latihan amali bagi memantapkan kemahiran masing-masing.

"Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini dan semoga dapat mengambil manfaat sepenuhnya." ujarnya ketika berucap semasa perasmian penutup program berkenaan, di sini, semalam.

Turut hadir. ketua Pegawai Eksekutif YPU negeri, Afnida Aini Alwi, Pengerusi PERTIS, Mohd Fauzi Mansor, Pengarah Urusan DQaseh Skill Academy, Junaimaslinda Othman dan Pengerusi Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT, Fakhruddin Zakaria.

 


Artikel Berkaitan