lightning-solid
Berita :
Ahli Parlimen Desak Agihan Pembangunan Lebih Seimbang Antara Pantai Timur-Pulau Pinang
Ahli Parlimen Desak Agihan Pembangunan Lebih Seimbang Antara Pantai Timur-Pulau Pinang
Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris
6 jam yang lepas
64

KUALA LUMPUR, 4 November – Persoalan mengenai kriteria kerajaan dalam menentukan sama ada sesuatu projek lebuh raya dilaksanakan oleh kerajaan secara langsung atau diswastakan menjadi tumpuan Dewan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Mumtaz Md Nawi, meminta penjelasan daripada kerajaan berhubung asas pemilihan projek sama ada di bawah tanggungan penuh kerajaan atau diberikan kepada pihak swasta khususnya melibatkan projek lebuh raya di Pantai Timur dan Pulau Pinang.

Menjawab persoalan itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, menjelaskan bahawa faktor utama penentuan kaedah pelaksanaan ialah kemampuan kewangan kerajaan.

“Ada duit atau tak ada duit, itu asasnya. Apabila kerajaan tak cukup duit untuk membiayai semua lebuh raya, maka projek diswastakanlah,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan, ketika projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT-1 dan LPT-2) dibangunkan dahulu, kerajaan masih mempunyai dana mencukupi, sebab itu kadar tol yang dikenakan rendah.

WhatsApp Image 2025-11-03 at 11.09.26 PM.jpeg 103.61 KB

Namun kini, dengan tekanan fiskal dan pelaksanaan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA), kerajaan perlu menyeimbangkan kedudukan kewangan serta mengurangkan defisit. 

Maka jelas beliau, projek baharu seperti LPT-3 perlu diswastakan dan akan melibatkan kutipan tol.

Muntaz dalam reaksi lanjut menegaskan bahawa walaupun memahami kekangan kewangan negara, kerajaan sewajarnya mengimbangi peruntukan pembangunan antara wilayah, khususnya antara Pantai Timur dan Pulau Pinang.

“Kalau RM17.8 bilion boleh diperuntukkan kepada Pulau Pinang, tak bolehkah sedikit disalurkan kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang supaya projek lebuh raya di sini turut mendapat manfaat?,” soalnya, sambil menyifatkan kedua-dua wilayah itu 'sama-sama anak' yang perlu diberi perhatian seimbang.



Tag :

Artikel Berkaitan