lightning-solid
Berita :
UC TATI, Favoriot Jalin Kerjasama Stategik Perkasa Pendidikan AI
UC TATI, Favoriot Jalin Kerjasama Stategik Perkasa Pendidikan AI
Noraini Jusoh
1 hari yang lepas
19

KUALA TERENGGANU, 4 November - Kolej Universiti (UC) TATI telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Favoriot Sdn. Bhd, bagi memperkukuh pendidikan dan latihan dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) di Pantai Timur Malaysia.

Rektor UC TATI, Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid berkata, kerjasama tersebut seiring dengan aspirasi universiti untuk menjadi peneraju dalam pendidikan berasaskan teknologi masa hadapan. 

“Kami menyambut baik peluang ini untuk memperkukuh keupayaan akademik dan penyelidikan, sekaligus membuka ruang lebih luas kepada pelajar kami dalam bidang teknologi pintar yang semakin relevan dalam industri global,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, ia juga bertujuan membangunkan ekosistem pembelajaran yang menyeluruh, merangkumi pembangunan kurikulum berasaskan industri, penubuhan makmal latihan pintar, serta pelaksanaan program latihan dan penyelidikan bersama. 

"Inisiatif ini akan memberi manfaat besar kepada pelajar UC TATI dengan menyediakan peluang latihan industri, pemindahan teknologi, dan pendedahan kepada aplikasi sebenar dalam dunia digital yang pesat berkembang," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Favoriot, Dr. Mazlan Abbas berkata, kerjasama ini bukan sekadar memperkenalkan teknologi, tetapi membina masa depan bakat tempatan yang mampu menjadi peneraju dalam bidang AI dan IoT. 

"Kami percaya UC TATI mempunyai potensi besar untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi mampu mencipta solusi sebenar untuk masyarakat.” ujarnya.



Tag :

Artikel Berkaitan