Artikel "Utama" Terkini
Penjawat Awam Perlu Amanah, Jangan Politikkan Kerja - SUK
Wan Nawawi ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraSetiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menasihati penjawat awam agar melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan amanah, mematuhi polisi dan perundangan serta tidak `mempolitikkan' urusan kerja.Menurut beliau, sebagai jentera kerajaan mereka perlu melaksanakan tugas dengan profesional termasuk dalam menyampaikan polisi dan dasar kerajaan kepada orang awam.“Penjawat awam harus tahu tanggungjawab sebenar. Kita bekerja di bawah kerajaan yang diperintah oleh satu parti di mana tugas kerajaan yang memerintah adalah membuat polisi.“Apabila dibuat polisi, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai penjawat awam untuk patuh dan melaksanakan apa yang diarahkan kerana pelaksanaan inilah yang dituntut dari kita,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini.Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya; Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Mohd Akil Mat; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin serta Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Rosman Roslan.Pada majlis itu, Wan Nawawi turut menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bulanan kepada kakitangan WDI untuk bulan Mac.Katanya, jika penjawat awam tidak bersedia untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan bermakna mereka tidak bersama dan tidak mampu mematuhi undang-undang yang diputuskan oleh kerajaan yang memerintah.“Penjawat awam dibayar gaji dengan diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan."Isu mahu sokong parti mana itu hak kita, tetapi selagi bergelar penjawat awam, kita wajib mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan melaksanakan tugas sebaik mungkin,” ujarnya.
05 Apr 17
73
RM9.3 Juta Hasil Tanaman jagung Sepanjang Tahun Lalu
Sebanyak RM9.3 juta berjaya diraih hasil tanaman jagung oleh 339 petani di seluruh Terengganu sepanjang tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, perusahaan itu melibatkan kawasan seluas 331.8 hektar.Katanya, berikutan hasil yang memberangsangkan itu, kerajaan negeri melancarkan pula jagung manis Terengganu sebagai sumber pendapatan baharu kepada petani dan meningkatkan sektor ekonomi negeri selaras dengan transformasi ekonomi."Masyarakat di negeri ini mampu meraih pendapatan lebih baik, sekali gus ianya akan menjadi produk baharu Terengganu."Bagi tahun pertama (2017) pengeluaran jagung manis, dijangka mampu meraih sebanyak 1.56 juta batang jagung yang dapat dituai antara tiga hingga empat musim setahun mengikut kesesuaian, " katanya.kepada media di Majlis Pelancaran Jagung Manis Terengganu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Rhu Tapai, Setiu, semalam.Hadir sama, Pengarah Pertanian Negeri, Mohd Nasir Warris dan Ketua Pegawai Eksekutif Green World Genetics (GWG) Sdn Bhd, Chua Kim Aik serta ketua-ketua jabatan terlibat.Menurutnya, produk baru ini (jagung manis Terengganu) adalah jagung yang istimewa yang dihasil daripada Negeri Terengganu sendiri yang diusahakan 81 petani di tanah berkeluasan 39 hektar."Peserta atau petani terpilih yang terdiri daripada penanam jagung sedia ada, belia dan petani berkelompok."Jagung manis ini berbeza dengan jagung lain termasuk dari segi warna kerana buah ini mempunyai dua warna iaitu putih dan kuning selain rasanya yang manis dan tekstur yang rapuh serta boleh dimakan mentah."Harganya lebih 20 peratus dari harga jagung biasa yang akan mendatangkan hasil yang lebih baik kepada petani,"katanya.Pehimi berkata, kawasan TKPM itu turut dijadikan sebagai hab pengeluar benih jagung manis Terengganu berkeluasan lebih 500 hektar yang akan dieksport ke luar negara.Beliau juga yakin, peluang baharu itu menjadi permulaan dan mendapat perhatian masyarakat sekiranya diberi promosi secara terancang.Katanya, GWG Sdn Bhd adalah pelabur yang berkecimpung dalam bidang pengeluaran benih manakala kerajaan negeri menyediakan tapak dan syarikat (GWG Sdn Bhd) menggunakan kewangan mereka sendiri serta dipantau Jabatan Pertanian Negeri."Kawasan ini (TKPM) juga dijadikan sebagai tempat latihan kepada rakyat Terengganu untuk mempelajari teknologi pertanian dari luar negara, " katanya.
05 Apr 17
240
Kerajaan Pusat Lulus RM43 Juta Bina Benteng Pemecah Ombak
Suasana persekitaran perkarangan Jeti Sungai Merchang, Marang,semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim.Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan RM43 juta untuk membina benteng pemecah ombak di muara Sungai Merchang bagi kemudahan laluan bot nelayan di kawasan itu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Negeri, A. Latiff Awang berkata, projek di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta tersenarai dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) itu dijadual akan dilaksanakan pada Mac 2018.“Muara Sungai Merchang, Marang yang cetek bakal diperdalamkan di mana kerajaan negeri dengan sokongan pihak kementerian telah berjaya menyenaraikan muara ini (Sungai Merchang) sebagai satu muara yang akan dibuat pemuliharaan melalui RMK-11.“Perkara ini telah menampakkan kemajuan dimana pada awal tahun ini, kerja-kerja awalan seperti pemetaan serta kajian telah dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menyempurnakan Majlis Pelancaran SUPER Merchang dan Melabuhkan Unjam di Pangkalan Merchang, Marang,semalam.A.Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, sebelum ini, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM20,000 setiap tahun bagi mendalamkan muara ini.“Ianya sebagai langkah penyelesaian sementara di mana kerja-kerja rutin iaitu menggali dan mendalamkan laluan-laluan untuk ke laut ini sentiasa dibuat dari semasa ke semasa,” ujarnya.A.Latiff turut mengharapkan para nelayan bersabar dan pihak yang berkepentingan tidak mempolitikkan isu muara Sungai Mechang kerana kerajaan negeri sedang dalam proses menyelesaikan masalah itu.“Ianya tidak perlu dipolitikkan kerana perkara ini tidak mudah untuk diselesaikan dalam masa terdekat kerana melibatkan teknikal, kajian dan sebagainya,” ujarnya.
04 Apr 17
621
PM Ke Terengganu 15, 16 April Ini
Ahmad Razif bermesra dengan petugas dari Pejabat DUN sempena Majlis Makan Malam Santai Bersama Media, di Hotel Primula. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari bermula 15 hingga 16 April yang melibatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), Kuala Nerus, Besut dan Dungun.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemimpin utama negara itu dijangka tiba pada petang 15 April di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan terus ke Bukit Nanas, Tepoh bagi Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR).Pelbagai acara disediakan kepada orang ramai di Bukit Nanas bermula dari jam 4 petang lagi termasuk persembahan artis, dikir barat dan cabutan bertuah."Sebanyak 500 unit rumah yang akan dibina dalam tempoh dua tahun. Dengan pembinaan kediaman setinggi lima tingkat itu akan membantu menyelesaikan masalah perumahan yang diperlukan 500 keluarga di Kuala Nerus," katanya di sidang media selepas Majlis Makan Malam Santai Bersama Media di Hotel Primula , Kuala Terengganu, malam tadi.Ahmad Razif berkata, pada keesokannya, 16 April, kira-kira jam 8 pagi, perdana menteri dijadualkan akan menghadiri Majlis Pecah Tanah Pemuliharaan Muara Sungai Besut yang dikenali sebagai gerbang pelancongan Terengganu di Kuala Besut.Katanya, projek di Kuala Besut itu melibatkan kos lebih RM250 juta bagi menyelesaikan masalah air laut yang cetek yang mengganggu nelayan dan bot pelancong yang keluar ke laut."Projek itu akan dilaksanakan tahun ini dan ia sekali gus bagi menunaikan janji ketika PRK Kuala Besut dahulu dan menunjukkan BN menepati janji kepada rakyat," katanya. Beliau juga dijadualkan akan melawat dua buah rumah dan menyumbang keperluan rumah dan perabot serta pembinaan rumah baharu bernilai RM45,000 bagi setiap keluarga yang memerlukan.Katanya, pada jam 3 petang pula perdana menteri akan melancarkan program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri di Tapak Perumahan Idaman Rakyat (SPMB) di Santong, Paka. Sebelum itu, turut diadakan jamuan rakyat.Sementara itu, orang ramai dijemput memeriahkan majlis sempena lawatan kerja dua hari perdana menteri.
03 Apr 17
82
Pusat Membeli-Belah Sogo Di Mayang Mall
Sultan Terengganu menandatangani plak pelancaran projek pembinaan Pembangunan Pusat Membeli Belah Mayang Mall, di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailBandar Raya Kuala Terengganu bakal dihiasi satu lagi projek mega apabila projek pembinaan pembangunan pusat membeli-belah Mayang Mall, yang turut menempatkan pasar raya Sogo di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, bakal siap dalam tempoh empat tahun akan datang.Projek milik Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) di bawah pengurusan Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd dengan nilaian pelaburan projek RM900 juta itu bakal menyediakan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Terengganu.Pembinaan Mayang Mall yang berketinggian enam tingkat dan di kawasan seluas 715,000 kaki persegi itu terbahagi kepada dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan kos RM600 juta merangkumi apartmen setinggi 15 tingkat. Manakala fasa seterusnya yang membabitkan pelaburan RM300 juta pula akan dilengkapi hotel setinggi 16 tingkat.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah tapak pembangunan pusat membeli belah mega itu, hari ini.Keberangkatan baginda diiringi Yang Di-pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Muhammad Mua'az dan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman.Mayang Mall merupakan pusat membeli-belah mega kelima milik PHB selepas empat yang lain dibangunkan di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.Sogo KL dipilih sebagai pengurus berdasarkan reputasinya dalam industri pengurusan pusat membeli-belah di Malaysia.Berdasarkan rekod, Sogo KL menerima lebih sejuta pengunjung sebulan dan lebih 6,000 pelanggannya adalah pemegang kad ahli dari Terengganu.Sebanyak 300 ruang perniagaan bakal tersedia di Mayang Mall, termasuk pelbagai outlet pakaian, panggung, pasar raya ternama, pusat kesihatan dan pusat rekreasi, kedai buku, restoran, bazar makanan, surau dan pelbagai kemudahan lain.
03 Apr 17
2622
Permohonan Bantuan Dana Raya Dibuka Mulai 1 April
Permohonan baharu Bantuan Perayaan Aidilfitri 2017 secara dalam talian dibuka kepada mereka yang berkelayakan mulai semalam (1 April) sehingga 21 April depan.Orang ramai boleh membuat permohonan itu dengan melayari laman sesawang http://danattb.terengganu.gov.my . Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata syarat kelayakan masih sama iaitu pemohon yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mestilah rakyat Terengganu dan perlu mendaftar sebagai pengundi.Katanya, mereka yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon.“Bagi pemohon yang bukan rakyat di negeri ini tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Terengganu perlu mendapatkan perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).“Kontraktor berdaftar dan peniaga berlesen adalah tidak layak memohon, “ katanya kepada Teganukita.Menurutnya, borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi J3K bersama salinan dokumen yang dinyatakan.“Kegagalan mengikuti syarat kelayakan boleh menyebabkan permohonan ditolak.“Pengagihan dan penebusan baucer dijangkakan bermula pada 27 Mei ini di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank manakala tempoh sah laku baucer akan berakhir pada 27 September,”katanya.Berdasarkan rekod, seramai 217,001 pemohon berjaya melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dengan bayaran membabitkan RM80.3 juta pada tahun lalu.
02 Apr 17
112
UMNO Terengganu Tiada Masalah Pertahankan Kemenangan PRU14
Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bersedia berdepan kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa sahaja.Setiausaha UMNO negeri, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof berkata, parti Barisan Nasional (BN) melakukan persiapan awal serta tiada masalah untuk meneruskan penguasaan dan mengekalkan kemenangan pada PRU tidak lama lagi.“Terengganu di bawah pemerintahan kerajaan BN merupakan antara negeri terdahulu yang membuat persediaan awal untuk menghadapi PRU-14. “Antaranya, termasuk mengadakan bengkel portfolio dan juga aktiviti seperti pertandingan Pusat Daerah Mengundi dan sebagainya untuk menggerakkan jentera parti,” ujarnya.Beliau mewakili Menteri Besar berkata demikian ketika berucap di Majlis Temu Mesra Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Bersama Mantan Yang Berhormat, Mantan Calon BN Terengganu dan Mantan Senator Siri Ke-2 di Hotel Permai, semalam.Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato’ Muda Mamat, Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Terengganu, Dato’ Ahmad Sidi Ismail serta Pengerusi Veteran UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Wan Zakaria Abd Rahman.Menurut Muhamad Pehimi, selain mengeratkan silaturahim, majlis temu mesra diadakan bertujuan mendapatkan maklum balas dan idea serta pengalaman bekas kepimpinan UMNO terdahulu untuk manfaat parti.“Maklum balas hasil pertemuan lalu juga telah banyak yang diambil tindakan termasuk cadangan untuk memantapkan lagi barisan jentera parti,” ujarnya.Katanya, bagi memantapkan lagi gerak kerja jentera parti, UMNO Terengganu akan melaksanakan simulasi pilihan raya pada 29 April ini sebagai persiapan dalam menghadapi PRU-14.Sementara itu, Ahmad Sidi berkata, bagi memastikan PRU14 berpihak kepada parti BN dan UMNO, semua ahli perlulah bersama-sama berganding bahu menjaga parti.Wan Zakaria pula berpendapat, jentera parti perlu komited melaksanakan setiap program yang dirancang serta menyusun barisan dan sentiasa bersama dengan kepimpinan masa kini.
02 Apr 17
375
Sedia 200 Kiosk Percuma Untuk Peniaga
Kerajaan negeri bercadang menambah sekurang-kurangnya 200 kiosk cenderahati di beberapa kawasan peranginan dan taman taman rekreasi di negeri ini bagi memberi peluang penduduk setempat terutama golongan belia berniaga.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) diminta memainkan peranan merealisasikan inisiatif itu dan mengutamakan golongan belia yang berminat dan masih mencari peluang mendapatkan pekerjaan.“Mereka yang terpilih berpeluang berniaga secara percuma selama setahun, kemudiannya hanya dikenakan kadar sewa dengan harga berpatutan selepas tempoh itu.“Pihak berkaitan akan memikirkan lokasi bersesuaian bagi membina kemudahan itu, antara cadangannya di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir dan Pantai Batu Burok serta Taman Rekreasi Kuala Ibai, Kuala Terengganu,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman (KWDI), di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Yang Dipertua KWDI Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Kira-kira 1,200 ahli KWDI hadir memeriahkan program yang diselitkan pelbagai aktiviti menarik antaranya, pertandingan boling kelapa, lari dalam guni, isi air dalam botol, meniup belon dan lari sambil mengikat kaki.Program yang diadakan selama dua hari, bermula 31 Mac itu menyediakan 500 hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utama, Motosikal Yamaha LC 135 CC dimenangi Nor Liana Mohamad Nor dan tempat kedua pula Tengku Mohd Noor Haizam Tengku Musa turut membawa pulang motosikal jenama Lagenda Yamaha 115.
02 Apr 17
88
Felda Wujud Dana Pusingan RM100 Juta, Pastikan Peneroka Pungut Hasil Secara Mingguan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mewujudkan dana pusingan RM100 juta bagi memastikan lebih 112,000 peneroka mendapat bayaran hasil kelapa sawit dalam tempoh seminggu berbanding sebulan pada masa ini.Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, dana tersebut bertujuan menjamin kelangsungan pendapatan peneroka yang sebelum ini menerima pembayaran hasil selepas kelapa sawit mereka dikutip secara bulanan oleh Felda Global Venture Holding Berhad (FGV).Katanya, dana ini merupakan antara fokus utama dan objektif asal iaitu memberi tumpuan kepada peneroka serta hasil sawit mereka."Kita hendak pastikan kebajikan peneroka tercapai dan sebab itu kita bayar dahulu seminggu sekali tanpa perlu menunggu pembayaran penuh oleh pihak kilang sawit (FGV)."Hasil itu bergantung kepada bagaimana kebun itu dijaga. Kita nakkan yang terbaik untuk peneroka,dan sebab itulah pihak pengurusan Felda akan memulakan semula bayaran mingguan itu secepat mungkin dan sehingga kini proses mengemas kini akaun peneroka hampir selesai."Kita kemas kini akaun peneroka,lihat berapa banyak hutangnya, jumlah pendapatan dan tunggakan bagi melancarkan semula proses pembayaran hasil secara mingguan ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis ulang tahun ke-50 Jubli Emas Felda Bukit Bading,Ajil, malam tadi.Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Terengganu merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib.Menurut Shahrir, bagi membantu pengurusan Felda,aset-aset hartanah di London yang bernilai RM2 billion boleh dijual dan dicairkan untuk mendapatkan hasilnya."Ini merupakan harta-harta dan pelaburan Felda dalam menambah hasil tahunan.Bukan satu kesalahan kalau kita jual dan cairkan pelaburan kerana ia tidak akan menjejaskan peneroka malah membantu dari segi pengurusan kewangan Felda itu sendiri,"katanya lagi
01 Apr 17
58
Sidang DUN : Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Jangka Dibuka Julai Ini
Zon bebas cukai di Pulau Bayas, Tasik Kenyir dijangka akan mula beroperasi Julai ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, terdapat kelewatan dalam menyiapkan pembangunan di Tasik Kenyir mengikut jadual akibat faktor yang tidak dapat dielakkan."Memang kita akui ada kelewatan sebanyak 15 peratus disebabkan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini didapati bahawa aras air naik melampau sebanyak dua kali sepanjang tempoh itu menyebabkan kerja pembangunan tergendala."Pada bulan Julai ini Insya-Allah kita akan memulakan operasi pulau bebas cukai di Tasik Kenyir kerana dari segi kuarters, pejabat kastam serta dari segi urusan pentadbiran sudah selesai," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pergulungan Persidangan Penggal kelima Dewan Undangan Negeri Ke-13 di Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif (BN-Seberang Takir) berkata kerajaan negeri turut bercadang untuk menempatkan pusat kajian dan galeri di santuari kelah di Tasik Kenyir memandangkan kawasan tersebut adalah tempat tumpuan orang ramai.Katanya, buat masa sekarang, kerajaan sedang melakukan perbincangan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk mewujudkan pusat kajian dan galeri itu."Mungkin lepas ini pelancong yang tidak mahu ke santuari kelah boleh brada di galeri untuk melihat aktiviti yang berkait santuari kelah."Yang ini kita akan laksanakan kerana kita nampak potensi yang agak tinggi di Tasik Kenyir," katanya.
30 Mar 17
103