lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Khabar dari Menteri Besar di Tanah Suci Mekah
Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang kini berada di Mekah menunaikan fardhu haji berkesempatan menemui jemaah haji dari Terengganu, khususnya di maktab maktab penempatan jemaah haji.Ahmad Razif bersama isteri Puan Hajah Halina Zakaria semalam telah melawat Maktab 90, salah satu penempatan jemaah haji dari Malaysia, termasuk Terengganu.Beliau membuat lawatan itu bersama sama dengan Pengerusi Tabung Haji,Datuk Seri Panglima Abdul Aziz Abdul Rahim.'Alhamdulillah, sebelah pagi tadi saya bersama Datuk Seri Azeez Rahim telah melawat Maktab 90 dan Hospital Tabung Haji. Saya sempat berjumpa dengan jemaah dari Terengganu," beritahu Ahmad Razif melalui whatsapp yang dihantar kepada Pengarang The Iman Tribune awal pagi ini, 7 September 2016.Ahmad Razif dan isteri, Puan Halina melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan menemui jemaah haji dari Terengganu dan bertanya khabar tentang keadaan jemaah berkenaan.Semalam juga Ahmad Razif dan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron turut menyertai Pengerusi Tabung melawat jemaah haji yang sakit di Pusat Rawatan TH Syisyah.Ahmad Razif bersama isteri berlepas ke tanah suci Mekah bagi menunaikan fardhu haji melalui pihak Tabung Haji pada 4 September baru baru ini.Menteri Besar Terengganu memberitahu, pada hari ini beliau bercadang hendak melawat guru Sekolah Kompleks Gong Badak, Cikgu Nara bin Sidek yang dimasukkan ke Hospital King Faisal Mekah kerana sakit.Ahmad Razif berkata pada hari ini juga beliau akan melawat keluarga jemaah haji dari Kuala Terengganu yang baru kehilangan suami yang meninggal dunia di Mekah di hotel Abraj Janadriyah.'Saya sempat juga bersama Pengerusi Tabung Haji melawat dan melihat persediaan khemah dan segala kelengkapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Sempat sembahyang Zohor berjemaah dalam Khemah Operasi Tabung Haji di Mina diimamkan oleh Ketua Menteri Melaka," beritahu Ahmad Razif lagi.Beliau juga menghantar gambar gambar berkaitan kepada The Iman Tribune dan menyampaikan salam ingatan kepada semua rakan rakan seperjuangan, para pegawai serta kakitangan kerajaan dan rakyat Terengganu.Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman
07 Sep 16
354
Empty Image
T-Cakna Pemudahcara Pohon Bantuan Disediakan Kerajaan
Penubuhan Kaunter T- Cakna, di Perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang mula beroperasi hari ini, mampu memberi kemudahan kepada anak Terengganu untuk berurusan berkaitan pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan negeri.Antaranya permohonan berkaitan Dana Raya, Dana Remaja, Bantuan Pakaian Sekolah, Tabung Darul Iman, Bantuan Pendidikan dan pelbagai Skim Bantuan Perniagaan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata, perkhidmatan yang beroperasi mengikut jadual itu akan diseliakan jabatan dan agensi berkaitan.Katanya, sebagaimana semua sedia maklum, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yayasan Terengganu (YT), Sekretariat Tabung Darul Iman, Yayasan Pembangunan Usahawan dan Yayasan Pembangunan Keluarga akan terlibat memudah cara perkhidmatan itu."Pihak kami berharap semua yang terlibat dapat menawarkan perkhidmatan sebaik mungkin kepada mereka yang berkelayakan."Pada masa sama, kami menyeru anak-anak perantau mengambil peluang yang ada, bukan sahaja untuk sebarang urusan bantuan, boleh juga untuk mendapatkan khidmat nasihat," katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian Kaunter Bersepadu Perantau TTB ( Kaunter T-Cakna) yang dibacakan Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengarah YT, Mohamad Sulong.
07 Sep 16
516