Artikel "Utama" Terkini
Pulau Kekabu, Marang Zon Mandian Selamat
Rozali melihat kaedah memproses air nira ketika Program Menyelusuri Sungai Marang YDP Bersama Media, semalam.Majlis Daerah Marang (MDM) bercadang menjadikan pesisiran pantai di Pulau Kekabu, Marang sebagai lokasi zon mandian selamat untuk orang ramai menjalankan aktiviti air dan mandi-manda.Yang Dipertua MDM, Rozali Salleh, berkata kawasan pantai seluas kira-kira 100 meter yang sebelum ini menjadi kawasan larangan dijangka akan dibuka secara berjadual bermula Mei ini dengan menempatkan pasukan penyelamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.Katanya, pihaknya sudah memperincikan perkara itu dengan pihak terbabit termasuk, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi merealisasikannya.“Mereka menyatakan persetujuan dan bersedia bertugas pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. “Kewujudan zon tersebut, pastinya mampu menambah kedatangan pengunjung ke kawasan itu untuk pelbagai aktiviti lain, termasuk berkelah dan beriadah,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Menyelusuri Sungai Marang YDP Bersama Media, di pulau itu, semalam.Kira-kira 50 peserta terdiri daripada pengamal media pelbagai agensi, kakitangan MDM dan penduduk setempat mengikuti program itu.Rombongan dibawa melawat kebun kelapa pandan, kebun madu kelulut, melihat kaedah menganyam atap nipah, memproses manisan kelapa dan proses rokok daun.Rozali turut memberitahu MDM akan menambahkan beberapa kemudahan lain, termasuk kiosk jualan dan buaian ala Lombok sebagai tarikan untuk orang ramai beriadah bersama keluarga di Pulau Kekabu.Katanya, istimewanya zon mandian itu berdekatan dengan Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu yang siap dinaiktaraf pada 2015 dengan peruntukan RM700,000.“Dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk lalauan penjalan kaki, taman permaian kanak-kanak dan tandas awam,”katanya..
11 Apr 17
610
Ukom Selaraskan Tugas Liputan Lawatan PM
Sebahagian petugas media hadir mendengar taklimat mengenai lawatan kerja Perdana Menteri ke Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) menganjurkan perjumpaan dan taklimat media sempena lawatan kerja Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu pada 15 dan 16 April ini, di Chicken Cottage, Kuala Terengganu malam tadi.Program bertujuan melancarkan tugas pengamal media arus perdana dan juga alternatif membuat liputan sepanjang kunjungan pemimpin utama negara itu.Pengarahnya, Dato’ Muda Mamat berkata, Ukom yang dipertanggungjawab bagi menyelaras tugas publisiti dan media sempena kunjungan Perdana Menteri, mengambil inisiatif mengadakan pertemuan berkenaan bagi memastikan semua hal berbangkit dan isu-isu berkaitan liputan dapat diselesaikan segera.“Kita mengambil langkah proaktif bagi mengumpul rakan media yang akan bertugas sepanjang dua hari sempena lawatan YAB PM nanti, supaya mereka mendapat informasi yang tepat dan berkesan, selain boleh menyuarakan pandangan dan sebarang persoalan berkaitan tugas-tugas penyiaran dan kewartawanan demi memastikan kelancaran tugas masing-masing.“Bagi melicinkan lagi perjalanan kita, setiap daerah yang menjadi pusat lawatan PM turut diwakili oleh `orang kuat’ masing-masing yang layak dan sedia maklum secara terperinci setiap acara yang akan dilaksanakan serta boleh memberi respon segera bagi setiap persoalan media melibatkan keperluan dan sebagainya,”katanya.Beliau berkata demikian di majlis program dan taklimat itu, malam tadi. Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, W Ismail Sahaimi W Omar, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abd Rahman dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Ukom, Mohd Razif Abd Majid.Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus, Zulwislan Awang dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Mohd Fadli Ngah. Seramai 80 pengamal media arus perdana dan juga alternatif termasuk ketua biro media hadir di majlis yang berlangsung dua jam itu.
10 Apr 17
68
Masyarakat Kita Perlu Contohi Amalan Senaman Taichi - MB
Ahmad Razif bersama warga emas melakukan senaman taichi pada Program Kesejahteraan Warga Emas DUN Seberang Takir, di Dataran Telaga Daing, Seberang Takir. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat Melayu disaran mencontohi kaum China yang gemar mengamalkan senaman taichi, berasaskan seni bela diri dan teknik pergerakan tubuh badan bagi mengekalkan kecerdasan serta mengelak dari menghidap penyakit kronik terutama strok.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, aktiviti pergerakan badan secara ringan dan santai itu antara cara terbaik bukan saja untuk menjaga kesihatan malah mampu untuk meredakan tekanan.Katanya, mereka yang sudah pencen dan mesuki kategori warga emas perlu menjadikan taichi sebagai amalan harian untuk mengekalkan kesihatan badan serta mengelak serangan penyakit yang menjejaskan pergerakan.“Kita perlu mencontohi masyarakat Cina yang gemar bersenam, pandai menjaga kesihatan serta pemakanan.“Dalam pemerhatian saya, masyarakat itu kuat semangat untuk sembuh dengan mengikuti pelbagai senaman sekiranya diserang angin ahmar dan tidak pelik mereka boleh kembali sihat,”katanya.Beliau berkata ketika berucap selepas Program Kesejahteraan Warga Emas DUN Seberang Takir, di Dataran Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.Hadir sama, To’ Puan Seri Halina Zakaria.
09 Apr 17
868
668 Poskad Ke Duyong Sempena Duyong Art Festival 2017
Tun Ahmad Faisal (paling kiri) bersama `orang kuat' di sebalik tabir penganjuran Duyong Art Festival sempena pelancaran program itu, di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Zulkifli CW PutraSebanyak 668 karya seni lukis seniman masyhur dan baru dari seluruh negeri termasuk luar negara menghiasi ruang pameran di Duyong Art Festival (DAF) 2017 di perkarangan Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu bermula 1 April lalu.Selain hasil seni pengkarya tuan rumah, poskad berwarna-warna dengan pelbagai motif dan tema lukisan turut dibawa dari Sweden, Australia, Perancis, Indonesia, Myanmar dan Nepal.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pameran pertama kali bagi edisi kali ketiga DAF yang berlangsung sebulan itu, berjaya menaikkan martabat dan nilai seni ke tahap lebih tinggi apabila wujud urusniaga untuk menghasilkan karya seni terbaik.Katanya, 20 peratus daripada poskad berkenaan sudah terjual dengan nilai kutipan kira-kira RM1,200 sejak seminggu lalu.Hasil seni ukiran yang turut mendapat perhatian dan tarikan ramai di DAF 2017."Jika kita fikir 15 tahun dahulu pastinya orang di Pulau Duyong tidak pernah menduga sekeping poskad terjual dengan harga RM30. Tetapi hari ini dengan kreativiti dan sedikit penampilan wajah baru kita boleh meletak kesenian ini pada nilai yang lebih tinggi."Kita akan buat supaya orang ramai mengejar untuk menyaksikan kesenian dan persembahan kebudayaan. jadi apabila ada banyak permintaan, tawaran terhadap kesenian akan lebih tinggi. Kita amat mengalu-alukan inovasi seperti Duyong Art Festival dan ini memberi keistimewaan terhadap Visit Beautiful 2017, bukan hanya pada 2017 tetapi juga tahun-tahun akan datang dengan menggunakan idea yang segar dan platform yang baru bagi menarik pelancong ke Terengganu,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas Pra Pelancaran DAF 2017, di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam.DAF 2017 bermula 1 April sehingga ke acara kemuncaknya pada 28 hingga 30 April, menggabungkan pelbagai aktiviti berasaskan kesenian rakyat Terengganu seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik dan persembahan serta seni puisi yang diolah dengan nafas baharu dalam usaha menarik minat generasi muda.Katanya, DAF anjuran kerajaan negeri menerusi JPNT dengan kerjasama Duyong Art gallery juga membuka peluang kepada usahawan khususnya anak muda untuk menjana pendapatan lebih tinggi berdasarkan kreativiti kesenian masing-masing.Tambahnya, pada edisi kali ini juga sebanyak 60 pengusaha menjual hasil perniagaan mereka berbanding lebih 40 pengusaha tahun lalu dengan kutipan jualan kira-kira RM65,000.Sehubungan itu, pihaknya mensasarkan 20,000 pengunjung akan membanjiri DAF sepanjang program itu, berbanding 10,000 pengunjung pada tahun lalu.
09 Apr 17
181
Kekal Keharmonian, Kukuh Perpaduan Tanggungjawab Bersama
Mohd Iskandar ketika berucap di Himpunan Detik-Detik Perpaduan (Moment Of Unity) peringkat negeri di Dataran Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailSemangat perpaduan, persefahaman dan kerjasama yang terjalin dalam masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini perlu sentiasa dipelihara, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Mohd Iskandar Jaafar.Beliau berkata, mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum adalah tanggungjawab bersama bagi mewujudkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial.“Generasi baru khususnya perlu faham, keharmonian yang dicapai negara sekarang ini tidak mungkin menjadi kenyataan jika tidak ada perpaduan yang kukuh antara kaum Melayu, Cina dan India.“Ianya tidak mungkin dapat dicapai sekiranya tiada persefahaman yang luar biasa dalam kalangan tiga kaum terbesar ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Detik-Detik Perpaduan (Moment Of Unity) peringkat negeri di Dataran Pualau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina, Dato’ Low Wan Cheong; Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu, Dato’ Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India, Najmi Abdullah.Katanya, selaras dengan prinsip ketujuh Transformasi Terengganu Baharu iaitu seruan perpaduan , semua pihak harus memainkan peranan untuk mencetuskan semangat perpaduan agar manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat.“Sebagai contoh, himpunan yang diadakan hari ini menerusi kerjasama tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah langkah proaktif untuk menyemarakkan keharmonian dan menjadikan perpaduan budaya hidup masyarakat,” ujarnya.
07 Apr 17
175
20,000 Dijangka Hadir Majlis PM di Tepoh
Seramai 20,000 penduduk negeri ini khusus dari Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nenas, Tepoh oleh Perdana Menteri, pada 15 April ini.Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail berkata Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan terus ke lokasi itu setibanya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud petang."Kita menjangkakan seramai 20,000 akan hadir pada program ini. Segala persiapan sedang rancak berjalan dan akan siap sepenuhnya beberapa hari lagi."Program akan bermula jam 3 petang dengan mengadakan beberapa acara termasuklah cabutan bertuah dan persembahan pentas, " katanya ketika melawat tapak pelancaran program itu kelmarin.Basir berkata, orang-ramai diharap hadir beramai-ramai untuk bersama-sama memberi sokongan dan meraikan kehadiran Perdana Menteri di majlis itu."Kita menyediakan kemudahan beberapa tempat meletak kereta, surau dan tandas awam untuk orang-ramai yang hadir dan kami juga mengharapkan mereka datang awal untuk mengelakan kesesakan lalu lintas," katanya.
06 Apr 17
658
Tonjol Sikap Telus, Bebas Rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan negeri dan institusi perkhidmatan awam menonjolkan sikap telus serta bebas daripada sebarang rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran masing-masing.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, perkara itu penting kerana rakyat pada hari ini bijak menilai, mengukur keupayaan dan kejujuran institusi tersebut sama ada ia berlangsung dengan telus dan sebaliknya.Katanya, mereka saban hari memerhati, menguji dan menilai perjalanan pentadbiran di peringkat kerajaan negeri.“Jesteru itu adalah penting bagi setiap jentera pentadbiran kerajaan untuk mencerminkan wajah institusi yang setiasa dilihat dan dianggap bersih serta bebas daripada anasir yang berkisahkan jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pentadbiran Kerajaan Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Dzulkifli turut memberitahu, kerajaan yang gagal menjunjung amanah dan dicemari undang-undang disifatkan sebagai mengkhianati harapan rakyat serta gagal menghayati aprirasi dan kehendak rakyat.“Pihak kami tidak menolak sebuah kerajaan yang mengalami krisis kepercayaan serius dan menanti saat menuju ke arah kejatuhan dan kehancuran.“Sesebuah kerajaan itu juga perlulah memastikan bahawa tidak wujud sebarang ruang dan peluang yang akan mengakibatkan ketirisan pendapatan kerajaan dan hasil kerajaan yang harus digunakan sepenuhnya untuk membangunkan dan memakmurkan kesejahteraan rakyat,” katanya..
06 Apr 17
86
50 Sekolah Laksana Program Trenglish
Sebanyak 18 buah sekolah ditambah secara berperingkat menjadikan 50 buah sekolah menengah yang terlibat dengan program Trenglish sehingga 2017, berbanding hanya 32 sekolah di awal pelaksanaannya tiga tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, program yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Petronas sangat membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan mendapat sambutan baik di kalangan pelajar.“Jumlah pembantu guru Bahasa Inggeris (Terengganu Hired English Language Personnel atau T-HELP) yang terlibat dalam program ini sehingga Mac 2017 adalah seramai 42 orang.“Mereka dilantik dari kalangan graduan anak Negeri Terengganu yang berkemahiran dalam bidang Bahasa Inggeris dan tidak ada guru luar negara diambil,” ujarnya.
06 Apr 17
73
RM2 Juta Untuk Aktiviti Belia Sepanjang 2017
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan aktiviti dan program untuk anak muda di seluruh Terengganu, sepanjang tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, peruntukan itu tidak termasuk untuk program Dana Bakti Remaja.“Kerajaan telah menetapkan beberapa teras dimana kegunaannya untuk tujuan program berfokus seperti program kepimpinan dan sahsiah, ilmuan dan motivasi, riadah santai, kemasyarakatan, keagamaan, ekonomi serta kemahiran.“Selain itu, peruntukan yang disalurkan juga sebagai pengiktirafan kepada belia yang aktif termasuk membiayai Bantuan Pentadbiran Pertubuhan Belia, Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri dan Daerah, Anugerah Belia dan juga Hari Belia Negara peringkat negeri,” katanya dalam jawapan bertulis sempena persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.
06 Apr 17
53
SPRM Tidak Terima Permohonan Ikrar Bebas Rasuah Dari Negeri Pembangkang
Ahmad Razif menyerahkan dokumen ikrar bebas rasuah kepada Dzulkifli pada Majlis Menandatangani Bebas Rasuah. Foto Harish FadzillahSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana negeri pembangkang untuk mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya tidak memaksa untuk mana-mana negeri berbuat demikian, sebaliknya SPRM akan menguruskan perkara itu sekiranya dipohon.Katanya, setiap pentadbiran kerajaan yang memohon perlulah di kalangan mereka yang ikhlas, bertanggungjawab, berani dan rela hati untuk mencegah rasuah dalam setiap urusan pentadbiran masing-masing.“Ikrar yang dilafaz tidak memberi maksud apa-apa, lebih kepada sifat peribadi, pastinya mana-mana individu yang sudah melafazkan ikrar berasa bersalah untuk melakukan perbuatan itu.“Saya berharap semua negeri termasuk negeri yang diperintah pembangkang tampil untuk melafazkan ikrar jika benar-benar ikhlas untuk membanteras rasuah,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pentadbiran Kerajaan Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Dzulkifli turut memberitahu, Terengganu adalah negeri ketujuh yang mengadakan majlis melafaz ikrar , sementara Sarawak menjadi negeri pertama dikuti Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Perak.Katanya, lima organisasi kerajaan negeri menandatangani Ikrar Intergriti Korporat (CIP), iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan yang terbaru, Terengganu Incorporated Sdn Bhd,”katanya.
05 Apr 17
101