lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pasar Payang Sementara Mula Dibina Mei Ini
Noh mendengar taklimat pembangunan Pasar Payang Baharu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari iniKerja-kerja membina Pasar Payang sementara untuk melancarkan projek pembangunan semula Kompleks Pasar Payang baharu dijangka bermula selewat-lewatnya Mei ini.Manakala Pasar Payang lama  akan dirobohkan  sebaik sahaja selesai kerja-kerja itu yang dijangka mengambil masa setahun setengah.Kira-kira 530 peniaga yang terdiri pengusaha pakaian, peniaga barangan basah, barangan runcit, cenderahati dan kedai emas  akan dipindahkan ke pasar sementara di Pulau Warisan.Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata ianya akan dilakukan secara berperingkat- peringkat supaya tidak menjejaskan kunjungan pelancong ke tempat tumpuan itu.Katanya, pembinaan Kompleks Pasar Payang baharu yang membabitkan peruntukan RM66 juta itu  dijangka bermula serentak dengan pembinaan Pasar Payang sementara dan dijangka siap pada 2020.“Komponen Payang Payang baharu setinggi dua tingkat dan menempatkan 600 peniaga itu akan meliputi  esklator, ruangan niaga berhawa dingin untuk peniaga kain dan kedai emas,  tempat letak kereta, menara jam, lif, surau dan restoran.“Pasar Payang sementara tidak akan dirobohkan sebaliknya dijadikan ruang pameran dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan  apabila dikosongkan kelak,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik selesai mendengar taklimat pembangunan Pasar Payang Baharu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Halimah Mohamed Sadique,  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar,Menurut Noh, beliau percaya pembinaan yang dilakukan ke atas Pasar Payang itu mampu memberi impak positif kepada kerajaan negeri termasuk peniaga itu sendiri. “Dengan terlaksananya projek  yang diselia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini, peniaga dapat berniaga dalam keadaan lebih selesa dan saya yakin industri pelancongan juga akan lebih maju,” katanya.
15 Apr 17
281
Empty Image
Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut Siap Dalam Tempoh Tiga Tahun
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membuat tinjauan persiapan sempena lawatan dan perasmian pecah tanah projek pemuliharaan muara Sungai Besut, semalam. Foto oleh Harish FadzilahProjek pemuliharaan muara Sungai Besut yang akan menjenamakan Kuala Besut sebagai Gerbang Pelancongan Antarabangsa Besut, melibatkan kos kira-kira RM 221 juta, bakal siap dalam tempoh tiga  tahun dari sekarang. Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Terengganu, Ir C. Poobalan berkata, projek melibatkan pembinaan 1,300 meter benteng pemecah ombak sebelah utara dan 1,500 meter sebelah selatan.Katanya, pembangunan yang bakal mengubah landskap ekonomi daerah itu turut melibatkan kerja membaik pulih pemecah ombak sedia ada, membina lapis lindung tebing di Kampung (Kg) Sungai Nail dan kerja-kerja penambakan pantai."Selain itu, kerja-kerja mendalamkan muara dan mendalamkan sungai di jeti Kg Seberang Kastam turut dirancang untuk dilaksanakan," katanya kepada Teganukita.Beliau berkata, berdasarkan kajian, pemecah ombak yang baru ini akan dapat melindungi bot dari ancaman ombak besar serta dapat memberi laluan pelayaran yang sempurna kepada bot  nelayan dan pelancong.Katanya, projek ini juga melibatkan kerja-kerja mendalamkan Sungai Besut dan pembinaan kolam keladakan yang bertujuan meningkatkan aliran air banjir keluar ke laut serta mengurangkan masalah pemendapan di muara sungai. "Pada masa ini telah ada pemecah ombak atau ‘breakwater’ di muara Sungai Besut yang dibina pada 1998 dengan tujuan untuk mengurangkan masalah pemendapan pasir dan risiko banjir pada masa itu. "Namun dengan pembangunan yang semakin pesat pemecah ombak sedia ada tidak mampu lagi berfungsi sepenuhnya di mana timbul masalah kecetekan dan pengurangan kadar alir untuk keluar dari muara. Sehubungan itu, ia turut meningkatkan risiko banjir kepada penduduk setempat akibat air termenung.Menurutnya lagi, projek pemuliharaan sungai yang memudahkan laluan keluar masuk bot nelayan dan pelancong serta mengurangkan risiko banjir dan mengurangkan hakisan pantai mampu menggalakkan pembangunan industri pelancongan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat khasnya.Simbolik kepada bermulanya fasa pertama projek pembangunan itu,  Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan Antarabangsa Besut) di Kuala Besut, pada Ahad ini (16 April).
14 Apr 17
910
Empty Image
Insentif RM500 Untuk Pemandu Teksi Tukar Tayar Baru
Ahmad Razif menyarungkan pakaian seragam korporat kepada ahli Persatuan Kereta Sewa DUN Kuala Besut, hari ini. Foto oleh Harish FadzilahKerajaan negeri akan memperkenalkan insentif baharu kepada pemandu teksi negeri ini dengan memberi bantuan RM500 seorang untuk membeli tayar kereta.Kaedah bantuan itu akan dibincangkan secara terperinci dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memastikan ia menepati matlamat kerajaan bagi membantu golongan terbabit menyediakan perkhidmatan terbaik, selain mengurangkan bebanan mereka.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  bantuan pembelian tayar itu hanya diberikan kepada pemandu yang menjadi ahli persatuan sahaja.Katanya, bantuan itu bertujuan membantu meringankan beban pemandu kereta sewa negeri ini yang berhadapan dengan kos sara hidup yang makin tinggi.Beliau berkata demikian ketika menyerahkan pakaian seragam korporat kepada ahli Persatuan Kereta Sewa DUN Kuala Besut, hari ini.Menteri Besar selepas itu meninjau lokasi lawatan dan program Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Ahad ini, di Kuala Besut.
13 Apr 17
77
Empty Image
Bina 2,151 Unit Rumah Idaman Rakyat
Ahmad Razif melihat lakaran tapak progam ketika mengadakan lawatan tapak di Bukit Nanas Tepoh sempena Lawatan Kerja Perdana Menteri di kawasan itu, Sabtu ini. Foto Harish Fadzillah KassimSyarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 2,151 unit rumah di seluruh Terengganu  menerusi Program Rumah Idaman Rakyat (RIR) dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.Projek  itu melibatkan  bilangan 1,403 unit RIR di Kertih, Kemaman, diikuti  Kuala Ping, Hulu Terengganu (248),  Tok Jembal Kuala Nerus (271) dan Santong, Dungun dengan  bilangan 229 unit RIR.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata projek yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri sebagai matlamat memenuhi keperluan perumahan rakyat dengan tanah disediakan oleh kerajaan, manakala SPNB membangunkan RIR berkenaan.Katanya, pada masa,  piihaknya  turut memohon dengan pihak berkaitan untuk menambah beberapa projek perumahan lain membabitkan kawasan Kemaman, Dungun dan  Hulu Terengganu.“Langkah itu sebagai usaha untuk mencapai hasrat kerajaan Terengganu membina kira-kira 10,000 unit perumahan rakyat untuk golongan sasar terutama yang berpendapatan rendah sepanjang tahun ini.“Bilangan itu, termasuk perumahan rakyat menerusi program Rumah Mampu Milik, Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),”katanya.Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tapak di Bukit Nanas, Tepoh sempena Lawatan Kerja Perdana Menteri ke kawasan itu, Sabtu ini.Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri menambah peruntukan tahunan PPRT  RM1 juta kepada RM2 juta supaya setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)  dapat menambahkan bilangan rumah untuk rakyat.“Kerajaan juga akan memperkenal program baru dengan menawarkan tanah kediaman kepada individu berkeluarga bawah 40 tahun.“Perkara itu dalam proses menunggu tindakan dari pejabat tanah untuk mengiklankan mana-mana tanah bukan hak milik,” katanya.
13 Apr 17
54
Empty Image
Terengganu Peruntuk RM45 Juta Baiki Jalan Rosak
Ahmad Razif mengikuti demontrasi menampal jalan  rosak pada Program Pelaksaan Kerja-kerja Penampalan Pothole Jalan Minor di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus. Foto Harish Fadzillah KassimKerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM45 juta dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini, bagi melaksanakan kerja membaik pulih jalan kampung yang rosak di seluruh Terengganu.Kerja membaik pulih seperti menampal dan menurap melibatkan jalan berdaftar dengan Malaysia Road Registration Information System itu akan diserahkan kepada kontraktor terlatih, Permint Granite-HCM Sdn Bhd.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan negeri mahu memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikian itu dapat disiapkan dalam tempoh sehari sebaik sahaja menerima aduan dari orang awam, pejabat daerah, majlis daerah dan juga  pihak berkuasa tempatan.Katanya, kerajaan menyediakan peruntukan RM45 juta bagi menyelenggara jalan-jalan kampung yang meliputi kawasan seluas 7,500 kilometer dan  tidak terletak di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta tidak diwartakan sebagai Jalan Persekutuan.“Kerja-kerja yang bermula hari ini bertujuan mengelak berlakunya pelbagai musibah terhadap pengguna jalan raya terutama ketika waktu hujan dan dalam keadaan gelap.“Orang ramai terutama yang tinggal di kawasan pedalaman perlu mengambil peluang ini dengan membuat aduan kepada pihak berkaitan atau boleh juga melayari  laman web ‘E-tapong’ sekiranya mengetahui terdapat jalan rosak di kawasan masing-masing,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelaksaan Kerja-kerja Penampalan Pothole Jalan Minor di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, petang semalam.Difahamkan laman web ‘E-tapong’ berkenaan akan diaktifkan dalam tempoh  seminggu lagi.   
13 Apr 17
434
Empty Image
Persiapan Sambutan Lawatan PM Di Dungun Lancar
Razif ketika meninjau tapak Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat Syarikat Perumahan Negara berhad (SPNB) di Kampung Santong, Paka Dungun, hari ini. Foto Oleh; Tg Mohd Syamim Tg IsmailPersiapan sempena Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat Syarikat Perumahan Negara berhad (SPNB) yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Kampung Santong, Paka, Dungun 16 April ini berjalan lancar.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan bagi menyamput kedatangan pemimpin nombor satu negara ke daerah itu.Katanya, ketika ini persediaan dan persiapan di peringkat akhir giat dijalankan oleh semua pihak termasuk SPNB, Majlis Perbandaran Dungun, Ketengah serta beberapa agensi lain untuk persiapan tapak dan sebagainya.“Saya dapati persediaan sudah hendak capai seratus peratus dan berasa sangat berpuas hati dengan persediaan yang telah dibuat oleh semua pihak yang melakukannya dengan begitu bersungguh-sungguh.“Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat,” ujarnya kepada pemberita ketika meninjau kerja-kerja di tapak Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat Syarikat Perumahan Negara berhad (SPNB) di Kampung Santong, Paka Dungun, hari ini.Turut hadir, Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam.Katanya, lebih 20,000  dijangkakan akan hadir ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri.Sebanyak 229 unit rumah akan dibangunkan oleh SPNB dengan 76 unit daripadanya adalah rumah berkembar dua tingkat, rumah teres dua tingkat (60), rumah mampu milik teres (70) dan rumah kedai dua tingkat (23).
13 Apr 17
66
Empty Image
Isteri MB Hadiahkan Kerusi Roda Elektrik Buat Pesakit Hidrosefalus
Halina mendekati Nur Farha Amanda yang menghidap hidrosefalus sebelum menyerahkan bantuan kerusi roda elektrik kepada kanak-kanak itu, di TMpoint, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra Derita pesakit lebihan cecair dalam kepala atau hidrosefalus, Nur Farha Amanda Riduan mendapat perhatian Menteri Besar, Dato’ Seri Mohd Razif Abd Rahman, apabila menyumbang kerusi roda elektrik berharga RM3,300 untuk kemudahannya bergerak.Nur Farha, berusia tiga tahun ditemani ibunya, Norhaida Yaacob, 43, kakitangan TM Kuala Terengganu, menerima sumbangan itu yang disampaikan oleh isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, di Pejabat TMpoint Kuala Terengganu, Jalan Sultan Ismail, hari ini. Hadir sama, Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Terengganu, Hamidun Ismail.NorhaidaNorhaida berkata, sumbangan kerusi roda itu sangat mengharukannya dan suami, Riduan Mustafa, 40, berikutan ia amat diperlukan untuk membawa  Amanda yang semakin membesar untuk berulang-alik ke hospital dan urusan di luar rumah.“Alhamdulillah, syukur dan saya terharu dengan sumbangan daripada isteri pemimpin nombor satu negeri kita. Insya-Allah, kerusi roda ini saya akan manfaatkan sebaik mungkin  untuk kegunaan Amanda terutama bagi berulang-alik bagi tujuan rawatannya,” katanya.Menurutnya, anak keempat daripada lima beradik yang dilahirkan sebagai bayi pramatang pada 6 Mac 2014 itu mula dikesan menghidap hidrosefalus ketika berusia dua bulan serta tidak mampu bercakap dan bergerak sendiri, sekali gus memerlukan bantuan sepenuhnya daripada penjaga.Katanya, Amanda sudah lapan kali menjalani pembedahan bagi menggantikan tiub khas yang dipasang untuk membuang lebihan cecair serta mengawal pembesaran kepalanya.“Amanda juga menghidap sawan dan memerlukan ubat yang berterusan bagi mengelak serangan penyakit itu. Selain makan makanan yang lembut dan cairan, dia juga perlu minum susu menggunakan botol khas."Selain Amanda, saya dan suami turut perlu memberi sepenuh perhatian kepada adiknya, Nur  Fatiyatuzahra yang berusia dua tahun kerana mengidap sindrom down,”katanya.Selain Nur Farha dan Nur Fatiyatuzahra, Norhaida yang menetap di Sungai Kerak, Marang juga mempunyai tiga lagi anak lelaki berusia enam hingga 13 tahun.Tambah Norhaida lagi, Hospital Sultanah Nur Zahirah sudah menjadi rumah keduanya sejak tiga tahun lalu kerana Amanda pernah sehingga empat bulan terlantar untuk mendapatkan rawatan serta masih memerlukan rawatan secara intensif di bahagian neurologi pada setiap bulan serta pediatrik setiap enam bulan.Katanya, dia redha dengan ujian dikurniakan dua puteri yang  dilahirkan sebagai orang kurang upaya, namun tetap akan menjaga anugerah Allah s.w.t dengan sebaik mungkin dengan sokongan tidak berbelah-bahagi keluarga serta kawan-kawan sekerja.   
13 Apr 17
221
Empty Image
UniSZA Cadang Teroka IoT Martabatkan Bidang Agrikultur dan Pengurusan Bencana
Add captionUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bercadang meneroka perkhidmatan dan teknologi berkaitan industri Internet of Things (IoT) bagi memartabatkan bidang agrikultur dan pengurusan bencana.Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, Prof  Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin berkata, pembangunan IoT yang merujuk kepada pemusatan pelbagai teknologi daripada komunikasi tanpa wayar kepada internet itu sedang dijalankan ketika ini.Katanya, buat permulaan UniSZA telah memulakan digital hab di kampus Besut dan akan disusuli program ladang tenusu di Ladang Pasir Akar yang akan dilancarkan minggu depan dalam mewujudkan konsep kerjasama pintar digital serta pertanian pintar."Kita akan membawa teknologi canggih IoT terutama dalam memartabatkan kedua-dua bidang itu."Selain itu, kita juga akan membangunkan sistem pengurusan bencana sebagai amaran awal buat masyarakat setempat dan ketika ini timbalan naib canselor penyelidikan dan inovasi universiti telah pun mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis Malam Anugerah Kewartawanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2017 di Kuala Nerus, malam tadi.Hadir sama, Naib Canselor, Prof  Datuk Dr Ahmad Zubaidi A. Latiff.Menurut Kamaruddin, sistem pengurusan bencana itu akan berpusat di masjid dengan dilengkapi pelbagai teknologi termasuk wifi serta kemudahan lain bagi mengukur tahap kekeringan dan suhu.“Perkembangan itu kelak secara tidak langsung dapat menaikkan lagi nama universiti awam ke-18 di Malaysia itu sebaris institusi lain,”katanya.
12 Apr 17
164
Empty Image
Empat Kakitangan Muzium Negeri Ditugaskan Awasi Kegiatan Pelancong Di Pulau Bidong
Muzium Negeri Terengganu menempatkan empat kakitangannya secara bergilir supaya mengawasi kegiatan pelancong di Pulau Bidong bagi mengelak berlaku vandalisme terhadap khazanah bersejarah.Pengarahnya, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pihaknya yang dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menjaga warisan bersejarah yang masih terpulihara di pulau itu juga sudah menyiapkan kemudahan asas seperti tandas awam untuk kemudahan pengunjung."Pulau Bidong yang sebelum ini menjadi kawasan larangan kepada orang ramai, kini  makin menerima kunjungan orang ramai khususnya pelancong. Pulau itu dibuka kepada pelancong kerana permintaan tinggi yang diterima terutama daripada pelancong luar Terengganu untuk melihat khazanah bersejarah di situ.“Kalau ikut perancangan, memang kita hendak buka Pulau Bidong tahun ini. Bagaimanapun, secara tidak rasmi, kita sudah terima kedatangan pelancong termasuk baru-baru ini daripada bekas pelarian Pulau Bidong,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di sidang media Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu 2017 di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina Resort, semalam.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak.Mohd. Yusof berkata, pihaknya juga banyak menerima permohonan daripada guru dan pelajar sekolah untuk mengadakan perkhemahan di pulau itu.“Permohonan termasuk pada 22 dan 23 April ini, melibatkan sekumpulan pelajar seramai 40 orang akan ke Pulau Bidong untuk mengikuti perkhemahan di sana,” ujarnya.Pulau yang berkeluasan 203 hektar persegi itu pernah menjadi kawasan penempatan lebih 60,000 pelarian Vietnam pada tahun 1978 sehingga 1991.
12 Apr 17
817
Empty Image
500 Unit Rumah PPR Bantu Golongan Sasar Di Tepoh
Seramai 500 keluarga berpendapatan rendah di Daerah Kuala Nerus yang belum memiliki kediaman sendiri, dijangka dapat menikmati kehidupan lebih baik dan selesa apabila Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang.Projek perumahan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu bakal dibangunkan sebaik sahaja majlis pecah tanah oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada 15 April ini.Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail berkata, projek perumahan itu mempunyai enam blok bangunan bertingkat dan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk penduduk sekitar."Projek ini dijangka siapa dalam tempoh dua tahun berkonsepkan rumah setinggi lima tingkat yang merangkumi 500 unit dan enam blok kesemuanya."Mereka yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah layak memohon rumah ini dengan mendaftar terlebih dahulu dengan kementerian perumahan. Tidak perlu menunggu sehingga rumah ini siap baru mendaftar," katanya.Basir berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menyediakan satu projek yang amat bermakna untuk manfaat dan kepeluan penduduk  Kuala Nerus khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah.Seorang penduduk, Jusoh Sulong, 63, dari Kampung Gemuruh, berkata projek perumahan itu satu berita gembira yang amat ditunggu-tunggu oleh masyarakat sekitar, terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk membina rumah sendiri."Alhamdulillah, sebab Kerajaan Pusat mengambil berat dan prihatin dengan kebajikan dan keperluan utama penduduk,"katanya.  
12 Apr 17
495