lightning-solid
Berita :
Pasukan Silambam Terengganu Cemerlang di SUKMA 2026
Pasukan Silambam Terengganu Cemerlang di SUKMA 2026
Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris
11 jam yang lepas
141

DUNGUN, 26 Ogos – Pasukan Silambam Terengganu mencatatkan pencapaian membanggakan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 Selangor, apabila berjaya membawa pulang sebanyak enam pingat, sekali gus mengharumkan nama Terengganu di persada sukan negara.

Daripada keseluruhan enam pingat tersebut, pasukan Silambam Terengganu berjaya meraih tiga pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa.

Pencapaian cemerlang itu membuktikan kesungguhan, disiplin dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet, jurulatih serta seluruh pasukan dalam menghadapi saingan di peringkat kebangsaan.

Kejayaan tersebut turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli merangkap bapa angkat sukan Silambam SUKMA Negeri Terengganu.

Beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan Silambam Terengganu atas usaha gigih yang akhirnya membuahkan hasil dengan kutipan enam pingat, termasuk tiga emas.

Kejayaan ini diharapkan menjadi pembakar semangat kepada para atlet Silambam Terengganu untuk terus meningkatkan prestasi serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

"Tahniah dan syabas buat seluruh pasukan Silambam Terengganu! 

"Teruskan mencipta kecemerlangan dan mengharumkan nama Terengganu," ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan