lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Kesedihan Selubungi Kemenangan Bergaya Softbol Terengganu
SUKMA 2026: Kesedihan Selubungi Kemenangan Bergaya Softbol Terengganu
Mohd Irsyadi Abu Bakar
7 jam yang lepas
945

SERDANG, 16 Ogos- Pasukan Softbol lelaki dan wanita Terengganu masing-masing menang bergaya pada aksi pertama peringkat kumpulan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor, pagi ini.

Pasukan lelaki mengatasi Negeri Sembilan 14-9, manakala pasukan wanita menang 21-1 ke atas Kelantan.

Bagaimanapun, kemenangan yang diraih pada perlawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut diselubungi kesedihan buat kontinjen Terengganu apabila jurulatih Sofbol, Wan Mohd Shymin Amirul Wan Mohd Sofli, jatuh tidak sedarkan diri ketika perlawanan berlangsung.

Menurut Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya, jurulatih berusia 36 tahun tersebut telah dikejarkan ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pertamanya, saya bersyukur ke Allah SWT di atas kemenangan pasukan softball lelaki dan wanita pada perlawanan pagi tadi.

"Setakat ini,  jurulatih tersebut sekarang ini masih lagi dalam pemantauan doktor di hospital.

"Hasil perbincangan saya bersama doktor tadi, pihak hospital kini menunggu ketibaan waris beliau untuk memaklumkan secara lanjut berkaitan dengan keadaannya pada masa inilah.

"Saya bersama dengan ketua kontinjen  juga telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama atlet softball lelaki dan wanita Terengganu dan memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet supaya terus berjuang bersungguh-sungguh untuk menghadiahkan pingat emas kepada jurulatih mereka," katanya ketika ditemui selepas acara olahraga di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebentar tadi.

Setakat ini MSNT masih memantau perkembangan dan proses rawatan jurulatih berkenaan dan akan memberi maklum balas dari masa ke masa kepada pihak terlibat.


Tag :

Artikel Berkaitan