lightning-solid
Berita :
KBA FC Raih Kejuaraan Keempat, Bangga Semangat Juang Pemain
KBA FC Raih Kejuaraan Keempat, Bangga Semangat Juang Pemain
Muhammad Aqil Mat Ali
4 jam yang lepas
95

HULU TERENGGANU, 24 Ogos — KBA FC terus membuktikan kehebatan mereka dalam saingan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Piala ADUN Ajil apabila berjaya merangkul kejuaraan buat kali keempat sejak pasukan itu ditubuhkan pada tahun 2023.

Dalam aksi final yang berlangsung semalam, KBA FC menewaskan Bukit Apit FC 2-1, sekali gus memastikan trofi kejuaraan menjadi milik pasukan Kampung Baru Ajil.

Menurut Abdul Manaf Idris, 61, dari Kampung Baru Ajil, kejayaan tersebut menjadi satu pencapaian yang cukup membanggakan buat pasukan KBA FC.

“Ini adalah kali keempat kita menjadi juara. Kita pernah tewas sekali sebelum ini, jadi bukan tiga tahun berturut-turut,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Abdul Manaf berkata, kejayaan kali ini hadir hasil corak permainan yang baik, semangat kerja berpasukan serta strategi yang telah diatur dengan rapi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh pemain KBA FC yang memberikan komitmen tinggi sepanjang kejohanan dan tidak pernah berputus asa dalam usaha memburu kejuaraan.

“Saya amat bangga dengan corak permainan serta semangat kerja berpasukan mereka. Terima kasih kepada semua pemain KBA FC yang bertungkus-lumus dan tidak pernah berputus asa,” katanya.

Mengulas mengenai harapan selepas kejohanan, Abdul Manaf berharap semua pemain dapat mengekalkan komitmen dan semangat yang ditunjukkan bagi menghadapi kejohanan akan datang.

“Kita akan teruskan usaha. Harapan saya, semoga mereka semua dapat mengekalkan komitmen yang telah diberikan. Ini adalah satu pasukan yang terbaik di Ajil,” katanya.

Kejayaan tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan KBA FC sebagai antara pasukan yang disegani dalam arena bola sepak tempatan Ajil.


Tag :

Artikel Berkaitan