lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Terengganu 'Pahat' Kedudukan Tiga Terbaik
SUKMA 2026: Terengganu 'Pahat' Kedudukan Tiga Terbaik
Mohd Irsyadi Abu Bakar
2 jam yang lepas
41

SHAH ALAM, 25 Ogos - Kontinjen Terengganu menamatkan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, yang berakhir semalam, di kedudukan ketiga dengan pungutan 123 pingat.

Terengganu memungut 43 pingat emas, 44 perak dan 36 gangsa untuk berada di belakang Wilayah Persekutuan(51 emas) dan tuan rumah yang menjadi juara keseluruhan, Selangor(101 emas).

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya menyifatkan, kejayaan mengekalkan kedudukan tiga teratas tetap menjadi kebanggaan atlet-atlet Terengganu yang berusaha memberikan aksi terbaik sepanjang temasya berlangsung.

"Walaupun kami tidak mencapai sasaran 61 pingat emas, tapi kami telah mencapai petunjuk prestasi utama (kpi) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri iaitu sekurang-kurangnya tempat ketiga ke atas.

"Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan, atlet, jurulatih, urus setia, jabatan angkat, bapa angkat dan khususnya 
kerajaan negeri di atas sokongan bantuan yang diberikan selama ini dalam kita menghadapi SUKMA 2026.

"Kini, walaupun kita dapat 'top three' untuk SUKMA 2026, kita masih perlu meneruskan perjuangan untuk persiapan program SUKMA 2028," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup temasya sukan itu di sini, malam tadi.


Tag :

Artikel Berkaitan