Artikel "Utama" Terkini
Earth Hour Akan Dilaksanakan Di Lokasi Tumpuan Setiap Tahun
Dato' Mohd Jidin bersama perserta yang mengikut program Earth Hour Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra.Kerajaan negeri berhasrat memperluaskan Program Earth Hour di peringkat negeri Terengganu ke lokasi tumpuan lain bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya di kalangan belia terhadap situasi semasa alam sekitar.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, program yang julung kali diadakan Terengganu malam tadi mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 1,000 peserta mengikuti perarakan mengelilingi Bandar Raya Kuala Terengganu.Katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mahu meneruskan penganjuran acara itu pada masa akan datang di lokasi berbeza bagi memupuk kesedaran rakyat Terengganu."Program yang dijalankan ini adalah antara julung kali diadakan di Terengganu sebagai tanda penghormatan kepada 172 negara lain untuk membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.“Untuk permulaan kita lakukan dahulu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Kemungkinan juga kita akan pilih di kawasan Batu Buruk dan kawasan-kawasan rekreasi di setiap daerah untuk memberi penghormatan serta pengajaran kepada belia supaya mereka lebih faham tentang penjimatan elektrik,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Earth Hour Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir Datuk Bandar MBKT, Zulkifli Abu Bakar.Dalam program tersebut pelbagai acara sampingan turut dijalankan termasuk Night Walk sejauh 1.36 kilometer, menanam pokok serta pameran-pameran persembahan selain daripada aktiviti utama iaitu penutupan lampu di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu selama satu jam bermula 9.15 malam.
26 Mar 17
58
Kejohanan Motosikal Lasak FIM Bakal Dijadikan Acara Dwitahunan
Rozi (dua kiri) bersama pemenang kategori Asian MX2/125 kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri berhasrat menganjurkan kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship dwitahunan berikutan mendapat sambutan baik di kalangan pelumba dalam dan luar negara.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, langkah mengadakan dua tahun sekali itu perlu memandangkan penyertaan peminat motosikal lasak semakin meningkat selain aspek pengurusan juga bertambah baik.“Ini terbukti apabila kejohanan yang dibuat sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dan Bulan Sukan Terengganu kali ini juga menunjukkan sambutan baik malah lebih membanggakan prestasi dan semangat penunggang tempatan termasuk dari Terengganu dan Malaysia yang berjaya memberi saingan turut meningkat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan FIM Asia Motocross Championship di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.Katanya, sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu kategori Asia MX2, MX 85 Junior, MX 85 Wanita dan MX Junior, manakala bagi kategori tempatan pula membabitkan MX Terbuka, MX125, Cubcross Terbuka dan Terbuka CKD.Menurut Rozi, kejohanan tiga hari bermula sejak Khamis lalu berjaya menarik penyertaan 98 penunggang dari 11 negara termasuk India, Amerika Syarikat, Filipina, Malaysia, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan Nepal.Sementara itu, pelumba dari Guam, Amerika Syarikat, Sean Lipanovich dinobatkan selaku juara kategori utama, MX2/125 selepas menewaskan 19 lagi peserta lain dalam kejohanan itu.Naib juara menjadi milik pelumba dari negara jiran Thailand, Chaiyan Romphan selepas menewaskan pelumba negara Muhammad Habibullah Mohd Salleh di tempat ketiga.Lipanovich membawa pulang hadiah wang tunai USD1,000 (RM4,000) bersama trofi manakala Chaiyan Romphan menerima USD900 (RM3,600) dan Muhammad Habibullah USD800 (RM3,200).
26 Mar 17
169
Tindakan Tegas Terhadap Pemilik Premis Biak Aedes
Dr Mohammad bersama pemenang bagi kategori oral dan poster dalam Persidangan Denggi Terengganu 2017 di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Tindakan lebih tegas akan diambil termasuk dihadapkan ke mahkamah kepada pemilik premis yang berdegil membiarkan persekitaran mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata, segelintir penduduk tidak memberi kerjasama sepenuhnya dan memandang remeh mengenai wabak denggi yang berlaku di kawasan mereka.Katanya, sehingga Mac terdapat satu lokaliti sahaja yang terdapatnya wabak denggi iaitu di Pulau Rusa Hilir, Kuala Terengganu.“Masalah sekarang adalah orang kampung tidak memberi kerjasama untuk turut sama membersihkan kawasan rumah mereka malah ada yang menghalang pihak Jabatan Kesihatan termasuk untuk memberi kompaun kepada mereka.“Selepas pada ini, penguatkuasaan lebih tegas akan diambil. Selain memberi kompaun kepada pesalah mereka bakal dihadapkan ke mahkamah jika ingkar dengan arahan yang diberikan,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Denggi Terengganu 2017 di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Tambah Mohammad, sehingga 20 Mac lalu, kadar bilangan kes denggi di Terengganu dalam keadaan terkawal apabila hanya merekodkan 80 kes.Katanya, sepanjang 2017, sebanyak 550 premis didapati positif pembiakan nyamuk Aedes dan kesemuanya dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 Pindaan 2000.Dalam persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, seramai 450 peserta melibatkan pegawai dan kakitangan di bahagian kesihatan awam dan perubatan seluruh negeri.Sepanjang persidangan itu, 42 kajian turut dibentangkan meliputi beberapa aspek termasuk kawalan dan pencegahan kes denggi di lapangan, pemantauan entomologi serta pengurusan sampel di makmal selain pendidikan kesihatan.
23 Mar 17
168
MAPEX Tawar 500 Unit Pelbagai Hartanah Bernilai RM350 Juta
Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menawarkan lebih 500 unit pelbagai jenis hartanah bernilai kira-kira RM350 juta.Pameran anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Cawangan Terengganu yang julung kali diadakan di negeri ini berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bermula 10 pagi hingga 9 malam.Pengerusi REHDA Terengganu, Mohamad Hishamudin Muda berkata, MAPEX Terengganu 2017 yang disertai 40 pemain hartanah itu berfungsi sebagai One Stop Center (pusat sehenti) untuk memberi ruang kepada pemaju hartanah tempatan yang terdiri daripada pemaju swasta dan syarikat milik kerajaan untuk memasarkan produk hartanah masing-masing.“Malah pameran ini turut menyediakan landasan terbaik buat pembeli rumah dalam mencari informasi dan panduan tentang pemilikan kediaman di bawah satu bumbung,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2017 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang di di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), hari ini.Menurut beliau, agensi lain yang terlibat dalam ekspo tersebut termasuk pihak bank yang bersedia memberikan pinjaman kepada pembeli yang layak disamping Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan membantu dari segi pengeluaran wang caruman KWSP bagi pembelian kediaman kepada bakal pembeli.“Malah, Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta syarikat lain dibawah Kementerian Kewangan iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan juga anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) turut serta memberikan tawaran produk masing-masing pada harga yang istimewa,” ujarnya.Katanya, REHDA Terengganu menyasarkan 10,000 pengunjung sepanjang ekspo tersebut berlangsung.
23 Mar 17
67
6,000 Pengunjung Dijangka Kunjungi TMEx
Lebih 6,000 pengunjung dijangka hadir pada Travel Market Expo (TMEx) 2017 di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu yang mempromosikan pelbagai pakej pelancong domestik dan luar negara menarik.Pameran yang berlangsung selama tiga hari, berakhir 25 Mac (Sabtu) disertai 41 syarikat agensi pelancongan tempatan dan luar Terengganu.Antaranya Tourism Melaka, Tourism Perak, Sani Express Sdn Bhd, Juara Travel &Tours Sdn Bhd, Yaskin Travel,Melaka River Cruise dan Industri Kecil dan Sederhana Terengganu.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata pameran pertama kali dianjurkan itu bertujuan mewujudkan pemasaran secara langsung antara penyedia perkhidmatan pelancongan kepada kumpulan sasar.Katanya, pada masa sama, mewujudkan rangkaian kerjasama strategik antara pemain industri pelancongan tempatan dan luar Terengganu menerusi jualan pakej-pakej pelancongan.“Apa yang menarik, ada sesetengah agensi menawarkan diskaun sehingga 30 peratus sempana pameran itu,” katanya
23 Mar 17
190
Usaha Perkasa Bahasa Inggeris Perlu Dilipat Ganda
Mohd Zubir bersama peserta Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah KasimKerajaan negeri menyambut baik inisiatif Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam usaha meningkatkan kecekapan tenaga pengajar Bahasa Inggeris di negara ini, selain berharap inisiatif itu perlu dilipatgandakan.Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, berkata bidang pengajaran pada masa kini memerlukan sesuatu yang kreatif dan berbeza, selain tidak hanya bergantung kepada buku teks semata-mata.Katanya, menjadi tanggungjawab golongan pendidik untuk mengubah gaya pengajaran terhadap pelajar bagi meningkatkan minat serta menjadikan mereka lebih kreatif.“Teknik pengajaran bahasa akan menjadi kreatif sekiranya guru sentiasa mencari inisiatif berbeza semasa mengajar seterusnya menjadikan pelajar lebih kreatif.“Sehubungan itu, saya berharap semua tenaga pengajar terutamanya guru Bahasa Inggeris menyedari kepentingan menggunakan pelbagai pendekatan serta material pengajaran yang baik agar pelajar bersemangat dan sentiasa berhubung dengan persekitaran pengajaran dan pembelajaran,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Persidangan selama dua hari, berakhir berakhir esok (23 Mac) itu memgumpul ahli akademik tempatan dan luar negara untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan tenang bidang kajian yang meliputi kesusasteraan dan pengajaran Bahasa Inggeris.
22 Mar 17
162
167 Pengurus Kediaman Berkhidmat Seluruh Terengganu
Program Pengurus Kediaman yang diperkenalkan menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan itu secara professional di seluruh Terengganu.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa, berdasarkan rekod seramai 167 majikan mendapatkan perkhidmatan itu sejak diperkenalkan pada Mac 2015.Manakala 184 individu yang berkelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada golongan ibu tunggal, belia dan suri rumah dilatih menjadi Pengurus Kediaman secara profesional.Katanya, ada majikan ingin mendapatkan dua orang pengurus kediaman sekali gus bagi menguruskan kediaman mereka secara professional.“Faktor itu berkemungkinan bayaran pendahuluan yang dikenakan agak murah iaitu hanya kira-kira RM2,000 bagi setiap pengurus kediaman berbanding sehingga RM14,000 yang perlu dibayar untuk mendapat perkhidmatan warga asing.“Kebanyakan keluarga mahukan Pengurus Kediaman bagi menjaga ahli keluarga uzur, mengasuh anak dan mengurus kediaman,”katanya ketika dihubungi Teganukita.Menurutnya, menyedari hakikat itu, pihaknya meneruskan program sama dengan peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri berjumlah RM1 juta.“Pelbagai program diatur dengan kerjasama Kolej Inforana, termasuk kursus selama 10 hari, promosi, program kecergasan, bengkel pengkhususan perkhidmatan, bengkel celik IT dan program motivasi yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.“Pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada kepada yang layak, termasuk diitawarkan gaji minima RM1,000 sebulan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Perkeso, Insurans berkelompok, kemudahan Taska Permata Keluarga YPKT secara percuma,”katanya.
22 Mar 17
286
Terengganu Bike Week 2017 27 Mac- 2 April, Tampil Kelainan
Tengku Sri Temenggung (kanan) bersama Tun Faisal menunjukkan pamplet mempromosikan penganjuran Terengganu Bike Week 2017 27 Mac-2 April 2017 ini.Terengganu Bike Week 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hingga 2 April ini, bakal membawa kelainan kepada pengunjung dan kira-kira 3,000 peserta yang datang dari dalam dari luar negara, sempena sambutan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017. Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Sri Temenggung Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, program tahunan bagi edisi kali kelima itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti baharu kepada peserta yang mampu menonjolkan tradisi dan kebudayaan Terengganu."Pada tahun ini, program ini dijangka lebih meriah dan menarik dengan penglibatan lebih ramai peserta berbanding tahun sebelumnya, selain pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran serta jualan turut dianjurkan di Dataran Batu Buruk dan di Dataran Permata Seberang Takir.“Kali ini ada sedikit perbezaan apabila program yang turut mendapat sambutan dari kerajaan negeri ini turut mempromosikan VBT 2017 yang sedang berlangsung,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sidang Media Sempena Terengganu Bike Week 2017 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Zanariah Mamat dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani .Katanya, dalam memeriahkan lagi acara sempena VBT 2017 pihaknya akan menonjolkan pelbagai aktiviti dan warisan yang terdapat di negeri ini kepada peserta terutama mereka yang datang dari luar Terengganu termasuk Brunei, Singapura dan Thailand."Pada 31 Mac, semua peserta akan berkumpul dan kita akan menjemput penunggang dari luar negara di sempadan dan pada 1 April, kita akan adakan konvoi muhibah di Kampung Baru Seberang Takir dan peserta akan didedahkan dengan aktiviti kebudayaan masyarakat setempat termasuklah aktiviti pembuatan keropok lekor."Selain itu, kita juga akan menjalankan program amal yang mana kita akan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan,"katanya.
22 Mar 17
799
99 Kertas Kerja Dibentang Pada Persidangan ICDETAH 2017
Ghazali ketika berucap di Majlis Penutup Persidangan ICDETAH 2017 di Hotel Permai, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailSebanyak 99 kertas kerja dibentangkan pada persidangan Antarabangsa Komunikasi, Teknologi Maklumat, Pendidikan, Alam Sekitar, Pelancongan, Ekonomi, Politik, Seni dan Warisan (ICDETAH) 2017 yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini di Hotel Permai, Kuala Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, persidangan kali kedua dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Pertubuhan Ahli Akademik dan Profesional Anak Terengganu (Perapat) Malaysia, dan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris itu mengenengahkan tema ‘Informasi Merentas Peradaban’.“Maltamat ICDETAH 2017 adalah sebagai platform untuk pencambahan ilmu dalam menjayakan Transformasi Terengganu Baharu termasuk hasil daripada perbincangan, perkongsian dan pertukaran idea serta hasil penyelidikan dalam isu yang berkaitan dengan pembangunan komunikasi, media, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pendidikan, alam sekitar, pelancongan, ekonomi, agama, politik, seni dan warisan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian penutup persidangan ICDETAH 2017 di Hotel Permai, hari ini.Turut hadir, Pengarah Unit komunikasi Negeri Terengganu, Dato’ Muda Mamat, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran serta Presiden Perapat, Prof Madya Dr Abdul Halim Ali.Menurut Ghazali, selain meneroka idea-idea baharu menerusi pembentangan kertas kerja bagi manfaat perkembangan bidang-bidang tersebut, ianya secara tidak langsung menjadi platform terbaik pembahasan tentang pelbagai isu pembangunan dalam bidang tumpuan ke arah mewujudkan kesedaran kesejahteraan pembangunan untuk masyarakat dan negara.Katanya, seramai 150 peserta menyertai persidangan itu yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar pasca siswazah dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Brunei dan Australia serta wakil-wakil kerajaan negeri dimana 99 daripadanya adalah pembentang kertas kerja dan selebihnya peserta biasa.Ghazali berkata, buat fikiran dan ilmu yang dibentangkan diharap dapat dimanfaatkan untuk dijadikan rujukan akademik khususnya bagi membangunkan program-program yang berteraskan teknologi maklumat di negeri ini.Sementara itu, Prof Madya Dr Abdul Halim berkata, daripada jumlah 99 kertas kerja yang mengandungi pelbagai tajuk, dua buah penerbitan berjaya dihasilkan dalam bentuk jurnal dan sebuah buku sebagai kompilasi karya ahli-ahli akademik dari rantau ini yang boleh dimanfaatkan.“Insya-Allah, bagi persidangan akan datang (dua tahun lagi) kita akan fokus kepada bidang, pendidikan teknikal dan vokasional pula sebagaimana kerajaan negeri sering tekankan,” katanya.
21 Mar 17
366
Hotel PB Square Dijangka Siap April Ini
Hotel Paya Bunga (PB) Square dijangka siap sepenuhnya pada akhir April ini.Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Samiun Salleh berkata, secara keseluruhan kerja-kerja fizikal hotel telah siap sepenuhnya."Sehingga 7 Mac lalu pihak kontraktor telah menyiapkan 60 peratus bagi kerja-kerja hiasan dalaman (ID),"ujarnya.Samiun berkata, Hotel PB Square bertaraf tiga bintang itu mempunyai 208 buah bilik penginapan dengan menyediakan kemudahan dewan seminar, restoran dan kolam renang kepada penyewa hotel."Selain itu, ianya juga terletak di lokasi strategik dimana terdapat pelbagai kemudahan disediakan termasuk dari segi pengangkutan (berdekatan dengan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan laluan Bas Kite), pusat boling, panggung wayang, pusat membeli belah, UTC Terengganu, bank serta kemudahan tempat meletak kenderaan,"ujarnya.Katanya, Hotel PB Square juga bakal menyediakan penginapan selesa dengan harga berpatutan kepada pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke Terengganu."Pemandangan keseluruhan Bandar Raya Kuala Terengganu juga dapat dilihat dari Hotel PB Square dan secara tidak langsung dapat mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di sekitarnya seperti Pasar Payang, Bazar Warisan dan Pantai Batu Burok sekali gus menyemarakkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017," ujarnya.Sementara itu Samiun berkata, semua komponen pembangunan PMINT Square (PB Sentral, Hotel PB Square dan PB Plaza) akan beroperasi secara menyeluruh Mei depan.
21 Mar 17
547