Artikel "Utama" Terkini
Pusat Boling, Panggung Wayang Buka Mac
Dua kemudahan bagi aktiviti riadah di Paya Bunga (PB) Sentral iaitu pusat boling dan panggung wayang dibuka kepada orang awam mulai bulan ini.Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, pusat boling Coral Crown Bowl (CCB) dibuka pada 10 Mac manakala panggung wayang mula dibuka pada 18 Mac di tingkat tujuh sahaja dan lain-lain tingkat (8 dan 9) akan dibuka secara berperingkat.Katanya, tarikh pembukaan dua kemudahan itu adalah menepati sasaran awal, dimana penangguhan pembukaan sebelum ini adalah disebabkan proses mendapatkan Certificate of Completion And Compliance (CCC) mengambil masa kerana melibatkan beberapa jabatan teknikal.Menurut Samiun, dengan adanya pelbagai kemudahan disediakan bagi aktiviti riadah seisi keluarga di PB Sentral, pihak PMINT yakin ia akan menjadi tarikan utama kepada pengunjung.“Boleh dikatakan, tempat riadah sekeluarga di negeri ini terhad kepada kawasan pantai dan taman-taman sahaja.“Sekiranya ingin bermain boling dan menonton wayang memaksa warga bandaraya ini khususnya kadang kala perlu melalui perjalanan yang agak jauh contohnya ke Kemaman,” ujarnya.Katanya, dengan adanya kemudahan baharu ini, pusat riadah lebih pelbagai dan secara tidak langsung Pusat Bandaraya Kuala Terengganu akan lebih meriah dengan kunjungan penduduk tempatan dan luar.
21 Mar 17
172
Jangan Jadi 'Gunting Dalam Lipatan' -Razif
Ghazali berpelukan dengan bekas Adun Ajil, Dato Rosol Wahid pada pertemuan sempena kunjungan Ahmad Razif ke DUN itu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Semua ahli UMNO di negeri ini diminta tidak menjadi 'gunting dalam lipatan' sehingga menggadaikan maruah parti yang melambangkan ketuanan Melayu ini.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sikap buruk segelintir pihak yang suka mengeruhkan keadaan, mengadu-domba dan menghasut pemikiran orang ramai boleh memusnahkan masa depan anak muda serta merosakkan parti UMNO itu sendiri."Perjuangan UMNO penuh dengan cabaran dan tohmahan yang tidak akan dan tidak pernah melunturkan semangat perjuangan ahli-ahli UMNO dulu, kini dan selamanya."Bagaimanapun, jangan pula ada di kalangan kita menjadi gunting dalam lipatan, mengadu-domba atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan parti UMNO dan masa depan anak muda dengan pelbagai hasutan yang tidak benar,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Kepimpinan UMNO Cawangan DUN Ajil sempena Program MB Turun Padang di DUN Ajil di Dewan Sivik, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Ahmad Razif sebaliknya mahu supaya semua ahli UMNO supaya bersama-sama dengan jentera parti bersiap- sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14)tidak lama lagi, sekali gus memastikan DUN Ajil dan Terengganu khasnya, kekal milik Barisan Nasional.Mengulas tindakan beberapa ahli UMNO di negeri ini yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ahmad Razif berkata, tujuan mereka bertindak demikian kerana mahu menjatuhkan kepimpinan UMNO Terengganu pada PRU14 akan datang."Sebab itu kepada sesiapa ahli UMNO yang terlibat dengan PPBM di DUN Ajil dan juga di seluruh Terengganu ini, mereka akan diambil tindakan termasuk dipecat dari keahlian dan saya tidak akan teragak-agak untuk melakukannya demi parti UMNO,"katanya lagi.
20 Mar 17
166
Pasar Percuma Di Seluruh Daerah Mulai April Ini
Pasar percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan di seluruh daerah di Terengganu akan bermula bulan depan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasar percuma itu membolehkan golongan kurang berkemampuan mengambil barangan keperluan asas dan sebagainya tanpa perlu berbelanja.Katanya lagi, peserta e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) boleh mendaftar di kaunter pada Isnin minggu pertama bagi mendapatkan kupon untuk ditukarkan kepada barangan keperluan yang dikehendaki."Pasar ini kita rancang setiap Isnin minggu pertama setiap bulan dan hari Isnin kita dah isytiharkan hari tanpa mesyuarat."Ini juga akan memberi ruang untuk orang ramai menyumbang termasuk barangan terpakai. Pegawai-pegawai kerajaan yang ingin memberikan sumbangan mereka juga boleh berbuat demimian, "katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat, Kakitangan Kerajaan dan Swasta di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan mewujudkan hari bertemu pelanggan di Wisma Darul Iman (WDI) pada hari yang sama mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari."Kita akan bermula di WDI pada minggu depan dengan penyediaan kanopi yang menjadi pusat pengumpulan barang-barang yang disumbangkan dan sebagai pusat menerima sumbangan orang ramai.Jelasnya lagi, kutipan sumbangan orang ramai untuk program amal itu akan digerakkan selama tiga minggu dalam sebulan sebelum proses pengagihan.
20 Mar 17
52
Kerajaan Negeri Biayai Pesakit 'Alobar Holoprosencephaly' Di Ajil
Ahmad Razif bertanya khabar adik Nur Sofeatul Aiesha Zamani yang menghidap 'Alobar Holoprosencephaly' pada Program Turun Padang di Dewan Undangan Negeri Ajil, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri bersedia menanggung kos rawatan pembedahan sumbing dan menyelesaikan masalah air dalam kepala adik Nur Sofeatul Aiesha Zamani,2, yang menghidap 'Alobar Holoprosencephaly' atau penyakit kepala besar.Menteri Besar, Dato'Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kes ini akan dirujuk terus kepada pakar kanak-kanak.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Perjumpaan bersama Kakitangan Awam/Swasta Dan Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Sivik Ajil sempena Program Turun Padang ke Dewan Undangan Negeri Ajil, hari ini.Turut mengiringi lawatan beliau ke pekan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail , Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.Ibu bayi berkenaan, Nurfaiz Mohd Rani, 33, berkata,anaknya yang berusia dua tahun itu dikesan mengidap 'Alobar Holoprosencephaly'sejak berada dalam kandungannya setelah pemeriksaan ultrasound dijalankan pada usia kandungan 38 minggu.“Kini pada usia dua tahun ,berat badannya cuma sembilan kilogram tapi kepalanya seberat empat kg sehingga menyukarkan pergerakannya."Saya berterima kasih kepada Dato' Seri Menteri Besar atas keprihatinan beliau untuk memberi rawatan pembedahan secara percuma ini,"katanya lagi.Sementara itu, Ahmad Razif juga bersetuju untuk melihat apakah keperluan bagi pasangan adik beradik istimewa Erynn Elrina Mohd Hashim,17, dan Danish Darwish Mohd Hashim,13, yang menghidap ‘cerebral palsy '."Untuk anak-anak ini,saya minta Adun Ajil,Ghazali Taib untuk melihat keperluan yang perlu ada untuk meringankan beban yang ditanggung."Dan untuk sementara ni kita akan bantu dari segi rawatan fisioterapi bagi memudahkan pergerakan mereka,"katanya lagi.Mereka membesar tidak seperti bayi lain setelah disahkan menghidap penyakit ini sejak lahir apatah lagi mereka dipercayai lemas ketika proses bersalin. Hingga kini kedua beradik ini hanya mampu terbaring sahaja.
20 Mar 17
1070
Peruntukan RM5 Juta Selesai Banjir Di Taman Ajil Perdana
Kerajaan negeri akan memperuntukkan sehingga RM5 juta untuk menaik taraf 'Monsoon Drains' atau longkang di Taman Ajil Perdana, Ajil, Hulu Terengganu bagi menyelesaikan masalah limpahan air banjir di kawasan tersebut.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) perlu membuat kajian teknikal bersama Yang Dipertua Majlis Daerah dan mengemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu( UPEN)."InsyaAllah, kita akan ambil tindakan dan saya beri jaminan di sini jika saya dapat keputusan segera daripada teknikal ini maka perlaksanaan untuk selesaikan masalah isu 'Monsoon Drain' akan dijalankan segera."Ini adalah salah satu perkara yang jadi keutamaan rakyat dan semoga selepas ini masalah banjir dapat dikecilkan seberapa yang boleh," kata Ahmad Razif.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Perjumpaan bersama Kakitangan Awam/Swasta Dan Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Sivik Ajil sempena Program Turun Padang ke Dewan Undangan Negeri Ajil, hari ini.Kira-kira 2,000 kakitangan awam dan swasta serta pihak berkuasa tempatan hadir mendengar amanat yang disampaikan oleh Menteri Besar.Sementara itu, Ahmad Razif juga akan mendapatkan bajet daripada Kerajaan Pusat bagi mendalamkan muara Sungai Kuala Berang bagi memudahkan laluan kapal dan mengurangkan masalah banjir yang sentiasa berlaku."Untuk mendalamkan muara sungai ini,saya juga menunggu laporan teknikal daripada JPS dan lepas dah dapat laporan terperinci,saya akan cuba dapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat."Muara sungai ini mempunyai potensi besar untuk industri pelancongan kerana satu masa dahulu kapal boleh mudik dari muara Sungai Terengganu ke muara Sungai Berang."InsyaAllah, kita akan mulakan balik kegemilangan ini jika kita dalamkan sungai tersebut dan majukan industri pelancongan di daerah ini," katanya lagi.
20 Mar 17
444
MB Bersarapan Di Medan Selera Ajil
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria sempat meluangkan masa bersarapan dengan orang ramai, di Medan Selera, Ajil, Hulu Terengganu, pagi ini.Beliau disambut oleh penduduk setempat yang tidak sabar untuk menjamu selera sambil berbual mesra bersama pemimpin negeri itu.Peniaga dan pengunjung di Medan Selera Ajil itu juga kelihatan teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri itu. Turut mengiringi lawatan beliau ke pekan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail , Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.Seorang peniaga, Nor Azura Ibrahim,33, berkata dia cukup teruja dengan kehadiran Menteri Besar dan isteri kerana ini kali pertama dapat menatap wajah pemimpin yang disayangi itu dengan lebih dekat."Hanya dalam masa tiga hari, kami buat persiapan bagi menyambut kedatangan beliau dan hari ini saya menyediakan nasi lemak,nasi minyak,nasi dagang,mee goreng dan kuih-muih istimewa sebagai hidangan kepada pemimpin dan mereka yang hadir hari ini," katanya yang sudah 13 tahun menjalankan perniagaan di situ.Menteri Besar seterusnya meneruskan program Ziarah Kasih dengan mengunjungi rumah seorang mualaf, Mohd Hashim Liew Abdullah, 47, yang mempunyai dua anak istimewa menghidap ‘cerebral palsy’ sempena program sehari di DUN Ajil.
20 Mar 17
92
Peserta Program Empower ECER Ditambah Seluruh Terengganu
Beberapa pelajar yang diraikan sempena bersama tetamu kehormat di Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kepada 25 peserta Empower ECER Kuala Nerus, Setiu dan Marang di Pejabat ECER Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail.Kerajaan negeri berhasrat menambah bilangan peserta program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di setiap daerah di negeri ini bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi inisiatif program pembangunan modal insan yang dilancarkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada 2010, pelaksanaan program latihan akademik itu menyasarkan pelajar yang berprestasi lemah dan sederhana.“Ketika ini, setiap daerah mempunyai lebih kurang 200 peserta daripada keluarga kumpulan berpendapatan B40 dan untuk tahun ini kerajaan negeri dengan kerjasama ECER akan meneruskan program ini dengan menambah lebih ramai bilangan pelajar di setiap daerah.“Secara tidak langsung, dengan penambahan peserta program ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah kemiskinan yang membelenggu keluarga peserta dengan memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kepada 25 peserta Empower ECER Kuala Nerus, Setiu dan Marang di Pejabat ECER Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John.Sementara itu, Ahmad Razif turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ECER kerana program Empower yang diperkenalkan itu banyak membantu meningkatkan keputusan peperiksaan awam di Terengganu termasuk SPM.“Saya bangga kerana 25 orang pelajar hari ini menerima pengiktirafan di mana mereka ini terdiri daripada golongan keluarga B40.“Yang mana, kalau ikut keadaan biasa memang sukar untuk mereka berjaya kerana tiada kemudahan dan kelengkapan seperti pelajar lain, tetapi atas inisiatif ECER program Empower ini telah membuka peluang para peserta sekaligus berjaya menunjukkan peningkatan prestasi akademik,” ujarnya.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan terus membantu pelajar-pelajar ini termasuk menerusi kerjasama dengan beberapa universiti negeri ini yang akan menawarkan tempat untuk mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.“Kerajaan negeri dan ECER akan bantu pelajar ini untuk menempatkan mereka di pusat-pusat pengajian yang sewajarnya kerana yang paling mustahak mereka ini berjaya dan dapat keluarkan keluarga daripada kemiskinan.“Jika mereka berminat untuk meneruskan pelajaran di pusat-pusat pengajian di negeri ini tiada masalah, tetapi terpulang kepada pelajar untuk tentukan apa yang mereka minat,” ujarnya.
19 Mar 17
332
Kebudayaan Terengganu Dipentaskan Di Istana Budaya Julai Ini
Mohamed Nazri mencuba membakar bekang sambil diperhatikan Ahmad Razif selepas merasmikan Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One 2017 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeni kebudayaan Terengganu terus diiiktiraf apabila bakal dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Julai ini.Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Terengganu sememangnya kaya dengan pelbagai seni budaya dan warisan, bagaimanapun masih ramai tidak mengetahui serta menghayatinya secara mendalam.Katanya, berikutan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menganjurkan Malam Seni Budaya Terengganu di Istana Budaya bagi menghidupkan lagi kesenian yang ada tersebut."Mungkin kita akan adakan pada hujung minggu selama empat hari bermula Khamis. Sepanjang ianya berlangsung, pelbagai persembahan kebudayaan Terengganu akan diadakan."Dalam masa yang sama, kita juga akan bawakan sekali makanan-makanan tradisional Terengganu ke Istana Budaya untuk diperkenalkan kepada orang ramai," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One 2017 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar.Program sembilan hari sejak 17 Mac lalu turut menyediakan beberapa pertandingan seperti pertandingan memancing, bola sepak pantai serta permainan tradisional Melayu.Kejohanan Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung 24 dan 25 Mac menawarkan hadiah lumayan dengan johan bakal membawa pulang RM13,000.Manakala, hadiah yang ditawarkan untuk Cabaran Memancing Pantai Batu Burok pada 25 Mac pula ditambah nilai hadiah kepada juara daripada RM30,000 kepada RM40,000 berikutan sambutan yang memberangsangkan.
19 Mar 17
502
Peruntukan RM3 Juta Bina Bangunan Serikandi
Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membina bangunan baharu milik Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata langkah itu bertujuan menghargai peranan penting yang dimainkan oleh Serikandi selama ini dalam menjayakan program melibatkan masyarakat dan kerja-kerja amal.“Ketika ini Serikandi beroperasi di kuarters kerajaan yang terletak di Batu Buruk di Kuala Terengganu, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih reka bentuk yang sesuai.“Projek tersebut juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan kuarters itu sebagai pembangunan perumahan awam yang moden dan strategik," katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Serikandi kali ke-30 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria.Pada masa sama, Ahmad Razif mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM100,000 untuk badan amal itu menjalankan aktiviti pengurusan dan pentadbiran tahunan mereka.
18 Mar 17
57
TPM Meriahkan Resepsi Putera Tengku Zainuddin
Zahid Hamidi dan Ahmad Razif serta Shabery sempat bergurau dengan pengantin dalam majlis resepsi putera Tengku Zainuddin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato' Tengku Zainuddin Tengku Zahid.Dalam majlis resepsi antara Tengku Faizal Ikhwan Tengku Zainuddin, 26, dan pasangannya Amalina Husna Abd Halim, 25, yang berlangsung di Regency Waterfront Hotel tersebut, lebih 1,000 tetamu hadir memeriahkan majlis itu.Turut hadir memeriahkan majlis tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh.Selain itu, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, exco-exco kerajaan negeri turut memenuhi undangan majlis tersebut.Sebelum itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO sempat merasmikan Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi(PDM) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada sebelah petang.Sebelum berangkat pulang, Zahid sempat meraikan pasangan dua sejoli tersebut dengan memberi restu kepada kedua mempelai di majlis itu.
17 Mar 17
1679