KUALA NERUS, 15 Oktober – Program YB Cakna Komuniti (YBCK) UDM Bukit Wan terus menjadi platform mendekati masyarakat setempat menerusi program minum petang bersama komuniti di Bukit Wan, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, program berkenaan memberi ruang kepada kepimpinan untuk beramah mesra, bertanya khabar serta mendengar perkongsian dan pandangan masyarakat dalam suasana santai.
“Program seperti ini membolehkan kami mendengar sendiri pandangan dan keperluan masyarakat setempat, selain mengeratkan hubungan antara kepimpinan dengan komuniti,” katanya.
Kunjungan tersebut turut disambut baik oleh Pok Kie yang sudi menerima kehadiran rombongan serta memberikan layanan kepada mereka.
Pendekatan turun padang seperti ini mencerminkan kepentingan hubungan erat antara kepimpinan dan masyarakat dalam usaha memahami keperluan setempat, di samping mengukuhkan silaturahim.