Jalur Gemilang
Berita :
Beladau Kolam FC Tamatkan Penantian 20 Tahun, Julang Piala ADUN Manir
Beladau Kolam FC Tamatkan Penantian 20 Tahun, Julang Piala ADUN Manir
Ahmad Mawardi
2 jam yang lepas
192

HULU TERENGGANU, 18 Oktober - Pasukan Beladau Kolam FC menamatkan penantian selama 20 tahun apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Manir selepas menewaskan Padang Machang FC dengan keputusan 2-1 pada perlawanan akhir petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun berkata kejohanan itu bukan sekadar medan persaingan merebut kejuaraan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim serta menyatukan masyarakat melalui sukan.

Beliau turut berharap kejohanan seumpama itu dapat diteruskan bagi mencungkil bakat baharu, menggalakkan penglibatan golongan muda dalam aktiviti sihat serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan penduduk setempat.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Bola PMC Arena Padang Macang itu turut disaksikan Hilmi Harun bersama ratusan warga DUN Manir yang hadir memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan.

Kejayaan Beladau Kolam FC membolehkan pasukan itu membawa pulang piala kejuaraan serta wang tunai sebagai ganjaran atas kejayaan mereka dalam kejohanan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, empat pasukan berjaya melayakkan diri ke peringkat Parlimen Hulu Terengganu akan datang iaitu Beladau Kolam FC, Padang Machang FC, Batu Hampar FC dan Manir FC.

Kejohanan itu diharap menjadi pemangkin kepada perkembangan bola sepak setempat, selain membuka peluang kepada pasukan yang layak untuk terus mengharumkan nama kawasan masing-masing pada peringkat seterusnya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan