Jalur Gemilang
Berita :
Pekebun Kampung Tepus Desak Tangani Segera Isu Gajah Liar
Pekebun Kampung Tepus Desak Tangani Segera Isu Gajah Liar
Muhammad Amiruddin Zamri
13 jam yang lepas
55

DUNGUN, 18 Oktober – Pekebun di Kampung Tepus, Hulu Dungun, Terengganu, merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani gangguan gajah liar yang berulang kali memasuki kebun dan memusnahkan tanaman sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Dalam kejadian terbaru kira-kira empat hari lalu, beberapa pekebun mengalami kerugian apabila tanaman pisang yang hampir sedia dituai dimusnahkan haiwan berkenaan.

Pekebun, Ahmad Nazri Mat Sham dan Muhammad Izzudin Ahmad Nazri, meluahkan kekecewaan apabila modal, masa dan tenaga yang dicurahkan untuk mengusahakan kebun tidak membuahkan hasil akibat kerosakan berulang. 

Keadaan itu turut menyebabkan mereka hilang semangat untuk menanam semula kerana bimbang kejadian sama berulang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, meminta pekebun terjejas membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) daerah bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Pekebun juga diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di kebun bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Mereka berharap tindakan segera dan berkesan dapat dilaksanakan bagi melindungi tanaman, mengurangkan kerugian serta menjamin keselamatan penduduk yang bergantung kepada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan