Jalur Gemilang
Berita :
TMP FC Kekalkan Kejuaraan, Julang Piala YB Seberang Takir
TMP FC Kekalkan Kejuaraan, Julang Piala YB Seberang Takir
Arifuddin Alias
6 jam yang lepas
249

KUALA NERUS, 29 Oktober – TMP FC terus mengukuhkan reputasi sebagai antara pasukan terbaik di Seberang Takir apabila berjaya mengekalkan kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Piala YB KCM ADUN Seberang Takir bagi dua tahun berturut-turut.

Kejayaan itu hadir selepas TMP FC menewaskan Wakaf Baru FC dengan keputusan tipis 1-0 dalam aksi perlawanan akhir yang berlangsung sengit. 

Jaringan tunggal kemenangan TMP FC disempurnakan oleh Wan Alif Haikal sekali gus memastikan pasukannya muncul juara. 

Jurulatih TMP FC, Fahmi Izzudin berkata, beliau melahirkan rasa gembira apabila pasukannya berjaya mempertahankan kejuaraan, hasil komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pemain sepanjang kejohanan.

“Antara strategi utama pasukan ialah mengekalkan pemain lama yang sudah mempunyai keserasian serta persefahaman ketika beraksi di atas padang. 

“Pengalaman dan keserasian pemain menjadi antara faktor penting dalam memastikan pasukan mampu mengekalkan prestasi serta memberikan saingan kepada pasukan lawan, " ujarnya. 

Mengulas persiapan menghadapi kejohanan di peringkat Parlimen, Fahmi berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bagi memantapkan lagi persediaan pasukan.

“Perlawanan persahabatan itu penting untuk menilai tahap kecergasan pemain, memperkemas taktikal serta meningkatkan persefahaman pasukan sebelum menghadapi cabaran yang lebih besar dan berharapa kejayaan malam ni dapat menjadi pembakar semangat kepada semua pemain untuk terus meningkatkan prestasi dan memberikan saingan terbaik pada kejohanan akan datang," ujarnya. 

 


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan