Jalur Gemilang
Berita :
Osc Maya Himpun Maklumat 40 Agensi Mudahkan Usahawan Terengganu
Osc Maya Himpun Maklumat 40 Agensi Mudahkan Usahawan Terengganu
Noraini Jusoh
10 jam yang lepas
90

KUALA TERENGGANU, 29 Oktober – Usahawan di Terengganu kini boleh mendapatkan maklumat berkaitan bantuan, pembiayaan, geran dan latihan perniagaan dengan lebih mudah menerusi platform digital One Stop Centre Maya (OSC Maya).

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato' Ariffin Deraman berkata, ia dibangunkan dengan kerjasama pihak Universiti Teknologi MARA Terengganu bagi memudahkan akses kepada kemudahan dan perkhidmatan keusahawanan.

Katanya, OSC Maya menghimpunkan maklumat daripada 40 agensi di bawah Urus Setia Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (PEUTER) dalam satu platform digital.

“Platform ini menyediakan pelbagai maklumat penting untuk membantu usahawan meneroka peluang perniagaan, termasuk kemudahan pembiayaan dan geran, kursus serta latihan selain promosi produk usahawan.

“Sekali gus memudahkan usahawan mendapatkan maklumat lengkap dan sahih tanpa perlu merujuk pelbagai sumber secara berasingan yang secara tidak langsung menjimatkan masa dan memudahkan urusan mereka,” ujar Ariffin dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Katanya, Aplikasi OSC Maya yang telah dilancarkan pada 10 September lalu boleh dimuat turun menerusi Google Play dengan membuat carian One Stop Centre Maya atau melalui pautan https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ypu.oscm

Katanya, kemudahan digital itu diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan Terengganu bagi mendapatkan maklumat berkaitan sokongan keusahawanan serta mengembangkan perniagaan masing-masing.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan