Jalur Gemilang
Berita :
Losong Wakaf Nyior Kembor FC Rampas Kejuaraan Piala YB ADUN Wakaf Mempelam
Losong Wakaf Nyior Kembor FC Rampas Kejuaraan Piala YB ADUN Wakaf Mempelam
Khairul Faez Rosdi
8 jam yang lepas
182

Oleh: Khairi Ramzan

KUALA TERENGGANU, 29 Oktober – Losong Wakaf Nyior Kembor FC berjaya merampas kembali kejuaraan Piala YB ADUN Wakaf Mempelam selepas menewaskan Teluk Paku FC 3-1 dalam aksi akhir di KTC Arena Batu Buruk, malam tadi.

Kejayaan itu menyaksikan Losong Wakaf Nyior Kembor FC kembali bergelar juara selepas kejuaraan edisi sebelumnya menjadi milik Wakaf Mempelam FC.

Muhd Syazmin muncul watak penting buat pasukannya apabila menjaringkan gol menerusi situasi satu lawan satu dengan penjaga gol lawan, sekali gus membantu pasukan mengukuhkan kedudukan untuk mencatat kemenangan 3-1.

Lebih manis, Syazmin turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan atas sumbangannya dalam membantu pasukan menjulang trofi kejohanan berkenaan.

Aksi final itu turut menarik kehadiran kira-kira 3,000 penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan di KTC Arena.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah menyaksikan perlawanan serta menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Pasukan juara telah membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500, manakala Teluk Paku FC menerima RM1,500 sebagai naib juara.

Sementara itu, tiga pasukan yang berkongsi tempat ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai RM800.

Kejohanan Piala YB ADUN Wakaf Mempelam terus menjadi platform menghimpunkan pemain dan penyokong bola sepak setempat, selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat menerusi sukan.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan