lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Prestasi PAS Kini Terbaik, Mengapa Nak Tukar Presiden?
Prestasi PAS Kini Terbaik, Mengapa Nak Tukar Presiden?
"Prestasi PAS sekarang adalah antara yang terbaik, kenapa perlu tukar Presiden," itu lontaran suara Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditanya tentang kewajaran Tan Sri Abdul Hadi Awang berundur dari jawatan presiden parti berkenaan berikutan keadaan kesihatannya.
18 Jun 25
120
Jangan Manipulasi Sistem Federalisme Demi Kepentingan Politik Sempit
Jangan Manipulasi Sistem Federalisme Demi Kepentingan Politik Sempit
KUALA TERENGGANU, 20 April - Terengganu memberi peringatan kepada mana-mana pihak agar tidak memanipulasikan sistem federalisme demi kepentingan politik sempit yang akan menghakis keyakinan rakyat terhadap struktur negara. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sistem federalisme yang menjadi asas hubungan antara negeri dan Persekutuan harus dikembalikan ke atas neraca keadilan sebenar. Tegasnya, saranan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tentang penubuhan suruhanjaya ke arah reformasi federalisme amat wajar. "Negara ini dibina atas asas perkongsian kuasa, bukan pemusatan kuasa mutlak. "Maka adalah menjadi kewajipan untuk memastikan tiada satu pihak pun ditindas atau dinafikan hak (royalti petroleum) hanya kerana perbezaan pentadbiran atau prinsip perjuangan," ujarnya melalui satu kenyataan semalam. Mengulas lebih lanjut, Khalil berkata umat Islam tidak pernah diajar untuk tunduk kepada kezaliman dan penindasan. "Kita diajar untuk menegakkan kebenaran dan memperjuangkan hak dengan hujah yang jelas, fakta yang kukuh dan tawakal yang penuh kepada Allah," ujarnya.
20 Apr 25
87
'Tiada Pemimpin Kekal Kuasa Selama-Lamanya' - Dr. Sam
'Tiada Pemimpin Kekal Kuasa Selama-Lamanya' - Dr. Sam
KUALA TERENGGANU, 19 April – Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan peringatan penuh makna bahawa kuasa politik adalah sesuatu yang bersifat sementara, manakala sistem pentadbiran adalah warisan yang wajib dijaga daripada dicemari kepentingan peribadi. Menurut beliau, sejarah membuktikan bahawa tiada seorang pun pemimpin mampu terus menongkat langit dan kekal berkuasa selama-lamanya. "Ada ketika kita berkuasa dan ada ketika kuasa hilang dari tangan kita," katanya dalam sesi penggulungan DUN, di Wisma Darul Iman, kelmarin.  Beliau menegaskan bahawa struktur kerajaan tidak boleh sekali-kali dipaksa untuk tunduk kepada kehendak politikus yang ingin mengekalkan kekuasaan mereka. "Sistem ini tidak boleh dipaksa-rela digunakan oleh political masters untuk tujuan politik kepartian," ujar beliau. Samsuri turut menempelak cubaan segelintir pihak yang menyerangnya dengan memutarbelit isu dan fakta, seolah-olah beliau baru memegang kuasa dan tidak memahami selok-belok pentadbiran. "Saya mula menggalas jawatan ini sejak 2018 lagi.  "Tapi isu ini hanya timbul enam bulan kebelakangan ini sahaja," ujarnya. Mengulas lebih lanjut, beliau menyatakan dirinya tidak naif dalam isu pentadbiran dan tahu dengan jelas apa itu Travel Control Order (TCO) dan kesan status sebagai VIP. "Saya agak segan menyebut terma VIP, tapi saya gagahkan juga, supaya masing-masing tahu pandangan saya tidak sama dengan pandangan mainstream," katanya.
19 Apr 25
230
DAP Tabur Tuduhan Karut Dakwa JKPK Tidak Pernah Bermesyuarat
DAP Tabur Tuduhan Karut Dakwa JKPK Tidak Pernah Bermesyuarat
KUALA TERENGGANU, 6 Mac - Dakwaan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Thiong bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang diketuai pembangkang (Perikatan Nasional) tidak penah bermesyuarat merupakan tuduhan yang sangat karut. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pihaknya sangat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen itu sedangkan pada waktu itu JKPK sedang bermesyuarat. Tegasnya, tuduhan itu tidak berasas kerana seluruh rakyat dan orang ramai boleh melihat setiap kali aktiviti mesyuarat yang diadakan kerana ia dimuat turun dalam facebook rasmi Parlimen Malaysia.. "Sebaik selesai mesyuarat saya terus kembali ke Dewan Rakyat dan memohon speaker mengeluarkan petua atas kenyataan menyeleweng daripada ahli parlimen DAP ini. "Untuk pengetahuan, bagi tahun 2023, JKPK telah mengadakan 10 mesyuarat dan satu lawatan kerja ke Lynas (manakala) bagi tahun 2024, JKPK telah mengadakan 16 mesyuarat, 5 lawatan kerja ke MCRE Resources, Agensi Angkasa, MGTC, NAHRIM dan Agensi Nuklear, serta telah membentangkan empat penyata dalam dewan. "Bagi tahun 2025 pula setakat bulan Februari, JKPK telah pun mengadakan dua mesyuarat dan satu lawatan kerja ke Sarawak. Malah, saya baru sahaja selesai mempengerusikan satu lagi mesyuarat JKPK pada 2.30 petang tadi (semalam),"ujarnya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di facebooknya, semalam. Dalam pada itu beliau mencabar Ahli Parlimen Kota Melaka itu sekiranya dakwaannya itu benar maka keluarkan sekali lagi kenyataan yang sama. "Jika berani, Ahli Parlimen Kota Melaka boleh mengulangi fitnah ini di luar dewan,"tegas beliau. Dalam perkembangan yang sama, beliau menyatakan beliau telah mempengerusikan mesyuarat JKPK Untuk Alam Sekitar Sains dan Perladangan dengan menerima kehadiran Kementerian Perladangan dan Komoditi. Jelasnya, apa yang menjadi perbincangan selalu berkait dengan kepentingan rakyat sebagaimana minggu lepas pihaknya telah berbincang mengenai Industri Sawit. "Hari ini (semalam) kami membincangkan Industri Getah,"ujar beliau.  
06 Mar 25
237
Senator DAP Desak Persekutuan Salur Royalti Terus Kepada Kerajaan Terengganu
Senator DAP Desak Persekutuan Salur Royalti Terus Kepada Kerajaan Terengganu
KUALA LUMPUR, 5 Mac - Senator DAP, Dato' Kesavadas A. Achyuthan Nair, menegaskan bahawa pembayaran baki royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu perlu dilakukan secara langsung demi memastikan kebajikan rakyat negeri itu terjamin serta memperkukuh pembangunan ekonomi negara. Dalam sesi perbahasan di Dewan Negara, beliau mengakui kepentingan Akta Kemajuan Petroleum 1974 serta perjanjian yang dimeterai antara kerajaan negeri dan Petronas sejak 1978. Menurutnya, rakyat Terengganu berhak menerima manfaat penuh daripada hasil minyak dan gas yang diperoleh dari perairan negeri tersebut. “Terengganu dan seluruh rakyatnya berpegang bahawa minyak dan gas yang diperolehi di perairan Terengganu adalah hak negeri ini sejak 1978. “Saya juga percaya dengan pembayaran baki royalti itu, kerajaan negeri dapat menambah hasil negeri yang seterusnya membantu menjaga kebajikan rakyat selain memberikan impak positif kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya. Beliau turut mempersoalkan mengapa wang hasil petroleum tersebut tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri, sebaliknya diberikan kepada pihak ketiga. Baginya, ketelusan dalam pembayaran royalti adalah penting agar hak negeri tidak dinafikan. Sementara itu, Ahli Dewan Negara Terengganu, Senator Hussin Ismail menyatakan bahawa isu royalti itu bukan sekadar hak rakyat Terengganu, tetapi telah termaktub dalam perjanjian sah yang dimeterai antara kerajaan negeri dan Petronas. "Perjanjian itu turut disaksikan oleh Menteri Kewangan ketika itu," tegasnya. Menjawab perkara tersebut, Kesavadas mengesahkan bahawa Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian berkaitan memang termaktub dalam dokumen rasmi dan beliau tidak menafikan fakta tersebut. Namun, beliau tetap menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu bekerjasama dalam memastikan ekonomi negara berkembang dengan baik. “Saya beranggapan sekiranya tiada kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan, maka amat susah, sukar untuk membangunkan ekonomi negara,” tambahnya.  
05 Mar 25
2514
Hakisan Pantai : Fokus Penyelesaian, Jangan Main Politik - Dr Sam
Hakisan Pantai : Fokus Penyelesaian, Jangan Main Politik - Dr Sam
Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru orang ramai agar tidak mempolitikkan isu hakisan pantai Batu Rakit, sebaliknya mahu ia ditangani dengan pendekatan profesional.
16 Jan 25
135
Politik Berpecah Melayu Jadi Lemah
Politik Berpecah Melayu Jadi Lemah
KUALA TERENGGANU, 23 November - Umat Islam di Malaysia hari ini berpecah kerana bergaduh sesama sendiri sehingga terpecah kepada beberapa blok. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sewajarnya orang-orang Melayu di negara ini bersatu hati agar Malaysia berupaya menjadi contoh serta permulaan yang baik untuk negara Islam bangkit dan tidak ditindas. "'Political Party' yang memecah belahkan kita, kalau dahulu kita hanya ada satu (blok) sekarang sudah berpecah kepada lima. "Sebab itu parti di Malaysia sudah melemahkan orang Melayu khususnya kerana kita berpecah dan berlawan sesama sendiri," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika sidang media semasa berlansungnya Terengganu International Summit (TIS), di Duyong Marina Resort, di sini, hari ini. Dalam pada itu katanya, bermula tahun hadapan apabila Malaysia mengepalai Asean, negara ini perlu berusaha bagi memastikan United Nation diubah. "Supaya tidak ada kuasa veto oleh mana-mana pihak dan itu boleh dibuat secara beransur-ansur, cadangan itu cuma Malaysia yang pernah cadangkan tetapi tidak ada susulan. "Apa jua perkara ia perlu bermula dengan kecil-kecilan selepas itu diperbesarkan apabila lebih banyak negara-negara bersetuju untuk melakukan satu-satu tindakan," ujarnya.  
23 Nov 24
173
Mahasiswa Perlu Bebas Dari Kongkongan Politik - Muhammad Khalil
Mahasiswa Perlu Bebas Dari Kongkongan Politik - Muhammad Khalil
KUALA TERENGGANU, 20 November - Kerajaan Negeri Terengganu menyatakan pendirian tegas untuk membela kebebasan mahasiswa selepas pembatalan Majlis Perasmian Penutup Islamic Youth Leadership Conference 2024 oleh pihak penganjur, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, menzahirkan rasa simpati terhadap situasi tersebut, menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah ke belakang yang mengekang kebebasan intelektual golongan mahasiswa. “Mahasiswa adalah kumpulan terpilih dalam masyarakat, mereka memiliki daya intelektual yang tinggi dan seharusnya diberi ruang bebas untuk berkembang. “Malangnya, apa yang berlaku menunjukkan satu tindakan tidak demokratis dan bercanggah dengan semangat politik matang serta terbuka,” katanya ketika mengulas tentang permohonan maaf dari pihak UniSZA. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Muhammad Khalil menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa menyokong program yang merangsang pemikiran kritis mahasiswa. “Langkah-langkah yang menyekat mereka daripada mendengar pandangan berbeza, hanya akan merencatkan pembangunan intelektual golongan muda ini. “Kita mahu mahasiswa diberi kebebasan untuk mendengar dan menilai pelbagai pandangan, tidak kira daripada mana-mana pihak. “Mahasiswa perlu menjadi generasi yang berani bersuara untuk kebenaran, kerana hanya melalui cara itu mereka mampu menyumbang kepada kemajuan negeri dan negara,” jelas beliau. Dalam pada itu, Terengganu turut mengkritik tindakan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat mengongkong mahasiswa daripada mengadakan program-program ilmiah yang membuka minda. Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk turut menyifatkan pendekatan mengongkong kebebasan mahasiswa sebagai tindakan tidak bertamadun dan bersifat dendam politik. “Politik hari ini seharusnya bergerak ke hadapan, lebih terbuka, dan matang. “Namun, apa yang kita lihat adalah politik lama yang bersifat kolot, yang cuba menyekat ruang intelektual mahasiswa, ini amat menduka citakan,” ujarnya dengan penuh kecewa sambil menyeru pihak Kerajaan Madani agar mengutamakan nilai demokrasi dan membuka ruang kebebasan berfikir kepada mahasiswa, tanpa rasa takut atau pilih kasih. Jelasnya lagi, komitmen kerajaan negeri dalam mendukung golongan mahasiswa adalah kerana belia berperanan menjadi agen perubahan yang mampu membawa idea-idea segar demi masa depan yang lebih gemilang. “Kami di pihak kerajaan negeri amat menyokong segala usaha untuk memperkasakan minda mahasiswa. “Mereka adalah aset berharga negeri ini, jangan sesekali belenggu mereka dengan sekatan yang tidak perlu,” tambahnya.
20 Nov 24
205
'Wakil Kerajaan Disekat, Penceramah Kontroversi UMNO Dialukan'
'Wakil Kerajaan Disekat, Penceramah Kontroversi UMNO Dialukan'
KUALA TERENGGANU,19 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, membidas tindakan songsang pihak tertentu yang menyekat wakil Kerajaan Negeri merasmikan program pendidikan sebuah Institut Pengajian Tinggi bersama mahasiswa baru-baru ini. Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, lebih mendukacitakan ahli politik tidak bertauliah daripada UMNO pula diberi kebebasan bertemu pelajar. “Bayangkan pemimpin UMNO boleh keluar masuk dengan bebas dalam institusi pendidikan tapi kami pemimpin yang diberikan amanah dan mandat dihalang dengan pelbagai alasan untuk masuk ke sekolah bagi memandaikan anak bangsa. “Dijemput penceramah UMNO yang kontroversi di media sosial yang tidak tahu sejauh mana kelayakan pendidikannya sebagai pemberi motivasi kepada pelajar, sedangkan ADUN, ada yang bekas guru, ada yang mempunyai ijazah dalam pelbagai bidang bahkan Batu Buruk yang ada PHD pun dihalang masuk berjumpa pelajar. “Kami bukannya masuk untuk membawa mesej politik, hanya sekadar menyantuni dan memberikan semangat kepada anak-anak pelajar dibawah amanah dan jagaan kami,” tegasnya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Terengganu 2025 di Wisma Darul Iman, di sini, semalam. Dalam masa yang sama, beliau dengan tegas menyeru agar politik Terengganu menuju ke arah yang lebih matang, sambil mencabar Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan untuk berdebat secara terbuka.  “Saya ingin mencabar Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Harapan, mari kita berdebat dan berdiskusi di hadapan mahasiswa UniSZA atau UMT.  “Sediakan tarikh, dan tajuk, Sura sentiasa bersedia untuk berdebat dan berdiskusi syaratnya hendaklah dibuat dalam kampus UniSZA atau UMT. “Platform seperti ini amat penting untuk memupuk politik idea, bukannya politik sekat-menyekat yang dianggap ketinggalan zaman,” katanya. Menurut ADUN Sura itu, Belanjawan Terengganu 2024 harus menjadi peluang untuk memperkukuh pendidikan dan membangun negeri dengan politik kerjasama, bukan sebaliknya. “Politik baru ialah politik matang dan sejahtera, bukan politik zaman dulu yang menyekat kemajuan,” “Perbezaan politik antara negeri dan persekutuan tidak sepatutnya menghalang usaha bersama untuk mendidik generasi muda,” ujarnya. Cabaran debat terbuka itu kini menanti respons daripada pihak lawan, sebagai langkah pertama menuju politik berwibawa yang diidamkan oleh generasi muda negeri Terengganu.
20 Nov 24
253
Mengapa Ahli Parlimen dan Negeri Pembangkang Diberi Layanan Berbeza?
Mengapa Ahli Parlimen dan Negeri Pembangkang Diberi Layanan Berbeza?
KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, dalam Dewan Rakyat semalam melontarkan kritikan keras terhadap Kerajaan Persekutuan berhubung isu penyaluran peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang dan juga pembayaran royalti petroleum yang tertangguh kepada negeri Terengganu.  Beliau menegaskan bahawa dasar yang diamalkan ketika ini bukan sahaja membebankan wakil rakyat, malah tidak adil kepada negeri yang berhak menerima manfaat secara langsung. “Kenapa kerajaan masih berdolak-dalik dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang?. “Mekanisme sedia ada yang mengagihkan dana melalui projek-projek tertentu bukan sahaja kurang telus, malah menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat,” ujarnya ketika berucap dalam perbahasan Belanjawan Madani 2025 di Dewan Rakyat, semalam Selain itu, isu royalti petroleum untuk negeri Terengganu juga turut dibangkitkan oleh Shaharizukirnain.  “Terengganu hanya menerima RM425.17 juta daripada jumlah keseluruhan royalti RM792.3 juta, manakala bakinya sebanyak RM367.15 juta masih belum disalurkan.  “Lebih mengejutkan, anggaran hasil royalti petroleum bagi tahun 2024 adalah RM1.52 billion, namun beliau mempersoalkan sama ada kerajaan pusat akan melunaskan pembayaran secara penuh kepada kerajaan negeri. “Mengapa royalti Terengganu tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri seperti negeri lain?," tegas Shaharizukirnain yang menganggap penggunaan projek sebagai kaedah penyaluran adalah alasan semata-mata.  Beliau turut menyoal apakah tindakan ini akan diteruskan sebagai bentuk diskriminasi politik, memandangkan negeri-negeri lain menerima royalti mereka tanpa melalui projek pembangunan yang melengahkan bayaran. Shaharizukirnain menuntut agar kerajaan pusat segera menilai kembali dasar ini supaya hak rakyat Terengganu dan kawasan-kawasan pembangkang terjamin.  “Rakyat berhak tahu ke mana perginya dana yang dijanjikan untuk pembangunan mereka,” katanya menggesa ketelusan serta keadilan dalam pengurusan peruntukan dan royalti di seluruh negara.  
30 Oct 24
169