lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Ahli Parlimen Bukan Golongan 'Untouchables' - Johari
Ahli Parlimen Bukan Golongan 'Untouchables' - Johari
Ahli Parlimen digesa menyedari bahawa mereka bukan golongan 'Untouchables' sehingga besar kepala dan tidak boleh ditegur serta menerima kritikan rakyat.
15 Aug 24
47
Ahli Parlimen Bukan Golongan 'Untouchables' - Johari
Ahli Parlimen Bukan Golongan 'Untouchables' - Johari
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Ahli Parlimen digesa menyedari bahawa mereka bukan golongan 'Untouchables' sehingga besar kepala dan tidak boleh ditegur serta menerima kritikan rakyat. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, sebaliknya mereka yang memegang amanah sebagai ahli parlimen perlu menyedari bahawa mereka datangnya daripada rakyat yang memilih. "Kerana Parlimen itu sendiri adalah untuk rakyat dan hendak tahu apa yang berlaku di Parlimen kerana itu orang yang dipanggil wakil rakyat itu merupakan hak rakyat, bukan milik dewa. "Mereka rakyat biasa yang boleh ditegur jadi jangan ada sifat kerana aku wakil rakyat maka tidak boleh ditegur," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang medianya sempena Program Jelajah Yang Dipertua Dewan Rakyat Ke Dewan Undangan Negeri di Semenanjung, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Turut hadir, Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah dan Timbalannya, Khazan Che Mat. Dalam pada itu, Johari berkata lawatan ke DUN Terengganu itu bertujuan memperkukuhkan kerjasama dan hubungan di antara Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. "Terengganu merupakan negeri kesembilan dan selepas ini kami akan ke Pahang dan Selangor sebelum semua speaker-speaker berkumpul di Sarawak pada 11 hingga 14 September tahun ini. "Tujuan jelajah ini adalah untuk berkenalan mesra dengan semua sepaker dan setiausaha dewan dalam masa yang sama banyak benda yang kita telah bincang dan perhalusi melalui soal jawab yang kita perlu diperkemaskan. "Insya-Allah semua ini akan kita jadikan panduan dan ada perkara dijadikan resolusi untuk dibawa ke persidangan speaker-speaker pada September nanti," katanya.  
12 Aug 24
429
Terengganu Tunggu Persekutuan Lulus Peruntukan Laluan Berkembar
Terengganu Tunggu Persekutuan Lulus Peruntukan Laluan Berkembar
Terengganu masih menunggu Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan bagi menyiapkan projek laluan berkembar jalan pantai Terengganu dari Kemaman ke Besut.
05 Aug 24
877
Malaysia Baharu Perlu Dibina Semula
Malaysia Baharu Perlu Dibina Semula
KUALA TERENGGANU, 31 Julai - Perikatan Nasional (PN) melihat bahawa Malaysia Baharu perlu dibina demi menjamin kehidupan rakyat yang lebih sejahtera di masa akan datang. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sentiasa didatangi pelbagai pihak yang menyatakan ingin bersama dengan komponen PN dan PAS sendiri yang akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian serta kepentingan bersama bagi membangunkan negara. "Kami melihat masa depan negara yang lebih baik 'a new Malaysia' harus kita bina dengan (memperkasakan) muafakat politik sedia ada antara PAS bersama dengan rakan-rakan dalam PN. "Ia perlu kita kembangkan dari semasa ke semasa (dan) ini akan menjadi satu tawaran yang baik untuk Malaysia baru, insya-Allah," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa sidang akhbarnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman, di sini, baru-baru ini. Mengulas mengenai kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan pihak pembangkang iaitu PN datang untuk berunding dengannya serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Samsuri menyatakan pihaknya tidak berminat untuk melayan kenyataan yang tidak berasas itu. "Apa yang dia sebut dia punya pasal, saya tidak campur apa yang disebut, (selama ini) berjumpa di parlimen, selisih dalam mesyuarat itu pertemuan dengan peranan masing-masing sama ada sebagai  Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ataupun kerajaan. "Itu bukan diklasifikasikan sebagai pertemuan perbincangan politik, itu akan kalau bertemu dengan Ahli Parlimen UMNO sekalipun itu adalah pertemuan dalam konteks mengurus tadbir sesuai dengan perananan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN di negeri masing-masing," ujarnya. Menjawab mengenai akan berlaku atau tidak kerjasama dengan UMNO pada masa akan datang, katanya perkara pada masa hadapan sukar untuk diramal. "Jadi saya tidak akan komen tentang perkara akan datang, setakat ini tiada apa-apa perancangan, tidak ada untuk mengadakan pertemuan dan seumpama dengannya," jelasnya,
31 Jul 24
285
Calon Nenggiri Diumumkan Petang Ini
Calon Nenggiri Diumumkan Petang Ini
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Calon Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan diumumkan pada petang nanti. Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN akan menggunakan lambang PAS bagi PRK itu sebagai strategi mengekalkan kemenangan. "Respon yang kita terima dari tinjauan di lapangan , yang sara rasa 'survey' cara ini lebih penting berbanding secara atas talian terutamanya di luar bandar yang ketepatannya boleh diragui. "Melaui 'survey' di lapangan kita telah mendapat respon yang sangat baik di kalangan rakyat dan masyarakat di Nenggiri," ujarnya. Beliau yang juga merupakan Menteri besar Terengganu itu berkata demikian ketika ditemui pihak media pada sidang akhbarnya, selepas menghadiri Mesyarat Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini. Dalam pada itu katanya, Nenggiri merupakan satu DUN yang memeliki keluasan yang lebih besar dari negeri Perlis. "Sangat besar walaupun penduduknya tidak ramai, dan insya-Allah dengan mendapat respon positif yang sangat baik daripada masyarakat di sana kita berupaya untuk mengekalkan kemenangan," ujarnya.
29 Jul 24
111
Pemberian Air Percuma Diteruskan Walau Royalti Disekat
Pemberian Air Percuma Diteruskan Walau Royalti Disekat
Kerajaan negeri Terengganu menegaskan pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada golongan B40 tetap diteruskan meskipun bayaran royalti disekat.
24 Jul 24
160
"Apa Yang Ditakutkan Dengan TikTok Saya?" - Dr Sam
"Apa Yang Ditakutkan Dengan TikTok Saya?" - Dr Sam
"Apa yang hendak ditakutkan dengan kandungan video TikTok saya yang memaparkan aktiviti saya memberi motivasi kepada pemain bola, menerima kunjungan dari luar (Duta Qatar) 'it's not political, its not 3R'," ujar Menteri Besar Terengganu.
21 Jul 24
255
Kekecewaan Rakyat Terhadap Kerajaan Berlaku Akibat Tekanan
Kekecewaan Rakyat Terhadap Kerajaan Berlaku Akibat Tekanan
04 Jul 24
194
Kekecewaan Rakyat Terhadap Kerajaan Berlaku Akibat Tekanan
Kekecewaan Rakyat Terhadap Kerajaan Berlaku Akibat Tekanan
KUALA TERENGGANU, 3 Julai - Kekecewaan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Persekutuan muktakhir ini berlaku secara organik akibat tekanan berterusan dalam pelbagai sektor terutamanya kos sara hidup. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelbagai isu dibicarakan rakyat Malaysia tanpa terpengaruh dengan mana-mana parti politik.  "Saya lihat secara umumnya isu yang ada dalam negara banyak dan bukan parti politik sahaja yang memainkan isu yang ada ini. "Bahkan kita lihat di media sosial ia berlaku secara organik di kalangan rakyat, pengusaha, peniaga kecil dan sebagainya yang merasa telah berlaku tekanan kehidupan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bayaran Bantuan Khas 'One off' tahun 2023 kepada imam ketiga Masjid Mukim Negeri Terengganu, di Perkarangan U2, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Mengulas mengenai usaha menolak kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim, katanya perkara itu bukan diatur oleh parti tetapi merupakan gerakan massa oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Jadi terpulang kepada tafsiran mana-mana pihak apa yang sedang berlaku ini, tapi pokok pangkalnya isu di kalangan rakyat ini telah berlaku secara organik bukan diapi-apikan oleh mana-mana pihak," ujarnya.
03 Jul 24
172
'Pintu Rumah Negeri Kami Sentiasa Terbuka' - Dr Sam
'Pintu Rumah Negeri Kami Sentiasa Terbuka' - Dr Sam
KUALA NERUS, 12 Mei - "Pintu rumah negeri kami sentiasa terbuka dalam memastikan hubungan yang baik berlangsung antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi Kesejahteraan Rakyat," ujar Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Ujarnya, selama ini apa yang diiltizamkan olehnya adalah memastikan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bertambah baik. "Pintu rumah terbuka ini juga adalah gambaran keyakinan kami, bahawa hubunagn antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri seharusnya sentiasa positif dan bertambah baik seperti peribahasa Melayu ; tidak ada kusut yang tidak selesai, tidak ada keruh yang tidak jernih. "Di masa yang sama, terbukanya rumah besar ini bukan bermakna rumah kami tidak bertuan, apabila sahaja rumah ini dikunjungi dan tetamu berada di depan pintu, maka berikanlah salam, insya-Allah salam akan disambut," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, baru-baru ini. Tambah Ahmad Samsuri, berbeza pandangan dan politik adalah lumrah namun matlamat sama di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan perlu diutamakan agar rakyat tidak menjadi mangsa. Namun, katanya perbezaan yang ada juga mesti mengikut garis panduan, kaedah dan adabnya. "Sasaran, yang dibawa oleh Kerajaan Persekutuan, contohnya untuk menokhtahkan kemiskinan tegar di Malaysia termasuklah di Terengganu, merupakan antara satu hala tuju yang sama digariskan oleh pentadbiran kerajaan negeri. "Begitu juga persamaan dalam usaha membawa pelabur, meningkatkan kecekapan tatakelola, pentadbiran yang berintegriti, meningkatkan kualiti hidup rakyat dan sebagainya. "Seharusnya dalam keadaan sebegini, masa dan tumpuan kita dicurahkan pada membincangkan dan melunaskan persamaan ini daripada melebarkan perbezaan yang ada antara negeri dan Persekutuan, apatah lagi perbezaan tersebut adalah perbezaan partisan," katanya. Justeru beliau yakin jika negara serta negeri ditadbir secara telus maka rakyat akan dapat lebih banyak manfaat. "Saya yakin, jika kita tulus dan murni hati demi masa depan dan kesejahteraan rakyat secara bersama maka lebih banyak perkara yang dapat kita capai dalam kerangka semangat federalisme," ujarnya.  
12 May 24
283