Artikel "Sukan" Terkini
Minta KBS Selenggara Peralatan Gym 1Malaysia- Rozi
Rozi bersama peserta menyertai senamrobik pada Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Terengganu, di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia diminta menyelenggara peralatan senaman, termasuk dumbbell dan basikal senaman yang ditempatkan di Gym 1 Malaysia di setiap daerah di Terengganu.Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’Rozi Mamat, berkata, kebanyakan peralatan di pusat senaman rakyat itu didapati sudah rosak dan perlu dibaik pulih segera untuk kegunaan orang ramai.“Berdasarkan rekod, hampir 10,000 ahli dan peminat sukan menggunakan peralatan berkenaan pada setiap bulan.“Kebanyakan masyarakat sudah sedar mengenai kepentingan menjaga kesihatan, oleh itu saya berharap KBS memandang serius perkara ini,”katanya .Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Terengganu, di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Hampir 7,000 peserta hadir untuk mengikuti 20 acara yang disediakan penganjur, termasuk, OKU Fun Walk, Fun Run, Terengganu Run Challenge, Beach Soccer, Senamrobik dan kayuhan basikal.Manakala di seluruh Terengganu lebih 220 ,000 penyertaan melibatkan, jabatan kerajaan, agensi swasta, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Sekolah berjaya dicatatkan.Sambutan yang bertujuan mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ itu diadakan secara serentak diseluruh negara pada hari ini.
08 Oct 16
351
Kejohanan Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu Jadi Acara Utama Kalendar Pelancongan
Kerajaan negeri bakal menjadikan Kejohanan Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu sebagai acara teras dalam kalendar pelancongan negeri dalam usaha menarik lebih ramai penyertaan peminat sukan berkuda dari dalam dan juga luar Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, pihaknya akan mempergiatkan usaha promosi untuk menarik lebih ramai penyertaan dalam kejohanan itu pada tahun akan datang.“Kejohanan ini merupakan pertama kali diadakan. Walaupun penyertaan tidak seberapa ramai namun ianya merupakan permulaan yang amat baik dalam usaha kita untuk memperkenalkan dan memperluaskan sukan berkuda kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu.“Apa yang menarik adalah penyertaan di kalangan anak-anak muda daripada peringkat kampung yang turut menyertai kejohanan ini dengan membawa kuda-kuda mereka sendiri serta bersaing dalam acara 20 hingga 80 kilometer,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menamatkan saingan bagi kategori VIP 10 kilometer (km) yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu, hari ini.Seramai 17 peserta termasuk Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman antara yang turut menyertai saingan itu bagi kategori VIP 10 km.Selain dari aktiviti sukan kuda lasak, pelbagai acara sampingan turut diadakan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.Dalam pada itu, Rozi berkata kejohanan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Royal Terengganu Endurance Stable tersebut secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai kayu pengukur dalam persediaan menghadapi kejohanan kuda lasak sempena Sukan SEA ke-17.“Dengan adanya kejohanan ini, secara tidak langsung kami dapat menguji sendiri trek yang akan digunakan untuk Sukan SEA dari beberapa aspek termasuk dari segi teknikal supaya ianya berjalan lancar kelak, “ katanya.
07 Oct 16
336
T-Team Beraksi Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Separuh Akhir Kedua
“Kita akan kekal bermain di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada aksi separuh akhir kedua nanti, memandangkan pemain T-Team sudah serasi dan kita bimbang hilang `skill' jika menggunakan padang lain," kata Menteri Besar yang juga Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Ahmad Razif Abd Rahman, semalam.Beliau mengulas mengenai persaingan separuh akhir kedua melibatkan pasukan junior Terengganu, T-Team menentang Selangor, pada 15 Oktober ini.Ahmad Razif berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Katanya, pemain The Titans sudah serasi dengan keadaan padang kerana sentiasa menjalani latihan dan menempuhi banyak perlawanan di SSINS. Katanya, kita sedar masalah kebanjiran peminat bola sepak akan berlaku memandangkan stadium itu hanya dapat menampung kira-kira 10,000 penonton berbanding di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus yang boleh memuatkan sehingga 50,000 penonton. Ahmad Razif berkata, bagi menyelesaikan masalah limpahan penyokong, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan kemungkinan akan memasang skrin layar besar di lokasi tumpuan peminat bola sepak negeri.
05 Oct 16
281
Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 7 Hingga 9 Oktober Ini
Ahmad Razif bersalaman dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan Datuk Bandar itu, di Wisma Darul Iman, hari ini.Buat julung kali kerajaan negeri dengan kerjasama Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) akan menganjurkan Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada 7 hingga 9 Oktober ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kejohanan itu dianjurkan bagi meneruskan sinergi kecemerlangan sukan lasak berkuda di Terengganu disamping dijadikan platform kelayakan ke Kejohanan FEI World Endurance Championship.“Kejohanan pertama kali dianjurkan ini bakal meneruskan kesinambungan kejayaan penganjuran sukan berkuda seperti FEI World Endurance Championship pada tahun 2008 dan kejohanan tahunan Sultan Mizan Cup.“Malah, secara tidak langsung berupaya menonjolkan destinasi pelancongan menarik di negeri ini sekali gus sebagai platform kepada promosi awal kempen Tahun Melawat Terengganu 2017,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) Datuk Bandar Dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, ianya juga sebagai pra-persediaan menghadapi kejohanan kuda lasak sempena Sukan SEA Ke- 17, apabila lokasi yang sama menjadi venue sukan berkuda di negara ini.Menurut beliau, dalam mencetus kesedaran baru kepada trasformasi pembangunan sukan di negeri ini agar menyuntik minat kepada generasi remaja dan belia menceburi sukan berkuda, elemen hiburan dan santai akan turut disediakan bagi penglibatan pelbagai peringkat usia sebagai satu tarikan."Selain acara utama iaitu perlumbaan kuda lasak, aktiviti lain turut disediakan seperti pertandingan mewarna model kuda untuk pelajar dan kanak-kanak," jelasnya.Katanya, turut diadakan pada hari itu ialah demonstrasi dan pertandingan memanah berkuda tradisional, pertandingan kuda cantik (kuda kampung), kejohanan sepak takraw dan bola tampar tertutup Terengganu, sukan tradisional dan pelbagai acara menarik yang lain.
05 Oct 16
71
Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd Taja SSEAYP Ke-43
Syarikat Bumiputera dari Terengganu, Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, semalam, secara rasmi menjadi penaja utama Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) Ke-43.Acara penyerahan penajaan itu dilancarkan di Majlis Penyerahan Bendera Kepada Ketua Kebangsaan SSEAP, yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Putrajaya.Pengarah Urusan syarikat tersebut, Faeez Arsy Yusof, berkata penajaan tersebut merupakan usaha bagi mengembangkan lagi jenama syarikatnya ke peringkat antarabangsa.“Sehingga hari ini, jenama Kobert telahpun mula dikenali di Malaysia dan dengan penajaan untuk program ini diharapkan ianya dapat dikembangkan ke persada antarabangsa.“Selain itu, penajaan program ini juga dapat membantu kami menjalinkan kerjasama yang lebih rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan,” katanya kepada Teganukita.Program di bawah kelolaan Jabatan Belia dan Sukan Negara tersebut akan bermula pada 24 Oktober akan datang sehingga 15 Disember dengan melibatkan peserta-peserta dari negara ASEAN.Seramai 29 peserta yang akan mewakili Malaysia untuk program tersebut menerima tajaan berupa kelengkapan pakaian dari Kobert sepanjang pelayaran selama hampir dua bulan tersebut.
05 Oct 16
286
Atlet Terengganu Dinobat Ratu Pecut Di Sopma Sarawak 2016
Atlet dari Terengganu berjaya mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai ratu pecut bagi kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) ke-19 dengan menghasilkan dua rekod baharu bagi acara 100 dan 200 meter wanita yang berlangsung di Sarawak.Dalam acara yang berlangsung pada hari ini, Norafaezah Abdullah, dari Ajil, Hulu Terengganu itu mengenepikan rekod lama kejohanan tersebut dengan catatan masa 13.47 saat untuk kategori 100 meter wanita, manakala bagi 200 meter pula dengan catatan masa 29.39 saat.Sehingga jam 12 tengah hari tadi, kem Terengganu yang dianggotai oleh 51 atlet berjaya menghadiahkan dua emas, empat perak dan dua gangsa.Dengan kutipan tersebut, Terengganu kini berada di tangga keempa,t manakala Sabah pula di kedudukan teratas dengan kutipan sembilan emas, 10 perak dan lapan gangsa, diikuti Wilayah Persekutuan (sembilan emas, empat perak dan satu gangsa) dan Sarawak di tangga ketiga (lima emas, lima perak dan enam gangsa).Kejohanan yang mula membuka tirai pada 30 September lalu dan bakal berakhir pada 7 Oktober nanti menyaksikan seramai 615 atlet berkampung di Bumi Kenyalang bagi merebut pingat-pingat yang ditawarkan.Sepanjang kejohanan berlangsung, empat sukan utama telah dipertandingkan iaitu badminton, bola sepak, tenpin boling dan olahraga.Sopma merupakan antara kejohanan terbesar yang dikhususkan untuk golongan cacat pendengaran di peringkat kebangsaan.Kejohanan dwi tahunan menjadi platform untuk mencari bakat-bakat baru ke peringkat yang lebih tinggi.
04 Oct 16
668
Belia Marang Ke Shah Alam Bangkit Semangat T-Team
Seramai 40 belia dari Marang bertolak ke Shah Alam, pagi ini sebagai menzahirkan sokongan kepada pasukan The Titans pada perlawanan separuh akhir menentang Selangor malam ini.Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang, Amirullah Othman berkata, sebagai tanda sokongan tidak berbelah- bahagi kepada pasukan Terengganu atas kecemerlangan mara ke separuh akhir, persatuannya mengambil inisiatif membawa belia dari kalangan penyokong pasukan Terengganu itu bagi menyemarakkan semangat pemain supaya mampu membawa pulang kemenangan. "Majlis Belia Daerah Marang amat optimis bahawa tahun ini pasukan T-Team akan melakar sejarah dengan keputusan yang cemerlang."Sekurang-kurangnya kehadiran ramai penyokong dari segenap pelusuk Terengganu mampu membangkitkan semangat juang yang tinggi kepada T-Team,"katanya.Amirullah berkata, pihaknya berterima kasih kepada Institut al-Quran Terengganu yang menyediakan bas bagi melancarkan hasrat mereka untuk bersama-sama penyokong yang lain.Tambahnya, tiket untuk perlawanan tersebut telah dibeli melalui persatuan bola sepak T-Team sendiri.
30 Sep 16
50
30 Peratus Tiket Separuh Akhir Untuk Penyokong T-Team
Peminat bola sepak tempatan kini boleh mendapatkan tiket untuk menonton perlawanan separuh akhir Piala Malaysia yang melibatkan pasukan T- Team dan Selangor yang sudah mula dijual menerusi atas talian.Pembelian tiket awal separuh akhir TM Piala Malaysia 2016 itu boleh didapati melalui http://tickethotline.com.my/ Sementara penjualan tiket melalui kaunter Stadium Shah Alam, Selangor akan bermula pada 1 Oktober (Sabtu), bermula pada jam 12 tengahari.Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizam Mohd Zain berkata, sebanyak 30 peratus tiket diperuntukkan kepada penyokong Terengganu bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Shah Alam Sabtu ini, yang boleh memuatkan 60,000 hingga 70,000 penyokong pada satu-satu masa.“Bagi peminat yang mahu menyaksikan perlawanan kedua-dua pasukan boleh mendapatkan tiket secara atas talian menerusi tickethotline.com.my dan turut dijual di kaunter Stadium Shah Alam."Harga tiket untuk dewasa adalah RM15 dan RM5 untuk kanak-kanak,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Pasukan T-Team berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, baru-baru ini.
29 Sep 16
174
PBSNT Akan Dirombak-MB
Menteri Besar meminta Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melakukan rombakan dan penstrukturan semula pengurusan dan kepimpinan ekoran prestasi buruk pasukan Terengganu sejak kebelakangan ini.Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau akan menunggu laporan daripada PBSNT sebelum merombak persatuan berkenaan secara besar-besaran.“Sebaliknya kita akan memberi tumpuan kepada pasukan T-Team yang berjaya memasuki separuh akhir Piala Malaysia, akan menambah baik pasukan itu pada musim depan untuk terus kekal cemerlang,” katanya.Beliau yang juga Pemangku Presiden PBSNT berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh.Dalam perkembangan yang lain, Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri juga menjanjikan ganjaran kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala TNB buat kali ketiga berturut-turut, pada perlawanan akhir di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.“Bentuk ganjaran bergantung kepada kewangan negeri dan akan diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco minggu depan,” katanya.
28 Sep 16
81
THT Lakar Hatrik Juara Berganda
Pasukan Hoki Terengganu (THT) berada di dalam kelasnya yang tersendiri apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Piala TNB buat kali ketiga berturut-turut, apabila menewaskan Sapura 3-0 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur, malam tadi.Dengan kejayaan itu, turut menjadikan THT sebagai perangkul kejuaraan berganda bagi Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Piala TNB buat kali ketiga berturut bermula 2014 sehingga kini.Dalam perlawanan malam tadi, THT yang dikendalikan oleh Sarjit Singh mula membuka tirai jaringan seawal minit keenam melalui pemain import Korea Selatan, Jang Jong Hyun menerusi pukulan sudut penalti.Tertinggal satu jaringan gol di belakang, Sapura yang sedang ghairah mencari gol penyamaan ternyata gagal memecah kebuntuan untuk mencari penyudah apabila sering dipatahkan oleh barisan pertahanan serta penjaga gawang THT, Hafizuddin Othman.Dalam keghairahan pemain Sapura menyamakan kedudukan, THT sebaliknya menambah derita lawan apabila menjarakkan kedudukan menerusi pemain kelahiran Argentina, Nicolas Enrique Della Torre hasil pukulan ‘reverse stick’ untuk menjadikan keputusan 2-0 pada minit ke-22.Pada minit ke-51, THT makin bersemangat dan terus menambah jaringan melalui Jong Hyun menerusi pukulan sudut penalti untuk menamatkan persaingan dengan jaringan selesa.Dengan kemenangan tersebut, THT membawa pulang trofi serta wang tunai sebanyak RM100,000.Selain dari memenangi Piala TNB dan kejuaraan MHL, dua pemain THT turut menerima anugerah penjaring terbanyak dan pemain terbaik perlawanan.Jang Jong Hyun dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejuaraan MHL dengan 16 gol manakala Fitri Saari dinobatkan sebagai pemain terbaik untuk perlawanan semalam. Masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM2,000 seorang.
25 Sep 16
44