lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Selamat Berjuang T-Team Demi Untuk Terengganu Tercinta
Kedudukan 50- 50. Tidak boleh terlalu yakin (over confident), demikian ditegaskan oleh Pengurus Pasukan T-Team, Dato’ Mohamad Kamil Othman.“Apapun kita berusaha untuk yang terbaik,” katanya kepada Teganukita/The Iman Tribune mengulas kemaraan pasukan berstatus kelab itu ke separuh akhir Piala Malaysia.Terengganu bakal berdepan dengan Selangor pada 1 Oktober di gelanggang lawan manakala timbal balasnya di Terengganu dijangka pada 15 Oktober.Bagi Mohamad Kamil, berdepan dengan lawan di gelanggang lawan dahulu adalah suatu kelebihan buat T-Team untuk mara ke peringkat seterusnya.Ditanya apakah yang membawa T-Team kepada persaingan separuh akhir Piala Malaysia musim ini, beliau dengan tenang menyatakan tiga faktor utama iaitu, pengurusan yang baik, motivasi dan kesedaran yang tinggi serta disiplin.“Saya sering beritahu mereka yakni pemain, bermainlah seperti anda berjuang untuk kejayaan diri sendiri, anak isteri (keluarga) dan untuk negeri atau pasukan yang kita wakili,” katanya.Menurutnya, apabila kesedaran itu ada dalam diri setiap pemain, mereka akan bersungguh-sungguh, tidak akan menjual permainan dan berjuang hingga mencapai kejayaan.Katanya, menghargai setiap pemain amat penting, walaupun tidak mempunyai wang yang banyak, tetapi sekadar memberi hadiah setiap kali perlawanan sudah memadai untuk menimbulkan perasaan dihargai.Duit bukan segala-gala, walaupun ia penting.Kelab tidak mempunyai wang yang banyak, tetapi yang penting ialah kesedaran dan motivasi yang diberikan kepada setiap pemain dan kita sentiasa menghargai pemain dengan apa cara sekalipun, ujarnya.Mohamad Kamil melahirkan rasa gembira di atas kesepaduan yang ditunjukkan oleh pengurusan, jurulatih dan para pemain hingga mencapai mara ke separuh akhir Piala Malaysia.Marilah bersama-sama kita memberi sokongan padu kepada T-Team yang akan berjuang menentang Selangor nanti.
25 Sep 16
58
Empty Image
Terengganu Kekal Juara Sukan SUK SeMalaysia
Kontinjen Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu mengekalkan penguasaan apabila muncul juara buat kali kedua pada temasya Sukan SUK SeMalaysia VI di Johor yang menutup tirainya hari ini.Terengganu muncul juara pertama kali pada kejohanan di Pulau Pinang dua tahun lalu.Kontinjen yang diketuai Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berjaya mencapai sasaran johan keseluruhan selepas meraih tiga emas, masing-masing bagi acara sepak takraw, bola jaring dan bola sepak, manakala dua gangsa daripada acara tenpin boling dan badminton.Kejayaan gemilang itu turut diraikan SUK Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) (Pengurusan),  Zainal Abidin Hussin dan TSUK (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya bersama 151 atlet yang mewakili lapan acara di temasya berkenaan.Terengganu bersaing hebat dengan kontinjen Sabah dan Sarawak, sepanjang  temasya lima hari bermula 22 September lalu itu. Sabah muncul naib johan dengan dua emas, dua perak dan tiga gangsa, manakala tempat ketiga Sarawak dengan pungutan dua emas dan dua gangsa.Sukan SUK SeMalaysia merupakan satu program dwi tahunan yang diadakan khusus bagi merapatkan hubungan antara kakitangan perkhidmatan pejabat-pejabat SUK seluruh negara, mula diperkenalkan pada 2004 di Melaka, diikuti Sabah, Pahang, Sarawak  dan 2014 di Pulau Pinang.
24 Sep 16
232
Empty Image
SUK Terengganu Tekad Pertahan Kejuaraan
Wan Nawawi menyerahkan bendera Terengganu kepada Tun Faisal sebagai simbolik penyertaan pasukan SUK Terengganu di Sukan SUK SeMalaysia di Johor, bermula 22 September ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailPasukan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu berazam untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Sukan SUK SeMalaysia di Johor yang berlangsung selama lima hari bermula 22 September ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, berkata pasukan yang dianggotai 151 atlet dengan diketuai Timbalan pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak melakukan persiapan lebih awal bagi mencipta sejarah mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.Katanya, sasaran pada kali ini untuk mengekalkan kejuaraan dengan mempertahankan tiga pingat emas atau lebih sepertimana yang dihasilkan di kejohanan Sukan SUK SeMalaysia Pulau Pinang dua tahun lalu.“Saya lihat pasukan SUK Terengganu mempunyai kelebihan tersendiri pada kejohanan kali ini, ramai pelapis baru akan beraksi selain semua atlet bola jaring dikekalkan.“Dua tahun lalu, kita dapat menggenggam emas dalam sukan golf, bola jaring dan juga badminton. Oleh itu kita berharap dan yakin apa yang dicapai itu akan dikekalkan atau lakukan lebih baik,” katanya.Wan Nawawi turut memberitahu, kejayaaan pasukan Hoki Terengganu (THT) yang  muncul juara buat kali ketiga berturut-turut dalam Liga Hoki Malaysia (MHL) 2016 dan pasukan T-Team FC yang layak ke separuh akhir antara pendorong untuk mereka mengekalkan kejuaraan.“Ramai pihak mengakui, Terengganu sememangnya hebat dalam bidang sukan dan juga pendidikan, apa yang dibanggakan orang ramai itu menjadi suntikan semangat untuk dikekalkan supaya terus mengharumkan nama Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera dan Pakaian Sukan SUK Se Malaysia, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan),  Zainal Abidin Hussin. Sebanyak lapan jenis bidang sukan akan dipertandingkan iaitu ping-pong, boling, badminton, bola sepak, bola jaring, golf, dart dan sepak takraw.  
19 Sep 16
157
Empty Image
Tahniah! THT Terbaik - Ahmad Razif
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berbangga dengan pencapaian luar biasa yang ditunjukkan oleh Pasukan Hoki Terengganu (THT).Dalam kenyataan menerusi akaun facebook beliau, Ahmad Razif yang masih di Mekah kerana menunaikan ibadat haji, mengucapkan tahniah kepada pasukan negeri itu kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) buat tahun ketiga berturut-turut.“Kejayaan THT mengalahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-1 di Stadium Batu Buruk (semalam) membuktikan mereka adalah pasukan terbaik yang ada di Malaysia.“Selepas bergelar juara pada tahun 2014, THT tidak lagi menoleh ke belakang dengan terus mengekalkan kejuaraan pada tahun 2015 dan seterusnya pada tahun ini,” katanya.Tambahnya, untuk mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar daripada mendapatkannya. “Sejak di bawah jurulatih, Sarjit Singh pasukan THT terus menunjukkan peningkatan dan diharapkan beliau akan terus bersama pasukan ini.“Saya berharap THT akan terus berusaha untuk mengekalkan rentak kejuaraan ini pada tahun-tahun mendatang,” katanya. 
18 Sep 16
90
Empty Image
THT Ulangi Kejuaraan MHL Buat Kali Ketiga
Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengulangi sejarah apabila muncul juara buat  tiga kali berturut-turut Liga Hoki Malaysia (MHL) 2016 selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-1 dalam perlawanan final, di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.Ketua jurulatih pasukan tersebut, Sarjit Singh berkata, pencapaian dan kejayaan itu amat membanggakan beliau, apatah lagi berjaya mempertahankan status kejuaraan yang disandang sejak 2014 itu. “Walaupun untuk lima perlawanan awal, kita bermula perlahan apabila hanya memperoleh tujuh mata. Namun kita bangkit untuk lima perlawanan terakhir dengan mengumpul 15 mata lagi menjadikannya 22 mata.“Untuk menang ianya mudah, tapi bagi mengekalkan kejuaraan sebanyak tiga kali berturut-turut bukan sesuatu yang mudah,” katanya kepada pemberita.Kelebihan bermain di laman sendiri digunakan sepenuhnya apabila THT membuka jaringan seawal minit kelima menerusi pukulan penalti bekas pemain kebangsaan, Mohd Fitri Saari.Pada minit ke-18, asakan yang dilakukan membuahkan hasil apabila Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil membuka ruang untuk pasukan tuan rumah menjarakkan jaringan melalui gol padang.Bersambung babak kedua, THT terus mempamerkan aksi garang apabila Ismail Abu berjaya menyudahkan hantaran kapten pasukan, Mohd Faisal Saari pada minit ke-31 menerusi gol padang.Namun demikian, berselang seminit kemudian, TNB yang ketinggalan berjaya memecahkan kebuntuan apabila berjaya merapatkan kedudukan menerusi gol padang oleh Muhammad Ramadan Rosli.Dengan kemenangan 3-1 tersebut, THT yang mempertahankan kejuaraan sejak 2014 meraih wang tunai RM100,000, piala pusingan berserta medal.
18 Sep 16
75
Empty Image
T - Team Mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia
T- Team akan terus mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia pada1 Oktober 2016 menentang Selangor.Ini berikutan T-Team menewaskan FELDA United dalam perlawanan suku akhir kedua malam tadi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Maran Pahang.PEMAIN T-Team, Dilshod Sharofetdinov (tengah) yang membuat jaringannya pada perlawanan yang cukup menarik itu.Kemaraan T-Team ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas menumpaskan FELDA United, 1-0, menjadikan agregat 2-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Kuala Terengganu sebelum ini dalam suku akhir pertama.Para peminat dan penyokong bolasepak Terengganu ketika ditemui.melahirkan rasa bangga di atas kejayaan itu.Mereka mengucapkan syabas kepada pengurusan T-Team, para pemain serta rakan-rakan penyokong yang penuh sabar menanti saat kemenangan malam tadi."Semoga permainan yang baik dan bermutu sepertimana malam tadi dapat dikekalkan apabila menentang Selangor nanti,' kata mereka.
18 Sep 16
77
Empty Image
MB Kongsi Kegembiraan Kejayaan T-Team Ke Separuh Akhir
Pasukan T-Team bersama pengurusan meraikan kejayaan mara ke separuh akhir selepas menjinakkan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua, di Stadium Tun Abdul razak Jengka, Pahang, malam tadi. Photo Credit : T-Team FC.“Alhamdulillah, Alhamdulillah! Tahniah dan syabas kepada T-Team di atas kemenangan 1-0 menentang Felda malam ini (malam tadi) di Jengka,Pahang dan seterusnya melayakkan diri ke separuh akhir nanti.“Saya yakin dengan kemampuan semua pemain T-Team untuk membawa pasukan tersebut ke  `next level’. Saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan kejayaan T-Team di peringkat seterusnya,” Demikian respon Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman sejurus T-Team mengesahkan laluan ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua,  di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, malam tadi.Beliau bersama isteri, Hajah Halina Zakaria yang masih berada di Mekah mengulas kejayaan itu menerusi Page Facebook sebagai tanda meraikan kejayaan dan kegembiraan itu bersama rakyat Terengganu yang lain khususnya penyokong bolasepak negeri.“Syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan T-Team, pengurusan serta penyokong.Majulah bolasepak untuk negeri Terengganu! ,”katanya.Beliau sebelum perlawanan itu turut mendoakan kejayaan T-Team dan menaruh keyakinan yang tinggi pasukan kedua negeri mampu menampilkan kesungguhan dan disiplin yang tinggi untuk membawa kemenangan kepada Terengganu.“Saya yakin T-Team mampu menguasai perlawanan menentang Felda malam ini di Jengka,Pahang. Kesungguhan yang ada pada pasukan T-Team sepatutnya menjadi contoh kepada pasukan yang lain. “Saya mendoakan kejayaan anda. Terima kasih dan tahniah juga kepada semua penyokong T-Team yang turut berkonvoi ke Jengka hari ini. Anda membuktikan bahawa sukan telah berjaya menyatupadukan kita,”katanya lagi. Dalam perlawanan timbal balik di gelanggang lawan itu,  T-Team menang 1-0 selepas terikat 1-1 pada pertemuan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 28 Ogos lalu.Pemain import kelahiran Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov muncul wira skuad The Titans apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-77 sekali gus memadamkan kelebihan tuan rumah yang turun beraksi dengan  mempunyai bekalan gol di tempat lawan.Ledakan gol itu meranapkan impian Felda United untuk mara lebih jauh dalam saingan merebut piala berprestij berkenaan berpunca daripada sepakan sudut oleh Mohd. Nor Hakim Hasan sebelum Sharofetdinov yang tidak dikawal menanduk bola ke dalam gawang The Fighters.T-Team dijadualkan menentang Selangor pada peringkat separuh akhir nanti.
17 Sep 16
180
Empty Image
T-Team Kutip 3 Mata Menentang Felda United
 The Titans mempamerkan aksi garang di laman sendiri apabila berjaya mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 3-2 dalam aksi Liga Super menentang Felda United di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Pengendali pasukan tersebut, Rachmad Darmawan berharap kemenangan yang diperolehi malam tadi dijadikan sebagai motivasi kepada para pemain bagi perlawanan akan datang serta tidak leka."Saya berpuas hati dengan persembahan dan kerja keras yang ditunjukkan para pemain. Kita juga banyak peluang untuk menghasikan gol pada malam ini (semalam)."Bukan sahaja kemengan yang kita perolehi namun kita juga berjaya menghasilkan gol yang banyak. Jadi kita harap pemain dapat terus mengekalkan kecemerlangan ini bagi menghadapi Felda dalam saingan Piala Malaysia 17 September ini," katanya.Serangan bertalu-talu dari pasukan tuan rumah sejak awal permaianan membuahkan hasil apabila berjaya membuka jaringan pada minit ke-28 hasil rembatan pemain kelahiran Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov dari luar kotak penalti.Lima minit selepas bermulanya babak kedua, Felda United yang ketinggalan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mohd Hadin Azman.Pada minit ke-67, hantaran Patrick Dos Santos tidak disiakan oleh Makan Konate untuk menambahkan jaringan menjadikan T-Team kembali berada di hadapan.Empat minit berselang, Felda United sekali lagi menyamakan kedudukan hasil jaringan dari Abdul Shukor Jusoh menjadikan kedudukan 2-2.Namun demikian, pada minit ke-74, T-Team kembali di hadapan hasil daripada tendangan penalti oleh Dilshod Sharofetdino. Penalti tersebut dihadiahkan oleh pengadil apabila penjaga gawang pasukan pelawat, Mohd Farizal Harun melakukan kekasaran kepada Makan Konate.Dengan kemenangan malam tadi, T-Team kini mengutip 26 mata menjadikan pasukan tersebut berada di tangga ke lima.Terengganu pula berada di tangga ke-11 dengan hanya mengutip 19 mata berkongsi dengan Pulau Pinang.
11 Sep 16
70
Empty Image
RM1.5 Juta Insentif Buat Atlet Sukma Sarawak
Kerajaan negeri terus mengiktiraf kecemerlangan atlet Terengganu apabila memperuntukkan lebih RM1.5 juta sebagai insentif kemenangan di Sukan Malaysia(Sukma) pada edisi ke-18 Sarawak baru-baru ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun tidak berjaya menjadi juara keseluruhan dalam temasya tersebut dan sekadar menduduki tempat ketiga, kem Terengganu masih mampu mengatasi Wilayah Persekutuan yang menjadi juara Sukan itu pada 2014.Tambahnya, selain dari insentif yang telah diberikan pada majlis itu, Terengganu turut memperuntukkan insentif segera kepada pemenang pingat pada temasya tersebut.“Insentif segera kepada pemenang pingat emas baru-baru ini adalah yang tertinggi pernah diberikan kepada atlet. Selain RM300 yang diberikan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), pihak pengurusan pasukan telah menambah RM700 menjadikannya RM1,000 untuk setiap pemenang pingat emas.“Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kerajaan negeri bersetuju untuk mengekalkan insentif kemenangan seperti Sukma lepas walaupun tidak bergelar juara iaitu RM5,000 kepada pemenang pingat emas, RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa).“Di samping atlet-atlet terbabit, jurulatih, pengurus pasukan serta persatuan sukan yang diwakili oleh atlet tersebut juga turut menerima insentif yang sama,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukma ke-18 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Dalam pada itu, Ahmad Razif dalam ucapannya turut menyarankan MSNT dan serta Rozi mempercepatkan proses penyediaan atlet Sukma 2018 yang akan berlangsung di Perak.“Saya minta kepada pihak MSNT dan Dato’ Rozi Mamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia melakukan pelancaran atlet Sukma 2018 dan serahkan pada jabatan angkat sebagai persediaan lebih awal.“Walaupun keadaan ekonomi tidak begitu memberangsangkan, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam bidang sukan dan pendidikan,” katanya.Pada temasya Sukma edisi ke-18 baru-baru ini, Terengganu berada di tangga ketiga dengan memungut 47 emas, 42 perak dan 44 gangsa manakala Selangor di kedudukan pertama dan tuan rumah, Sarawak tempat kedua.Sukan berbasikal menjadi penyumbang emas tertinggi kepada kontinjen Terengganu dengan kutipan 14 emas, 4 perak dan 4 gangsa sekaligus menyamai rekod kutipan emas kanu pada Sukma 2014 lalu.
06 Sep 16
449
Empty Image
Rombakan Besar-besaran Pasukan Bola Sepak Terengganu Demi Pulih Imej
Kerajaan negeri akan membuat rombakan besar-besaran terhadap pengurusan bola sepak negeri tahun hadapan dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda pasukan Terengganu FA sejak akhir-akhir ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata rombakan itu bertujuan memperkukuh pasukan bola sepak negeri ekoran prestasi hambarnya dalam beberapa siri liga sebelum ini.Rozi mengulangi kekecewaan­nya berikutan kemerosotan prestasi pasukan Terengganu yang diletakkan pada paras bahaya untuk memastikan mereka masih berada dalam liga super."Sekarang kita berada pada kedudukan bahaya, semua kemungkinan boleh berlaku, apapun kami berharap buat masa ini mereka bertahan untuk mengutip mata dalam liga seterusnya...kekal dalam Liga Super tahun depan dan bukannya turun ke Liga Perdana."Kalau mereka tidak dapat bertahan, jadi pada tahun hadapan kita terpaksa membuat penilaian menyeluruh ke atas skuad Terengganu FA ini bagi memastikan prestasi pasukan tersebut dapat dipulihkan daripada para bahaya untuk terus kekal dalam saingan Liga Super serta mengukuhkan bola sepak Terengganu, "katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tree For a Tree di Dataran Waterfront Kuala Berang, semalam.Rozi berkata, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar akan membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai rombakan terhadap pengurusan dan pasukan Terengganu ekoran kemerosotan prestasi skuad itu."Namun kita masih melihat secara menyeluruh selain menghantar laporan dan melakukan siasatan apa punca sebenarnya berlaku kepada pasukan Terengganu kerana situasi ini tidak pernah berlaku sebelum ini,"katanya lagi.
06 Sep 16
95