Artikel "Sukan" Terkini
Litar Lumba Gong Badak Siap Januari 2017
Litar lumba bertaraf antarabangsa yang masih dalam pembinaan di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka siap dan boleh digunakan bermula Januari tahun hadapan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang bernilai hampir RM12.7 juta tersebut kini sedang giat dibangunkan dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.Beliau berkata, walaupun dijangka akan siap pada awal 2017, namun kemungkinan pembinaan terjejas akibat bencana dan musim tengkujuh juga perlu diambil kira."Kita jangkakan litar ini akan siap dibina dan boleh mula digunakan bermula Januari tahun hadapan."Namun demikian ianya bergantung dengan keadaan cuaca. Kalau bulan November atau Disember mengalami hujan lebat serta banjir mungkin disitulah akan terjadi sedikit kelewatan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas melawat tapak Litar Lumba Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Ahmad Razif berkata, litar berkeluasan 2.4 hektar yang mengikut piawaian AAM tersebut dibina sejak Disember tahun lalu.Tambahnya, bagi mengelakkan gangguan bunyi di kawasan persekitaran, Jabatan Kerja Raya ditugaskan untuk memasang penghadang bunyi di litar tersebut."Kita akan pasang penghadang bunyi di sekitar litar ini. Jika tidak mencukupi, kita akan tambah supaya ianya tidak mengganggu penduduk setempat," katanya.Litar tersebut akan dilengkapi dengan komponen utama seperti litar cup prix sepanjang 1.35 kilometer (km) sprint test 0.95 km, drift, tempat duduk penonton serta menara tinjau.Bagi tempat duduk penonton, ianya mampu memuatkan kapasiti seramai 1,500 orang namun dijangkakan perkarangan litar mampu menempatkan lebih 10,000 peminat sukan permotoran tersebut.
20 Oct 16
1055
Setiu Juara Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Terengganu
Pasukan Setiu menjulang Piala YAB Menteri Besar Terengganu apabila muncul juara selepas menewaskan Kuala Nerus 2-0 di Kejohanan Bola Sepak Liga Darul Iman 2016, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Ketua Jurulatih pasukan tersebut, Rosli Hasyim berkata, pada separuh masa pertama, pasukannya menggunakan strategi menekan dan menyerang pihak lawan sebelum menukarnya pada masa kedua.“Separuh masa kedua pula, pertukaran pemain serta taktikal dilakukan bagi memburu gol sekaligus memenangi kejohanan ini.“10 minit terakhir, taktikal yang digunakan mula berhasil apabila pihak lawan mula kehabisan stamina dan pada masa itulah kita berpeluang menjaringkan dua gol kemenangan,” katanya.Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof.Dalam perlawan tersebut, gol kemenangan dijaringkan oleh penyerang pasukan itu, Muhd Nuruddin Yusof pada minit ke-80 dan 84.Dengan kemenangan itu, Setiu membawa pulang piala pusingan, medal dan wang tunai RM10,000 manakala naib juara, Kuala Nerus membawa pulang medal serta wang tunai (RM7,000).Berkongsi di tempat ketiga, pasukan Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu dengan masing-masing membawa pulang RM3,000.Kejohanan berkenaan adalah penganjuran kali kedua, selepas pertama kali diadakan pada 2014.
19 Oct 16
167
Status Irfan Bakti Masih Dalam Perundingan
Status bekas pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim untuk mengemudi skuad Terengganu musim depan belum muktamad, sehingga perundingan selesai dan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kedatangan Irfan sebagai meneruskan perundingan dan pihaknya akan memastikan perbincangan tersebut membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak samada dari PBSNT serta jurulatih berkenaan."Sekarang ini Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) baru bercadang untuk menawarkan Irfan sebagai jurulatih utama tetapi ianya belum muktamad."Keputusan untuk jadikan Irfan sebagai ketua jurulatih adalah bergantung kepada hasil perundingan yang akan mula dibuat hari ini,”katanya.Beliau ditemui pemberita sebelum meneruskan perundingan mengenai khidmatnya itu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.“Keutamaan sekarang adalah untuk memastikan bahawa pada musim hadapan, prestasi permainan akan lebih cemerlang dan meningkat seperti yang pernah diperolehi sebelum ini.“Jadi kerana itu kita nak pastikan keputusan yang tepat untuk pembangunan bola sepak di negeri Terengganu,” katanya.Untuk rekod, sepanjang khidmat Irfan Bakti selama tiga musim sejak 2009 di Terengganu, pasukan tersebut pernah muncul sebagai naib juara Liga Super dan menjuarai piala FA dan naib juara Piala Malaysia pada 2011.
17 Oct 16
98
Terengganu Lokasi Penamat Jelajah Malaysia 2016
Terengganu bakal menjadi lokasi penamat bagi perlumbaan berbasikal, Jelajah Malaysia 2016 yang dijadualkan berlangsung dari 18 Oktober hingga 22 Oktober ini.
Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd. Jalil berkata, kejohanan penjelajahan ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia melibatkan lima peringkat perlumbaan akan bermula di Kuala Lumpur sebelum menyusuri Negeri Perak, Pahang, Kelantan dan berakhir di Kuala Terengganu yang merangkumi jarak keseluruhan 756.9 kilometer (km).
Katanya, dua peringkat akhir akan berlangsung di negeri ini melibatkan Daerah Kuala Nerus, Kemaman dan Kuala Terengganu.
“Peringkat keempat yang bermula dari Machang, Kelantan dengan jarak 125.2 km akan berakhir di Gong Badak, Kuala Nerus.
“Manakala, para peserta akan memulakan kayuhan dari Kemaman ke lokasi penamat di Kuala Terengganu sejauh 142.7 kilometer pada peringkat akhir,” katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.
Sehingga kini, 17 pasukan tempatan dan luar negara telah mengesahkan penyertaan.
Jelajah Malaysia 2016 dianjurkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), dengan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara serta diuruskan oleh Peloton Resources Sdn Bhd.
17 Oct 16
70
Langkah T-Team Terhenti
Kesebelasan utama pemain T-Team yang beraksi di perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Perjuangan pasukan berstatus kelab, T-Team terhenti di peringkat separuh akhir apabila tewas 0-3 kepada Selangor dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.Ketua jurulatih pasukan itu, Rachmat Darmawan berkata gol awal dari pasukan pelawat sedikit menjatuhkan moral pemain Titans.“Kita bermain terlalu berhati-hati di awal permainan dan apabila pasukan pelawat menjaringkan gol pada minit kedua, ianya sedikit menjatuhkan mental pemain T-Team.“Kita cuba bangkit namun tidak kesampaian apabila pasukan pelawat sekali lagi menambah jaringan tidak lama kemudian,” katanya.Pasukan pelawat, The Red Giant bermula selesa apabila mula membuka jaringan seawal minit kedua melalui R Gopinathan.Walaupun terdapat percubaan dari T-Team untuk menyamakan kedudukan, namun Selangor bijak mencari peluang daripada kekalutan di hadapan pintu gol untuk menjarakkan lagi kedudukan pada minit ke-18 hasil jaringan Ugochukwu Ukah.Kekecewaan The Titans terus ditambah apabila Selangor menambah gol ketiga sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil melalui kapten pasukan pelawat, Andik Vermansah.T-Team gagal untuk mara ke final selepas tewas menentang Selangor dengan agregat 1-5. Pada perlawanan separuh akhir pertama, Titans tewas 1-2 di Stadium Shah Alam.
15 Oct 16
779
Irfan Bakti Kembali Terajui Skuad Terengganu?
Ahmad Razif bertemu peminat pasukan T-Team FC sebelum perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim. Kerajaan negeri bersetuju untuk mengekalkan pasukan berstatus kelab, T-Team FC berdasarkan prestasi memberangsangkan pasukan itu, manakala Terengganu FA pula akan diberi nafas baru sebagai persediaan menghadapi musim hadapan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun gagal untuk mara ke pusingan akhir Piala Malaysia, namun corak permainan serta aksi yang dipamerkan agak memuaskan."Kita berpuas hati dengan corak persembahan dan semangat juang yang begitu tinggi ditunjukkan para pemain sehingga mampu mencapai ke tahap ini."Maka saya merasakan pasukan T-Team perlu dikekalkan dan pastikan pasukan ini diberi peluang untuk diperkemaskan lagi bagi menghadapi saingan liga dan Piala Malaysia tahun hadapan,"katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Bagi pasukan Terengganu, Ahmad Razif berkata satu penstrukturan semula serta rombakan akan dilakukan untuk memantapkan kembali pasukan itu.Beliau berkata, penstrukturan tersebut melibatkan kesemua aspek termasuk di bahagian pengurusan dan kejurulatihan.“Kita akan lakukan rombakan secara keseluruhan bagi memastikan bahawa tahun depan peminat dapat melihat Terengganu yang baharu di mana telah dilakukan satu transformasi dan paling mustahak kegemilangan Terengganu pada satu masa dahulu dapat dikembalikan semula pada musim hadapan.“Perbincangan dengan bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti sedang dilakukan manakala Dato’ Rozi ditugaskan untuk mengenalpasti pemain-pemain yang perlu diambil bagi memantapkan Terengganu FA,” katanya.
15 Oct 16
88
T-Team Optimis Ke Final
Kita mampu bangkit untuk mencipta sejarah menuju ke final, kata Pengurus Pasukan T-Team, Dato’ Mohamad Kamil Othman.Beliau meminta seluruh rakyat serta penyokong bola sepak Terengganu mendoakan agar pasukan T-Team dapat menguasai 90 minit perlawanan dan menyekat pihak lawan dengan menggunakan setiap taktikal serta strategi untuk mara ke persaingan akhir.“Segalanya boleh berlaku dalam bola sepak dan tentulah kami mengharapkan pasukan kita ini mampu mara dan mencipta kejutan dalam sejarah bola sepak negara,” katanya kepada Teganukita.Mohamad Kamil mengulas mengenai persaingan separuh akhir kedua The Titans menentang Selangor, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu, malam esok.Katanya, sesi latihan berjalan lancar selain pemain turut diserapkan motivasi dari pihak pengurusan bagi meningkatkan moral dan disiplin ketika di padang nanti.Tambahnya, pihaknya turut menganjurkan solat hajat sebelum sesi latihan di stadium yang sama, petang semalam.
13 Oct 16
86
Penyokong `Sesat' Dapat Pas Masuk Percuma
Nasib 45 penyokong T-Team yang tersesat hingga ke Jempol menyebabkan mereka terlepas untuk menyaksikan perlawanan suku akhir kedua, T-Team menentang Felda United, di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, baru-baru ini, terubat apabila mereka mendapat pas percuma bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir, malam Sabtu ini.
Seorang daripada penyokong berkenaan, Ariffin Mat Ali, 54, dari Kampung Wakaf Dua, Bukit Payong, mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan T-Team kerana menyediakan pas berkenaan kepada mereka bagi meneruskan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada The Titans.
“Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberi penghargaan kepada kami selepas peristiwa tersesat sampai ke Jempol untuk menyaksikan perlawanan di Jengka, baru-baru ini.
“Tetapi, syukurlah T-Team menang… dan saya meramalkan T-Team 1- Selangor 0 pada perlawanan Sabtu ini, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,”katanya.
Ariffin mewakili rakan-rakannya menerima pas berkenaan yang disampaikan Pengawai Penyelaras T-Team, Mohd Sharizam Mohd Zin, di Pejabat Pengurusan T-Team, Jalan Air Jernih, hari ini.
Difahamkan, dalam insiden 17 September lalu, pemandu bas persiaran berusia 20-an, yang membawa 44 penyokong T-Team dikatakan tidak tahu laluan ke STAR sehingga tersasar ke Jempol, Negeri Sembilan.
Ketua rombongan, Sulong Abdul Rahman, berkata mereka berkumpul dan bertolak dari Chendering, di sini untuk ke Jengka pada kira-kira jam 1.30 petang, Sabtu lalu. Bagaimanapun, katanya sebaik tiba di Maran, Pahang beberapa penyokong yang pernah ke STAR memberitahu bas yang mereka naiki tersalah laluan dan bukannya menuju ke stadium.
Mereka dikatakan singgah mencari kedai makan di Jempol yang menyediakan skrin besar untuk menyaksikan aksi The Titans sebelum bertolak pulang ke Terengganu, selepas tamat perlawanan.
Akibat kejadian itu, dia menanggung kerugian tiket sebanyak RM460 dan akan berbincang dengan syarikat itu untuk mengurangkan kos sewa bas kerana apa yang berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu.
13 Oct 16
84
Atlet Terengganu Dilindungi Insurans
Semua atlet di Terengganu di bawah Program Pembangunan Sukan kelolaan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dilindungi insurans.Pengarahnya, Ibni Amin Busu berkata lebih 500 atlet terlibat dalam program tersebut."Daripada senarai tersebut, empat orang atlet yang terlibat dalam kemalangan sebelum ini telah menerima pampasan hampir RM400, 000 di mana setiap individu menerima pampasan antara RM70,000 sehingga RM 103.000."Insurans yang diambil tersebut merangkumi kecederaan semasa latihan serta kematian," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Insurans Atlet di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin dan Pengarah Urusan Pasific Insurance, Ponusamy Doraisamy.Pada majlis tersebut, Ponusamy menyampaikan sumbangan sebanyak RM103,900 kepada MSNT untuk diserahkan kepada keluarga atlet kabaddi, Fatin Nadeera Jasni yang telah meninggal dunia pada Mei tahun lepas.Untuk rekod, tiga atlet yang pernah menerima pampasan yang sama adalah dua atlet basikal, Syafiq Imran Syahril dan Mohamad Asmu'i Ali serta atlet bola baling, Muhamad Naim Mat Nasir.Tambah Ibni, kerajaan negeri sering mengambil cakna kebajikan atlet-atlet Terengganu."Kebiasaannya, atlet-atlet tidak dilindungi dengan insurans kerana kebanyakan pihak tidak menyediakan insurans yang bersesuaian untuk mereka."Jadi pihak kerajaan negeri melalui MSNT mengambil pendekatan untuk bekerjasama dengan Pasific Insurance untuk menjaga kebajikan atlet di Terengganu," katanya.
10 Oct 16
76
Mohd Fuad Menjuarai Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu
Barisan pemenang bergambar selepas Kejohanan Kuda lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu 2016 di Lembah Bidong, Setiu, semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Mohd Fuad Hashim membawa pulang RM10,000, piala dan medal selepas dinobatkan menjuarai kategori Individu 80 kilometer Kejohanan Kuda lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu 2016 di Lembah Bidong, Setiu, semalam.Fuad yang mewakili State of Endurance Team (STET) menunggang kuda, Mora Mokaka berjaya menamatkan perlumbaan dengan kelajuan 19.865km/jam menewaskan Mohd Asri Aziz dari Royal Terengganu Endurance Stable (19.446km/jam).Manakalan tempat ketiga bagi kategori sama, Mohd Suhairi Ramli juga dari STET.Bagi kategori berkumpulan pula, dimenangi STET yang dianggotai Mohd Fuad Hashim, Ahmad Faizal Ahmad Fanizar, Mohd Adwa Embong dan Mohd Suhairy Ramli membawa pulang wang tunai RM7,500 dan medal.Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan hadiah kepada Mohd Fuad Manakala tempat kedua dimenangi team Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) membawa pulang wang tunai RM5,000 dan medal.Bagi kategori VIP kategori Ride 10 Kilometer, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman muncul juara selepas menewaskan 15 peserta lain, tempat kedua dimenangi, Tan Sri Dato’ Abdullah Taib manakala tempat ketiga, Faradiba Liana Nasir.Hadiah pertandingan disampaikan, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Ahmad Razif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Wan Ismail.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyaksikan pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu.
08 Oct 16
982