Artikel "Pendidikan" Terkini
 
                                            
                            Golden Pharos Bantu Pendidikan Orang Asli Terengganu
                        
                        
                            KEMAMAN, 19 Disember - Usaha Golden Pharos Berhad (GPB) melalui dua anak syarikatnya, Kumpulan Perusahaan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT) dan PESAMA Timber Corporation yang tampil menyumbang barangan keperluan sekolah kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam, mampu memacu potensi pelajar-pelajar warga orang Asli dalam pembelajaran.
Penolong pegawai pendidikan daerah Kemaman, Ahmad Azli Ismail@Abdul Aziz berkata, penglibatan agensi membantu proses pendidikan terutama komuniti orang Asli membantu memupuk minat mereka untuk belajar.
"Kadang-kadang tarikan utama mereka (pelajar) untuk hadir ke sekolah disebabkan minat dan apa tarikan yang ada di sana.
"Mereka ini kalau kita lihat latar belakang ada dikalangan orang susah dari segi pendapatan dan tak mampu melengkapkan diri ke sekolah, jadi apabila ada bantuan sebegini kami sangat bersyukur.
"Dengan kemudahan sebegini, insya-Allah akan sampailah mereka ke sekolah dan ada harapan untuk berjaya," katanya ketika ditemui selepas program Sehari Bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam di dewan serbaguna kampung berkenaan, semalam.
Dalam program tersebut, GPB menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 dalam bentuk set pakaian sukan dan kasut sukan untuk semua pelajar SK Sungai Pergam.
Sumbangan yang disampaikan Pengerusi GPB, Dato' Yahaya Ali itu turut disertai dengan memorandum persefahaman (MOU) antara KPKKT dan PESAMA bersama SK Sungai Pergam.
Majlis menandatangani memorandum disempurnakan Eksekutif Kanan Operasi PESAMA yang mewakili Pengurus Besar PESAMA, Sani Yusof dan Timbalan Pengurus Besar KPKKT, Ahmad Bazli Razali.
Manakala, SK Sungai Pergam diwakili guru besar, Mohd Shafii A Bakar.
Dato' Yahaya dalam pada itu berharap, usahasama itu akan menjana lebih banyak program diantara kedua-dua pihak.
"Memorandum ini sebagai satu tanda kita mengadakan jalinan dengan pihak sekolah sebagai permulaan.
"Apabila ada MOU sebegini, kita boleh merancang program-program pada masa akan datang dalam pelbagai bentuk lain, sebagaimana yang dibuat dalam sumbangan banjir baru-baru ini," katanya.
                        
                        
                                19 Dec 24
            
                    
                                185
            
             
                                            
                            Kerajaan Terengganu Salur RM2.8 Juta Perkasa Institusi Pendidikan Islam
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 12 Disember – Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif memperkukuh pendidikan Islam dengan menyalurkan bantuan pengurusan berjumlah RM2.8 juta kepada 136 institusi pendidikan Islam dari lapan daerah, bermula dari Besut hingga Kemaman.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri, Dato’ Satiful Bahari Mamat, menegaskan bahawa pendidikan adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya terletak di bahu kerajaan. 
“Kita mahu negeri ini maju bukan hanya dari segi fizikal, tetapi juga mental dan spiritual. 
“Keberkatan yang dicari mesti mengikut syariat, dan kita ingin kesejahteraan dunia dan akhirat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Pengurusan Mengikut Per Kapita Kepada Sekolah Agama Islam Dan Pusat Pendidikan Negeri Terengganu, di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, di sini semalam.
 
Turut hadir, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT); Mohd Zaini Mohd Nor.
Beliau turut mengimbau sejarah kehebatan tamadun Islam abad ke-6 yang menjadikan pendidikan sebagai asas kekuatan masyarakat. 
“Kejayaan Islam pada zaman dahulu kerana pemimpin mereka mesra pendidikan dan menghargai ilmuwan.
“Sebaliknya, kejatuhan empayar Islam dikaitkan dengan pemimpin yang lebih tertarik kepada hiburan berbanding ilmu.
“Atas sebab itu, kita mahu menyuburkan negeri ini dengan persekitaran yang mendukung budaya ilmu,” ujar beliau. 
Dalam pada itu, kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan kepada individu, NGO, dan tokoh masyarakat yang selama ini membangunkan institusi pendidikan secara sukarela tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan. 
“Mereka sanggup membeli tanah, membina bangunan, dan menyumbangkan tenaga tanpa mengharapkan balasan. 
“Tujuannya hanya satu, memastikan anak bangsa mendapat pendidikan terbaik,” katanya.
Tambah Satiful, bantuan pengurusan per kapita ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga berakhlak mulia. 
“Kita mahu anak-anak ini menjadi lebih pandai daripada guru mereka. 
“Sasaran kita adalah melahirkan graduan dengan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD).
“Matlamat kita adalah memastikan anak-anak Terengganu memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa depan,” jelasnya.
 
                        
                        
                                12 Dec 24
            
                    
                                241
            
             
                                            
                            Terengganu Peruntuk RM6 Juta Bantu Pelajar Sambung Master, PhD
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 11 Disember – Kerajaan Negeri terus komited menyokong pendidikan tinggi dengan memperuntukkan dana besar untuk membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD). 
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri, Dato’ Satiful Bahari Mamat, berkata kerajaan negeri menyediakan RM500,000 setahun khusus untuk pelajar peringkat Sarjana dan PhD. 
“Peruntukan ini tidak termasuk peruntukan untuk ijazah pertama,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Pengurusan Mengikut Per Kapita Kepada Sekolah Agama Islam Dan Pusat Pendidikan Negeri Terengganu, di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Beliau turut menambah bahawa janji manifesto pilihan raya terdahulu yang menetapkan RM5 juta setahun telah dilaksanakan, dan kerajaan menambah RM1 juta lagi melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri. 
“Bermula tahun ini, jumlah keseluruhan dana pendidikan dinaikkan kepada RM6 juta setahun.
“Dengan tambahan ini, kita dapat menyediakan bantuan pendidikan yang lebih meluas dan komprehensif,” katanya.
Selain itu, Yayasan Terengganu masih menyalurkan RM10 juta setahun untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan. 
“Bantuan ini terbuka kepada semua pelajar yang layak, kecuali anak-anak EXCO dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu. 
“Kita mahu semua yang layak mendapat akses kepada peluang ini, tanpa mengira latar belakang mereka.
“Kerajaan negeri akan terus memastikan pendidikan tinggi kekal menjadi keutamaan, kita percaya, dengan pendidikan, anak-anak Terengganu mampu mencipta kehidupan yang lebih baik,” ujar beliau.
                        
                        
                                11 Dec 24
            
                    
                                524
            
             
                                            
                            Pelajar Tetap Semangat Hadir Kem Motivasi Walau Berhadapan Banjir
                        
                        
                            Oleh : Syahida Mohd
KUALA NERUS, 30 November - Berhadapan situasi banjir tidak mematahkan semangat calon Sijil pelajaran Malaysia (SPM) untuk menghadiri Kem Motivasi Pecutan Akhir yang diadakan semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, program berkenaan merupakan kemuncak akhir setelah Tuisyen Rakyat diadakan sebelum ini bagi memastikan kesemua pelajar yang akan menduduki peperiksaan bakal memperolehi keputusan cemerlang.
"SPM ini adalah langkah pertama kita nak pergi ke peringkat lebih atas, dan kuncinya ada di situ (SPM).
"Jadi anak-anak perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kunci kejayaan ini dalam SPM," ujarnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas menghadiri program berkenaan, yang diadakan di Al-Riyadah Residen Gong Badak,di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abas, Amir Husin Ali, Ketua Sektor Akademik dan Ketua Sektor Akademik Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Nor Afendi Mahyiddin.
Dalam pada itu Hishamuddin berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap pendidikan anak-anak Terengganu kerana itu diperkenalkan Tuisyen Rakyat.
Sementara itu, sebanyak empat buah sekolah di DUN berkenaan iaitu Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT), SMK Bukit Guntong, SMK Kompleks Gong Badak  dan SMK Dato' Haji Abas telah menerima sumbangan kewangan dan Kit Peperiksaan SPM.
Menurut Hishamuddin sumbangan itu diberikan sebagai galakan untuk mengadakan tuisyen.
"Kita bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mereka adakan tusiyen di sekolah masing-masing dan kita salurkan terus sumbangan kepada pihak sekolah," ujarnya.
 
                        
                        
                                01 Dec 24
            
                    
                                182
            
             
                                            
                            Exco Cadang Tangguh Tutur BM SPM, Emosi Pelajar Terjejas
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 1 Disember- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya lebih peka dan prihatin terhadap keperluan emosi yang dihadapi calon-calon Sijili Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menangguhkan ujian lisan Bahasa Melayu yang akan bermula esok.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berharap, keputusan itu ada dalam pertimbangan Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek sebagai pihak yang bertanggungjawab.
"Kalaulah ada ruang untuk pandangan ini didengari, suka saya cadangkan peperiksaan amali dan tutur SPM dapat ditangguhkan terlebih dahulu.
"Sebahagian anak-anak calon SPM di Kelantan dan Terengganu yang terjejas banjir, mereka amat terjejas emosi.
"Berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan sekolah pula digunakan sebagai PPS akan memberikan kesan yang tidak langsung buat mereka yang terkesan," katanya melalui satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.
Tambahnya, bukan sahaja pelajar sebaliknya guru-guru juga terkesan dengan bencana yang menimpa sembilan buah negeri ketika ini.
Jadi, amat wajar untuk ada sedikit perasaan simpati dan empati," ujarnya.
Setakat tengahari ini, Terengganu merekodkan 42,040 mangsa terlibat banjir di seluruh daerah. Sebanyak 306 PPS dibuka bagi menempatkan lebih 11,000 ribu keluarga dalam serba kekurangan.
                        
                        
                                01 Dec 24
            
                    
                                623
            
             
                                            
                            Angkat Pendidikan Islam Seiring Kemodenan Zaman
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 26 November- Mengikut perkembangan masa dan zaman, penambahbaikan perlu dibuat bagi melihat pendidikan Islam bangkit dan selari dengan pendidikan konvensional yang lain secara langsung sebagai pemangkin utama berasaskan ketakwaan serta akidah yang mantap bagi melahirkan generasi mendatang.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknoplogi dan Pembangunan Insan Terengganu, Dato' Satiful Bahari Mamat berkata, usaha berkenaan perlu digembleng bersama institusi pendidikan Islam yang ada di negeri Terengganu khususnya.
"Kita melihat kewujudan hari ini dan perkembangan umat Islam khususnya di negeri ini hampir 70 peratus masih lagi merupakan melayu Muslim, hasil daripada peninggalan nenek moyang kita 700 tahun yang lampau, hari ini Alhamdulillah kita masih lagi melihat generasi ini masih majoriti meneruskan kehidupan ke arah yang sempurna dalam pengamalan Islam.
"Ia dapat dicapai hasil ketekunan di semua peringkat khususnya guru-guru, para alim ulama dalam mempertahankan pendidikan Islam yang bukan sahaja untuk disebar luaskan tetapi untuk melahirkan duat iaitu pendakwah yang meneruskan agenda Islam yang ditinggalkan Rasulullah SAW," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ir Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) di dewan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, semalam.
Hadir sama ialah Pengarah Pendidikan Islam Negeri Terengganu, Lothman Awang dan Timbalan Pengarah (Operasi) JPINT, Mohd Zaini Mohd Nor.
Tambahnya, konvensyen yang diadakan buat kali ketiga itu antaranya untuk menghimpun tenaga pengajar, guru-guru, penggerak institusi pendidikan islam negeri Terengganu yang bernaung di bawah JPINT sama ada yang berada di bawah kerajaan negeri mahupun swasta.
"Kita mengadakan konvensyen ini sedikit sebanyak antaranya untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah berkhidmat menjangkau usia tetapi istiqamah mengamalkan pendidikan Islam sebagai pendidikan sepanjang hayat.
"Walaupun mungkin tidak seberapa, tetapi inilah menggambarkan hasrat kerajaan negeri bagi memberi motivasi sebagai tanda hati atas mereka yang berkhidmat bersungguh-sungguh dalam menegakkan dan menyebar luaskan ilmu Islam.
"Kerajaan negeri juga bersikap terbuka kepada semua institusi, tokoh penggerak dalam pendidikan untuk bekerjasama dalam melihat generasi akan datang berterusan mendapat alternatif pendidikan," katanya.
Dalam konvensyen tersebut, sebanyak 21 anugerah khas disampaikan kepada tenaga-tenaga pengajar terpilih bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Konvensyen kali ini turut mengadakan Forum Pendidikan Islam yang menampilkan Prof. Dr Solehah Yaacob dan Dato' Dr. Abdul Mua'ti@ Zamri Ahmad dalam membentangkan tema Ketamadunan Melayu Islam Paksi Kegemilangan Peradaban.  
 
 
 
 
                        
                        
                                26 Nov 24
            
                    
                                138
            
             
                                            
                            TIS 2024: Lima Teras Bangun Kesatuan & Solidariti Keamanan Global
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 24 November - Persidangan Antarabangsa Terengganu (TIS) 2024 menggariskan lima teras dalam rangka kerja kesatuan dan solidariti untuk keamanan, kemakmuran, nilai budaya, dan maruah manusia secara global.
Menghimpunkan pemimpin komuniti, masyarakat sivil, dan warga global dari Malaysia, Rusia, Oman, Turki, Filipina, Indonesia, dan Palestin, persidangan berkenaan turut mencadangkan 12 pelan tindakan dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang dibentangkan.
Ketua pegawai eksekutif TSIS, Profesor Madya Dr Mohd Hanif Yaacob berkata, antara teras yang digariskan ialah memperkukuh kepimpinan global yang strategik dengan menubuhkan Majlis Kepimpinan untuk Kesatuan dan Solidariti Ummah bertujuan memupuk kerjasama, persefahaman, dan visi bersama dalam kalangan pemimpin dari  pelbagai sektor.
"Insya-Allah, TSIS yang merupakan agensi strategik kerajaan Terengganu akan menjalankan amanah sebagai sekretariat kepada majlis kepimpinan ini.
"Selain itu teras ini menekankan pentingnya pembangunan kapasiti untuk pemimpin yang mana negara anggota akan melatih pemimpin dalam penyelesaian konflik dan rundingan, dengan mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam kepimpinan," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika membentangkan pengisytiharan resolusi TIS 2024 di Duyong Marina & Resort, semalam.
Menurut Dr. Hanif, teras kedua ialah memberdaya pengetahuan dan pendidikan menuju Kesatuan melalui peningkatan pengetahuan kontemporari dan memanfaatkan teknologi untuk advokasi dan serta penyebaran maklumat agar mesej kesatuan dan soldariti sampai kepada lebih banyak pihak terutamanya generasi muda melalui tindakan memajukan pemikiran Islam dan pelbagai sumber ilmu bagi manfaat ummah serta membebaskan ummah dari penjajahan intelektual.
"Teras yang ketiga adalah mengurus konflik dalaman secara berkesan dengan menekankan toleransi dan kerjasama antara mazhab serta kelompok Muslim dalam menangani cabaran bersama, selain memperbanyakkan kerjasama dan dialog di kalangan pemimpin mazhab serta pemimpin Sunni dan Syiah supaya umat Islam dapat bersatu menentang ketidakadilan.
"Teras yang keempat ialah mentransformasi kerjasama ekonomi untuk pembangunan, diterjemahkan dengan menggalakkan negara Islam yang kuat untuk melakukan  pelaburan di negara-negara kurang membangun sebagai satu langkah penting ke arah kesatuan ummah. 
"Tindakan seterusnya ialah menyeru individu berpengaruh untuk mengutamakan pelaburan ummah dalam pembangunan lestari dan pelaburan selari dengan prinsip keadilan selain mempromosikan produk tempatan untuk memperkukuh kemandirian ekonomi dan meningkatkan kerjasama serantau," ujarnya.
Teras terakhir yang digariskan TIS 2024 adalah memperkasa diplomasi dan solidariti ummah secara global melalui seruan gencatan senjata dalam genosid di Gaza disertai penyelarasan usaha bantuan serantau untuk Palestin demi memenuhi keperluan kemanusiaan dan kestabilan jangka panjang.
Tindakan terakhir dari teras kelima ialah menggalakkan strategi pelaburan beretika, termasuk menyokong gerakan Boikot, Divestasi, dan Sekatan (BDS) terhadap entiti yang melanggar hak asasi manusia.
Dr. Hanif turut memaklumkan, TIS akan berfungsi sebagai platform untuk membangunkan penyelesaian kepada cabaran ummah, menjadikan resolusi yang digariskan sebagai agenda strategik nasional, dan memupuk kerjasama antara pemimpin pendapat serta pembuat dasar untuk menyepadukannya ke dalam pelan pembangunan negara.
 
                        
                        
                                24 Nov 24
            
                    
                                118
            
             
                                            
                            'Jangan Ganggu PASTI' - ADUN Sura
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 19 September - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi, memberi amaran keras terhadap pihak tertentu yang cuba mengganggu atau mempolitikkan institusi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
Beliau menegaskan bahawa PASTI adalah milik rakyat yang berjasa besar dalam pendidikan awal kanak-kanak. 
“PASTI telah memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan awal berkualiti dengan kos rendah, terutama di saat sistem pendidikan prasekolah negara menghadapi pelbagai kekangan.
“Setiap sekolah rendah hanya ada dua kelas prasekolah berbanding lima atau enam kelas untuk Tahun Satu, ini jelas menunjukkan kelompongan dalam sistem pendidikan awal kita. PASTI wujud sebagai alternatif untuk mengisi jurang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Terengganu 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) kelima belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, disini, hari ini.
Tengku Fakhruddin menegaskan bahawa PASTI menjadi pilihan rakyat kerana beberapa faktor utama.
“Kenapa PASTI menjadi pilihan? Kosnya rendah, silibusnya berkualiti, dan asas agama diajar dengan baik. 
“Pelajar yang keluar dari PASTI sudah tahu solat dan doa harian, malah ramai anak-anak orang UMNO pun dihantar ke PASTI kerana kualitinya.
“PAS bukan sekadar parti politik, tetapi sebuah gerakan masyarakat yang memperjuangkan keadilan sosial, ekonomi, dan pendidikan,” jelasnya.
Beliau turut berkongsi kisah bagaimana PASTI dibangunkan melalui hasil kutipan derma rakyat.
"Guru-gurunya pula sanggup berkhidmat dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan imbuhan besar.
“Saya sendiri adalah alumni PASTI kampung Kuala Dungun. Institusi ini berjasa besar membentuk generasi yang memahami asas agama dan nilai moral,” tambahnya.
Dalam pada itu, ADUN Sura turut mengecam pihak tertentu yang cuba mempolitikkan pendidikan, termasuk usaha menghalang perkembangan PASTI.
“Jangan sesekali menjolok sarang tebuan, PASTI adalah milik rakyat, dibina oleh rakyat, dan guru-gurunya rakyat negeri ini. Jika PASTI diganggu, kami pemuda-pemuda Islam Terengganu tidak akan berdiam diri,” tegasnya.
Beliau menyeru semua pihak agar meletakkan keutamaan pada pendidikan dan tidak menjadikannya mangsa perbezaan politik.
“Pendidikan awal adalah asas kepada pembangunan negeri, jangan jadikan institusi seperti PASTI mangsa politik sempit, kita semua bertanggungjawab memastikan generasi muda negeri ini  mendapat pendidikan terbaik,” katanya.
                        
                        
                                19 Nov 24
            
                    
                                9795
            
             
                                            
                            Tuisyen Rakyat DUN Sura Suntik Semangat 200 Calon SPM
                        
                        
                            DUNGUN, 18 November – Seramai 200 orang pelajar menyertai Program Tuisyen Rakyat menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dianjurkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura selama dua hari di SM Imtiaz Dungun.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin menyatakan rasa syukur atas kejayaan program tersebut dan menekankan betapa pentingnya inisiatif itu dalam memastikan pendidikan anak-anak di DUN Sura terus diberi perhatian serius.
“Alhamdulillah, program Tuisyen Rakyat ini berjalan lancar dengan sokongan daripada kerajaan negeri. Program ini melibatkan lima buah sekolah iaitu SMK Sultan Omar, SMK Seri Dungun, SMK Sura, SMK Kompleks Padang Jambu, dan SMA Sultan Ismail Dungun dengan setiap sekolah menghantar 40 orang pelajar SPM , 20 pelajar elit dan 20 pelajar sederhana,” jelasnya ketika ditemui pemberita.
Dr. Tengku Fakhruddin turut menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Terengganu yang telah memperuntukkan dana sebanyak RM10,000 bagi setiap DUN untuk melaksanakan program-program pendidikan seperti ini.
Menurutnya, dana tersebut digunakan untuk memastikan program seperti Tuisyen Rakyat dapat dijalankan dengan sempurna disamping menyediakan pelajar dengan fasiliti terbaik dan pengajaran yang berkualiti.
“Usaha ini adalah untuk memastikan pendidikan anak-anak terus menjadi tonggak utama dalam membentuk masa depan mereka," tambahnya.
 
Berbaki lebih 40 hari sahaja lagi menjelang SPM, beliau berharap program Tuisyen Rakyat dapat memberikan impak yang besar kepada pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka.
“Kami berharap pelajar yang menyertai program ini dapat memanfaatkan setiap sesi dengan baik dan membuat persiapan yang terbaik menjelang peperiksaan. Insya-Allah, usaha ini akan membuahkan hasil yang positif dan memberi manfaat besar untuk kejayaan mereka," katanya.
 
                        
                        
                                17 Nov 24
            
                    
                                176
            
             
                                            
                            Pendebat Terbaik Bahasa Arab Terima Anugerah Khas EXCO Pendidikan
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 13 November - Penerima Anugerah Khas EXCO Pendidikan, Wan Amzar Izzuddin bukan sahaja pernah mencipta nama di pentas dunia sebagai peserta terbaik Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Qatar malah merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Dia merupakan antara 120 orang  yang diraikan  dalam Majlis Hafl Al-Takrim Pelajar Cemerlang SPM, STAM dan STPM 2023  peringkat negeri Terengganu .
Anak kepada  pasangan guru , Wan Mohd Azlan Wan Ahmad  dan  Rubiha Ali, berjaya merangkul 11A dalam SPM baru-baru ini melahirkan rasa syukur dengan kejayaan yang dikecapinya itu dan merakamkan penghargaan kepada kedua ibu-bapanya.
"Di sebalik kejayaan ini sudah tentu adanya kedua orang tua saya yang mendidik saya sejak dari kecil dan memberikan pendedahan bagaimana menjadi seseorang yang berjaya.
"Tiada dilupakan guru-guru yang mengajar saya di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) yang telah mentarbiad diri ini serta pihak-pihak pentadbiran sekolah khususnya kepada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JAPINT)," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas menerima anugerah tersebut pada majlis berkenaan di Dewan Utama, Al-Riyadah Residence, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di sini, semalam.
Anak kelahiran Jerteh itu berkata dia kini  masih lagi belajar di SMAASZA dan akan menghadapi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun hadapan turut menjadikan kejayaan di peringkat SPM itu menjadi pencetus semangat untuknya sekali lagi berusaha menjadi pelajar terbaik.
"Kini saya masih memikirkan sama ada untuk menyabung pengajian di luar negara ataupun dalam negara.
"Saya menyimpan cita-cita untuk menjadi seseorang yang memiliki kepakara dalam bidang undang-undang sivil ataupun syariah bagi memastikan syariat Islam yang syumul dapat ditegakkan di dalam negara," katanya.
Sementara itu katanya, peluang terpilih menjadi ADUN Belia Negeri Terengganu mewakili DUN Kota Putera membantunya untuk memastikan apa yang didebatkan setiap kali menyertai pertandingan debat dapat dipraktikkan di lapangan.
"Saya juga terlibat aktif dalam Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) Sahabat Sejahtera yang meurpakan pihak bertanggungjawab dalam mengerakkan dakwah dalam kalangan belia dan beliawanis di negeri ini," katanya.
Untuk rekod, antara pencapaian lain yang cukup membanggakan diterima olehnya ialah menjadi Tokoh Pendidikan Ulul Albab Daerah Besut juga meraih gelaran Speaker Terbaik di International School Debating Competition 2023 di Doha dan Syed Abdul Rahman Al-Junied Arabic Championship pada tahun ini di Singapura.
 
                        
                        
                                13 Nov 24
            
                    
                                637
            
             
                