lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
UniSZA Perkenal Tabung Wakaf Pendidikan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi universiti pertama di pantai timur mewujudkan Tabung Wakaf UniSZA dalam usaha memberi kemudahan  kepada orang awam dan syarikat koporat temasuk industri menyalurkan dana.Tabung wakaf UniSZA yang mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) itu dijalankan sejak 1 Ogos 2016 kini mempunyai dana terkumpul sebanyak RM3.46 juta .Naib Canselornya, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, Tabung Wakaf UniSZA itu dilancarkan sebagai saluran utama kepada masyarakat untuk menyalurkan derma melalui konsep wakaf.  "Pemberian dana atau sumbangan itu akan dikumpulkan sebelum dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan umum di UniSZA sekaligus menjamin saham akhirat iaitu pahala yang berterusan kepada penyumbang.  "Wang yang diperolehi melalui Tabung Wakaf UniSZA itu akan digunakan untuk pembinaan Bangunan Pengajian Islam, Rumah Rehat UniSZA atau pembelian peralatan perubatan UniSZA selain kegunaan lain yang diperlukan di universiti berkenaan."Manfaat yang diperolehi daripada aset yang dibina itu  akan digunakan secara berterusan untuk kebaikan dan manfaat bersama," katanya kepada pemberita Pada Majlis Pelancaran Jawatankuasa dan Tabung Wakaf UniSZA, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua MAIDAM Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail  dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.Ahmad Zubaidi berkata, Dana Wakaf UniSZA itu akan diuruskan Pejabat Wakaf dan Infaq (WAQIAH) UniSZA dan dipantau Jawatankuasa Wakaf UniSZA yang berada dibawah MAIDAM."Kami akan menyediakan pelbagai kemudahan dan saluran kepada orang ramai untuk membuat wakaf tunai."Dua bank sudah bersetuju untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang berminat membuat pemotongan secara auto debit pada setiap bulan. "Tabung-tabung juga akan diedarkan di masjid dengan harapan ia mendorong orang ramai untuk membuat wakaf tunai itu," katanya.Menurutnya, selain pembabitan masyarakat, syarikat koporat dan industri di negeri ini juga disasarkan untuk menjayakan program itu."Sehingga kini pelbagai pihak koporat yang tampil menjadi penyumbang termasuk Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Terengganu Inc, Building Societ Berhad dan DSE Construction Sdn Bhd," katanya.
09 Feb 17
132
Empty Image
Sahut Potensi Jadi Pusat Pembelajaran Bahasa Asing
Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu(Sahut) berpotensi sebagai pusat pembelajaran bahasa asing utama di Hulu Terengganu.Pengetuanya, Nor Hayati Yusoff berkata, Sahut mempunyai satu keistimewaan apabila diberi peluang untuk mengenengahkan bahasa antarabangsa seperti bahasa Perancis, Jepun dan Arab."Ini yang nak kita kembangkan kepada dunia luar bahawa Sahut ini adalah segalanya..bukan sahaja dalam sekolah tapi boleh ke peringkat antarabangsa."Bahasa Jepun kita sudah terokai jauh dengan banyak kejayaan para pelajar yang terlibat saban tahun dan kita guna pakai ketiga-tiga bahasa dengan cara menguasainya,"kata.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Lawatan Kedutaan Perancis ke Sahut.Nor Hayati berkata, pihaknya ingin menjadikan pelajarnya sebagai bintang yang punyai sahsiah tinggi dan jati diri dalam menguasai bahasa asing ini."Kalau Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sokong....sebenarnya pelajar ada peluang lebih baik untuk belajar bahasa asing yang baru seperti Korea dan Mandarin supaya SAHUT boleh bersaing di persada yang lebih tinggi,"katanya lagi.Sementara itu, Ketua Bahagian Pendidikan daripada Kedutaan Perancis di Malaysia, Nicolas Gouletquer berkata, satu keutamaan di kedutaan Perancis adalah mempromosikan Bahasa mereka di Malaysia dalam usaha membina jambatan penghubung antara dua negara.Katanya juga, pelbagai latihan ditawarkan untuk guru bahasa Perancis di sekolah menengah awam dengan tawaran biasiswa dan mengikuti pengajian selama tiga tahun di Perancis sebelum dapat mengajar di Malaysia."Kami juga menganjurkan pelbagai pertandingan beserta hadiah untuk semua sekolah yang terlibat disamping membolehkan pelajar meneroka segalanya tentang Perancis dan bukan sekadar bahasa."Bahasa Perancis adalah bahasa global yang dituturkan di segenap benua dan itulah yang pihak kami cuba sampaikan melalui pertandingan yang diadakan."kata Nicholas.Beliau berkata, Mac 2017 merupakan bulan Bahasa Perancis dan pihaknya bersama 15 lagi kedutaan serta Suruhanjaya Tinggi di Malaysia termasuk Kanada, Mesir, Switzerland dan Morocco akan menganjurkan program berkaitan Bahasa Perancis dan akan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menunjukkan kemahiran tinggi dan baik dalam penguasaan bahasa."Ini termasuklah latihan lanjutan kepada guru Bahasa Perancis di Malaysia untuk mengekalkan tahap kecekapan dan kemahiran tinggi dalam bahasa ini...termasuklah datang berjumpa pelajar seperti hari ini bagi meningkatkan keyakinan mereka untuk bertutur melalui interaksi yang dijalankan."Kita juga ada biasiswa untuk mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Contohnya kita ada Malaysia France Uni Centre (MFUC)di Kuala Lumpur untuk yang merancang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kita juga ada Malaysian France Institute (MFI) di Kuala Lumpur untuk kursus kejuruteraan dan sains politik,"ujarnya lagi.Seorang pelajar yang ditemui Nur Izyan Batrisyia Mat Zaki,17, berkata, minatnya untuk belajar Bahasa Perancis timbul ketika minggu suaikenal sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Sains Labuan dalam satu persembahan."Sejak melihat persembahan itu,saya mula jatuh hati dan mengambil keputusan untuk mempelajarinya dan tetap mengikutinya walaupun telah bertukar ke Sahut."Pada mulanya agak payah sedikit untuk mempelajarinya dan saya terpaksa menguasai vokal terlebih dahulu untuk betulkan sebutan....dalam masa enam bulan saya dah mula mahir menulis dan membaca dengan bantuan guru,"katanya.Nur Izyan yang bercita-cita untuk menjadi guru Bahasa Perancis menyimpan azam untuk melanjutkan pelajaran dan menetap di negara itu apabila tamat pengajiannya nanti.
06 Feb 17
456