lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
180 Pelajar Sertai 'EmpowerXchange'
Seramai 180 pelajar dari enam sekolah menengah dari dua daerah di Terengganu menyertai program motivasi Kem EmpowerXChange `Awaken The Giant Within' selama dua hari di sebuah resort di Merang Setiu, berakhir semalam.Program anjuran bersama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan UniSZA Holding selaku penyedia latihan itu adalah tahun kedua diadakan di bawah penyeliaan UniSZA Holding.Ketua Pegawai Eksekutif UniSZA Holding, Nik Sazali Nik Hussin berkata, enam sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Diman, SMK Kuala Jeneris dan SMK Tapu dari daerah Hulu Terengganu.Manakala dari Marang pula SMK Seri Payong, SMK Seri Serating dan SMK Rusila."Peserta adalah di kalangan mereka dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Pemilihan dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, " katanya.Menurutnya, objektif utama program itu ialah untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dalam mencapai kejayaan akademik di kalangan peserta."Ianya juga bagi memperkukuhkan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan akademik dalam meningkat potensi pelajar," katanya.Antara modul program ialah Suntikan Motivasi, Pembentukan Diri, Kita Boleh, Positif Hati & Minda dan Azam & Aku Janji.Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Penolong Pengarah Teknik Dan Vokasional Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Adam Ismail.Menurut Adam, program itu diberikan kepada sekolah yang belum mendapat pembiayaan dari mana-mana pihak lain untuk menjalankan program bagi kejayaan pelajar."Seramai 300 pelajar dari setiap daerah terlibat dengan program membabitkan pelajar yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR, PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.Adam berkata, pencapaian pelajar yang terbabit dengan program itu amat memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan.
07 May 17
51
Empty Image
SMK Chalok Ungguli Silat Daerah
Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok (Model Khas) muncul juara keseluruhan Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Setiu apabila memenangi lapan daripada 14 acara yang dipertandingkan.Pengerusi Unit Silat Daerah Setiu, Mohd Yasrizal Ab Manaf berkata, seramai 60 pelajar terlibat dalam pertandingan yang diadakan di Dewan SMK Chalok itu."Alhamdulillah kita berjaya mengadakan Pertandingan Seni Silat Peringkat Sekolah Daerah Setiu hari ini."Seramai 60 pelajar terbabit pada hari ini bertanding dalam empat kategori iaitu Seni Tari Silat, Seni Tempur Silat dan Silat Seni Asli (Silat Pulut)," katanya ketika selesai pertandingan itu, khamis lalu.Yasrizal berkata, selain untuk melahirkan bakat dalam seni silat, pembabitan dalam aktiviti itu juga mampu mendisiplin pelajar menjadi lebih berakhlak dan beradab.Dalam pada itu, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Kipayatuallah Mohd Said ketika berucap menutup program itu berkata beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang terbabit dengan penganjuran pertandingan seni silat itu.Katanya, beliau juga mengharapkan pelajar yang terbabit dengan seni mempertahankan diri berkenaan dapat terus aktif hingga ke peringkat lebih tinggi apabila menamatkan persekolahan nanti."Jangan putus asa, belajar hingga ke universiti persilatan ini, jangan hanya separuh jalan meminati seni ini dan jadikan ianya satu budaya dan saya berharap pelajar ini dapat mempeluaskan lagi bakat bakat mereka selepas ini."Melalui persilatan ini kita boleh membuka minda kita mnjadi pelajar yang positif dan terbuka," katanya.Setiu menjadi johan seni silat sekolah peringkat negeri selama tiga tahun berturut-turut bermula 2013.
07 May 17
790
Empty Image
100 Murid DUN Permaisuri Jayakan Hari Buku Sedunia
Seramai 100 murid dari lima sekolah di Setiu menjayakan program sempena Hari Buku Sedunia di Perpustakaan Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, semalam.Penolong Pegawai Perpustakaan Daerah Setiu, Mohd Azran Yusof berkata, lima sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri masing-masingadalah Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol, SK Lembah Jaya, SK Putrajaya, SK Kampung Buluh dan SK Mangkuk.Katanya, Perpustakaan Awam Daerah Setiu juga menjemput pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Inspektor Diana Zaini untuk menyampaikan taklimat mengenai keganasan jenayah seksual di kalangan kanak-kanak dan langkah untuk mengelak kes seumpama itu."Acara terakhir program ini diselitkan dengan aktiviti mewarna yang disertai peserta."Program ini mendapat sambutan baik dan saya berharap akan ianya akan diteruskan lagi pada masa hadapan agar masyarakat di Daerah setiu dapat menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup seharian dan jadikan budaya ilmuan, "katanya.Dalam pada itu, Azran berkata, pihaknya sedang mengadakan kempen bebas denda bermula 20 April lalu sehingga 30 April 2017 bertujuan menggalakkan pengguna yang lewat memulangkan buku yang dipinjam supaya dapat memulangkan semula pada tarikh tersebut tanpa dikenakan denda.
26 Apr 17
214
Empty Image
164 Terima APC PPD Setiu 2016
Seramai 164 menerima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Setiu (PPD) Setiu 2016 di Putera Jaya, Setiu, hari ini.Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Di dalam ucapannya Iskandar mahu guru menjadi sebagai `role model' di mana pada zaman dahulu guru amat disanjung masyarakat dan dijadikan tempat rujukan masyarakat untuk pelbagai perkara.Menurutnya, budaya itu perlu dikembalikan semula pada zaman ini apabila ramai guru terlibat dalam kumpulan kemasyarakatan."Guru juga perlu memahami pelan pembangunan pendidikan Malaysia dengan perkaitannya situasi sekarang agar generasi akan datang mampu melahirkan kemenjadian murid," katanya.Iskandar mengucap tahniah kepada penerima anugerah itu dan mahu seluruh warga kerja Pejabat Pendidikan Setiu melaksanakan tugas dengan penuh integriti, berhemah, berdedikasi, ikhlas dan juga amanah.Dalam pada itu, bercakap Teganukita, Pengawai Pendidikan Daerah Setiu, Kifayatullah Mohd Said merakamkan ucapan tahniah kepada penerima anugerah dan berharap mereka dapat mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan dan menjadi institusi yang disegani ramai."Selepas ini penerima anugerah ini diharap akan menjadi pembimbing pada guru-guru baru agar sentiasa menjaga imej sebagai kakitangan yang menjunjung dan menyokong dasar-dasar kerajaan memerintah," katanya.
26 Apr 17
662
Empty Image
UniSZA Lancar Ladang Ternakan Kambing Tenesu Pertama Negara
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melancarkan DairyFarm sebagai Ladang Pengajaran dan Pembelajaran kambing tenesu yang pertama di negara ini.Projek di bawah Fakulti Biosumber dan Indutri Makanan yang dilancarkan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh memberi peluang pelajar dan komuniti mendalami pemindahan teknologi moden dalam bidang ternakan.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, projek perintis universiti itu diharap dapat melahirkan usahawan berilmu di sektor pertanian dan penternakan.Katanya, satu kawasan di Kampung Bukit Marak, Pasir Akar, Hulu Besut, dipilih untuk dijadikan pusat latihan ternakan dan pengeluaran susu kambing terbesar di negara ini.Beliau berkata, pusat itu juga turut menawarkan latihan di bidang ternakan dan pemindahan teknologi kepada penduduk setempat yang berminat dalam industri tenesu.Idris yang juga Ahli Parlimen Besut ketika melancarkan program itu berkata, menerusi penubuhan pusat itu nanti akan memberi peluang pelajar universiti melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2u2i Program Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan.Katanya, konsep pembelajaran di mana pelajar akan belajar selama dua tahun di universi dan dua tahun di industri memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu sebagai penternak dan usahawan.“Adalah menjadi harapan dengan adanya pusat latihan itu Terengganu akan menjadi pengeluar susu kambing terbesar di negara ini untuk dipasarkan di seluruh negara,” katanya.
25 Apr 17
1387
Empty Image
Hospital UniSZA Peringkat Akhir Putuskan Bentuk
Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sedang dalam peringkat akhir untuk menentukan corak dan bentuk, akan menjadi sebuah hospital yang selesa untuk pesakit apabila siap kelak.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, pihaknya mendapat kebenaran merancang daripada kerajaan negeri dan antaranya adalah mengadakan bilik khas bagi menempatkan pesakit di hospital berkenaan."Hospital Pengajar UniSZA ini akan mempunyai ciri-ciri antarabangsa dan Insya- Allah hospital ini bukan seperti hospital berbentuk 'warehouse' tetapi disediakan bilik untuk setiap pesakit."Ia adalah sebuah hospital awam tetapi setiap pesakit ada bilik masing-masing," katanya kepada wartawan ketika merasmikan program anak angkat di Kampung Seri Kenangan, Setiu, kelmarin.Menurutnya, kerja-kerja pembinaan sebenar akan dibuat di kawasan tersebut selepas siap proses pemasangan cerucuk.Tambahnya, pihaknya sudah membuat persediaan pengurusan sebanyak 90 peratus dan akan mematuhi perancangan asal untuk memastikan hospital ini siap sepenuhnya pada akhir 2019.Menurutnya, ketika ini, pihak UniSZA masih menempatkan penuntutnya bagi menjalani praktikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu."Begitu juga dengan kakitangan, kami ada 40 pakar yang masih berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan dan Pusat Perubatan UniSZA Holding di Kampus Gong Badak.
25 Apr 17
312
Empty Image
Inisiatif Tarik Pelajar Minat STEM
Bazlan bersama pelajar, ibu bapa dan guru-guru selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016, di Pusat Sains  & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu Penganjuran pelbagai program berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di peringkat sekolah mampu meningkatkan bilangan pelajar dalam bidang STEM kepada nisbah 60:40 pada tahun 2020 seperti yang disasarkan kerajaan.Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, berkata ketika ini pelajar yang mengikut pembelajran dalam bidang STEM belum mencapai sasaran yang memuaskan sedangkan negara memerlukan ramai tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut untuk melonjakkan pembangunan negara.Katanya, sehubungan itu, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan bagi memupuk minat pelajar kepada STEM di peringkat sekolah seperti kem dan pertandingan berkaitan sains adalah satu inisiatif yang tepat ke arah mencapai sasaran tersebut.“Terbaru, penganjuran program Anugerah  Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil membabitkan 60 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah menengah harian kerajaan di Terengganu.“Mereka yang  mengikuti program itu dilihat lebih bermotivasi, bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti dan berminat mengikuti bidang kejuruteran dan perubatan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016, di Pusat Sains  & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Program itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman.Hadir sama Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari- Subsidiari Exxonmobil, Sukiman Mohammed.Pelajar yang mengikuti program itu layak memperoleh wang tunai RM1,000 setiap seorang.Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin dianugerahkan sekolah menengah harian terbaik keseluruhan mata pelajaran STEM dan layak membawa pulang wang tunai RM3,000.
22 Apr 17
170
Empty Image
UniSZA Cadang Teroka IoT Martabatkan Bidang Agrikultur dan Pengurusan Bencana
Add captionUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bercadang meneroka perkhidmatan dan teknologi berkaitan industri Internet of Things (IoT) bagi memartabatkan bidang agrikultur dan pengurusan bencana.Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, Prof  Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin berkata, pembangunan IoT yang merujuk kepada pemusatan pelbagai teknologi daripada komunikasi tanpa wayar kepada internet itu sedang dijalankan ketika ini.Katanya, buat permulaan UniSZA telah memulakan digital hab di kampus Besut dan akan disusuli program ladang tenusu di Ladang Pasir Akar yang akan dilancarkan minggu depan dalam mewujudkan konsep kerjasama pintar digital serta pertanian pintar."Kita akan membawa teknologi canggih IoT terutama dalam memartabatkan kedua-dua bidang itu."Selain itu, kita juga akan membangunkan sistem pengurusan bencana sebagai amaran awal buat masyarakat setempat dan ketika ini timbalan naib canselor penyelidikan dan inovasi universiti telah pun mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis Malam Anugerah Kewartawanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2017 di Kuala Nerus, malam tadi.Hadir sama, Naib Canselor, Prof  Datuk Dr Ahmad Zubaidi A. Latiff.Menurut Kamaruddin, sistem pengurusan bencana itu akan berpusat di masjid dengan dilengkapi pelbagai teknologi termasuk wifi serta kemudahan lain bagi mengukur tahap kekeringan dan suhu.“Perkembangan itu kelak secara tidak langsung dapat menaikkan lagi nama universiti awam ke-18 di Malaysia itu sebaris institusi lain,”katanya.
12 Apr 17
139
Empty Image
252 Pelajar Jayakan KISS
Seramai 252 pelajar telah menjayakan Khemah Ibadah Sekolah-Sekolah (KISS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peringkat kebangsaan yang diadakan di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu selama empat hari berakhir semalam.Penganjuran KISS kali ketiga yang bertujuan mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar sekolah rendah itu dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Bertemakan ‘Al-Quran Asas Pembinaan Ilmu dan Penyempurnaan Akhlak, majlis penutup perkhemahan itu telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.
10 Apr 17
215
Empty Image
Usaha Perkasa Bahasa Inggeris Perlu Dilipat Ganda
Mohd Zubir bersama peserta Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah KasimKerajaan negeri menyambut baik inisiatif Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  dalam usaha meningkatkan kecekapan tenaga pengajar Bahasa Inggeris di negara ini, selain berharap inisiatif itu perlu dilipatgandakan.Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, berkata bidang pengajaran pada masa kini memerlukan sesuatu yang kreatif dan berbeza, selain tidak hanya bergantung kepada buku teks semata-mata.Katanya, menjadi tanggungjawab golongan pendidik untuk mengubah gaya pengajaran terhadap pelajar bagi meningkatkan minat serta menjadikan mereka lebih kreatif.“Teknik pengajaran bahasa akan menjadi kreatif sekiranya guru sentiasa mencari inisiatif berbeza semasa mengajar seterusnya menjadikan pelajar lebih kreatif.“Sehubungan itu, saya berharap semua tenaga pengajar terutamanya guru Bahasa Inggeris menyedari kepentingan menggunakan pelbagai pendekatan serta material pengajaran yang baik agar pelajar bersemangat dan sentiasa berhubung dengan persekitaran pengajaran dan pembelajaran,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Persidangan selama dua hari, berakhir berakhir esok (23 Mac) itu memgumpul ahli akademik tempatan dan luar negara untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan tenang bidang kajian yang meliputi kesusasteraan dan pengajaran Bahasa Inggeris.
22 Mar 17
135