lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
ExxonMobil Sumbang RM462 Ribu Untuk Perkasakan Program STEM, BI
Mohd Zubir melihat replika cek di Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan  ExxonMobil untuk Program Pendidikan dan Kemasyarakatan Negeri Terengganu 2017, di Hotel Primula Beach, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Pembangunan dana insan di Terengganu terutama di bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Bahasa Inggeris terus dilihat sebagai inisiatif penting apabila Subsidiari-Subsidiari  ExxonMobil di Malaysia (ExxonMobil) menyampaikan sumbangan RM462,000 kepada kerajaan negeri, hari ini.Sumbangan kewangan itu melibatkan program Anugerah Pelajar cemerlang STEM yang dilancarkan sejak tahun lalu kepada pelajar Tingkatan Lima dan sekolah menengah berjumlah RM80,000, Pertandingan Inovasi Matematik ExxonMobil Terengganu (TExMIC) (RM40,000), Spark Your Creativity (SYCC) (RM42,000), ExxonMobil-UKM Club @ Terengganu (RM250,000) dan Bengkel English Bersama Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA) (RM50,000).Sementara bantuan 24 unit komputer riba turut diagihkan untuk program Terengganu-ExxonMobil Resource Information Centre (TERIC) dan program Children Cyber Corner di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan Pelantar Bestari di Besut, Setiu serta Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang  berkata, sumbangan besar itu mampu memperkasakan lagi pendidikan negeri serta membangunkan modal insan yang cemerlang  di bidang STEM khasnya.“ExxonMobil menyediakan peruntukan  kepada kerajaan negeri yang sebahagian besar disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, selain kepada Pusat Sains Dan Kreativiti Negeri, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu selain berkolaborasi dengan pusat pengajian awam seperti  Universiti Kebangsaan Malaysia  dalam merealisasikan hasrat kita menerusi program STEM.“Kerajaan negeri amat berterima kasih dengan komitmen ExxonMobil sejak puluhan tahun lalu yang tanpa jemu mahu memastikan bidang pendidikan Terengganu sentiasa meningkat maju,”katanya.Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan ExxonMobil untuk Program Pendidikan dan Kemasyarakatan Negeri Terengganu 2017 itu, disaksikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Hotel Primula Beach, hari ini.Sementara Pengerusi Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Edward Graham berkata, pembangunan dana insan penting untuk memastikan semua sektor industri, perniagaan dan kerajaan mempunyai bekalan bakat-bakat STEM baru yang berkebolehan secara berterusan untuk memenuhi keperluan peredaran masa serta persekitaran semasa yang mencabar.Katanya, Exxonmobil membina hubungan yang rapat dan produktif dengan komuniti diTerengganu sejak empat dekad lalu apabila syarikatnya berusaha untuk meningkatkan manfaat sosio ekonomi dari operasinya menerusi pelaburan strategik dalam komuniti.
30 Jul 17
556
Empty Image
UMT, MARDI Jalin Kerjasama Dalam Aktiviti Penyelidikan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalin kerjasama dua hala dalam mempertingkatkan lagi aktiviti penyelidikan dan perkongsian kepakaran kedua belah pihak.Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, MoU itu memberi peluang untuk UMT dan MARDI terus memperkasakan penyelidikan bersama terutama dari aspek jaminan keselamatan makanan dalam negara serta penghasilan produk inovasi yang boleh dimanfaatkan untuk komuniti. "MoU ini juga akan melibatkan program pertukaran ahli akademik UMT dan kakitangan pengurusan serta profesional di MARDI dalam aktiviti seperti perundingan dan latihan sabatikal yang melibatkan penerbitan bersama penyelidikan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. "Kami berharap MoU ini akan melonjakkan lagi kepakaran universiti dalam bidang marin dan akuatik untuk membantu MARDI dan negara khususnya dalam teknologi terkini yang berkait rapat dengan kemajuan bidang pertanian dan aspek berkaitan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangi MoU itu bersama Ketua Pengarah MARDI, Dato' Dr Sharif Haron sempena Persidangan Pengisyaratan Sel Antarabangsa di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu, Nor Aieni berkata, penganjuran persidangan selama tiga hari bermula semalam itu bertujuan melonjakkan kepentingan bidang pengisyaratan sel yang menjadi tunjang atau fundamental kepada ilmu-ilmu lain yang bersifat aplikasi. Katanya, kertas kerja yang dibentangkan dalam persidangan ini dibahagikan kepada sub-tema seperti pengisyaratan sel dalam aplikasi perubatan, persekitaran, keselamatan makanan dan kajian lain yang berkaitan dengan sains hayat."Ia sangat berkait rapat dengan produk semulajadi, pengawalaturan hormon tumbuhan, biopenanda, modifikasi genetik organisma, biokimia, toksikologi dan farmaseutikal. Menurut Nor Aieni, pengisyaratan sel merupakan sistem komunikasi sel yang melibatkan pengaturan seluruh aktiviti di dalam dan luar sel sebagai tindak balas terhadap sesuatu isyarat kimis tertentu. "Ilmu dan penyelidikan yang berasaskan pengisyaratan sel ini telah terbukti memberi manfaat di dalam pelbagai bidang aplikasi seperti kejuruteraan perubatan, kejuruteraan makanan dan tumbuhan serta toksikologi persekitaran.“Pemahaman ilmu biologi ini telah menjadikan bidang ini satu bidang multi disiplin yang bersifat holistik dan terkehadapan dalam menyelesaikan pelbagai isu termasuk rawatan penyakit berjangkit dan penyakit kronik, menangani masalah ketidakcukupan makanan dari sumber haiwan dan tumbuhan serta untuk kesejahteraan hidup manusia secara keseluruhan,” katanya.
25 Jul 17
85
Empty Image
Projek Kuda Laut, Belangkas Bakal Jana Pendapatan Penduduk Pantai Setiu
Kira-kira 300 penduduk yang tinggal berhampiran pantai di Setiu bakal memperolehi pendapatan agak lumayan apabila Projek Penyelidikan Translasional Universiti malaysia Terengganu (UMT) melibatkan pemeliharaan kuda laut dan projek lestari belangkas mendatangkan hasil tidak lama lagi.Projek perintis melibatkan 20 peserta yang mendapat peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi berjumlah RM6.7 juta termasuk perbelanjaan penyeliaan Hulu Sungai ke muara kawasan terbabit .Menterinya, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, projek di bawah pemantauan UMT bakal meningkatkan sosio ekonomi penduduk di kawasan itu."Terima kasih kepada UMT kerana berjaya mempastikan projek ini bukan hanya satu penyelidikan tetapi ianya boleh memberi manfaat kepada penduduk Setiu."Ianya juga akan menyelamatkan alam sekitar di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di Kampung Gong Batu, Setiu, hari ini.Turut hadir, Naib Canselor UMT, Prof Dato' Nor Aeni Mokhtar dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.Idris berkata, projek itu dinamakan Penyelidikan Translational kerana ia menterjemah penyelidikan  untuk kebaikan rakyat dengan pemeliharaan kuda laut bakal memberi hasil dalam tempoh tiga bulan manakala belangkas pula dalam tempoh setahun.Idris berkata, darah belangkas boleh dijual untuk tujuan perubatan manakala kuda laut pula dijual untuk hiasan."Institusi harus memainkan peranan untuk membantu rakyat dan InsyaAllah, projek ini akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan saya mohon kerajaan negeri atau pejabat daerah melebarkan lagi kawasan ini agar lebih banyak benih-benih kuda laut dan belangkas ini akan terpelihara," katanya."Untuk belangkas peserta mampu menperolehi pendapatan sekitar RM4,000 sebulan manakala untuk belangkas bergantung kepada tangkapan," katanya.
23 Jul 17
158
Empty Image
UMT, UKOM Sepakat Jalinkan Kerjasama Strategik Tingkatkan Sosioekonomi Masyarakat
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepakat untuk meneruskan kerjasama strategik bagi menyebar luas penyelidikan dan program yang dilaksanakan institusi itu supaya memberi manfaat kepada meningkatkan sosioekonomi masyarakat.Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr.Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT bersedia untuk menyampaikan maklumat menerusi medium komunikasi massa dan cetak yang ada di UKOM bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mengubah landskap kehidupan masyarakat ke arah lebih baik dan berkualiti tercapai."Dalam usaha membangunkan sumber manusia yang mahir dan berkualiti, UMT perlu mencari kaedah paling efisien bagi memastikan segala usaha yang dilaksanakan dapat disebarkan kepada masyarakat."Jadi kita boleh menggunakan bukan sahaja perspektif ilmu, malah kemahiran komunikasi dan penggunaan media massa dengan betul juga menjadi nadi utama kepada kejayaan setiap program dan perancangan institusi ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pegawai UKOM yang diketuai Pengarahnya, Dato’ Muda Mamat.Hadir sama, Timbalan Pengarah UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir, penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Jaringan Industri) UMT, Profesor Dr Fauziah Abu Hasan dan Pengarah Penerbit UMT, Dato’ Profesor Madya Dr. Noraien Mansor.Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan inisiatif bagi memperkasakan sektor perniagaan industri kecil dan sedehana khususnya yang melibatkan maritim di negeri ini.Dalam pada itu, Muda juga berkongsi sejarah awa bagi memacu pembangunan UMT yang bermula 1979 yang sebelum ini dikenali sebagai Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), turut melibatkan perjuangan beliau ketika berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama kepimpinan ketika itu dengan diketuai mantan Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad
12 Jul 17
497
Empty Image
Sambutan Aidilfitri Permata Bersama MB 15 Julai Ini
Mahasiswa anak Terengganu (Permata) dijemput untuk menyertai Sambutan Aidilfitri PERMATA bersama MB (Menteri Besar) Terengganu di kediaman Seri Iman Kuala Terengganu pada 15 Julai (Sabtu) jam 8 malam.Yang Dipertua Permata, Kamaruzaman Jusoh berharap mahasiswa dapat menyertai majlis ini serta bersama-sama memeriahkan suasana untuk berkumpul dan merapatkan tali persaudaraan sesama mereka.Katanya, Permata menjangkakan majlis itu akan dihadiri 1,200 mahasiswa dan tetamu jemputan.“Kami amat berharap agar mahasiswa dapat memeriahkan majlis sambutan yang julung kali diadakan ini sebagai tanda terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan pelbagai kemudahan termasuk menaja bas percuma setiap tahun kepada Mahasiswa Permata bagi meraikan sambutan aidilfitri bersama keluarga di kampung,” katanya.Program ini merupakan majlis pertama kali diadakan bagi meraikan mahasiswa yang masih dalam 'mood' beraya di kampung.Oleh yang demikian, kepada mahasiswa yang berminat boleh mendaftarkan butiran diri kepada wakil Permata universiti masing-masing sebelum 8 Julai ini.
04 Jul 17
197
Empty Image
UMT Hargai Media Sempena Kedatangan Syawal
Dato' Muda Mamat (dua dari kiri ) bergambar bersama Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Nor Aieni Mokhtar sempena kunjungan ke UKOM, hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) meneruskan tradisi setiap tahun mengunjungi Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, hari ini sebagai menghargai kumpulan pengamal media yang banyak membantu mempromosikan institusi itu, bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.Selain UKOM, institusi pendidikan ulung di negara ini juga turut mengunjungi media lain, termasuk agensi di bawah Media Prima, Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia dan Bernama.Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, menerusi pendekatan strategik itu, secara tidak langsung boleh merapatkan hubungan antara UMT dengan pengamal media yang berupaya menaikkan imej kedua-dua pihak dan mencapai misi penubuhan masing-masing."UMT sangat menghargai peranan media dan banyak manfaat yang kita perolehi daripada hubungan baik dan sedia terjalin ini. Oleh sebab itulah kita mengambil kesempatan pada bulan Syawal yang bakal menjelang ini untuk bertemu mata dan menyampaikan sedikit cenderahati sebagai penghargaan kami kepada media,"katanya.Sementara itu, Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat, berkata pihaknya berbesar hati menerima kedatangan pengurusan  UMT yang diketuai Nor Aieni sendiri kerana sudi meluangkan masa walaupun sentiasa sibuk dengan tugasan rasmi jabatan."Saya berharap hubungan baik yang terjalin sejak dahulu lagi dikekalkan bukan sahaja bersama UKOM malah media cetak dan alternatif yang lain dalam menyalurkan berita yang memberi faedah kepada semua pihak, masyarakat dan juga negeri khasnya,"katanya.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir.
20 Jun 17
249
Empty Image
Terengganu Sedia Bas Percuma Mahasiswa Balik Raya
Kerajaan negeri melalui Persatuan Permata Anak Terengganu (Permata) meneruskan tradisi menyediakan bas pulang beraya ke Terengganu secara percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi pada 23 Jun ini (Jumaat).Yang DiPertua Permata, Mohd Kamaruzaman Jusoh berkata, sebanyak lapan bas yang disediakan untuk membawa anak-anak Terengganu pulang beraya ke kampung halaman masing-masing menerusi beberapa zon.“Kami berbesar hati untuk membantu para pelajar untuk pulang ke kampung halaman dan meringankan beban pelajar untuk membeli tiket.''Walaubagaimanapun, sambutan tahun ini tidak begitu menggalakkan berbanding dengan tahun-tahun yang lepas kerana ramai pelajar yang pulang beraya lebih awal ke kampung halaman,"ujarnya.Beliau berkata, tempat berkumpul bagi mahasiswa yang belajar di zon utara Penang, Kedah dan Perlis adalah di Stesen Bas Sintok, Kedah. Bagi zon selatan, Johor dan Malaka, perlu berkumpul di Skudai Johor.“Manakala, zon tengah 1, Kuala Lumpur & Selangor di Jalan Chowkit dan zon tengah 2, Negeri Sembilan, PJ, Dengkil dan Sepang pula mereka perlu berkumpul di Seremban 3, Negeri Sembilan,” ujarnya.Katanya, bagi Zon Selatan dan Zon Utara, waktu bertolak dari kawasan masing-masing ialah pada pukul 5 petang. Manakala bagi Zon Tengah 1 & 2 akan bertolak pada pukul 9 malam. Ini kerana, Permata ingin memastikan semua bas akan tiba pada pukul 5 pagi dan mereka akan bersahur bersama di bangunan Yayasan Terengganu.
18 Jun 17
128
Empty Image
Ganjaran Buat 446 Pelajar Cemerlang
Ahmad Razif bergambar kenangan bersama pemenang anugerah pelbagai kategori. Foto Harish Fadzillah Kasim Terengganu membelanjakan lebih RM232,000 sebagai menghargai 446 pelajar di negeri ini yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum tahun lalu. Daripada jumlah itu, seramai 367 pelajar yang memperoleh cemerlang dalam SPM,  59 pelajar STPM dan 17 cemerlang dalam peperiksaan STAM. Mereka yang tersenarai menerima insentif wang tunai beserta hadiah.Manakala dua penerima iaitu, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz YT Kemaman dan Najmuddin Mohd Razif (SM Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq) dianugerahkan Pingat Emas Yayasan Terengganu.Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM5,000, seunit komputer riba, sepersalinan kot, pingat dan sijil penghargaan.Bagi kategori anugerah khas pula diperoleh pelajar Orang Kelainan Upaya, Nursyuhada Alias dari SMK Bukit Besar. memperoleh wang insentif sebanyak RM2,000.Anugerah itu disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu dan Apresiasi Kecemerlangan SPM, STPM, STAM dan Guru-Guru Akram Tahun 2016 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Najmuddin yang memperoleh 11A (10+, 1A) berkata, anugerah yang diterima itu menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan ke peringkat lebih tinggi.“Saya sedang menunggu keputusan Unit Pusat Universiti (UPU), besar harapannya untuk menyambung pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan bercita-cita mahu menjadi  pakar perubatan,”kata anak kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) Unit Komunikasi Negeri, Mohd Razif Ab Majid.
14 May 17
223
Empty Image
Penjawat Awam Disaran Solat Dhuha
Kerajaan negeri meminta ketua jabatan kerajaan membenarkan kakitangannya menunaikan Solat Dhuha, khususnya pada bulan Ramadan nanti.Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kakitangan Wisma Darul Iman sudah lama melaksanakannya dan tempoh yang dibenarkan adalah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.Menurutnya, dalam tempoh yang dibenarkan itu, kakitangan kerajaan dibenarkan untuk solat Dhuha dan mengaji di surau yang disediakan.“Kebiasaannya  Solat Dhuha  mengambil  masa 10 minit sahaja, jadi ia tiada masalah kerana bukannya ambil masa yang lama“Perkara sunat ini sudah lama diamalkan penjawat awam di Wisma Darul Iman dan saya menyarankan agar jabatan-jabatan lain melakukan perkara sama,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu dan Apresiasi Kecemerlangan SPM, STPM, STAM dan Guru-Guru Akram Tahun 2016 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari iniHadir sama, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Menurutnya, oleh itu, penjawat awam sewajarnya mengambil peluang ini untuk bersama-sama mendapat keberkatan dan syafaat dhuha.   “Jangan ada yang ambil kesempatan kerana masa yang diberikan adalah terhad iaitu 10 minit sahaja. Selain itu, jika ada jabatan yang ingin melaksanakannya, mereka mestilah menyediakan tempat yang bersesuaian.“Jangan nanti ada yang ambil kesempatan dan kata kena pergi masjid, makan masa sehingga sejam. Ini tak boleh, apa yang saya maksudkannya adalah memberi galakan tetapi ia bukannya kemestian,” katanya.
14 May 17
114
Empty Image
60 Murid PPKI Berkhemah
Seramai 60 murid dari 12 sekolah Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Daerah Setiu menyertai program perkhemahan selama tiga hari bertempat di Pusat Latihan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Putera Jaya, Setiu yang berakhir Sabtu lalu.Program itu bertujuan untuk mendedahkan murid istimewa dengan aktiviti luar yang mencabar bagi memupuk semangat kerjasama dan membentuk sahsiah diri di kalangan mereka.Selain itu ianya juga akan memberi pengalaman baru kepada peserta supaya mereka dapat melalui pengalaman yang sama dengan murid aliran perdana.Pengerusi Latihan Pengakap Setiu, Shansuddin Ahmad berkata, antara aktiviti yang diadakan ialah kawad, pertolongan cemas, ikhtiar hidup, 'blind train' dan orienteering."Alhamdulillah murid-murid ini dapat melakukan semua aktiviti dengan baik melalui tunjuk ajar urusetia perkhemahan."Setiap aktiviti yang diadakan mempunyai tujuan tertentu untuk kepentingan peserta dan diharapkan mereka memperolehi banyak ilmu dan pengalaman baru menyertai program ini," katanya.Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Penolong Pegawai PPD Setiu (Pengurusan Pembangunan Kemanusia), Mohamad Noor Ahmad mewakili Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu, Kipayatuallah Mohd Said.
09 May 17
236