Artikel "Pendidikan" Terkini
Pameran Petrosains DinoTrek 2 Dilanjutkan Sehingga 30 Mac
Pameran Petrosains DinoTrek 2 di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Kampung Laut, Kuala Terengganu, dilanjutkan sehingga 30 Mac depan bagi memberi peluang kepada orang ramai terus menyaksikan pelbagai replika spesies raksasa prasejarah dan dinosaur secara dekat.Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Prof Madya Dr Wan Nor Liza Mahadi, berkata pameran yang pastinya menjadi tarikan utama pengunjung ke PSKT itu sepatutnya berakhir pada 31 Oktober tahun, dilanjutkan di atas permintaan orang ramai, terutama pihak sekolah.Katanya, PSKT bersetuju melanjutkan untuk tempoh lima bulan lagi sebelum berakhir 30 Mac ini. Selepas tarikh itu, pihaknya akan mengantikan pameran bermusim lain berasaskan sains dan teknologi.“Mengambil pendekatan sama, iaitu mengadakan kolaborasi dengan mana-mana syarikat ternama atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti.“Pendekatan itu bukan sahaja mampu menjimatkan kos malah boleh menarik minat ribuan pengunjung, terutama pada musim cuti sekolah,”katanya kepada teganukita.Wan Nor Liza turut memberitahu, berdasarkan rekod, lebih 120,000 pengunjung dicatatkan telah mengunjung pameran itu sejak dibuka pada April tahun lalu sehingga akhir Januari baru-baru ini. “Sambutan sangat menggalakkan terutama pada musim cuti persekolahan November lalu dengan catatan kira-kira 25,000 pengunjung,”katanya.Pameran dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Ahad hingga Rabu dan dari pukul 9 pagi hingga 4 petang (Khamis hingga Sabtu).Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak atau remaja berusia 5 hingga 17 tahun, RM4 untuk setiap peserta rombongan sekolah dan RM20 untuk pakej keluarga (dua dewasa dan dua kanak-kanak).Oleh: Umi Amirah Mohd Puzi dan Naufal Ab Manan (pelajar praktikal MSU)
15 Feb 17
728
PSKT Sasar Terima 200 Ribu Pengunjung Tahun Ini
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) menyasarkan lebih 200,000 masyarakat, terutama pelajar dan golongan belia mengunjungi pusat sains terbesar di Malaysia itu sepanjang tahun ini berbanding kira-kira 120,000 pengunjung tahun lalu.Ketua Pegawai Eksekutif, Prof Madya Dr Wan Nor Liza Mahadi berkata, sasaran itu dilihat wajar kerana sejak dibuka pada April tahun lalu, PSKT mampu mencatatkan jumlah pengunjung yang agak membanggakan.Katanya, pelbagai aktiviti dirancang untuk menarik minat orang ramai, termasuk menyediakan ruang Scientist Junior, Science Is Awesome, Spark Your Reativit, Stemec dan pameran berasaskan sains dan teknologi.“Pendorong terbesar kedatangan pengunjung ke PSKT, dengan adanya Pameran Dinotrek2 yang dianjurkan selama enam bulan bermula awal pembukaan pusat ini sebelum dilanjutkan sehingga akhir Mac nanti.“Kesinambungan daripada Dinotrek2 itu, PSKT bersetuju merancang pelbagai aktiviti dan pameran bermusim lain yang akan bekerjasama melalui universiti dan syarikat korporat ternama lain,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kunjung Hormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan Negeri, A Latif Awang Ke PSKT, Kampung Laut Chendering, semalam.Sementara itu, A Latif memberitahu, dia berharap PSKT bijak merancang pelbagai aktiviti dan program menarik sekiranya mahu pusat itu terus dikenali di mata masyarakat di negara ini.“Kerajaan mencadangkan agar PSKT turut mengadakan program kolaborasi bersama syarikat terkemuka di negara ini, seperti yang dilaksanakan bersama Petrosains menganjurkan Pameran Dinotrek2 yang masih berjalan sehingga Mac ini,”katanya.
14 Feb 17
800
Syarikat Swasta Sumbang RM200 Ribu Pembangunan Sekolah Orang Asli Sungai Berua
Kementerian Pendidikan Malaysia menerima RM200,000 sumbangan sebuah syarikat swasta melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT) untuk pembangunan sekolah perkampungan orang asli di Sungai Berua, Hulu Terengganu.Syarikat T7 Global Berhad yang beroperasi di Kemaman,Terengganu bersetuju menyumbang bajet bagi pembinaan satu blok bangunan dilengkapi empat bilik darjah dan dua bilik air di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua.Pegawai Pendidikan Daerah,Jalaluddin Ismail berkata, bangunan baru tersebut dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac ini akan menyelesaikan dua isu utama di sekolah tersebut."Isu pertama, mengenai bilik guru yang selama ini beroperasi di bangunan kantin tanpa dinding kerana pihak sekolah terpaksa mengorbankan ruang bilik guru sebelum ini untuk dijadikan bilik aktiviti murid,"Selain itu kita juga akan selesaikan masalah penggabungan kelas..maksudnya selama ini dalam satu kelas ada dua kumpulan murid yang dipisahkan dengan penghadang...jadi apabila siap bangunan ni, masalah tidak lagi timbul,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan di SK Sungai Berua, hari ini.Sementara itu, guru besar sekolah itu, Mohd Noor Zakaria berkata, beliau bersyukur dengan sumbangan bangunan itu demi pembangunan pendidikan dan kebajikan anak-anak orang asli di sekolahnya."Kita ada 88 orang pelajar dan 20 guru serta kakitangan dekat SK Sungai Berua dengan kapasiti dua blok bangunan sahaja yang ada,"Sudah dua tahun kita menggunakan ruang terbuka di kantin sebagai bilik guru...bayangkan kalau hujan ribut..memang susah kami bekerja tapi demi murid di sini,kami teruskan perjuangan mendidik."Tapi apabila siap bangunan baru nanti, para guru akan lebih selesa di samping banyak masalah sebelum ni akan diselesaikan termasuk keperluan kelas untuk makmal, bilik khas,perpustakaan dan sebagainya yang perlu ada di sekolah," katanya lagi.
12 Feb 17
786
Pejabat Sekretariat Permata Zon Utara Dilancar
Ahmad Razif menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran Pejabat Sekretariat Permata Zon Utara, di Universiti Utara Malaysia di Sintok Kedah. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMenteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman semalam (11 Februari) melancarkan pembukaan Pejabat Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Zon Utara, bertempat di Taman Universiti, UUM Sintok, Kedah.Inisiatif itu bagi meningkatkan kemudahan dan kebajikan mahasiswa anak Terengganu di sekitar yang sedang menimba ilmu di beberapa intitusi pengajian tinggi awam di utara tanah air, khususnya Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.Ketika berucap melancarkan sekretariat berkenaan, Ahmad Razif berkata, pejabat itu bolehlah dijadikan 'one stop centre' untuk menawarkan perkhidmatan tertentu kepada anak Terengganu yang berada di utara tanah air."Kita lakukan transformasi dalam semua perkara, termasuk pentadbiran. Kita bukan sekadar memberi perkhidmatan tetapi menawarkan perkhidmatan," katanya.Majlis itu dihadiri lebih 1,000 pelajar anak Terengganu.Hadir sama, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Dato' Muhammad Pehimi Yusof (bapa angkat persatuan mahasiswa Terengganu UUM), Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong, pegawai kerajaan berkaitan dan pegawai pentadbiran universiti terlibat.Menteri Besar meminta supaya agensi agensi kerajaan menawarkan perkhidmatan tertentu secara berjadual bulanan di pejabat sekretariat itu seperti Yayasan Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga, Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan dan lain-lain seperti yang telah diwujudkan di Pejabat Sekretariat Anak Terengganu Lembah Kelang."Para pelajar perlu bersyukur kerana hari ini telah banyak kemudahan dan peningkatan taraf hidup berbanding masa lalu, semuanya itu hasil perjuangan dari para pemimpin negara dan negeri, " katanya.Apa yang penting tambahnya, hadapilah apa jua cabaran dengan tabah dan yakin kerana ujian ujian yang sentiasa wujud dalam negara dan di peringkat antarabangsa adalah sebagai sebahagian dari perjuangan yang perlu ditangani bersama selaras.dengan ajaran agama dan keyakinan kita kepada pertolongan Allah.
11 Feb 17
301
Tabung Wakaf Pendidikan UniSZA Buka Sumbangan Orang Ramai
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengalu-alukan orang ramai terutama golongan korporat menyalurkan sumbangan ke Tabung Wakaf Pendidikan universiti yang mula diperkenalkan sejak Ogos tahun lalu.Naib Canselornya, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, perolehan sumbangan terkumpul sehingga Disember lalu berjumlah RM3.4 juta dan hasil itu akan dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan yang memberi faedah kepada pelajar dan juga masyarakat sekitar. Katanya, antaranya pembinaan Bangunan Pengajian Islam, Rumah Rehat UniSZA, pembelian buku perpustakaan dan juga peralatan perubatan UniSZA selain kegunaan lain yang diperlukan di universiti berkenaan.“Sehingga kini pelbagai pihak korporat yang tampil menjadi penyumbang termasuk Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Terengganu Inc, Building Societ Berhad dan DSE Construction Sdn Bhd.“Hasil sumbangan bukan sahaja boleh dimanfaat pelajar dan penduduk setempat malah menjamin saham akhirat iaitu pahala yang berterusan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jawatankuasa dan Tabung Wakaf UniSZA, Kuala Nerus, baru-baru ini.UniSZA menjadi pusat pengajian tinggi pertama di pantai timur mewujudkan Tabung Wakaf UniSZA dalam usaha memberi kemudahan kepada orang awam dan syarikat korporat temasuk industri menyalurkan dana.Tabung Wakaf UniSZA yang mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) akan dilancarkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Mei ini.
11 Feb 17
104
ECERDC, UniSZA Jalin Kerjasama Laksana Program Latihan Akademik
Sembilan Orang Guru Besar Dan Pengetua Sekolah Yang Terpilih Dalam Program Empower Ecer Bersama UniSZA Bergambar Bersama Dato' Othman Daud,Profesor Dato' Dr.Ahmad Zubaidi A.Latif(Naib Canselor UniSZA) dan Razlee Hassan(Pengurus Pejabat Wilayah Negeri Terengganu ECERDC)Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal memberi nafas baru kepada sembilan sekolah di daerah Hulu Terengganu dalam konsep pendidikan.Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tapu, SMK Kuala Jenderis, SMK Bukit Diman, Sekolah Kebangsaan (SK) Getang, SK Padang Setengge, SK Tengkawang, SK Sungai Buluh, SK Ajil dan SK Bukit Diman.Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi A.Latif berkata ECERDC dengan kerjasama UniSZA telah dan sedang melaksanakan Program Latihan Akademik untuk 300 orang pelajar baru dari sembilan sekolah berkenaan."Objektif program ini adalah untuk membina jati diri pelajar dan menyemarakkan motivasi mereka sebelum menduduki peperiksaan awam."Ini merupakan satu pengiktirafan kepada UniSZA kerana masih diberi peluang sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kepada Program empower ECER di Terengganu sejak 2016," kata Ahmad Zubaidi.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Karnival Majlis Penutup "Move The H.E.A.R.T" empower ECER Latihan Akademik Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, hari ini.Perasmian penutup disempurnakan Penasihat Dewan Perniagaan Melayu Selangor merangkap mantan Adun Ajil, Dato' Othman Daud mewakili Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Jailani Johari.Turut hadir Pengurus Pejabat Negeri Terengganu ECERDC, Razlee Hassan.Seramai 650 orang hadir dalam majlis tersebut yang terdiri daripada pelajar empower ECER, ibu bapa, guru besar dan pengetua dan rakan strategik dari agensi-agensi kerajaan.Kata Ahmad Zubaidi, rentetan kejayaan 2016, satu mesyuarat perlaksanaan bersama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu(JPNT), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan ECER bagi merangka dan berbincang tentang perlaksanaan program yang akan dibuat."Kita juga rancang penglibatan 30 jam daripada fakulti-fakulti di UniSZA yang dinamakan Program 'Oh My Learning" dengan kaedah 'Fun Learning' bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diambil."Dan juga kita meneruskan tiga konsep UniSZA yang telah dilaksanakan sejak 2016 kerana keberkesanannya apabila mendapat peningkatan positif dalam peperiksaan awam."katanya.Menurut beliau, tiga konsep yang telah dilaksanakan itu bermula dengan program ubah minda iaitu 'Move TheH.E.A.R.T),kelas tambahan dan memberi peluang kepada pelajar dan para merasai suasana pembelajaran di UniSZA."Ini juga kita buat di tiga daerah lain iaitu Kemaman, Dungun dan Marang. Perlaksanaannya juga menunjukkan peningkatan yang baik terutama di luar bandar."Contohnya dalam Pentaksiran Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) pada 2016, kita punyai seorang pelajar yang mendapat 6A dan seramai 30 pelajar dari keempat- empat daerah yang perolehi 3A dan ke atas."Ini satu keputusan yang membanggakan kerana mereka merupakan pelajar pertama yang menduduki peperiksaan menggunakan Kaedah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), "katanya.Untuk rekod,seramai 1,259 pelajar yang terdiri daripada 480 pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR),360 pelajar(PT3) ,360 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan 59 pelajar orang asli telah terpilih untuk menyertai program empower ECER Latihan Akademik di bawah kendalian UniSZA di Terengganu pada tahun 2017.Adik Nur Ashikin Wan Alias (Berdiri Yang Ketiga Dari Kiri) Selepas Menerima Anugerah Pelajar CemerlangSementara itu, pelajar cemerlang PT3, Nur Ashikin Wan Alias yang berjaya mendapat keputusan 10A baru-baru ini berkata beliau lebih berani bertanya apa yang tidak difahami kepada guru ketika dalam kelas setiap kali belajar."Kalau dulu tiada keberanian tapi lepas ikuti pembelajaran dibawah ECER dengan UniSZA, saya lebih bersemangat. Cikgu yang ada pula mengajar dengan cara yang lebih berkesan..mudah nak faham,"Sebelum saya ikut kelas tambahan ni,keputusan saya memang teruk..cuma mampu 6B 1C 1E tapi dengan galakan yang diberikan dan pelbagai motivasi yang dilaksanakan....inilah yang dapat sekarang,satu keputusan luar jangkaan saya dan keluarga."kata Nur Ashikin.Kini beliau berjaya meneruskan persekolahannya ke Sekolah Sains Kuala Terengganu (Berasrama Penuh) daripada SMK Bukit Diman."Saya ucapkan terima kasih kepada ECER dan UniSZA kerana mengubah kehidupan dan masa depan saya..tanpa mereka tak mungkin saya kecapi semua ini..harap lebih ramai pelajar sekolah yang kurang berkemampuan akan sertai program ini kerana disini lah masa depan akan berubah..dari kegagalan kepada kejayaan,"katanya lagi.
10 Feb 17
265
UniSZA Perkenal Tabung Wakaf Pendidikan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi universiti pertama di pantai timur mewujudkan Tabung Wakaf UniSZA dalam usaha memberi kemudahan kepada orang awam dan syarikat koporat temasuk industri menyalurkan dana.Tabung wakaf UniSZA yang mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) itu dijalankan sejak 1 Ogos 2016 kini mempunyai dana terkumpul sebanyak RM3.46 juta .Naib Canselornya, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, Tabung Wakaf UniSZA itu dilancarkan sebagai saluran utama kepada masyarakat untuk menyalurkan derma melalui konsep wakaf. "Pemberian dana atau sumbangan itu akan dikumpulkan sebelum dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan umum di UniSZA sekaligus menjamin saham akhirat iaitu pahala yang berterusan kepada penyumbang. "Wang yang diperolehi melalui Tabung Wakaf UniSZA itu akan digunakan untuk pembinaan Bangunan Pengajian Islam, Rumah Rehat UniSZA atau pembelian peralatan perubatan UniSZA selain kegunaan lain yang diperlukan di universiti berkenaan."Manfaat yang diperolehi daripada aset yang dibina itu akan digunakan secara berterusan untuk kebaikan dan manfaat bersama," katanya kepada pemberita Pada Majlis Pelancaran Jawatankuasa dan Tabung Wakaf UniSZA, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua MAIDAM Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.Ahmad Zubaidi berkata, Dana Wakaf UniSZA itu akan diuruskan Pejabat Wakaf dan Infaq (WAQIAH) UniSZA dan dipantau Jawatankuasa Wakaf UniSZA yang berada dibawah MAIDAM."Kami akan menyediakan pelbagai kemudahan dan saluran kepada orang ramai untuk membuat wakaf tunai."Dua bank sudah bersetuju untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang berminat membuat pemotongan secara auto debit pada setiap bulan. "Tabung-tabung juga akan diedarkan di masjid dengan harapan ia mendorong orang ramai untuk membuat wakaf tunai itu," katanya.Menurutnya, selain pembabitan masyarakat, syarikat koporat dan industri di negeri ini juga disasarkan untuk menjayakan program itu."Sehingga kini pelbagai pihak koporat yang tampil menjadi penyumbang termasuk Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Terengganu Inc, Building Societ Berhad dan DSE Construction Sdn Bhd," katanya.
09 Feb 17
107
Sahut Potensi Jadi Pusat Pembelajaran Bahasa Asing
Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu(Sahut) berpotensi sebagai pusat pembelajaran bahasa asing utama di Hulu Terengganu.Pengetuanya, Nor Hayati Yusoff berkata, Sahut mempunyai satu keistimewaan apabila diberi peluang untuk mengenengahkan bahasa antarabangsa seperti bahasa Perancis, Jepun dan Arab."Ini yang nak kita kembangkan kepada dunia luar bahawa Sahut ini adalah segalanya..bukan sahaja dalam sekolah tapi boleh ke peringkat antarabangsa."Bahasa Jepun kita sudah terokai jauh dengan banyak kejayaan para pelajar yang terlibat saban tahun dan kita guna pakai ketiga-tiga bahasa dengan cara menguasainya,"kata.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Lawatan Kedutaan Perancis ke Sahut.Nor Hayati berkata, pihaknya ingin menjadikan pelajarnya sebagai bintang yang punyai sahsiah tinggi dan jati diri dalam menguasai bahasa asing ini."Kalau Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sokong....sebenarnya pelajar ada peluang lebih baik untuk belajar bahasa asing yang baru seperti Korea dan Mandarin supaya SAHUT boleh bersaing di persada yang lebih tinggi,"katanya lagi.Sementara itu, Ketua Bahagian Pendidikan daripada Kedutaan Perancis di Malaysia, Nicolas Gouletquer berkata, satu keutamaan di kedutaan Perancis adalah mempromosikan Bahasa mereka di Malaysia dalam usaha membina jambatan penghubung antara dua negara.Katanya juga, pelbagai latihan ditawarkan untuk guru bahasa Perancis di sekolah menengah awam dengan tawaran biasiswa dan mengikuti pengajian selama tiga tahun di Perancis sebelum dapat mengajar di Malaysia."Kami juga menganjurkan pelbagai pertandingan beserta hadiah untuk semua sekolah yang terlibat disamping membolehkan pelajar meneroka segalanya tentang Perancis dan bukan sekadar bahasa."Bahasa Perancis adalah bahasa global yang dituturkan di segenap benua dan itulah yang pihak kami cuba sampaikan melalui pertandingan yang diadakan."kata Nicholas.Beliau berkata, Mac 2017 merupakan bulan Bahasa Perancis dan pihaknya bersama 15 lagi kedutaan serta Suruhanjaya Tinggi di Malaysia termasuk Kanada, Mesir, Switzerland dan Morocco akan menganjurkan program berkaitan Bahasa Perancis dan akan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menunjukkan kemahiran tinggi dan baik dalam penguasaan bahasa."Ini termasuklah latihan lanjutan kepada guru Bahasa Perancis di Malaysia untuk mengekalkan tahap kecekapan dan kemahiran tinggi dalam bahasa ini...termasuklah datang berjumpa pelajar seperti hari ini bagi meningkatkan keyakinan mereka untuk bertutur melalui interaksi yang dijalankan."Kita juga ada biasiswa untuk mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Contohnya kita ada Malaysia France Uni Centre (MFUC)di Kuala Lumpur untuk yang merancang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kita juga ada Malaysian France Institute (MFI) di Kuala Lumpur untuk kursus kejuruteraan dan sains politik,"ujarnya lagi.Seorang pelajar yang ditemui Nur Izyan Batrisyia Mat Zaki,17, berkata, minatnya untuk belajar Bahasa Perancis timbul ketika minggu suaikenal sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Sains Labuan dalam satu persembahan."Sejak melihat persembahan itu,saya mula jatuh hati dan mengambil keputusan untuk mempelajarinya dan tetap mengikutinya walaupun telah bertukar ke Sahut."Pada mulanya agak payah sedikit untuk mempelajarinya dan saya terpaksa menguasai vokal terlebih dahulu untuk betulkan sebutan....dalam masa enam bulan saya dah mula mahir menulis dan membaca dengan bantuan guru,"katanya.Nur Izyan yang bercita-cita untuk menjadi guru Bahasa Perancis menyimpan azam untuk melanjutkan pelajaran dan menetap di negara itu apabila tamat pengajiannya nanti.
06 Feb 17
439