Artikel "Pendidikan" Terkini
SPM 2016: Jaga Hubungan Dengan Allah, Petua 11 A+
Husna bersama ibu bapa melihat keputusan peperiksaan SPM 2016 yang diumumkan hari ini. Foto Zulkifli PutraMenjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia menjadi resipi utama Husna Mardiyyah Mohd Fauzi untuk berjaya memperoleh keputusan cemerlang 11 A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumumkan hari ini.Meskipun mengakui belajar bersungguh-sungguh perlu bagi mencapai kejayaan, anak kedua daripada lima beradik itu berkata, apa yang lebih penting adalah mendekati dan melakukan ibadat kepada Allah secara berterusan kerana semuanya adalah kuasa Yang Maha Esa."Saya belajar seperti pelajar lain juga dengan mengikuti kelas tambahan dan juga mengulang kaji seperti biasa. Tidak ada kaedah lain tetapi saya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah kerana saya yakin Allah akan memberi balasan baik kepada hambaNya."Selain itu, saya juga sentiasa menghormati dan berbuat baik dengan semua orang, terutama kepada ibu bapa, guru dan kawan-kawan, “ katanya ketika ditemui di Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan Peperiksaan SPM 2016 di Pejabat Pendidikan Negeri Terengganu, hari ini.Husna yang mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bercita-cita menjadi pensyarah mendapat semua A + dalam mata pelajaran yang diambil.Matapelajaran itu adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah dan Islamiah dan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.Sementara itu, pelajar cemerlang bagi kategori Calon Berkeperluan Khas Nur Syuhada Alias dari SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu berkata kekurangan fizikal pada dirinya menjadi kekuatan untuk dia mencapai kecemerlangan.Syuhada anak kepada kerani swasta, Alias Salleh, 55 dan dan ibunya, Normah Mod Ali, 49, surirumah itu mengalami kecacatan penglihatan sejak lahir berjaya memperoleh keputusan 4 (A) 1(A-) 1(B+) 1(C) 1(E).Katanya, walaupun menghadapi kesukaran di mana perlu mendapat bantuan guru, kawan-kawan dan ibu bapa setiap kali belajar serta mahu mengulangkaji pelajaran, halangan itu tidak mendatangkan masalah.“Sebaliknnya saya menanam keyakinan pada diri, hanya mahu berjaya seperti rakan normal lain,”katanya..
16 Mar 17
250
SPM 2016: Terengganu Kekal Cemerlang
Shafruddin menyampaikan sijil Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2016 kepada Husna selepas mengumumkan keputusan SPM di JPNT Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkifli Putra Pencapaian Gred Purata Keseluruhan (GPK) Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 meningkat kepada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015.Pencapaian keseluruhan itu melepasi GPK kebangsaan yang menetapkan sekurang-kurangnya 5.10 GPK.Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran turut bertambah kepada 10,345 orang dengan empat buah sekolah mencapai 100 peratus lulus semua mata pelajaran.Katanya, dua calon SPM negeri ini iaitu Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman yang mendapat 11A+ dan Lam Sin Gee, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (9A+) dipilih sebagai pelajar cemerlang.“Manakala pelajar cemerlang bagi kategori Calon Berkeperluan Khas pula dianugerahkan kepada pelajar SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu, Nur Syuhada Alias.“Syuhada berjaya memperoleh 4 (A) 1(A-) 1(B+) 1(C) 1(E) walaupun mengalami cacat penglihatan sejak kecil,”katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Shafruddin, kategori sekolah cemerlang diperoleh SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dengan pencapaian gred purata sekolah (GPS) 1.42 dan SM Sains Kuala Terengganu dengan GPS 2.14.“Pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran pula, 30 daripada 55 mata pelajaran mencatatkan peningkatan.“Daripada 20,517 calon yang mendaftarkan diri untuk SPM 2016, hanya 19,968 calon menduduki peperiksaan itu, ketidakhadiran mereka di atas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan, termasuk kematian dan kemalangan,”katanya.
15 Mar 17
1123
Kecekalan Anak Kecil Wajar Dicontohi - A. Latiff
Kecekalan murid Tahun Enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang, Mohd Faizal Hafis Adnan sehingga mampu meraih kejayaan dalam Kejohanan Merentas Desa Bawah 12 Tahun Peringkat Kebangsaan sepatutnya menjadi contoh dan model kepada rakan sebayanya.Faizal yang hanya berbadan kecil berasal dari Kampung Pantai Tukang Perahu di Seberang Marang, menarik perhatian ramai dan kisahnya tular apabila meraih kemenangan dengan cara yang luar biasa, akibat sanggup merangkak hingga ke garisan penamat selepas terjatuh di kejohanan berlangsung di Taman Botani Negara, Shah Alam, kelmarin.Situasi itu menyentuh hati rakyat Malaysia dan turut mendapat tweet daripada Menteri Pendidikan, Dato' Mahdzir Khalid.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, ketabahan serta semangatnya sangat mengujakan dan wajar dipuji, malah sikap itu perlu dipupuk pada semua anak muda."Saya terpanggil untuk menemui anak kecil yang cekal dan patut menjadi teladan semua rakan sebaya ini."Berani, tabah dan bersemangat demi memenuhi impian walaupun berdepan kepayahan. Saya kagum dan berbangga,"katanya kepada Teganukita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Balapan & Padang Majlis Sukan-Sukan Daerah Marang kali ke 26/ 2017 di SMK Seberang Marang / SK Bukit Gasing, hari ini.A.Latiff juga menyerahkan sumbangan barangan sukan, plak dan sijil penghargaan kepada Faizal untuk menghargai semangat dan daya usaha pelajar itu.Faizal pada mulanya hanya murid yang sederhana dan berada di kelas terakhir di Tahun Tiga sebelum memasuki kelas terbaik pada tahun lalu dan meneruskan kejayaan tahun ini, selain menjadi pelajar harapan yang disasarkan memperolehi 6 A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 nanti.Bakatnya di bidang sukan pula dicungkil dalam acara merentas desa selepas muncul tempat ke-4 di peringkat negeri tahun lalu.Kemudian dia terpilih mengikuti latihan dalam pasukan Merentas Desa Negeri Terengganu.Sebelum itu, Faizal juga muncul naib johan merentas desa peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan dan melakar kejayaan di luar jangkaan ramai.Selepas berjaya memenangi pingat perak tersebut, Faizal konsisten berlatih di tepi pantai setiap hari demi mencapai pingat emas.
13 Mar 17
525
Terengganu Belanja RM29.9 Juta Taja Pelajar Ke Universiti Luar Negara
Ahmad Razif bersama lima pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Jerman, pada pertengahan bulan ini. Foto oleh Zulkifli PutraKerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan lebih RM29.9 juta bagi menaja seramai 468 anak Terengganu menyambung pelajaran ke universiti luar negara bagi sesi pengajian 2016/2017. Daripada jumlah itu, lima pelajar akan ditaja melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Jerman, pada pertengahan bulan ini, membabitkan peruntukan RM182,000.Lima pelajar berkenaan Ahmad Azharul Azri Amri; Ahmad Nizam Najmi Abd Wahab; Amerul Atiq Yahaya; Abdul Latif Sa'id dan Mahirah Hanim Abdul Rahim masing-masing menerima wang pendahuluan berjumlah RM36,411.95.Ahmad Azharul Azri dan Mahirah Hanim akan melanjutkan pengajian di Universiti Sprachzentral Leipzig; manakala Ahmad Nizam Najmi, Amerul Atiq dan Abdul Latif masing-masing di Universiti Weilhem, Kassel dan Dusseldorf.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, 12 pelajar pula masih dalam tempoh menunggu untuk melanjutkan pengajian di University of Nottingham, United Kingdom pada September nanti.Katanya, seramai 12 pelajar kini sedang melanjutkan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan Aeroangkasa di universiti terkemuka di Jerman.“Pihaknya menerusi Yayasan Terengganu tetap meneruskan tajaan kepada mana-mana pelajar yang lulus cemerlang sama ada dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Matrikulasi ke universiti luar negara, biarpun berdepan kekangan ekonomi. “Adalah tidak benar dakwaan segelintir pihak bahawa kerajaan negeri sudah menghentikan penajaan pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara kerana hakikatnya program ini tetap diteruskan, cuma jumlahnya berkurangan sedikit daripada kebiasaan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri kepada lima pelajar tajaan YT dalam bidang kejuruteraan ke Jerman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah YT, Mohamad Sulong.
01 Mar 17
391
STPM 2016 : Kurang Cemerlang SPM Bukan Halangan Cipta Kejayaan
Maizatul menerima insentif segera berupa komputer riba dari Ahmad Razif. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memberangsangkan bukan penghalang bagi Nik Nur Maizatul Akhmal Nik Li, 19 untuk mencabar diri menjadi seorang daripada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016.Maizatul dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Marang merupakan antara 15 calon pelajar terbaik STPM di Terengganu yang memperolehi semua A penuh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah dan Geografi.Anak ketujuh daripada 10 beradik itu berkata, walaupun keputusan SPM dua tahun lalu kurang cemerlang, namun bukan alasan menyerah kalah sebaliknya berusaha bangkit untuk menyambung pelajaran pra universiti demi membantu mengubah nasib keluarga yang serba kekurangan."Dalam SPM, saya hanya mendapat 4A dan 5B. Jujur saya memang rasa rendah diri tetapi emak selalu pesan hanya kita yang boleh ubah nasib kita. Kami bukan orang senang."Ayah meninggal lima tahun lepas, emak hanya suri rumah, jadi perbelanjaan keluarga selama ini banyak dibantu empat orang abang yang bekerja kilang dan mekanik," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.Dalam majlis tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut menyampaikan insentif segera kepada pelajar cemerlang STPM negeri Terengganu.Seramai 70 orang pelajar menerima keputusan semua A bagi STPM 2016 dan 15 daripadanya memperolehi keputusan semua A penuh dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.Kerajaan Negeri turut membelanjakan hampir RM100,000 sebagai insentif kepada pelajar cemerlang STPM.Bagi 15 pelajar yang memperolehi keputusan semua A Penuh, mereka menerima komputer riba manakala bagi 55 lagi pelajar yang memperolehi semua A termasuk A- menerima tablet dari kerajaan negeri.
28 Feb 17
250
50 Pelajar Cemerlang SPM Ditawarkan Ijazah Dalam Bidang Pesawat
Seramai 50 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dipilih oleh Yayasan Terengganu bagi mengikuti ijazah dalam bidang pesawat yang ditaja penuh oleh ADMAL Sdn Bhd.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program yang ditawarkan tersebut merangkumi ijazah dalam bidang jurutera serta juruteknik pesawat dengan anggaran kos keseluruhan RM4 juta."Program ini merupakan di bawah Yayasan Terengganu. Bagi pelajar yang berminat, mereka hendaklah menghubungi Yayasan Terengganu."Operasinya akan bermula seawal Jun atau Julai tahun ini di Pusat Latihan Penerbangan Tok Jembal," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato' Din Adam.
28 Feb 17
87
Pra Universiti Beri Peluang Kedua
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini dinasihatkan agar tidak memandang rendah kepada tawaran melanjutkan pelajaran di pra universiti.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pra universiti menjadi peluang kedua kepada pelajar yang tidak memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM untuk tidak tercicir daripada arus pendidikan nasional."Kebanyakan pelajar luar bandar apabila memperolehi keputusan tidak cemerlang dalam SPM, mereka tidak akan menyambung pelajaran sama juga kepada yang berjaya tetapi kerana dari segi perbelanjaan jadi mereka merasakan mereka tidak perlu pergi."Bagi mengelakkan daripada tercicirnya pelajar-pelajar ini, memang menjadi tradisi untuk Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk memperbanyakkan sekolah-sekolah di kawasan luar bandar mewujudkan pra universiti."Kos untuk Pra Universiti tidak tinggi dan pelajarnya tidak perlu meninggalkan keluarga jadi mereka boleh meneruskan pembelajaran seperti biasa kerana perbelanjaannya tidak banyak disamping biasiswa disediakan kepada pelajar kurang berkemampuan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato' Din Adam.Dalam masa yang sama, Ahmad Razif berkata kaedah yang digunakan kepada pelajar pra universiti sudah berbeza daripada yang pernah digunakan dahulu."Transformasi telah dilakukan dimana pelajar-pelajar ini tidak perlu mengenakan uniform sekolah."Di samping itu, sekarang kita mempunyai satu sekolah Pra Universiti di Hulu Terengganu dengan 100 peratus adalah berkonsepkan universiti," katanya.Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, Terengganu mengekalkan negeri terbaik peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 buat kali ketiga berturut-turut.Terengganu mencatatkan minimum PNGK 2.85 dengan beza 0.14 dari minimum PNGK nasional.
28 Feb 17
218
STPM 2016 Buktikan Anak Terengganu Cemerlang- A. Latiff
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu menerima anugerah yang disampaikan Menteri Pendidikan, Dato'Seri mahdzir Khalid, di Hotel The Everly Putrajaya, hari ini. Add captionKejayaan anak Terengganu dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016, yang diumumkan hari ini, membuktikan bidang pendidikan negeri sentiasa berada di tahap terbaik.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang, berkata kejayaan 2,254 calon STPM 2016 yang memastikan Terengganu muncul negeri terbaik untuk kali ketiga berturut-turut itu mampu merekodkan sejarah buat negara dan sinonim sebagai Negeri Anjung Ilmu. Katanya, prestasi sebagai negeri terbaik peringkat kebangsaan dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.85 mengatasi PNGK nasional 2.71 sesuatu yang tidak mudah dicapai melainkan hasil usaha dan kerja keras semua warga pendidik.“Daripada jumlah itu, seramai 15 calon memperoleh Semua A penuh (PNGK 4.0), 55 memperoleh semua A (2.44 peratus), 5 Prinsipal dan 4 Prinsipal pula seramai 1,785 (79.19 peratus). Seramai 2,248 (99.73 peratus) lulus penuh.“Sebanyak 39 daripada 47 buah sekolah mengatasi gred minimum PNGK nasional dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar mencatat purata PNGK 2.84 manakala di luar bandar 2.85,”katanya kepada Teganukita, hari ini.Menurutnya, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu muncul sebagai sekolah terbaik negeri dengan PNGK minimum 3.27, manakala calon dari SMK Bukit Payong Besut, Siti Zubaidah Ismail tersenarai antara pelajar terbaik di peringkat negara.“Manakala Daerah Marang berjaya mendahului tempat pertama dengan PNGK 2.93, diikuti Besut 2.91. Daerah Kemaman pula muncul sebagai daerah yang terbaik bagi pencapaian semua A dan Daerah Besut terbaik dalam mendapat semua Prinsipal,”katanya.Beliau turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik seluruh Terengganu dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Marang dengan kejayaan membangggakan itu."Pada masa yang sama, tidak lupa juga kepada pemimpin utama negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, seluruh tenaga pengajar dan pendidik serta ibu bapa saya mahu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kerana berjaya memastikan kecemerlangan anak-anak kita hari ini,"katanya.
28 Feb 17
114
Terengganu Kekal Terbaik STPM 2016
Sebahagian pelajar cemerlang STPM 2016 bersorak kegembiraan selepas mendapat keputusan itu di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailTerengganu mengekalkan kecemerlangan sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 untuk kali ketiga berturut-turut.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 2,254 calon STPM 2016 mencapai kejayaan cemerlang dan Terengganu merekodkan 2.85 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) mengatasi PNGK nasional 2.71.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 70 calon mendapat semua A berbanding tahun lepas seramai 50 orang."Keputusan keseluruhan negeri menunjukkan dari segi prestasi sekolah, sebanyak 39 daripada 47 sekolah di negeri ini mengatasi PNGK kebangsaan 2.71."Malah, apa yang amat membanggakan seorang calon kita, Siti Zubaidah Ismail yang juga anak penoreh getah dari SMK Bukit Payong, Besut tersenarai antara pelajar terbaik Malaysia."Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu pula muncul sekolah terbaik Terengganu dengan PNGK minimum 3.27 ," katanya ketika mengumumkan keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato' Din Adam.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu menerima anugerah yang disampaikan Menteri Pendidikan, di Hotel The Everly Putrajaya, hari ini. Ahmad Razif memberitahu, Kemaman muncul sebagai daerah terbaik bagi pencapaian semua A dan Besut pula mendapat semua Prinsipal.Beliau juga mengucapkan tahniah juga kepada Pejabat Pendidikan Marang kerana terbaik dalam pencapaian minimum PNGK iaitu 2.93 dan keseluruhan warga pendidik yang berkerja keras memastikan Terengganu sentiasa muncul sebagai negeri terbaik seluruh Malaysia.Tambahnya, dengan kejayaan tersebut, insentif segera diberikan kepada kesemua peajar yang memperolehi keputusan cemerlang itu.Katanya, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM100,000 untuk 70 pelajar yang memperolehi semua A bagi STPM 2016 itu."Bagi 15 orang pelajar yang memperolehi keputusan semua A penuh dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, mereka diberikan komputer riba. Manakala 55 lagi pelajar yang memperolehi semua A termasuk A- mereka diberikan tablet."Insentif-insentif lain akan diumumkan selepas ini di mana seperti sebelumnya RM500 automatik akan diberikan kepada mereka di atas kejayaan yang dicipta.Selain itu juga kerajaan negeri katanya akan memutuskan insentif kepada Siti Zubaidah dan sekolah-sekolah terbaik serta Pejabat Pelajaran Daerah terbaik, tidak lama lagi.
28 Feb 17
626
Dua Pelajar UniSZA Wakili Malaysia
Dua pelajar Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mewakili Malaysia bagi merebut piala Louis M. Brown dalam Pertandingan Konsultansi Kliendi di Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom pada 19 hingga 22 April ini.Galvin Loo Wei Ming dan Goh Lai Ling, kedua-duanya merupakan pelajar Tahun Empat itu berjaya merangkul juara di Pertandingan Konsultansi Klien Peringkat Kebangsaan Harun M. Hashim (NCCC 2016) kali ke-13 yang berlangsung di UniSZA baru-baru ini.Mereka yang mewakili UniSZA itu telah menewaskan lima institusi pengajian tinggi awam yang turut bertanding, iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).Galvin, anak kelahiran Pulau Pinang berkata, beliau begitu gembira dan terkejut apabila pasukan UniSZA dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan.Katanya, walaupun pertama kali menyertai pertandingan itu, dia tidak menyangka dipilih menjadi juara meskipun saingan antara IPT lain begitu hebat. “Pertandingan ini telah mencungkil bakat kami sebagai pelajar Undang-undang dari segi cara berkomunikasi bersama pelanggan dan memberi nasihat apabila diperlukan.“Saya bersama ahli pasukan telah berlatih lebih kurang dua bulan serta mendapat tunjuk ajar dari dua pensyarah di fakulti,” katanya ketika ditemui.Sementara itu, Goh Lai Ling, berkata mereka akan membuat yang terbaik untuk peringkat antarabangsa nanti demi membawa nama Malaysia dan UniSZA khususnya.“Dengan sokongan dari rakan fakulti dan juga tunjuk ajar pensyarah, kami akan lakukan yang terbaik di peringkat antarabangsa nanti”, katanya.
19 Feb 17
983