Artikel "Pendidikan" Terkini
Permohonan Bantuan Persekolahan Mula Dibuka Pada 5 Oktober Ini
Permohonan bantuan sesi persekolahan 2018 akan dibuka secara atas talian mulai 5 sehingga 31 Oktober ini melalui laman sesawang danattb.terengganu.gov.my.Syarat permohonan bagi pendapatan keluarga daripada RM2,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM2,500 ke bawah dan setiap pelajar layak menerima RM100 dengan maksimum dua pelajar setiap keluarga.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang, berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM14 juta untuk diagihkan kepada lebih 120,000 pelajar pada Disember atau sebelum sesi persekolahan 2018 bermula.Katanya, peruntukan yang berjumlah RM12 juta tahun lalu (melibatkan 109,880 pelajar) meningkat kepada RM14 juta tahun ini antara usaha kerajaan Terengganu membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan setiap kali tibanya musim persekolahan yang baharu.“Manakala sebanyak RM9.5 juta diperuntukkan kepada 94,966 pelajar pada 2014, RM10.2 juta, 101,984 pelajar (2015) dan sejumlah RM10.4 juta diagihkan kepada 104,021 pelajar pada 2016.“Bantuan yang akan diagih mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui wakil rakyat atau Pegawai Pembangunan Parlimen di kawasan terlibat itu memasuki tahun ke-13 pelaksanaan sejak 2005 hingga tahun lalu,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Wima Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, dia berharap ibu bapa menggunakan sumbangan itu sebaik mungkin dengan membeli kelengkapan sekolah, alat tulis dan bukannya berbelanja kepada perkara yang tidak berfaedah.“Seboleh-bolehnya saya mahu melihat anak-anak yang mendapat bantuan ini mengenakan pakaian baru pada sesi persekolahan akan datang. “Sebaliknya, tidak wajar sekiranya ibu bapa memberi alasan tidak berduit untuk beli pakaian baru kerana duit sudah diberi,”katanya.
02 Oct 17
50
Politeknik Ke-34 Di Besut
Hasrat kerajaan untuk menjadikan Daerah Besut sebagai hab pendidikan utama di Terengganu akan menjadi kenyataan apabila sebuah politeknik baharu akan dibina tidak lama lagi.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah meluluskan pembinaan politeknik di daerah itu dan menjadikan pusat pendidikan kemahiran berkenaan yang ke 34 dibina oleh kementerian terbabit di seluruh negara.Menterinya, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, politeknik berharga RM180 juta akan dibina di Bukit Keluang membabitkan kawasan seluas 28 hektar yang mempunyai reka bentuk menarik dan mesra alam.Beliau berkata, apabila siap pusat pendidikan itu akan memberi tumpuan kepada program latihan kemahiran dan teknikal.“Politeknik itu yang disediakan dengan pelbagai kemudahan pembelajaran mampu menampung 2,000 pelajar,” Katanya.Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan upacara pecah tanah pada 6 Oktober.Beliau berkata, daerah ini wajar diberikan status hab pendidikan utama negeri ini kerana sudah mempunyai pelbagai pusat pendidikanAntaranya, Kampus Universiti Sultan Zainal Abbidin (UniSZA), Maktab Perguruan Sultan Mizan,Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),Taman Ilmu dan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).Beliau berkata, dengan terlaksananya semua projek pendidikian yang dirancang, daerah ini akan berkembang pesat berikutan pertambahan penduduk dan memerlukan lebih banyak kemudahan asas perlu disediakan kerajaan.
02 Oct 17
1532
Terengganu Sasar 1,352 Calon SPM 2017 Dapat Semua A
A. Latiff dan warga pendidik bergambar bersama calon-calon SPM di Program Merealisasikan Kecemerlangan Menjelang SPM 2017 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraTerengganu mensasarkan 5.34 peratus atau 1,352 pelajar bakal memperolehi semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2017 tidak lama lagi.Peperiksaan yang dijadual berlangsung pada 5 November hingga 6 Disember ini akan melibatkan 20,528 calon peperiksaan awam itu di seluruh Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) optimis mencapai sasaran itu berdasarkan kayu ukur dan prestasi dalam peperiksaan awam berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan kesungguhan, persediaan dan perancangan melalui gerak kerja yang dilaksanakan sejak awal tahun lalu oleh seluruh warga pendidikan khususnya pegawai dan kakitangan JPNT, pengetua, guru-guru serta pelajar dan keluarga masing-masing bagi memastikan calon SPM dapat mencapai sasaran berkenaan."Saya yakin jika tidak 100 peratus daripada 1,352 pelajar mampu mencapai semua A, setidak-tidaknya menghampiri 100 peratus."Kita tidak meletakkan sasaran ini secara suka-suka, sebaliknya ia bersandarkan prestasi semasa dan ukuran pencapaian dalam peperiksaan yang terdahulu,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Merealisasikan Kecemerlangan Menjelang SPM 2017 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pelajaran Negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengarah Unit Transformasi Terengganu Baharu (TTB), Che Mansor Che Kerma.A. Latiff berkata, kerajaan juga konsisten untuk memperkasakan bidang pendidikan sepertimana prinsip kelapan TTB dan sanggup memperuntukkan pelanjaan yang besar dan meningkat saban tahun demi kecemerlangan bidang itu.Katanya, pada 2015 kerajaan negeri memperuntukkan RM1.3 juta, manakala tahun lalu RM2.7 juta dan tahun ini bertambah kepada RM4 juta."Terengganu berada pada kedudukan pertama yang memperuntukkan bajet besar untuk pendidikan."Jika pada 2015 sebanyak RM1.3 juta kerajaan 'top up' kepada JPNT, 2016 sejumlah RM2.7 juta dan 2017 kerajaan negeri menyediakan RM4 juta untuk JPNT. Semua peruntukan itu sebagai 'top up' daripada bajet sedia ada oleh Kementerian (Pendidikan Malaysia),"katanya.
30 Sep 17
98
Wan Hakim Suntik Semangat Calon SPM 2017 Di Kemaman
Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar meneruskan suntikan motivasi kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai dan SMK Kemasik Kemaman yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada 6 November hingga 4 Disember nanti.Menurutnya, dengan adanya program ilmu motivasi itu semua calon SPM diharap mampu meningkatkan keyakinan diri, menggandakan usaha dan percaya kepada kebolehan sendiri untuk mencapai kejayaan kedan kemenangan hanyalah milik orang yang rajin berusaha."Saya cukup bangga dengan adanya program sebegini bersama pelajar-pelajar yang cukup bersemangat mendengar kata-kata saya supaya menjawab peperiksaan SPM dengan penuh bersemangat dan terus menjadi seorang yang bijak pada masa akan datang," katanya kepada Teganukita hari ini.Dalam ucapannya kepada calon SPM berkenaan, Abdul Hakim berkata, pengiktiran dan ganjaran akan datang kepada mereka yang menunjukkan sikap yang berkualiti dan baik dalam setiap amalan seharian.Menurut beliau lagi, `tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu' yang bermaksud kejayaan yang manis hanya akan dapat kita kita kecapi jika sanggup berkorban dan menempuhi pelbagai cabaran serta kesukaran."Akhir kata saya, selamat menjalani peperiksaan SPM 2017 kepada semua pelajar yang bermula pada 6 November kelak dan sentiasa bertenang, berdoa serta berusaha sebaik mungkin sepanjang peperiksaan berjalan."Tidak lupa juga, saya mendoakan kejayaan buat semua pelajar SPM 2017 bukan sahaja di Kemaman, bahkan Terengganu serta seterusnya dapat menyambung pengajian di bidang-bidang yang menjamin masa depan kelak," katanya.Beliau menambah, sebelum ini program yang sama dilaksanakan di DUN Air Putih, bagaimanapun kali ini Chukai dan Kemasik turut terpilih untuk sama-sama mendapat rangsangan motivasi sebagai kelangsungan program tahunan beliau di Parlimen Kemaman.
28 Sep 17
1586
Kerajaan Negeri Belanja Lebih RM3 Juta Hantar Enam Pelajar Ke UK
Ahmad Razif (tengah) berbual dengan pelajar cemerlang yang bakal melanjutkan pengajian di UK pada Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar ke United Kingdom (UK) di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraKerajaan negeri membelanjakan lebih RM3 juta bagi menghantar enam pelajar mengikuti Program Berkembar Nottingham University, UK tahun ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kesemua pelajar akan berlepas minggu depan bagi mengikuti pengajian dalam bidang farmasi, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektronik dan elektrikal, nutrisi serta pengurusan akaun dan kewangan dalam tempoh dua hingga tiga tahun.“Sehingga September 2017, seramai 308 pelajar sedang menyambung pengajian di luar negara melibatkan tajaan RM22.3 juta. “Daripada jumlah itu, seramai 92 pelajar menyambung pengajian ke Rusia, 72 (Jordan), 53 (Mesir), 41 (UK), 26 (Mesir), 17 (Jerman), dua (Australia) dan masing-masing seorang di Amerika Syarikat dan Maghribi,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar ke United Kingdom (UK) di Wisma Darul Iman,hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang dan Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamudin Hashim.Sementara itu, penerima biasiswa Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin (program Saintis Islam Terengganu), Muhammad Nur Irfan Mohd Zameri, 20, menzahirkan kesyukuran atas tajaan yang diterima.Beliau yang menyimpan hasrat menjadi saintis Islam pertama Terengganu akan melanjutkan pengajian dalam bidang aeroangkasa di Universiti Manchester, United Kingdom (UK) turut berkongsi rahsia kejayaan sehingga berjaya sampai ke tahap itu.Katanya selain fokus, seimbangkan aktiviti luar dan dalam kelas beliau mengamalkan amalan membaca al-Quran setiap hari.“Saya akan membaca sekurang-kurangnya satu helaian al-Quran setiap hari dan ia menjadi amalan saya dari dulu hingga kini,” katanya.Muhammad Nur Irfan yang berasal dari Kampung Sungai Kerak, Marang ditemani bapanya, Zameri Abdullah, 55 dan ibu, Norbaini Mohamed, 42 ketika menerima penyerahan wang pendahuluan diri pelajar yang disampaikan Ahmad Razif.Sebagai permulaan, bekas pelajar cemerlang (10A) Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu itu mendapat tajaan biasiswa sebanyak RM854,000 merangkumi pengajian di peringkat A-Level dan ijazah pertama selama empat tahun bermula September 2017.Muhamad Nur Irfan sebelum ini telah mengikuti program persediaan (A-Level) selama dua tahun di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Perak dengan mendapat keputusan cemerlang AAA* serta berjaya mendapat tawaran dari Manchester University bagi mengikuti kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Aero Angkasa selama empat tahun.
13 Sep 17
254
Faiz Terima Komputer Riba
Seorang pelajar yang menghidap penyakit Celebral Palsy, Ahmad Faiz Ibrahim, 19, menerima komputer riba sumbangan kerajaan negeri, bagi memudahkan sesi pembelajarannya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Faiz bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran sehingga muncul antara 19 pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016, malah beliau juga mampu menghafal 30 juzuk al Quran.Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan itu ialah Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latif serta kedua ibu bapa Ahmad Faiz iaitu Ibrahim Yusof dan Zalina Mohd Kassim.“Ini adalah satu keajaipan. Saya yakin dan percaya bukannya mudah bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti Faiz ini untuk dilabelkan sebagai seorang yang genius, dengan keadaan dia yang sebegitu, bukan calang-calang orang boleh berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran dan diterima masuk ke Universiti.“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Faiz dan keluarga kerana menerima jemputan ke program hari ini. Saya doakan agar kejayaan dan kesungguhan Faiz ini akan menjadi sumber motivasi kepada orang lain khususnya pelajar di luar sana," katanya.Beliau berkata demikian kepada selepas majlis penyampaian hadiah sempena Minggu Sukan Seberang Takir - Cikgu Razif bersama Komuniti di Dataran Permata Seberang Takir di sini, semalam.Sebelum ini, melihat keupayaan fizikal Faiz yang amat terbatas, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui UniSZA telah memberi kebenaran khas untuk dia mengikuti pengajian di rumah tanpa perlu hadir ke bilik kuliah seperti melalui sistem pengajian secara atas talian.
10 Sep 17
159
My Ehsan Bantu Pelajar Miskin
Dr Nor Aeni beramah mesra dengan pelajar baru UMT -Foto ihsan Universiti Malaysia TerengganuUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) menyediakan bantuan My Ehsan kepada penuntut baru yang kurang berkemampuan membayar yuran pendahuluan ketika proses pendaftaran kemasukan mereka.Antara bantuan yang disediakan UMT menerusi My Ehsan itu termasuk wang saku, bantuan wang pembiayaan yuran pengajian dan dermasiswa.Naib Cancelor UMT Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mohktar berkata, bantuan berkenaan diberikan bagi memastikan calon yang melanjutkan pengajian di universiti berkenaan dapat mendaftar seperti yang ditawarkan.Katanya, penuntut yang tidak mampu menyediakan bayaran yuran pendahuluan kemasukan, tetapi ditawarkan melanjutkan pengajian diminta melaporkan diri mengikut surat tawaran.“ UMT bersedia memberi bantuan sewajarnya untuk menyedia pendidikan terbaik kepada penuntut yang layak serta ditawarkan melanjutkan pengajian ke UMT.“Jumlah sebenar pelajar yang tidak mampu membayar yuran hanya akan diketahui selepas selesai mereka membuat pendaftaran bermula kelmarin (Isnin) dan berakhir Sabtu ini,” katanya.Dato’ Dr Nor Aieni, berkata bagi sesi kemasukan kali ini, seramai 2,782 tawaran dikeluarkan berbanding hanya 2,485 tawaran pada tahun 2016, dan sepanjang tiga hari bermula hari ini, pelajar baharu (ijazah sarjana muda) akan hadir mendaftar diri.Katanya, penawaran peluang melanjutkan pengajian meliputi 27 program pengajian yang ditawarkan iaitu 76 peratus bidang sains dan 24 peratus bidang sains sosial.“Tahun ini UMT turut menerima lima pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), pasangan kembar , Nur Fatma Hasni Majid dan Nur Fatma Husna yang juga pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Belara.“Di samping itu, seramai 17 pelajar antarabangsa dijangka mendaftar bagi program pengajian sarjana muda, kebanyakannya dari Timur Tengah,”ujarnya dalam dalam satu kenyataan
05 Sep 17
119
Taman Ilmu, Tembila Besut Mula Beroperasi
Kediaman yang menempatkan pelajar UniSZA dibuka secara rasmi hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTaman Ilmu, di Tembila Besut yang diilhamkan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, ketika menjadi Menteri Besar pada 2004, kini mula beroperasi dengan perasmian Kolej Kediaman UniSZA, hari ini.UniSZA bakal menggunakan dua blok bangunan asrama bagi menempatkan 500 pelajar perintis di kawasan itu.Bagaimanapun, pengurusan universiti akan memastikan satu blok asrama dibaik pulih secepat mungkin bagi penempatan 250 pelajar lelaki mulai 10 September ini, berikutan keperluan penginapan pelajar yang sangat mendesak.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah itu mula memberi nafas baharu kepada masa depan projek yang melibatkan kos keseluruhan kira-kira RM340 juta di kawasan seluas 280 hektar yang sebelum ini banyak menimbulkan persoalan kepada masyarakat mengenai status pembangunannya.Katanya, kerajaan negeri meluluskan permohonan UniSZA dengan pengecualian bayaran sewa bangunan selama 10 tahun."Kelulusan diberikan dengan syarat pusat pengajian itu menanggung sepenuhnya kos membaik pulih dua buah asrama tersebut dengan anggaran RM10 juta"Selain itu, kerajaan masih menimbangkan cadangan beberapa pihak untuk beroperasi di Taman Ilmu dan kini permohonan masih di peringkat penelitian bagi memastikan pelaksanaannya kelak benar-benar memberi manfaat kepada rakyat," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis perasmian kolej itu di Tembila, Besut, hari ini.Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh; Ketua Setiausaha Kementerian itu, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohamad Nur; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Emiritus Dato' Dr. Kamarudin Husin dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.Turut hadir, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dato' Dr Mortaza Mohamad; Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof Dato Mohd Rizon Juhari dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Hanisah Tapsir.Difahamkan UMK, UMT dan Aswara juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk turut beroperasi di Taman Ilmu.
04 Sep 17
1722
TATiUC, Universiti Mie, Jepun Jalin Kerjasama Strategik
Bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pengajaran dan penyelidikan, Kolej Universiti Tati (TATiUC) menjalinkan hubungan dan kerjasama strategik dengan Universiti Mie, Jepun.Rektornya, Profesor Dr Madya Zamri Ibrahim berkata, seramai 27 orang pelajar dari Mie University, Jepun yang terdiri daripada pelajar Jepun dan Republik China serta 17 kakitangan TATiUC akan bersama mempelajari bahasa Inggeris di TATiUC.“Antara objektif program ini adalah untuk memantapkan kemahiran pelajar cara untuk komunikasi dan berinteraksi dalam bahasa Inggeris."Di samping memberi pendedahan kepada pelajar luar negara tentang budaya Melayu dan Negeri Terengganu serta berpeluang melawat tempat-tempat menarik di negeri ini," katanya.Zamri berkata, beliau berharap dengan cara membawa pelajar luar ke tempat yang unik, ia dapat menarik lebih ramai pelajar asing untuk melawat sambil belajar di Negeri Terengganu."Oleh itu, saya juga berharap program sebegini dapat mempromosikan keunikan alam sekitar Terengganu," katanya kepada pemberita di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Kali Ketiga di Dewan Ibnu Sinar TATiUC, Kemaman, hari ini.Turut hadir, Pensyarah Mie Universiti, Profesor Dr Masataka Kubo.Katanya, program Bahasa Inggeris ini merupakan julung kali diadakan hasil kerjasama antara Mie Universiti dan Unit Pengantarabangsaan TATiUC dengan kerjasama pensyarah Bahasa Inggeris di TAtiUC. "Harapan saya adalah jalinan kerjasama universiti luar negara akan diteruskan pada masa akan datang dan lebih banyak aktiviti pertukaran serta penyelidik bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan dalam menjadikan Malaysia sebagai ‘International Education Hub’," katanya.
29 Aug 17
277
KPT Tawar Tiga Program Menerusi Gap Year
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal menawarkan tiga program kepada penuntut tahun dua dan ke atas menerusi Program Gap Year yang akan dilaksanakan di seluruh institusi pengajian tinggi awam menjelang September ini.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, antara program yang dirangka oleh KPT termasuklah Kesukarelawanan Khidmat Negara, kesukarelawanan dan Umum.Katanya, program itu akan menempatkan penuntut untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di agensi badan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan, Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selama setahun."Bagi Gap Year kesukarelawanan, ia adalah program kerjasama antara universiti bersama agensi yang terbabit untuk penuntut melaksanakan aktiviti kesukarelawanan selama tiga bulan sehingga setahun."Manakala bagi program umum, ia berbentuk lebih terbuka kepada penuntut yang ingin menangguhkan pengajian bagi membabitkan diri di dalam aktiviti sukan, keusahawanan, meningkatkan kemahiran dan pelancongan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Kebangsaan dan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Kebangsaan 2017 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam.Idris berkata, aktiviti yang dirancang oleh pelajar perlu mendapat kelulusan dan mengikut syarat yang ditetapkan oleh universiti masing-masing.Katanya, tempoh minimum program adalah selama satu semester dan tempoh maksimum adalah selama setahun kalendar akademik."Malah, penuntut yang tamat peperiksaan akhir semester boleh keluar daripada sistem akademik biasa dan boleh memilih sama ada ingin melakukan kerja kesukarelawan bersama badan NGO, membantu keluarga, bekerja atau melancong untuk memperoleh pengalaman yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,"katanya.Beliau berkata, dengan memberi pelepasan selama setahun kepada penuntut mereka diharap dapat memanfaatnya dengan melakukan aktiviti atau kerja yang memberi faedah terutama untuk mematangkan diri mereka.Menurutnya lagi, jika pelajar memilih bekerja mereka boleh mencari tempat bersesuaian dengan bidang yang dipelajari mereka.Oleh itu, katanya secara tidak langsung ia memberi pengalaman secara praktikal kepada penuntut selain menambah pengetahuan yang lebih mendalam sebaik mereka menyambung semester mereka selepas tamat Gap Year itu kelak.
22 Aug 17
48