lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Jangan Bebankan Murid Dengan Berat Buku Ke Sekolah - Mahdzir
Mahdzir ketika menyempurnakan Majlis Graduasi Pelajar SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman kali Ke-12 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish fadzillah Abu Kassim.Murid sekolah rendah tidak seharusnya dibebani dengan berat buku yang perlu dibawa ke sekolah setiap hari, kata Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.Menurutnya, berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan, terdapat murid di sesetengah sekolah terpaksa membawa buku yang banyak dan terlampau berat sehingga membebankan mereka.“Jangan bagi terlampau banyak beban kepada mereka sebaliknya bagi mereka rasa seronok untuk ke sekolah.“Cukuplah dengan buku teks sahaja untuk buat kerja-kerja latihan di sekolah. Apabila dibebani dengan buku latihan tambahan adakalanya membuatkan anak-anak ini rasa tertekan,” ujarnya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi 390 Pelajar SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman kali Ke-12 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO  berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas mengenai bebanan buku latihan tambahan yang terpaksa dibawa murid sekolah rendah di negara ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman; Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin, Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Sulaiman, Dato’ Sabri Alwi dan Pengetua SMK Sultan Sulaiman, Samsudin Ismail.Sementara itu, Mahdzir mengharapkan majlis graduasi berkenaan akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan SPM dan STPM bermula 6 November hingga 4 Disember ini.
11 Oct 17
66
Empty Image
Zulkhibri Jadi Cikgu Tuisyen Rakan Sekuliah
Graduan ijazah Kejuruteraan Teknologi Pembuatan yang juga bekas pegawai bank, Zulkhibri Baharom, 39, berasal dari Batu Pahat, Johor dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti TATI (TATiUC), di Dewan Canselori TATiUC, semalam.Zulkhibri berkata, ketika belajar dia turut  melakukan kerja sampingan sebagai guru tuisyen dan khidmatnya itu turut dicurahkan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sekelas."Sampaikan ada satu masa kerana sibuk ajar kawan, saya tak sempat ulangkaji untuk hadapi peperiksaan tapi keberkatan berkongsi ilmu itu sungguh luar biasa sebab saya mampu mendapat keputusan cemerlang walaupun tidak sempat ulangkaji. Kita tolong orang, Allah SWT tolong kita," katanya.Selain cemerlang dalam akademik, anak kelima daripada sembilan beradik itu juga aktif dalam pelbagai kegiatan kampus dan sanggup mengorbankan waktu cutinya untuk terlibat dengan aktiviti kolej.Kecemerlangan yang diraih Zulkhibri yang menamatkan pengajian dengan purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.94 juga membolehkannya untuk menerima tawaran melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor di bawah program 'fast track'.Zulkhibri berkata, jurusan pengajian yang dipilih adalah Kejuruteraan Mekanikal kerana mahu mengejar impiannya untuk bergelar seorang pensyarah satu masa nanti."Demi mengejar minat, saya berhenti kerja bank dan nekad sambung pengajian peringkat ijazah di TATiUC. Saya bawa semangat arwah ayah yang tak kenal putus asa. Saya pilih untuk sambung belajar PhD di UTHM sebab nak jaga mak, sambil jaga mak bolehlah saya kejar impian untuk jadi pensyarah," katanya.Pada majlis konvokesyen berkenaan seramai 555 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing melibatkan 133 graduan ijazah dan 422 diploma.Hadir sama, Canselor TATiUC, Tan Sri Dato' Ir (Dr) Wan Abdul Rahman Wan Yaacob; Pengerusi Lembaga Pentadbir TATiUC, Bazlan Abd Rahman dan Rektor TATiUC, Prof Madya Dr Mohd Zamri Ibrahim.
11 Oct 17
788
Empty Image
Terengganu Lokasi Pencarian Protege Ekspeditor Negara
Sebahagian peserta yang hadir pada Programpada Program Sesi Perkongsian Pengalaman dan Pemilihan Protege sempena Misi Aweta 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini. Harish Fadzillah Kassim Selari dengan hasrat untuk melahirkan lebih ramai pelapis ikon berjaya terutamanya di kalangan wanita, Sekretariat Aweta yang membawa misi All Women Expedition To Antartica (Aweta) 2018 kini giat memilih wanita muda Terengganu selaku pelapis kepada Ekspeditor Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.Misi diketuai Sharifah Mazlina, yang juga wanita Islam pertama berjaya merentasi Kutub Utara sedang mengenal pasti lima wanita yang layak untuk menyertai ekspedisi yang dijadualkan pada November tahun depan.Sharifah Mazlina berkata, misi itu bertujuan melahirkan lebih ramai pelapis ikon berjaya pada masa akan datang.“Ketika ini, negara masih kekurangan ikon dalam kalangan wanita yang boleh dijadikan sebagai contoh, sekali gus mampu dijadikan panduan oleh generasi muda hari ini."Setelah 15 tahun saya dijadikan sebagai ikon kepada masyarakat terutamanya wanita, kini sudah tiba masanya saya mencari pelapis untuk meneruskan kejayaan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Sesi Perkongsian Pengalaman dan Pemilihan Protege sempena Misi Aweta 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.Aweta 2018 merupakan kesinambungan misi ke Antartika oleh Sharifah Mazlina pada tahun 2004 (Ekspedisi Solo Merentasi Antartika 2004) untuk mengambil dan membawa balik kapsul masa yang ditanam.Menurutnya,  sepanjang tempoh 15 tahun,  dia turun padang berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi kepada orang ramai, namun kini dia ingin mencari anak didik dan ia direalisasikan dengan misi Aweta ini."Pihaknya mahu mencari lima wanita untuk bersama-sama saya menjelajah ke Antartika yang dijadualkan pada November tahun depan."Sepanjang mengikuti latihan yang merangkumi fizikal, mental dan sebagainya ini,peserta juga akan diterapkan dengan pelbagai ilmu supaya apabila tamat misi ini nanti mereka akan menjadi ikon yang berjaya,"katanya.
10 Oct 17
47
Empty Image
555 Graduan Dirai Sempena Konvokesyen TATiUC
Seramai 555 graduan Kolej Universiti Tati (TATiUC) menerima diploma dan ijazah masing-masing di Majlis Konvokesyen di Dewan Canselor TATiUC, Kemaman, hari ini.Majlis yang diadakan bersama dengan Sambutan 10 tahun TATiUC  disempurnakan oleh Canselornya, Tan Sri Ir. (Dr) Wan Abdul Rahman Wan Yaakob.Abdul Rahman berkata, daripada jumlah keseluruhan graduan, 422 adalah pemegang diploma dan selebihnya adalah graduan program ijazah sarjana muda."TATiUC berharap para graduan sudah bersedia untuk menempuh alam kerjaya yang semakin mencabar pada era ini."Saya percaya peningkatan jumlah graduan dari semasa ke semasa adalah kerana mutu dan kualiti pengajian serta bidang kemahiran selain jaminan kerjaya sebaik tamat pengajian," katanya.Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Ghazali Taib yang juga Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri.Menurut Abdul Rahman, kekuatan yang dibekalkan kepada graduan selama menuntut ilmu menjadi senjata utama bagi meneruskan kecemerlangan di bidang yang diceburi.Selain itu, tambahnya, keunikan sistem pembelajaran yang di universiti itu yang berkualiti, mengguna pakai sistem yang pintar dan cekap juga dapat memenuhi keperluan serta pasaran guna tenaga pekerja yang tinggi mendorong ramai mahu mengikuti pengajian di situ.Beliau berkata, terbaru, pihak pengendali East Cost Rail Link ( ECRL ) projek laluan keretapi yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pantai Timur melalui Technology Depository Agency ( TDA ) di bawah Kementerian Kewangan Malaysian bercadang  juga mahu menjadikan TATiUC sebagai Pusat Latihan Pekerja."Latihan tersebut meliputi enam sub-sektor antaranya rolling stock, track work, signalling communication, automated fares collection, electrification tunneling dan E-locomotive."Mereka juga berhasrat untuk mengambil graduan-graduan TATiUC sebagai tenaga kerja dalam lokomotif tersebut," katanya.Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang  konvokesyen bermula 8 hingga 10 Oktober ini yang juga bersempena sambutan 10 tahun penubuhan pusat pengajian itu.
10 Oct 17
360
Empty Image
20,243 Calon Duduki PT3 Di Terengganu
Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula semalam berjalan lancar melibatkan 20,243 calon menduduki peperiksaan terbabit di 155 pusat di seluruh negeri ini dan akan berakhir pada 12 Oktober.Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, Kuala Terengganu mencatatkan bilangan calon teramai iaitu 3,966 orang, diikuti Kemaman (3,147), Besut (3,120), Dungun (2,746), Kuala Nerus (2,512), Marang (1,930), Hulu Terengganu (1,466) dan Setiu (1,356).Katanya, daripada jumlah itu seramai 67 calon merupakan kalangan calon berkeperluan khas (CBK).Ujian itu bermula jam 8 pagi semalam dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik diikuti Bahasa Inggeris dan Sains (hari ini).Pada Rabu ini, calon bakal menduduki antaranya kertas Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam manakala hari terakhir peperiksaan (Khamis) melibatkan kertas peperiksaan bahasa.PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
09 Oct 17
45
Empty Image
Petronas Komited Perkasakan STEM Di Terengganu
Petronas meneruskan komitmen bagi meningkatkan penguasaan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan menerusi Petronas STEM Fair 2017.Terbaru, seramai 400 murid daripada tiga buah sekolah rendah di sekitar Terengganu menyertai di Kolej Vokasional Dungun, semalam.Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, program itu menjadi satu daripada komitmen syarikat korporat ulung itu bagi menambah nilai dan meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran STEM."Ini merupakan tahun kedua penganjuran Petronas yang bermatlamat mempromosikan pembangunan modal insan di samping menyokong usaha kerajaan untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik seawal Tahun Satu," katanya.Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Matsor Ismail.Menurut Hasnan, program STEM Fair 2017 itu juga sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan nisbah 60 peratus untuk kemasukan dalam bidang sains, teknikal, vokasional dan 40 peratus dalam bidang seni."Sepanjang tahun ini, lebih daripada 1,500 orang pelajar dari sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara mendapat manfaat menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan di bawah Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP)."Selain itu, guru-guru dari sekolah terpilih turut diberi pendedahan Pedagogi Pendidikan STEM melalui Bengkel Pembangunan Profesional Guru di Kuala Lumpur."Pada sesi tersebut, Petronas turut menyumbang bantuan kelengkapan persekolahan kepada seramai 393 pelajar PSIP dari Sekolah kebangsaan (SK) Serdang, SK Tok Kah dan SK Kompleks Rantau Abang," katanya.Antara aktiviti menarik yang dijalankan di STEM Fair 2017 termasuklah demonstrasi uji kaji sains, pertunjukan sains, kuiz interaktif dan persembahan projek sains dan matematik oleh pelajar yang terlibat.
07 Oct 17
429
Empty Image
127 Pelajar Kuala Nerus Sertai Tuisyen Rakyat
Seramai 127 pelajar dari 14 buah sekolah di Kuala Nerus menyertai Program Tuisyen Rakyat @ KKLW-YPM bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 anjuran Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Terengganu yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program tiga hari yang berakhir semalam itu bertujuan membantu pelajar luar bandar yang terpilih berasaskan potensi dengan latar keluarga berpendapatan rendah mendapat bimbingan yang berkesan dari segi teknik belajar secara berkesan, latih tubi dan teknik menjawab soalan peperiksaan.“Usaha untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar memerlukan sokongan, penglibatan dan komitmen semua pihak.“Semoga pelajar mendapat manfaat daripada kelas bimbingan yang diadakan ini dan sekali gus dapat mencapai kejayaan di dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerpurnakan Majlis Penutup Program Tuisyen Rakyat @ KKLW-YPM 2017 di Dewan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, semalam.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin; Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail; Pegawai Pendidikan Daerah, Che Soh Muda dan Pegawai Seranta YPM Terengganu, Mahusin Taib.
07 Oct 17
206
Empty Image
5,000 Graduan Mahu Dilahirkan Dari Politeknik Setahun
Timbalan Perdana Menteri bersama kepimpinan negeri melambai tangan kepada hadirin sempena Majlis Pecah Tanah Politeknik Besut di Bukit Keluang, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTimbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu politeknik melahirkan sehingga 5,000 graduan setahun dalam bidang berkaitan Latihan Kemahiran dan Vokasional (TVET) di negara ini.Menurutnya, ini berikutan statistik menunjukkan 85 peratus graduan politeknik di Malaysia dapat memiliki pekerjaan dalam tempoh enam bulan sebaik menamatkan pengajian."Seramai 500 graduan setahun dapat dilahirkan dalam bidang Industri Kreatif dan IT."Jumlah itu tidak cukup, saya mahu 5,000  bukan setakat 500 dilahirkan oleh pelajar-pelajar yang belajar di politeknik," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Politeknik Besut Terengganu (PBT) di Bukit Keluang, Besut, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut.Hadir sama,Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohamad Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri yang juga merangkap Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad.Zahid berkata, sebanyak 50 peratus pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak dan memberi keutamaan memilih TVET di politeknik setiap tahun.Katanya, sistem pendidikan negara memberi tumpuan kepada TVET berikutan mampu memberi pulangan terbaik terutama bagi pasaran kerja, berbanding graduan dari bidang-bidang lain.Dalam pada itu, politeknik ke-34 di Malaysia dibangunkan di kawasan seluas 24 hektar yang bernilai kira-kira RM180 juta itu sebagai memenuhi saranan kerajaan dalam RMK-11 yang menggalakkan lebih ramai penduduk Malaysia mendapat pendidikan berbentuk TVET.PBT yang dijangka siap pada 11 Januari 2021 itu juga  selaras dengan wawasan negara (2020 dan TN50) serta memenuhi permintaan tenaga kerja mahir  dalam Revolusi Industri 4.0 (4IR).
06 Oct 17
157
Empty Image
ICESR Dan TADMIC 2017 Kumpul 109 Penyelidik, Bentang Lebih 90 Kertas Kerja
Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, (ESERI), Universiti Sultan Zainal (UniSZA) bersama Institut Teknologi Sains Perubatan, Universiti Kuala Lumpur (MESTECH, UniKL) dan Teknologi Astronautik (M) Sdn. Bhd. (ATSB) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Persekitaran, Sukan dan Rekreasi serta Teknologi Aplikasi Pengurusan Bencana 2017 (ICESR & TADMIC 2017) bermula 3 hingga 5 Oktober bertempat di KEM 1M4U Outreach, Merang, Setiu.ICESR & TADMIC 2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dirasmikan oleh , Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Penyelidikan dan Pembangunan), Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad.Program tersebut bertujuan mengumpul kepakaran membabitkan pelbagai disiplin berkaitan alam sekitar, sukan, rekseasi dan pengurusan bencana serta bertujuan menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman daripada pakar sekali gus mewujudkan usahasama penyelidikan.Pengarah ESERI UniSZA, Prof Madya Dr Hafizan Juahir berkata, seminar antarabangsa itu mengumpulkan 109 penyelidik tempatan dan antarabangsa daripada pelbagai bidang untuk membentangkan lebih 90 kertas kerja."Seminar ini berfungsi bagi memberi ruang kepada para peserta untuk berkongsi pengetahuan dan membincangkan perkara berkaitan kajian alam sekitar, perlindungan dan pemuliharaan daripada persekitaran bahaya serta melibatkan program kesedaran alam sekitar,” katanya kepada media, di Merang, Setiu, semalam.Menurut Hafizan Juahir, antara aktiviti semasa program ialah peserta akan dibahagikan kepada beberapa sesi mengikut bidang penyelidikan. Selain itu, setiap peserta akan diberi slot selama 15 minit untuk pembentangan kertas kerja mereka secara santai dengan hanya menggunakan medium poster.“Keunikan seminar itu terletak pada pengaplikasikan konsep mesra alam sekitar yang lebih santai, yang mana persembahan lisan akan diadakan di sekitar kawasan kem. Malah, sebanyak 28 daripada 90 artikel penyelidikan yang terpilih berjaya diterbitkan dalam jurnal yang diindeks dan penerbitan jurnal berkenaan akan diteruskan selepas seminar berakhir," katanya.Acara itu direalisasikan dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN), Fakulti Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA) Universiti Padjadjaran Indonesia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK Terengganu), Majlis Sukan Negari Terengganu (MSNT), Jabatan Kimia Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM).
03 Oct 17
231
Empty Image
124 `Mahasiswa' SMKTB Diraikan Di Majlis Graduasi
Jailani menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar cemerlang SMKTB sempena majlis graduasi sekolah itu, semalam. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim Seramai 124 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah (SMKTB) diraikan sempena Majlis Graduasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke-16 2017, di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu, semalam.Majlis dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah.Hadir sama, Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Dato’ Mohd Sabri Alwi yang juga  Yang Dipetua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKTB serta Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong.Pengetua SMK Tengku Bariah, Mohamad A.Ghani berkata,majlis berkenaan sebagai menyuntik semangat kemahasiswaan di kalangan pelajar yang bakal menempuhi SPM serta menamatkan alam persekolahan."Sekolah dan institusi pendidikan berperanan penting dalam menentukan hasrat dan cita-cita negara bagi merealisasikan Wawasan 2020 nanti menerusi kejayaan menghasilkan mahasiswa cemerlang.  “Untuk itu kita perlu menghayati dan mendalami budaya kecemerlangan dengan menjadikan peningkatan dan pengurusan kualiti yang menyeluruh sebagai agenda dalam memartabatkan institusi pendidikan,”katanya.Dalam majlis itu, SMKTB turut memberi anugerah penghargaan kepada empat pelajar terbaik percubaan SPM tahun ini, iaitu Nor Amirah Mazlan, Nur Amirah Faqihah Roslan, Nur Adriana Amirah Noor Rozaiman dan Wan Muhammad Hanif Wan Lokman.
02 Oct 17
767