Artikel "Komuniti" Terkini
ADUN Langkap Rai 33 Pelajar Cemerlang STPM 2025
SETIU, 21 Julai - Seramai 33 pelajar diraikan dalam Majlis Kecemerlangan STPM 2025 DUN Langkap sebagai tanda penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025. Majlis yang berlangsung di Dewan Komuniti Sejahtera Sri Langkap, Sungai Tong itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...
21 Jul 26
278
Peteh FA Hangatkan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026
KUALA TERENGGANU, 20 Julai- Lebih 100 pemain dan keluarga Peteh Football Academy (Peteh FA) berkumpul bagi menyaksikan tayangan skrin besar perlawanan akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina, semalam.Acara yang diadakan dengan sokongan Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) itu dimeriahkan seawal jam 9.00 malam dengan pertandingan dan aktiviti seperti...
20 Jul 26
232
Cetus Kesesakan 3 KM, Dua Bonggol Di Lencongan Sungai Tong Sudah Dibuang
SETIU, 19 JULAI– Masalah kesesakan jalan raya luar biasa yang menghantui pengguna laluan lencongan Jambatan Desa Jaya, Sungai Tong akhirnya mendapat jalan penyelesaian apabila dua buah bonggol yang dibina di kawasan tersebut bakal dibuang semula dengan kadar segera hari ini.Ahli Parlimen Setiu menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi beliau...
19 Jul 26
227
Perkasa Kemahiran Membaca Kanak-Kanak Melalui Smart Bell KVKV
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 19 Julai – Smart Bell KVKV(Konsenan, vokal ,konsenan, vokal) merupakan inovasi bahan bantu mengajar yang dibangunkan bagi mengubah pendekatan pembelajaran membaca kanak-kanak melalui kaedah yang lebih interaktif, menyeronokkan dan berpusatkan murid.Inovasi dihasilkan Wan Nurul Adibah Wan Ahmad dari Tadika Khalifah Utama Dungun sebagai satu penyelesaian...
19 Jul 26
185
Bola Jaring Satukan Wanita, Cungkil Bakat Atlet Dungun
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 15 Julai – Pertandingan bola jaring bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform menyatukan wanita disamping mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi mengharumkan nama negara.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu , Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, sukan bukan sahaja melahirkan juara di...
16 Jul 26
255
Hakim Danish Pulang Sebagai Juara, Jadi Buruan Pasukan Moto2 dan Moto3
Oleh: Nurul Natasha SurinKUALA LUMPUR, 15 Julai – Pelumba negara, Muhammad Hakim Danish Ramli selamat tiba di tanah air selepas mencipta sejarah apabila menjuarai Grand Prix (GP) Republik Czech di Brno, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan dunia.Ketibaan pelumba berusia 18 tahun itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...
15 Jul 26
2590
Gotong-Royong Bubur Asyura Semarakkan Muharam di Felda Chalok Barat
SETIU, 15 Julai - Semangat gotong-royong dan ukhuwah terus mekar apabila kira-kira 100 penduduk menyertai Program Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura yang diadakan di Masjid Felda Chalok Barat sempena bulan Muharam. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Masjid Felda Chalok Barat, JPKK Chalok Barat, JPKK Chalok Permai, JKKR Felda Chalok Barat, golongan...
14 Jul 26
216
Kabel Mesin Penarik Bot Rosak, Nelayan Pantai Sauh Terima Bantuan Segera
Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir tampil menghulurkan sumbangan kewangan kepada komuniti nelayan di Pantai Sauh, dekat sini semalam, bagi membiayai pembelian kabel baharu untuk mesin penarik bot mereka yang mengalami kerosakan.Sumbangan tersebut diberikan bagi membolehkan mesin penarik berkenaan dibaiki dengan segera, sekali gus memudahkan urusan harian para nelayan untuk...
14 Jul 26
376
Bubur Asyura Satukan Komuniti DUN Tepuh
Oleh : Nurul Natasha SurinKUALA NERUS, 13 Julai - Tradisi memasak bubur Asyura terus menyemarakkan semangat kebersamaan apabila Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tepuh menganjurkan program gotong-royong yang menghimpunkan pelbagai lapisan sukarelawan sebelum mengagihkan lebih 900 bekas bubur Asyura kepada penduduk sekitar, semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul...
13 Jul 26
331
'Belas Kasihan Terhadap Pelarian Jangan Kompromi Keselamatan Rakyat - MP Terengganu
KUALA LUMPUR, 13 Julai – Kerajaan digesa mengimbangi tuntutan kemanusiaan dengan penguatkuasaan undang-undang secara tegas dalam menguruskan komuniti pelarian Rohingya di negara ini.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata, pendekatan berteraskan konsep 'compassion with accountability' atau belas kasihan bersama akauntabiliti perlu dijadikan asas dalam menangani isu berkenaan.Katanya, hak...
13 Jul 26
898