Jalur Gemilang
Berita :
Dr. Sam Antara 373 Penerima Bintang Seri Mahkota Pengakap Kelas Pertama
Dr. Sam Antara 373 Penerima Bintang Seri Mahkota Pengakap Kelas Pertama
Adli Mohamad
1 jam yang lepas
59

KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merupakan antara 373 penerima anugerah pada Majlis Pengurniaan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu Tahun 2026, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.

Beliau telah menerima Bintang Seri Mahkota Pengakap Darul Iman Kelas Pertama-Emas.

Selain anugerah tersebut turut diterima oleh Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato' Seri Muhammad Mua'az, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Azhan Md Othman, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad dan Pesuruhjaya Kehormat Pengakap Negeri Terengganu, To' Puan Seri Nariah Muhamad.

Bagi Bintang Seri Mahkota Pengakap Darul Iman Kelas Pertama - Emas (Kehormat) telah dianugerakan kepada Ketua Pesuruhjaya Gerakan Pemuka Indonesia, Komisaris Jenderal Polisi (PURN) DRS. H Budi Waseso ; President Of Boy Scout Of The Philippines, Mr. Emilio B. Aquino; Ketua Pesuruhjaya Pengakap Brunei Darussalam, Awang Junaidi Hussin ; Pergerakan Pengakap Thailand, Dr. Darat Siriviriyakul Vibhatakalasa.

Sementara itu Bintang Semangat Rimba-Perak telah dianugerakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Ngo negeri, Hishamuddin Abdul Karim yang juga merupakan Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Terengganu.

Sementara itu, Bintang Seri Mahkota Pengakap Darul Iman Kelas Kedua telah dianugerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan