Artikel "Ekonomi" Terkini
RM452 Juta Untuk Biayai 36,022 Usahawan IKS
Zubir merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2018. Tengku Syamim Tengku Ismail Sejumlah RM452 juta pembiayaan perniagaan diperuntukkan kepada 36,022 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Terengganu sepanjang tahun lalu.Manakala pemberian geran pembangunan usahawan RM34.5 juta melibatkan 1,134 usahawan IKS, mengadakan 489 program latihan kepada 36,783 usahawan dan 262 program promosi melibatkan 19,733 usahawan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata peruntukan yang diagih melalui Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) itu semata-mata mahu memartabatkan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan dikalangan masyarakat.Katanya, tidak wajar pengukuran kejayaan seseorang seseorang usahawan hanya dinilai daripada sudut kewangan dan keuntungan perniagaan semata-mata.“Malah perlu dinilai daripada aspek kecemerlangan berkaitan mengurus tadbir syarikat dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,”katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong pada Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2018, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad; Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Dr. Hafsah Hashim; CEO Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Rozali Salleh dan Pengarah SME Corp. negeri, Muhammad Ibrahim.Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Upstream Downstream Process & Services (UDPS) Sdn. Bhd., Ahmad Kamarolaili Abu dinobatkan sebagai Usahawan Berprestasi Tinggi Terbaik dalam Majlis Anugerah Usahawan Terengganu (AUT) 2018.Kemenangan tersebut membolehkan beliau yang juga Pengarah Urusan UPDS membawa pulang geran Program Peningkatan Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera (BEEP) bernilai RM500,000.Di samping beliau turut memperoleh pembiayaan pembangunan produk berjumlah RM5,000 dan promosi (RM3,500) bagi merangsang pertumbuhan syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas beroperasi di Kemaman itu.Syarikat rempah-ratus di bawah jenama Bunga Ros, Hassan Majid Sdn. Bhd. pula menerima anugerah Kategori Halal dan Standard manakala Kategori Promosi dan Pemasaran Produk dimenangi oleh MGV Industries Sdn. Bhd., Abdul Salikin Ambak dari ASA Frozen Food & Marketing (Usahawan Baru), Norhaiza Nordin (Kraf Warisan) dan Rokiah Mohd. Koyakutty (Groom Big).
11 Apr 18
433
ADAPT Buka Peluang Usahawan Hasilkan Pembungkusan Menarik
Antara produk yang telah dihasilkan di bawah program ADAPT. Foto oleh Zulkifli CW Putra.'Advanced Technology Entrepreneur Development Programme' (ADAPT) anjuran MARA memberi peluang supaya produk yang dihasilkan oleh usahawan mempunyai pembungkusan menarik dan boleh dipasarkan sehingga ke luar negara.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan, Nawi Mohamad berkata program tersebut juga menggunakan peruntukan yang disediakan oleh MARA.Katanya, pelancaran produk baru iaitu Keropok Segera Ayam yang turut berada di bawah program ADAPT itu."Keropok itu merupakan keropok ayam pertama di Malaysia yang tiada perasa dan bahan pengawet yang mana diusahakan oleh Sinku Food Industries Sdn Bhd dan di formulasasikan oleh MARDI."Ini adalah produk baru namun demikian, MARA akan mempromosikan keropok ayam itu. Keropok ayam ini mungkin akan dibawa ke Dubai dalam masa terdekat," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Seminar Pemantapan Usahawan dan Pelancaran 'My Best Product' di Hotel Permai, Kuala Terengganu hari ini.Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Abdul Aziz Hassan, Pengarah MARA Terengganu, Mohd Azli Sobi, Pengarah MARDI Terengganu, Fadzlirahimi Ismail dan Pengarah Sirim Terengganu & Kelantan, Nor Azman Hassan.Sementara itu, Pengarah Urusan Sinku Food Industries Sdn Bhd, Zaleha Mohamad berkata, snek yang pertama seumpamanya di Malaysia itu menawarkan kelainan kepada orang ramai dengan menggunakan 100 peratus isi ayam segar serta tidak mengandungi sebarang perisa atau pewarna tiruan.Katanya, dengan pembaharuan itu secara tidak langsung dapat melebarkan sayap perniagaan syarikat yang sebelum ini hanya tertumpu di sektor makanan dan minuman (F&B) menerusi jualan keropok lekor di 43 outlet yang terdapat di rangkaian pasar raya seluruh Malaysia."Keropok Segera Ayam yang diformulasi oleh MARDI menerusi kerjasama dengan MARA ini dihasilkan dengan tiga variasi bentuk iaitu bulat, pop corn dan empat segi."Ia dijangka dipasarkan di seluruh outlet Leko-Leko dengan harga antara RM2 hingga RM4 bagi size 40 dan 70 gram," katanya.
05 Mar 18
1707
EKSPO TERENGGANU 2018: Hampir 10 Tan Nenas MD2 Terjual Sepanjang 7 Hari
Nenas MD2 masih mendapat tumpuan pada hari kelapan Ekspo Terengganu 2018. Nenas MD2 berjaya mencuri tumpuan rakyat Terengganu apabila hampir 10 tan telah terjual sepanjang Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus selama tujuh hari bermula 25 Februari lalu.Pengusaha nenas tersebut, Noriah Daud, 53, berkata beliau telah melibatkan diri dalam penanaman nenas sejak 10 tahun lalu namun untuk Nenas MD2 ianya mula ditanam pada tahun lalu.Katanya, nenas MD2 mendapat sambutan yang menggalakkan kerana rasa dan teskturnya berbeza daripada nenas lain selain sukar untuk didapatkan."Ini merupakan kali pertama kami menjual sendiri nenas MD2 kepada orang awam. Sebelum ini, kami hanya menjual secara borong kepada pemborong-pemborong yang mengambilnya di ladang nenas yang terletak di Setiu."Sambutan yang kami dapat amat menggalakkan apabila setiap hari lebih satu tan berjaya dijual kepada pengunjung-pengunjung di Ekspo Terengganu 2018," katanya kepada Teganukita.Noriah DaudTambahnya, beliau hanya meletakkan sasaran sebanyak lima tan sahaja yang akan terjual sepanjang ekspo itu, namun disebabkan sambutan sangat menggalakkan tersebut, beliau terpaksa melakukan banyak penghantaran ke tapak ekspo."Saya amat gembira apabila mampu menjual sehingga hampir 10 tan nenas MD2 sepanjang ekspo ini berlangsung."Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah memberi peluang untuk menyertai Ekspo Terengganu 2018 dan dengan sambutan yang menggalakkan ini, saya akan melibatkan diri dalam ekspo-ekspo sebegini," katanya.
04 Mar 18
99
EKSPO TERENGGANU 2018 : Cap Ayam Jenama Terkenal Mampu Milik
Shahid menunjukkan pakaian Cap Ayam keluarannya yang laris di serata negeri. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimOleh: Mohd Irsyadi Abu BakarPemilik Outlet Cap Ayam cawangan Pantai Timur, Shahid Yaakob,42, berhasrat memasarkan produk pakaian keluarannya di serata Terengganu supaya rakyat negeri ini mampu memiliki dan mengenakan jenamanya dengan harga yang murah."Harga barangan Cap Ayam yang terdiri daripada topi, baju, selipar dan beg bermula dari RM15 hingga ke RM50 yang mampu dimiliki semua," katanya ketika ditemui di Ekspo Terengganu 2018 pagi ini.Jenama Cap Ayam bermula pada 2003. Namun, pemasaran yang baik membantu ia terkenal di seluruh dunia."Kita dapat banyak permintaan dari luar negara. Produk ini adalah pencetus barangan berjenama pada harga mampu milik dalam Malaysia," katanya.Tambahnya, kerajaan negeri juga melihat potensi besar dalam perniagaan seperti Cap Ayam dan menggalakkan ramai anak muda Terengganu menceburi bidang ini.Selain itu, terdapat pelbagai dana bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan antaranya melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).
03 Mar 18
1178
EKSPO TERENGGANU 2018 : Snorky Cream Mula Dapat Sambutan
Fahimuddin menunjukkan produk Snorky Cream yang turut dijual sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimOleh : Mohd Irsyadi Abu Bakar Sebanyak 100 unit produk merawat dengkur, Snorky Cream,berjaya dijual di Ekspo Terengganu 2018, Kuala Nerus, sepanjang tujuh hari ini.Pengusaha produk berkenaan, Mohd Fahimuddin Ibrahim, 33 tahun berkata, ubat bagi merawat dengkur itu sudah bertapak dalam industri sejak 2015."Ini merupakan produk tempatan hasil kajian sahabat dan juga pemilik bersama, Nasiruddin Abdul Rahman, 33, berasaskan herba- herba tempatan," katanya.Anak kelahiran Kuala Terengganu ini memaklumkan sewaktu memulakan perniagaan, perusahaannya kurang mendapat sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat."Ini kerana sentimen masyarakat yang menganggap berdengkur adalah normal. Seawal berniaga juga kami tidak mendapat sambutan."Namun, kini kami boleh berpuas hati apabila jualan sudah mencecah 30,000 unit di pasaran menerusi atas talian,"katanya.Snorky Cream pernah mewakili Terengganu dalam Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Ayer Keroh, Melaka atas tajaan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).Perniagaan itu juga berkerjasama dengan Terengganu Fm untuk memperkenalkan produk di ekspo pada kali ini."YPU sangat banyak membantu pemasaran produk produk tempatan seperti kami. "Kami berharap akan lebih banyak agensi dapat membantu kami memberi pendedahan tentang bahaya dengkur sekaligus mengangkat produk anak Terengganu ini ke peringkat lebih tinggi," katanya.
03 Mar 18
452
EKSPO TERENGGANUN 2018 : Barangan Keperluan Murah, Menjimatkan
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak meninjau tapak Jualan Sentuhan Rakyat kira-kira 20 minit sambil beramah mesra dengan pengunjung yang datang seawal pagi untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah.Program selama dua hari anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Barang keperluan asas seperti telur, gula, minyak, ikan dan beras menawarkan potongan dari lima hingga 20 peratus termasuk tawaran istimewa sekilo daging lembu hanya dijual dengan harga RM25 berbanding dengan harga semasa RM30.Perdana Menteri tiba di tapak jualan itu dari TH Hotel dengan menaiki bas elektrik, My Bas MARA Liner. Rata-rata pengunjung ketika ditemui di tapak program jualan itu juga melahirkan rasa puas hati dan memuji usaha Kerajaan Persekutuan itu serta berharap program seumpama itu diteruskan pada masa akan datang.Seorang pengunjung terawal yang ditemui, Roslina Ramli , 42, surirumah yang berasal daripada Kuala Nerus menganggap program jualan itu sangat membantu meringankan beban rakyat."Sebenarnya saya datang ni sebab nak sambut Perdana Menteri(PM) tapi terjebak kat jualan ni sebab harga barang murah berbanding biasa."Sangat bagus program sebegini...tak perlu susah payah nak pergi beli kat lain..alang-alang dah ada semua barang keperluan dapur yang memang perlu dibeli setiap bulan ada di sini jadi saya beli terus dekat sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui.Nur Fatma Zahirah Jasni, 24, yang ditemui juga bersyukur dengan insentif Kerajaan Pusat yang berusaha mengurangkan bebanan dihadapi rakyat dalam berbelanja."Harga memang murah, sangat berpatutan dan menjimatkan... harganya jauh lebih murah daripada di pasar raya."Saya berterima kasih kerana program ini sedikit sebanyak memang membantu kami untuk membeli barang keperluan pada harga cukup murah."Macam hari ni, saya cuma habiskan lebih kurang RM100 untuk membeli telur, minyak, tepung, ayam dan sayur berbanding hari biasa RM130.Cuma kita harapkan, ia dapat diadakan dengan lebih kerap lagi kerana dapat mengurangkan bebanan rakyat yang kurang berkemampuan," katanya.
02 Mar 18
68
EKSPO TERENGGANU 2018: PM Saksi Pertukaran Empat Dokumen Projek Pembangunan Impak Tinggi
Wan Ahmad Rudirman membuat pertukaran dokumen bersama CEO CCC, Bai Yinzhan sambil disaksikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak menyaksikan pertukaran empat dokumen rasmi sebelum merasmikan Majlis Penutup Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Mengiringi beliau menyaksikan pertukaran-pertukaran tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Bagi segmen pertama, Mohd Najib menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Sdn Bhd (CCC) untuk menjayakan projek berimpak tinggi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Simbolik penyerahan dokumen perjanjian tersebut diwakili oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Dr Wan Ahmad Rudirman dari Terengganu Inc manakala MRL oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Sri Darwis Abdul Razak dan CCC pula oleh Pengarah Urusan Eksekutifnya, Bai Yinzhan.Segmen kedua pula menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman diantara Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Sri Jebasingam Issace John dan MRL pula oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Sri Darwis Abdul Razak.Majlis pertukaran dokumen tersebut adalah bagi kerjasama di antara ECERDC dan MRL menerusi program pembangunan modal insan ECERDC iaitu 'Empower ECER' yang akan memberi manfaat kepada para pelajar dari 49 sekolah sekitar stesen sepanjang laluan ECRL di Terengganu, Pahang dan Kelantan dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 1,350 orang.Manakala bagi segmen ketiga pula, Mohd Najib menyaksikan penerimaan Nota Surat Komitmen bagi membangunkan Terengganu International Industrial Park (TIIP) di atas tapak seluas 1,000 ekar di KM402, Lebuhraya Pantai Timur (Kuala Terengganu - Kuala Lumpur)Mukim Kuala Berang, Terengganu.Penyerahan tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LS Associates (SEA) Sdn Bhd, Maimunah Abu Bakar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Dalam segmen terakhir, Mohd Najib menyaksikan Majlis Penyerahan Dokumen/Surat Komitmen Oleh Pelabur Berpotensi Untuk Pembangunan Lembah Silika Terengganu kepada Wan Nawawi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Silika.Penyerahan pertama diserahkan daripada Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Kumpulan Petronas, Maliki Kamal M. Yasin bagi penyaluran dan pembekalan gas ke tapak Lembah Silika Terengganu.Seterusnya, Wan Nawawi menerima surat komitmen bagi pembangunan infrastruktur dari Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Jebasingam Issace John.Wan Nawawi turut menerima surat komitmen daripada Pengerusi Terengganu Industrial Mineral Group, Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud.Penyerahan terakhir dilakukan oleh Pengerusi Eksekutif Melewar Group, Tunku Dato' Yaacob Khyra Almarhum Tunku Tan Sri Abdullah sebagai 'Master Developer' bersama MB Incorporated bagi pembangunan Lembah Silika Terengganu.Selepas menyaksikan pertukaran empat dokumen tersebut, Mohd Najib sempat memotong pulut kuning sempena sambutan ulang tahun ECER yang ke-10.
02 Mar 18
334
EKSPO TERENGGANU 2018: Duyong Marina & Resort Tawar Perkhidmatan Ukiran Ais
Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu menyediakan perkhidmatan ukiran ais bagi pelbagai majlis keramaian, satu perkhidmatan yang sukar ditemui di Terengganu.Pengurus Operasinya, Sham Fadzli Yusof berkata, dengan tawaran harga yang bermula serendah RM200, pelbagai bentuk ukiran dapat dihasilkan bergantung kepada permintaan pelanggan.Katanya, kerana seni ukiran ais sangat sukar untuk diperolehi di Terengganu, pihaknya menjemput chef dari luar negeri yang mahir bagi hasil kerja tangan itu untuk menyertai Duyong Marina & Resort."Buat masa sekarang, ukiran ais semakin mendapat permintaan di kalangan rakyat Terengganu terutamanya untuk majlis-majlis perkahwinan."Dengan kemahiran yang ada pada chef kami, pelanggan mampu meminta pelbagai bentuk yang dikehendaki. Bagi harganya pula, ianya bermula dari RM200 sehingga RM1,000 sahaja bergantung kepada bentuknya," katanya kepada Teganukita, di Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Tambahnya, hotel itu juga turut menyediakan hadiah menarik kepada pengunjung bertuah iaitu pakej perkahwinan yang bernilai RM20,000.Selain itu, hadiah-hadiah lain turut tersedia kepada pengunjung iaitu pakej bulan madu di Duyong Marina & Resort selama tiga hari, dua malam bernilai hampir RM1,000, pakej sarapan pagi dan pelbagai lagi.Sementara itu, chef ukiran ais, Chef Afif Hakimi Lo berkata, dia melibatkan diri dalam bidang tersebut sejak 20 tahun lalu dan minatnya bermula ketika bekerja di dapur sejuk."Ketika itu saya bermula dengan ukiran buah dan kemudiannya baru mengorak langkah dengan ukiran ais yang lebih mencabar."Untuk menghasilkan ukiran ais, bongkah ais itu sendiri memainkan peranan yang sangat penting," katanya yang berasal dari Sarawak.Menurutnya, masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu ukiran antara 45 minit sehingga satu jam bergantung kepada bentuk dan saiz."Ukiran ais ini pula mampu bertahan antara dua hingga tiga jam selepas siap dibentuk bergantung kepada keadaan suhu di kawasan itu," katanya.
02 Mar 18
493
EKSPO TERENGGANU 2018: Hotel Permai Buka Peluang Dekorasi Kek
Lima pengunjung bertuah diberi peluang mendekorasi kek yang dianjurkan oleh Hotel Permai di Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.Hotel Permai, Kuala Terengganu membuka peluang kepada pengunjung untuk mendekorasi kek pada Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Pengurus Besar hotel tersebut, Noralizan Abd Rahman berkata program tersebut diadakan untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri cara mendekorasi kek.Katanya, pihak Hotel Permai mencari satu slot khas untuk bersama pengunjung dalam menunjukkan demonstrasi tersebut."Sebelum membuka peluang kepada pengunjung, pihak kami terdahulu menunjukkan cara untuk mendekorasi kek oleh chef di hotel kami."Kemudian, lima pengunjung bertuah di ekspo tersebut diberi peluang mencuba untuk mendekorasi kek tersebut mengikut kreativiti masing-masing," katanya kepada Teganukita.Tambahnya, lima pengunjung bertuah tersebut turut menerima saguhati daripada Hotel Permai manakala dua pemenang utama dalam mendekorasi kek itu pula menerima penginapan dua hari satu malam di Hotel Permai.Dalam pada itu, Noralizan berkata sepanjang ekspo tersebut berlangsung, lebih separuh daripada staf hotel berada di sini bagi menjayakan program-program yang disediakan oleh pihaknya."Di sebelah luar, kami sediakan 'booth' jualan makanan manakala di dalam pavilion pula disediakan 'booth' jualan produk serta untuk penerangan."Selain dari mengendalikan pelbagai program di Ekspo Terengganu 2018 ini, pihak kami juga terlibat dalam penyediaan makanan untuk disajikan kepada orang-orang kenamaan yang hadir ke sini," katanya.
01 Mar 18
159
EKSPO TERENGGANU 2018: Food Truck Chicken Cottage Jelajah Seluruh Terengganu
Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailFood Truck Chicken Cottage akan mengadakan siri jelajah ke seluruh Terengganu termasuk ke kawasan pedalaman sebagai usaha mempromosi jenama itu secara meluas kepada dalam tempoh terdekat.Perkhidmatan itu kini giat mengadakan promosi di Ekspo Terengganu 2018, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus bermula 25 Februari lalu sehingga 3 Mac ini dan mendapat sambutan luar jangkaan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, produk Kumpulan Terengganu Incorporated (TI Group) itu terus melebarkan sayap perniagaan dengan memperkenalkan perkhidmatan food truck.“Ketika ini, syarikat itu mempunyai dua food truck dengan nilaian keseluruhan RM140,000 dan akan mengadakan promosi secara bergerak ke seluruh daerah dalam tempoh terdekat dan kemungkinan juga akan ke luar Terengganu.“Berdasarkan rekod jualan harian, sambutan orang ramai terhadap produk ini sangat menggalakkan dan rata-rata pelanggan mengakui Chicken Cottage setanding dengan jenama terkenal lain,” katanya.
28 Feb 18
817