Artikel "Ekonomi" Terkini
Badan Korporat Perlu Contohi Petronas
Alias Kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak syarikat dan badan korporat untuk menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing bagi membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik di seluruh Terengganu.Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abdul Hamid berkata, semua badan korporat di Terengganu wajar mencontohi usaha syarikat minyak negara seperti Petronas yang banyak melakukan aktiviti kemasyarakatan dan menghulurkan bantuan melalui pelbagai program yang dirancang bersama komuniti.Katanya, inisiatif melalui program `Sentuhan Kasih Petronas' menjadi antara platform terbaik bagi menyatupadukan dan membina kesejahteraan di kalangan rakyat."Kita lihat pada program ini ramai golongan yang kurang bernasib baik telah dibantu oleh pihak Petronas dan mereka sendiri telah menyumbang tenaga dengan turun bersama-sama membantu kumpulan sasar berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Petronas di Kelab Golf dan Rekreasi Rantau Petronas, Kertih, Kemaman, kelmarin.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasek, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan M Hasnan Abdullah.Alias berkata, program seumpama itu perlu dilaksanakan setiap tahun, selain mengalu-alukan badan korporat yang lain untuk bergabung tenaga bagi merapatkan lagi ukhwah di antara syarikat dan penduduk setempat."Kecaknaan yang dilakukan oleh pihak Petronas amatlah disanjungi dan rakyat setempat merasai nikmat dari hasil pembangunan industri minyak yang dijalankan di bumi Terengganu ini dan ianya satu usaha yang murni," katanya. Alias (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.Alias berkata, Kemaman antara daerah tumpuan selain Dungun dan Kuala Nerus kerana dikenali sebagai daerah perindustrian dan pusat pengoperasian Petronas di negara ini."Sekurang-kurangnya masyarakat setempat di daerah ini dapat merasa sendiri nikmat hasil daripada pembangunan yang telah dilakukan di sini dan pihak Petronas selepas ini perlu mengadakan kerjasama dengan pemimpin kampung untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai golongan yang perlu dibantu,"katanya.Malah, bermula Mei hingga April 2019, Petronas turut memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan program `Sentuhan Kasih Petronas' sebagai tanda komitmen mereka sebagai sebuah syarikat minyak nasional yang sentiasa membantu golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini.
03 Jul 18
105
Projek Jagung Bijian Kampung Dadong Diteruskan
AliasKerajaan negeri akan meneruskan Projek Perintis Penanaman Jagung Bijian yang diilhamkan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek di Kampung Dadong, Ayer Puteh, Kemaman.Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abdul Hamid berkata, projek tersebut akan diteruskan kerana ianya menjadi sumber pendapatan kedua kepada penduduk kampung yang kebanyakannya mengusahakan tanaman padi di kawasan tersebut.Katanya, Kampung Dadong merupakan lokasi yang menjadi perintis kepada projek tersebut dan ianya mempunyai potensi yang besar untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai lembah jagung bijian satu hari nanti."Kita akan meneliti semula lokasi yang dijadikan tapak untuk projek tersebut kerana kawasan itu merupakan lokasi yang sering ditenggelami air setiap kali tibanya musim tengkujuh. "Kita akan berbincang dengan pihak Jabatan Pertanian berkenaan perkara ini dan saya dimaklumkan bahawa ada peruntukan untuk meneruskan projek ini namun kita menghadapi masalah kesesuaian tanah berikutan kawasan tersebut sering berlaku banjir," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Petronas di Kelab Golf dan Rekreasi Rantau Petronas, Kemaman, hari ini.Alias berkata, menjadi satu kerugian sekiranya projek itu diteruskan di kawasan yang sering ditenggelami air dan pihaknya perlu memikirkan untuk membangunkannya di kawasan yang sesuai sebagai kelangsungan projek tersebut."Seperti sedia maklum, negara kita masih lagi mengimport jagung bijian dari negara luar dan ianya melibatkan kos yang tinggi untuk membawa masuk bijian tersebut untuk menampung keperluan bagi industri penternakan di negara ini" katanya.Sementara itu Alias turut mengulas berkenaan sama ada untuk meneruskan satu lagi projek di Kampung Pasir Gajah iaitu Projek Lembah Pedaging yang turut diilhamkan oleh bekas menteri berkenaan.Menurutnya, pihaknya tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan projek tersebut dan perlu memperolehi perincian daripada Jabatan Veterinar sebelum mengambil tindakan dan membuat sebarang keputusan berhubung projek tersebut.
03 Jul 18
514
Lemang Valley Jadi Tumpuan Sepanjang Ramadan, Syawal
'Wilayah Lemang (Lemang Valley) di Kijal menjadi tumpuan pembeli dari dalam dan luar Kemaman.Apabila menyebut makanan tradisional Lemang, pasti ada yang terbayangkan kesedapan beras pulut yang dimasak di dalam buluh dan dibakar sehingga menimbulkan bau yang pasti akan menggamitkan sesiapa saja untuk menikmati juadah tradisional tersebut.Kebiasannya makanan tradisional ini ditemui ketika musim perayaan khususnya pada sambutan Aidilfitri dan dimakan bersama rendang atau kuah kari.Lemang Kijal sudah menjadi sebutan di kalangan pengunjung yang sering menggunakan laluan Kuantan - Kuala Terengganu dan akan singgah untuk menikmati keenakan makanan tradisional tersebut untuk dibawa pulang.Dikenali sebagai Wilayah Lemang, Lemang Kijal mempunyai peminatnya sendiri yang sanggup datang dari jauh semata- mata hanya untuk membeli makanan yang tersohor di Negeri Terengganu itu untuk juadah pada musim perayaan.Bagi peniaga, kehadiran pengunjung pada musim cuti sekolah dan musim perayaan menyebabkan mereka tidak menang tangan untuk menyediakan lemang untuk dijual berikutan permintaan pembeli yang meningkat setiap kali tibanya musim perayaan.Peniaga sedang sibuk menyediakan lemang untuk dijual Bagi Selamah Mohammad, 60, kehadiran musim perayaan terutamanya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan permintaan terhadap makanan tradisional tersebut meningkat sekali ganda berbanding hari-hari biasa. Peniaga berkenaan, Selamah Mohammad mengakui berasa sedikit letih disebabkan peningkatan jualan pada bulan Ramadan dimana pada hari biasa dia hanya mampu menjual sebanyak 50 ke 100 batang sahaja namun pada bulan puasa meningkat kepada 200 ratus batang sehari."Alhamdulillah, sepanjang bulan puasa pendapatan saya meningkat dan terpaksa menambah bilangan lemang kerana pembeli sudah mula membeli pada waktu tengahari dan pada sebelah petang lemang yang dijual sudah habis dibeli."Bukan saya sahaja, rakan-rakan peniaga lain juga turut merasai peningkatan hasil jualan pada bulan puasa ini dan kami sangat gembira kerana dapat meningkatkan pendapatan kami pada Ramadan ini," katanya.Bagi Abdul Hamid Talib, 63, mengakui tidak menang tangan menyediakan lemamg kerana permintaan untuk makanan tradisional itu meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa.Bagi Abdul Hamid Talib pula, dia gembira kerana dapat menambah pendapatan kerana pada kebiasannya dia hanya perlu menyediakan sebanyak lima kilogram beras pada hari biasa namun pada Ramadan dia terpaksa menyediakan 10 hingga 20 kilogram beras pada setiap hari."Alhamdulillah, memang jualan lemang setiap hari habis licin dibeli pengunjung, saya bermula pada pagi dan pada petang, kesemua lemang yang dijual habis dibeli dan terpaksa menambah bilangan lemang bila Aidilfitri semakin hampir," katanya.Sementara itu, bagi pengunjung pula keenakan Lemang Kijal memang dinantikan setiap kali pulang ke kampung halaman di samping harganya yang murah dan kualiti lemang yang terjamin.Seorang pekerja swasta, Hafizah Che Ali, 34, keenakan lemang tersebut memang diakui dan harganya yang murah menyebabkan dia sanggup membeli lemang tersebut untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah."Memang sedap la, tak ada lemang yang sesedap ini di kawasan lain."Di samping harganya yang murah dan bentuknya yang comel, memang ianya menjadi pilihan saya dan suami untuk membawanya pulang ke kampung untuk dimakan bersama keluarga, " katanya. Bagi Asraf Ismail, 34, keenakan lemang Kijal menyebabkan dia sanggup singgah setiap kali melalui kawasan tersebut untuk dibawa pulang ke kediamannya di Kuantan, Pahang."Lemang dia memang rasa lain macam sikit, tak sama dengan lemang yang ada di tempat lain. Memang lain rasa dia dan harga memang murah berbanding dengan di luar,"katanya.Permintaan terhadap Lemang Kijal dijangka meningkat menjadi tiga kali ganda pada sehari sebelum perayaan Aidilfiti berikutan semua perantau sudah mula pulang ke kampung halaman dan pasti akan singgah untuk membeli juadah yang terkenal di Negeri Terengganu sebagai juadah utama dinikmati bersama keluarga.
20 Jun 18
297
TDM Rekod RM448.8 Juta Hasil Pendapatan 2017
Ahli-ahli lembaga pengarah bersama Wan Nawawi (dua dari kanan) menunjukkan buku laporan tahunan TDM Berhad .Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKumpulan TDM Berhad kembali mencatatkan perkembangan positif dengan merekodkan hasil pendapatan sebanyak RM448.8 juta bagi kewangan berakhir 31 Disember 2017 (FY2017), peningkatan 4.7 peratus berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM428.5 juta.Pengerusi TDM Berhad, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, keuntungan sebelum cukai Kumpulan (PBT) pula melonjak 49 peratus kepada RM52.3 juta untuk (FY2017) daripada RM35.1 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.“Peningkatan dalam prestasi kewangan didorong oleh peningkatan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dan juga juala isirong yang lebih tinggi.“Dengan perkembangan positif ini, TDM akan membayar dividen sebanyak 0.5 sen untuk setiap saham biasa dengan jumlah anggaran RM8.3 juta.Bayaran ini selari dengan polisi dividen TDM di mana jumlah dividen adalah bersamaan dengan 36 peratus dari keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI)," katanya kepada pemberita di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan TDM Berhad kali ke-53 (AGM), di Hotel Primula Beach, hari ini.Menurut Wan Nawawi, pendapatan bahagian perladangan Kumpulan TDM meningkat sebanyak 7.9 peratus kepada RM265.3 untuk FY2017 daripada RM245.9 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.Tambahnya lagi, bahagian penjagaan kesihatan turut mencatatkan peningkatan sebanyak satu peratus kepada RM183.4 juta daripada RM182.7 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya di mana terdapat peningkatan jumlah pesakit yang mendapat rawatan di hospital-hospital bawah naungan TDM Berhad.“Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMDI), TDM mempunyai empat hospital pakar dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan yang mampu dinikmati pesakit (Secondary Specialist Community Hospital) iaitu Kuantan Medical Centre, Kuala Terengganu Specialist Hospital, Kelana Jaya Medical Centre dan Taman Desa Medical Centre.“KMDI turut bercadang untuk bekerjasama dengan PNB Commercial Sdn Bhd (PNBC) dalam usaha membangunkan sebuah hospital swasta yang berkapasiti berjumlah 100 buah katil di atas sebidang tanah milik PNBC bersebelahan dengan Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur dengan reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh KMDI dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020,” ujarnya.Wan Nawawi berkata, beliau percaya bahawa strategi yang disediakan akan memberi kesan pertumbuhan yang mampan bagi memastikan TDM sentiasa berada di landasan yang betul bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri.
23 May 18
243
Cari Pahala Di Bazar Ramadan
Hampir seminggu umat Islam di negara ini mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia.Bermakna, kira-kira seminggu juga para peniaga di bazar-bazar Ramadan di seluruh daerah mencari rezeki menjual juadah berbuka puasa.Di sinilah segala macam makanan dan juadah berbuka puasa dijual malah makanan atau kuih-muih yang pelik-pelik dan jarang-jarang ditemui pada hari biasa, boleh muncul pada bulan ini.Kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu pasti menggembirakan para peniaga di bazar Ramadan yang menganggap tempoh sebulan ini adalah masa untuk menambah pendapatan. Berbeza dengan peniaga, Latifah Mat Sidek, 58, meskipun mungkin terdapat peniaga lain menjadikan bazar Ramadan sebagai lubuk emas dengan mengambil kesempatan menjual juadah dengan harga tinggi bagi mengaut keuntungan lebih, tetapi dirinya masih menjual nasi bajet RM3 sebungkus.“Mak Cik jual harga sama sahaja, nasi putih bersama ayam goreng berempah, kuah kari, sambal belacan dan sedikit ulam hanya RM3 sebungkus. Selain lauk itu, ada juga lauk lain seperti ikan goreng, ayam masak berlada, gulai daging dan pelbagai lagi.“Menu setiap hari adalah berbeza. Jadi, mereka boleh pilih lauk lain juga, dengan harga bermula RM2 hingga RM5,” katanya yang berniaga nasi bajet di Bazar Ramadan Batu Burok.Pada hari biasa, dia menjual nasi tersebut berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman 1, Kuala Terengganu.Katanya, dia tidak gentar bersaing dengan peniaga yang meletakkan harga makanan yang jauh berbeza dengan dirinya kerana mengangap itu adalah rezeki masing-masing.“Setiap hari, mak cik sedia dalam kuantiti yang sedikit sahaja, dengan pelbagai menu. InsyaAllah, ada yang membeli. Selain dapat untung, boleh tambah pahala di bulan Ramadan,” katanya.
21 May 18
75
Suntikan RM28.9 Juta Untuk Usahawan Bumiputera Terengganu
Nawi (tengah) bergambar kenangan bersama usahawan Terengganu pada majlis berkenaan.Kerajaan memperuntukkan RM28.9 juta kepada usahawan Bumiputera negeri ini menerusi Program Peningkatan PKS Bumiputera sejak 2006.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar,Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, program itu bagi membantu mempercepatkan pembangunan usahawan Bumiputera negeri ini."Program BEEP ini sememangnya direka khas untuk memberi bantuan kepada usahawan Bumiputera dari segi perolehan mesin dan peralatan, perolehan persijilan dan pengurusan sistem kualiti, penjenamaan, pengiklanan dan promosi, pembungkusan dan pelabelan serta inovasi," katanya pada majlis penyampaian geran perniagaan kepada tujuh usahawan Terengganu di MGV Industries Sdn Bhd, Kawasan Perindusrian Gong Medang, Besut, hari ini.Turut hadir Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim.Nawi yang juga calon BN Hulu Besut berkata, sebanyak 246 syarikat milik Bumiputera mendapat manfaat daripada program yang diperkenalkan sejak 2006.Beliau berkata, Terengganu merupakan negeri yang menerima suntikan dana tertinggi selepas Melaka berjumlah RM23.85 juta, Pulau Pinang sebanyak RM18.08 juta dan Johor RM15.38 juta.Katanya, program Peningkatan PKS Bumiputera (BEEP) yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Terengganu berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya.Menurut Nawi, tumpuan utama pembiayaan kita pada tahun ini adalah syarikat-syarikat yang mempunyai nilai impak tinggi terutama dalam sektor pembuatan, sektor perkhidmatan profesional, minyak dan gas serta teknologi tinggi.Tambahnya lagi, walaupun pelbagai syarikat Bumiputera yang berjaya dilahirkan melalui program BEEP ini seperti syarikat MGV Industries Sdn Bhd dan Mutiara Ricemills Sdn Bhd di Besut, kerajaan tidak berhenti begitu sahaja malah sentiasa mencari keperluan bagi membantu usahawan PKS.Malah katanya, pada masa yang sama kerajaan sedang merancang pelbagai usaha yang boleh diambil untuk mempertingkatkan bidang keusahawanan bumiputera di negeri ini.
06 May 18
52
Penduduk Bandar Digalak Usahakan Pertanian Bandar
Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara digalakkan agar memanfaatkan ruang tanah yang terhad bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, masyarakat tidak seharusnya memikirkan pertanian hanyalah untuk kawasan luar bandar namun sebenarnya setiap ruang yang ada boleh digunakan bagi mengusahakan pertanian.“Hari ini saya ke Flat Desa Keluarga Kampung Fikri, Geliga Kemaman bagi tujuan pertanian dan saya percaya jika adanya kerjasama penduduk projek kebun komuniti bertambah baik.“Pihak kami akan membantu dan memastikan ianya berjaya serta dijadikan contoh di tempat-tempat lain,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Pertanian Bandar Penduduk di Flat Desa Keluarga Kampung Fikri, Kemaman, hari ini.Menurut Ahmad Shabery, beliau kagum dengan apa yang dihasilkan sesetengah kawasan yang teratur dan teliti dalam mengusahakan aktiviti pertanian berkenaan.“Ia juga melibatkan pemahaman bagaimana sistem perairan, fertigasi, membaja, tidak menggunakan baja bahan kimia dan konsep organik peringkat paling asas yang difahami oleh penduduk di sini.“Kegunaan air paip sangat merugikan kerana kos yang tinggi dan tidak sesuai untuk pertanian dan mereka menggukan air dalam tanah dan ada yang memahami konsep bagaimana cara menadah air hujan,” katanya.Ahmad Shabery berkata, di negara lain sudah mempraktikkan semua ruang dan dinding bagi mengusahakan penanaman secara menegak.“Saya percaya dalam ramai-ramai ada komuniti kecil yang menggunakan masa terluang mereka untuk menjalankan pertanian tersebut dengan menggunakan keluasan tanah yang terhad itu,” katanya.
05 May 18
132
Durian Malaysia Capai Piawaian Antarabangsa
Shabery meninjau Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman.Buah durian negara ini yang dieksport ke luar negara diperakui mencapai piawaian pemasaran antarabangsa yang ditetapkan dan bukannya durian pramatang.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, buah durian yang bakal dieksport itu adalah dari baka yang terbaik dan kualitinya memenuhi standard permintaan dari luar negara.“Sebagai contoh, pihak kementerian mengadakan perbincangan dengan kerajaan negara China yang sebelum ini mengiktiraf kemasukan durian dari negara Malaysia ke negara berkenaan.“Durian Malaysia begitu popular dan mendapat permintaan pasaran yang tinggi dari negara China dan justetru itu MoA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) akan sentiasa memastikan bekalan berkenaan memenuhi piawaian ditetapkan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman, semalam.Menurut Ahmad Shabery, Kerajaan Thailand memberi amaran kepada para pengusaha durian jika menjual buah durian pramatang dan mereka boleh dikenakan denda serta hukuman penjara sehingga tiga tahun. “Jika didapati bersalah, pengusaha terbabit boleh dikenakan denda sebanyak 60 ribu baht dan penjara tiga tahun,” katanya.
27 Apr 18
109
Kewangan Negara Kukuh
Oleh: Izzuan AhmadKedudukan kewangan negara yang agak kukuh menjadi bukti kerajaan dapat melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negara ini tanpa memohon pinjaman daripada pihak lain, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.Meurutnya, kewangan yang mencukupi juga membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai sumbangan untuk kepada rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1alaysia (BR1M) bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negara ini."Rakyat tidak perlu bimbang dengan tohmahan pelbagai pihak termasuk pembangkang yang mengatakan semua pemberian itu akan menyebabkan negara boleh menjadi muflis atau terpaksa membayar hutang pihak tertentu,"katanya.Beliau berkata demikian pada Program MOF Bersama Rakyat anjuran Jabatan Akuantan Negara Malaysia di Arena Merdeka, Dungun, semalam.Hadir sama, Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Osman Bakar.Lebih 5,000 penduduk Dungun hadir memeriahkan program tersebut yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Jualan Sentuhan Rakyat.Beliau berkata, perkembangan positif itu menyebabkan Perdana Menteri berani mengumumkan pelbagai projek pembinaan dan sumbangan kepada rakyat termasuk BR1M ekoran ekonomi negara sedang pesat berkembang."Jadi inilah hasil kerajaan kita pulangkan balik.. pemberian bantuan-bantuan yang diumumkan Perdana Menteri.. Kerajaan dah buat perkiraan dan kewangan kerajaan mencukupi untuk membina dan menjalankan program-program tersebut,"katanya.Menurut Irwan, beliau kesal dengan dakwaan pembangkang yang mengatakan negara terpaksa berhutang demi untuk memenuhi atau menarik sokongan rakyat ketika negara bakal berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi."Pembangkang seolah-olah terdesak untuk meraih simpati rakyat dengan menabur fitnah bagi meraih simpati rakyat untuk menyokong mereka. Rakyat sekarang sudah bijak untuk menentukan mana yang betul, mana yang salah,"katanya.Dalam perkembangan lain, beliau berkata projek Laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang sedang rancak pembinaannya di Terengganu bakal memberi limpahan pembangunan ekonomi kepada penduduk Pantai Timur.Irwan berkata, projek yang dijangka siap menjelang 2024 itu akan mewujudkan pelbagai pusat komersial yang bakal memberi peluang perniagaan kepada rakyat.
23 Apr 18
55
Sate Jabi Sejuk Beku Untuk Pasaran Lebih Luas
Ahmad Razif mengagihkan sumbangan kepada Kelab Ibu Tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri menggesa pengusaha sate di negeri ini terutama di Jabi, Besut mengeluarkan produk secara sejuk beku supaya dapat meluaskan pasaran sehingga ke luar Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kaedah berkenaan dilihat sangat berpotensi untuk memenuhi permintaan pasaran dan mampu menembusi hingga ke luar negara.Katanya, ini dapat dibuktikan apabila Terengganu Kitchen (T-Kitchen) mampu memasarkan lebih 50,000 paket nasi dagang dan keropok lekor ke pasaran antarabangsa sejak diperbaharui menjadi sejuk beku.“Produk tersebut kini boleh didapati di dua buah negara luar iaitu di Australia dan Singapura selain terdapat di Kuala Lumpur.“Saya juga difahamkan pengusaha sate dan otak-otak turut menambah baik keluaran menggunakan kaedah yang sama..Reaksi pelanggan terutama di Kuala Lumpur dan Johor sangat positif, kebanyakan mereka hanya membuat pesanan melalui dalam talian,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Pemimpin Bersama Rakyat di Jabi, Besut, semalam. Dalam pada itu, Ahmad Razif turut memberitahu, cadangan mahu memasarkan sate secara sejuk beku itu juga memerlukan kajian terperinci oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Katanya, konsep yang mahu diketengahkan adalah menggunakan resipi dan ramuan sama dan mengekalkan kualiti rasa walaupun diperbaharui menjadi sejuk beku.“Kerajaan serius mahu membantu pengusaha sate di negeri ini termasuk mereka yang mengusahakan secara-kecil-kecilan di rumah agar dapat menambah sumber pendapatan,”katanya.
16 Apr 18
110