lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Wan Omar Penuhi Citarasa Peminat Senjata Tradisional
Senjata Melayu yang mempunyai keunikan tersendiri dan masih  menggunakan kaedah tradisional dalam penghasilannya menjadi tumpuan pengunjung di Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Pengusahanya, Wan Omar Wan Mansor, 46, menghasilkan senjata dan sarung keris dari Ajil, Hulu Terengganu berkata, sejak dipamerkan bermula hari pertama, dia menerima tempahan lebih 50 jenis parang dan golok."Ini termasuklah sarung dan hulu keris dan kesemuanya bernilai lebih RM3,000. Ini tidak termasuk yang beli terus dekat ekspo ini..setakat ini sudah terjual lebih daripada 100 bilah yang bernilai RM4,000."Alhamdulillah, syukur dengan adanya ekspo ini dapat mempromosikan kemahiran yang saya ada "katanya ketika ditemui di tapak Ekspo Terengganu 2018.Wan Omar yang mula berjinak dalam industri pembuatan sarung keris sejak berumur 13 tahun setelah menguasai ilmu ini daripada seorang pembuat sarung keris ternama di Besut pada 2005."Saya mula belajar membuat sarung pada usia belasan tahun daripada pengamatan dengan orang-orang terdahulu. Pada peringkat awal bukan mudah, banyak yang perlu dipelajari selok-belok pembuatan sarung senjata ini."Sejak itu, minat dan kecintaan tegar kepada kehalusan seni ini telah  menguasai dunia saya hingga terdorong untuk memulakan bengkel pertukangan sendiri di rumah,"kata bapa kepada dua anak itu.Dengan modal RM250, kini beliau mampu tersenyum dengan hasil pendapatannya yang sudah mampu mencapai sehingga RM4,000 sebulan. Malah, apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidiladha pendapatannya boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan.Tambahnya, harga minimum sarung yang dijualnya bermula dari RM70 dan boleh mencecah RM2,500 bergantung kepada jenis, kualiti kayu serta ukiran yang dipesan oleh pelanggan.Wan Omar memasarkan produknya dalam talian seperti Facebook (wanjaja creative), pameran keusahawanan di bawah kraftangan,Yayasan Pembangunan Usahawan dan Risda serta pernah memasuki pasaran Singapura.Beliau boleh menghasilkan tiga bilah sarung setiap hari jika menggunakan mesin dan sebilah sahaja dalam masa dua hari jika menggunakan tangan sepenuhnya."Ini bergantung kepada permintaan dan tempahan pelanggan. Ada yang nak tradisional dan ada nak pembuatan moden tapi kalau ukiran tu banyak akan makan masa tiga hari."Ukiran ni pun banyak bentuknya seperti awan larat, cincang pukat, bunga ketumbit dan bunga pulut termasuklah pembuatan ukiran hulu keris yang agak rumit seperti kepala burung dan kepala kuda laut," katanya lagi.Bakat Wan Omar tidak hanya terhad kepada pembuatan sarung keris, parang, badik, lembing, kerambit dan golok tetapi juga paip tembakau pelbagai reka bentuk mengikut cita rasa tempahan pelanggan.Jelas beliau lagi, seorang pembuat sarung harus peka dan bijak dalam memilih jenis kayu yang sesuai dengan kehendak pelanggan."Ada lebih daripada 20 jenis kayu yang saya gunakan antaranya kayu kemuning, buey, macang hutan, sena dan ciku bagi memastikan ia berkualiti." Bekalan kayu ni saya beli dari orang asli di Kampung Chini, Pahang termasuklah dari kawasan Tasik Kenyir mengikut ketul. Harganya mengikut ukuran kaki dan boleh mencecah hingga RM300 bagi satu ketul (2 kaki setengah),"kata Wan Omar.
28 Feb 18
153
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Hotel Permai Tawar Harga Sajian Lebih Murah
Hotel Permai, Kuala Terengganu menawarkan beberapa hidangan kepada pengunjung di Ekspo Terengganu 2018 dengan harga istimewa yang jauh lebih murah sepanjang seminggu acara itu berlangsung.Pengurus Besarnya, Noralizan Abd. Rahman berkata, antara hidangan yang menjadi pilihan adalah nasi ayam kampung penyet yang dijual pada harga RM12 berbanding nilai sebenar RM20 di hotel, di samping, burger oblong serendah RM6 (harga sebenar RM18) dan spageti bebola daging (RM6).Katanya, terdapat juga pilihan lain seperti mi calong (RM6), teh tarik special (RM3) dan air pegaga 'permai wow' bernilai RM3."Kita dapat sambutan yang hebat, luar jangkaan malah hari ini dalam tempoh satu jam bermula pukul 10 pagi, nasi ayam kampung penyet Hotel Permai licin."Pada peringkat permulaan, sebanyak 40 ekor ayam disediakan dan kita terpaksa tambah lagi 60 ekor untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ramai," katanya kepada pemberita di tapak pameran Ekspo Terengganu 2018, hari ini.Menurut Noralizan, harga istimewa yang ditawarkan itu setanding dengan gerai jualan lain yang terdapat di ekspo menyebabkan pengunjung menyerbu gerai jualan mereka.Katanya, ekoran sambutan menggalakkan itu, pihaknya akan menggunakan 500 ekor ayam bagi keperluan hingga hari terakhir ekspo, dengan penambahan 200 ekor ayam.Tambahnya, selain jualan makanan, Hotel Permai menawarkan harga bilik bernilai RM99 termasuk sarapan pagi bagi pelanggan sepanjang ekspo berlangsung.
28 Feb 18
126
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Budu, Belacan Buatan Fatimah Laris
Pertama kali menyertai ekspo anjuran kerajaan negeri, Ekspo Terengganu 2018 membuka ruang uasahawan dari Kuala setiu untuk mengembangkan perniagaan industri desa seperti budu, belacan, ikan kering dan cuka nipah ke tahap lebih tinggi.Fatimah Che Long, 63, dari Kuala Setiu, berkata sejak hari pertama di ekspo, jualannya produk industri kecil dan sederhana (IKS) mendapat sambutan baik daripada pengunjung dan mampu mendapat pulangan hampir RM1,000 dalam satu hari."Makcik jual budu, belacan, ikan kering dan cuka nipah yang diproses sendiri di rumah secara berperingkat, jadi hasilnya tidak sama seperti kilang yang buat pukal."Alhamdulillah, tak sangka betul bila datang kat ekspo ni, pendapatan mak cik meningkat, mak cik dapat banyak tempahan dan ada yang berminat untuk menjadi pembekal...memang syukur sangat," katanya kepada pemberita ketika ditemui  di gerai jualannya di tapak ekspo di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Menurutnya, dia dikunjungi oleh beberapa peniaga yang berminat serta menawarkan diri untuk menjadi pembekal kepada produknya bagi pasaran tempatan dan luar negeri.Dia mengusahakan perniagaan itu dengan dibantu suami, Mat Ali Ismail, 66, yang juga seorang nelayan sejak lima tahun lalu kerana terlalu minat tambahan pula kerjaya suaminya memudahkan urusan pembuatan."Sebagai tambahan, makcik juga hasilkan anyaman tikar, lekar dan badang dari daun mengkuang yang didapati dari kawasan berdekatan."Suami makcik ni nelayan, jadi sumber asas seperti ikan tak perlu nak fikir lagi cuma sekarang dalam proses menjenamakan produknya supaya lebih menarik," katanya lagi.Fatimah berkata, penganjuran ekspo seperti ini banyak membantunya menjana pendapatan dan mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada kerajaan negeri sekali gus mahu mengambil peluang menyertai program seumpama itu lagi pada masa depan.
28 Feb 18
387
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Pendapatan RM10,000 Sebulan Ternak Ikan Sangkar
Bermula sebagai pekerja kilang kelapa sawit, kini Fauzi Idris, 43, mampu tersenyum lebar apabila meraih pendapatan mencecah RM10,000 sebulan hasil Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Sungai Como, Tasik Kenyir.Berasal dari Kampung Tapah, Hulu Terengganu, Fauzi bermula dengan empat sangkar pada tahun 2007 dan kini memiliki 60 sangkar ikan di samping dua kiosk jualan ikan sejuk beku dan salai di Sungai Gawi, Tasik Kenyir serta di Paka, Dungun.Dia berjaya membuktikannya dalam tempoh 10 tahun sahaja untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan diiktiraf sebagai antara peserta contoh program tersebut."Kalau dulu semasa kerja kilang saya cuma dapat gaji yang kecil iaitu RM900 sebulan  dan saya bermula dalam program ni secara berkelompok dengan peserta yang lain."Alhamdulillah, kini sangkar meningkat daripada empat kepada 60 dan antara spesies ikan adalah baung, tilapia, lampan serta keli,"katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pemberian dividen kepada 40 peserta program itu di Dataran Shahbandar sempena Ekpo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Sumbangan dividen disampaikan oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Zainal Abidin Mohamad.Tambahnya lagi, dengan bantuan dan bimbingan Jabatan Perikanan, dia memberanikan diri membuka kiosk jualan berikutan terdapat permintaan dalam pasaran.Projek itu merupakan sebahagian daripada Program Projek Berimpak Besar dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Januari 2007.Kini projek tersebut telah berjaya menghasilkan 150 tan metrik ikan pelbagai spesis dengan nilai RM4.4 juta setiap tahun.
27 Feb 18
311
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: TDM Perkenal Baja Organik TDMBIO
TDMBIO mula diperkenalkan kepada orang awam pada Ekspo Terengganu 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Anak syarikat Kerajaan Negeri, TDM Plantation memperkenalkan baja organiknya sendiri yang dinamakan TDMBIO sempena Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus selama tujuh hari bermula 25 Februari lalu.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Dato’ Mohamat Muda berkata, baja tersebut dihasilkan daripada proses 'composting' iaitu daripada tandan buah kelapa sawit yang diambil dari ladang-ladang milik TDM sendiri.Katanya, baja organik yang dihasilkan tersebut memberikan banyak kelebihan kepada tanaman tanpa memberi kerosakan kepada tanaman itu sendiri."Baja yang pihak kami hasilkan banyak memberikan kebaikan antaranya serapan air yang tinggi selain boleh menguatkan dan membaiki struktur tanah."Ianya juga mampu memberi nutrien yang cukup kepada tanaman itu sendiri dan mengurangkan bahan-bahan bukan organik yang ada," katanya kepada Teganukita.Tambahnya, baja itu kini dihasilkan di dua kilang yang terletak Padang Kubu, Kemaman dan Sungai Tong, Kemaman."Kami memulakan operasi menghasilkan baja ini bermula dari Jun tahun lalu."Dijangkakan dengan dua kilang ini, pihak kami boleh menghasilkan sehingga 60,000 metrik tan setahun," katanya.
27 Feb 18
319
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : TDM Perintis Biogas Pertama Di Malaysia
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail TDM Berhad  muncul syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama di Terengganu dan juga perintis di Malaysia yang memperkenalkan Biogas.Majlis Menandatangani Penerimaan Tawaran Projek Usahasama Penghasilan Biogas dan Penjanaan Kuasa Elektrik melalui perjanjian kerjasama `Build-Own-Operate-Transfer' (BOOT) Kumpulan TDM Berhad dengan syarikat Concord Alliance Sdn. Bhd. berlangsung di Dataran Shahbandar,  Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Tawaran tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TDM Berhad,  Dato’ Mohamat Muda  kepada Pengarah Eksekutif Concord Alliance Sdn Bhd,Datuk Khairuddin Tan Sri Mohd Hussin, dengan disaksikan Menteri Besar,  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi TDM Berhad, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Eksekutif Concord Alliance Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Seri Mohd Hussin Abd Hamid.Dato' Mohamat berkata, menerusi pemberian tawaran projek ini, projek pembangunan loji Biogas memperkenalkan konsep penukaran `waste to wealth' sisa buangan ke sumber pendapatan,di mana tenaga elektrik yg terhasil akan dijual kepada  Tenaga Nasional Berhad di bawah kuota Feed-in-Tariff (FIT) yang akan dipohon kelak daripada `Sustainable Energy Development Authority Malaysia' (SEDA).Katanya, loji biogas mengutamakan teknologi hijau dalam memastikan penjagaan alam sekitar yang mampan dan juga membantu mengukuhkan lagi sistem rawatan olahan kilang kelapa sawit yang sedia ada supaya tidak mencemarkan alam sekitar.“Pemberian tawaran ini adalah untuk di dua lokasi kilang-kilang kelapa sawit TDM Plantation Sdn Bhd di Kemaman dan Sungai Tong di Negeri Terengganu. Kos perbelanjaan keseluruhan projek Biogas Plant ini untuk dua kilang adalah dalam lingkungan RM38 juta, walau bagaimanapun TDM telah menggunakan konsep `BOOT' iaitu 'built, operate, own, transfer' di mana semua kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju dan peratusan daripada hasil keuntungan akan diagihkan kepada TDM setiap tahun mengikut perjanjian yang telah dipersetujui. Konsesi ini akan beroperasi selama 16 tahun dan selepas itu keseluruhan aset tersebut akan diserahkan kepada TDM secara  percuma,” katanya.Sementara itu, Wan Nawawi pula berkata, TDM telah merangka satu pelan peniagaan  jangka panjang yang mantap dalam usaha untuk menjadi satu pemain atau institusi utama dalam sektor perladangan di masa hadapan. "Sebagai pemegang sijil RSPO dan MSPO yang komited, TDM telah meluluskan pembinaan Biogas plant ini. Di samping menjaga alam sekitar, plant ini juga mampu menjana kewangan untuk syarikat bagi setiap jumlah tenaga elektrik yang disalurkan ke grid TNB. "Kedua-dua kilang kelapa sawit di Kemaman dan Sungai Tong mampu memproses buah kelapa sawit lebih 600,000 metrik tan setahun. Dari jumlah ini sebanyak 390,000mt sisa buangan cecair yang akan terhasil dan ini cukup untuk membekalkan gas methane bagi plant Biogas tersebut untuk penjanaan tenaga elektrik lebih daripada 4 megawat sejam,” katanya.Tan Sri Datuk Seri Mohd Hussin pula menjelaskan, TDM memberi tawaran projek kepada Concord Alliance Sdn Bhd dalam usaha ke arah penjagaan alam sekitar yang mampan, menjana pendapatan tambahan kepada syarikat, mewujudkan peluang pekerjaan bagi anak tempatan dan juga membantu membekalkan bahan untuk kegunaan kilang baja bio-organik TDM.“Kami melahirkan rasa gembira kerana TDM telah memilih Concord Alliance Sdn Bhd untuk projek usahasama ini. Kami akan membuktikan kepada TDM bahawa kami boleh melakukan dan menyampaikan apa yang kami janjikan. Sekiranya kita boleh melakukannya, Concord Alliance Sdn Bhd akan menjadi penyumbang utama dalam memudahkan pihak lain dan pihak berkepentingan, seperti badan pengawal selia seperti TDM, dalam mencapai Agenda Hijau Malaysia. Selain daripada pihak TDM, kami juga amat berterima kasih kepada pihak SEDA, TNB, Bioeconomy Corporation, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), MIDA, Instituti-institusi Perbankan MDV dan Hong Leong Bank, Malaysian Green Technology Corporation, Suruhanjaya Tenaga dan CGC di atas sokongan dan kepercayaan penuh kepada Kumpulan Concord sepanjang penglibatan kumpulan kami di dalam projek biogas dan harapan kami agar kerjasama ini akan dapat diteruskan bagi projek bersama TDM di kedua-dua lokasi tersebut”, katanya.Untuk rekod, inisiatif itu adalah sebahagian dan langkah permulaan yang diambil oleh TDM dalam merealisasi pelan perniagaan jangka panjang yang dirangka selaras dengan Model Transformasi TTB (Transformasi TDM Baharu) bagi Entry Point Project (EPP) yang ke-8 dari 40 EPP yang terdapat dalam Model TTB yang diperkenalkan oleh TDM pada 27 Februari tahun lalu.
27 Feb 18
347
Empty Image
ESKPO TERENGGANU 2018: Chicken Cottage Lakukan Promosi Agresif
'Food truck' yang digunakan oleh Chicken Cottage dalam mempekenalkan produk mereka kepada orang ramai. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Chicken Cottage di bawah kelolaan Kumpulan Terengganu Incorporated (TI Group) bakal mengadakan promosi secara lebih agresif sepanjang tahun ini bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang produk yang dihasilkan oleh mereka.Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TI Group, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata sebagai langkah permulaan, sebanyak dua buah 'food truck' telah mula diperkenalkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman semalam.Wan Ahmad Rudirman berkata 'food truck' tersebut akan diletakkan di ekspo sepanjang ianya berlangsung."Selepas pada itu, 'food truck' ini akan melakukan jelajah di kampung-kampung supaya semua rakyat dapat menikmati hidangan yang disediakan oleh Chicken Cottage."Ianya adalah selaras dengan apa yang diwark-warkan oleh Dato' Seri Ahmad Razif agar GLC memulakan langkah dengan menawarkan perkhidmatan kepada rakyat," katanya kepada Teganukita.Tambahnya, sebagai langkah promosi juga, Terengganu Inc telah mengagihkan 200,000 keping baucer Chicken Cottage kepada pengunjung bertuah.Katanya, baucer tersebut sah sehingga tiga bulan bermula dari 25 Februari dan ianya juga boleh digunakan di cawangan Chicken Cottage yang terletak di Ladang, Kuala Terengganu.Selain itu, produk Terengganu Kitchen (T-Kitchen) yang juga bernaung di bawah TI Group, Nasi Dagang Sejuk Beku turut mendapat sambutan memberangsangkan.Wan Ahmad Rudirman berkata,dalam tempoh dua bulan, sebanyak 20,000 paket nasi dagang tersebut telah dieksport ke luar negara."Kita mempunyai permintaan yang tinggi di London dan kerana itu pihak kami akan terus mengeksport nasi dagang ini ke bandar-bandar utama dalam negara tersebut," katanya.
25 Feb 18
170
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: TI Group Bawa Konsep Solidariti
Sebanyak 14 anak syarikat di bawah TI Group turut menyertai pameran di Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kumpulan Terengganu Inc (TI Group) mengetengahkan konsep solidariti dalam Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus selama tujuh hari bermula semalam.Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata, TI Group diberi kepercayaan mengumpulkan anak-anak syarikat bagi menyertai ekspo terbesar negeri julung kali diadakan itu.Katanya, sebanyak 14 anak syarikat di bawah TI Group turut diberi peluang berada di bawah pavilion yang dibahagikan kepada lima kluster utama."Lima kluster tersebut merangkumi 'plantation', 'oil and gas', 'hospitality', 'health care' dan 'natural resources'."Setiap kluster diwakili oleh anak-anak syarikat yang berkaitan dimana mereka mempamerkan aktiviti masing-masing selain bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada rakyat tentang TI Group sebagai GLC Terengganu," katanya kepada Teganukita, hari ini.Tambah Wan Ahmad Rudirman, di pavilion TI Group juga turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dinikmati serta dimanfaatkan pengunjung sepanjang ekspo tersebut.Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah roda impian, ramah mesra bersama selebriti, pemeriksaan kesihatan oleh pakar KTS, temuduga kerjaya dan banyak lagi.Selain itu, pengunjung-pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan di pavilion TI Group.
25 Feb 18
110
Empty Image
Pasar Tani Mesra Rakyat Tawar Harga Murah Sehingga 20 Peratus
Ahmad Razif sempat meluangkan masa mengunjungi gerai jualan sayur-sayuran pada Pasar Tani Mesra Rakyat Gong Badak, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pasar Tani Mesra Rakyat yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menawarkan pengurangan harga barangan komoditi dari lima hingga 20 peratus.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif FAMA berjaya membuka satu lagi konsep untuk menyediakan jualan harga patut kepada rakyat.Katanya, perkara paling penting adalah barangan yang dijual tersebut tidak melibatkan orang tengah dan ianya ditawarkan terus kepada pengguna."Jadi kerana itu ia dapat menawarkan barangan dengan harga yang lebih murah dan satu lagi yang saya nampak tadi ada juga konsep 'tabaruk' iaitu menderma kemudian diagihkan kepada orang yang memerlukan."Saya haraplah 'tabaruk' ini dapat dikembangkan. Bagi orang yang berkemampuan masa inilah mereka boleh menghulurkan bantuan melalui menderma barangan-barangan yang terpakai," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Pasar Tani Mesra Rakyat Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Saleh dan Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail.Pada program tersebut, beberapa pengisian lain telah dilakukan oleh pihak FAMA yang melibatkan pengurangan harga barangan seperti Jimat Belanja Dapur (JBD), Jualan My Best Buy serta penglibatan usahawan Karavan Tani.Bagi JBD, ianya menawarkan pengurangan harga jualan lima hingga 20 peratus barangan komoditi seperti barangan runcit, ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.Manakala My Best Buy pula menawarkan harga jualan lima hingga 20 peratus lebih menjimatkan bagi komoditi barangan kawalan seperti minyak masak, tepung gandum dan gula.
24 Feb 18
756
Empty Image
Bank Islam Perkenal Kad Bank Terengganu FC
Pemain Terengganu FC menunjukkan Kad Bank Debit-i Visa Terengganu FC yang mula diperkenalkan oleh Bank Islam bermula hari ini. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.Bank Islam Malaysia Berhad memperkenalkan Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC dalam usahanya menyokong sukan bola sepak negara.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata tujuan kad tersebut diperkenalkan adalah bagi menyemarakkan lagi sokongan peminat bola sepak Terengganu terhadap pasukan-pasukan negeri.Katanya, melalui penjenamaan bersama dengan pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan serta negeri sepanjang 2016 dan 2017, Bank Islam telah berjaya mengagihkan insentif berjumlah lebih RM9 juta kepada pasukan yang terlibat."Dengan setiap kad yang dikeluarkan dan diperbaharui, Bank Islam akan menyalurkan sumbangan RM2.00 kepada Terengganu FC untuk membantu meningkatkan lagi sukan bola sepak yang akan melahirkan pemain 'superstar' dan membawa nama Terengganu ke tahap lebih tinggi."Setakat ini, jumlah kad Debit-i Bank Islam Visa telah mencecah 3.3 juta dan angka ini akan terus meningkat lebih-lebih lagi dengan pelancaran kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC, pada hari ini" katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC 'Peteh Terengganu Peteh' di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Setiausaha Agong Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Tambahnya, pihak Bank Islam mensasarkan 50,000 Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC akan dikeluarkan sepanjang tahun ini.Terengganu FC merupakan kerjasama ketujuh dilakukan oleh Bank Islam. Sebelum itu, pihaknya telah melakukan kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelantan Football Association (KAFA), Pahang Football Association (PFA) , Kedah Football Association (KFA), Selangor Football Association  (FAS) dan Melaka United Soccer (MUSA).Sementara itu, Wan Nawawi berkata inisiatif yang diambil oleh Bank Islam adalah satu perkara yang amat baik dalam membantu persatuan-persatuan bola sepak negeri di Malaysia.Katanya, dengan adanya kad tersebut ianya boleh menjadi salah satu cara promosi kepada Terengganu FC dengan terteranya logo pasukan serta tertulis 'tagline' Peteh Terengganu Peteh.
14 Feb 18
820