Berita :
'Jalan lecoh kini jadi jalan tar' - Dr Azman
'Jalan lecoh kini jadi jalan tar' - Dr Azman
Hidayah Azlin
2 jam yang lepas
52

BESUT, 15 Jun – Kerajaan negeri membuktikan komitmen berterusan dalam membela kebajikan rakyat luar bandar apabila projek menaik taraf jalan kampung daripada jalan tanah merah yang lecak kepada jalan berturap tar kini siap sepenuhnya di Kampung Anak Ikan Dalam, Jabi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, usaha murni itu merupakan sebahagian daripada rutin biasa bagi memastikan jaringan perhubungan penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat.

"Jalan lecak kita ubah jadi jalan tar. Ianya tak susah, hanya rutin biasa sahaja," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Azman turut menitipkan pesanan kepada seluruh penduduk, khususnya golongan muda di kampung tersebut, agar memanfaatkan kemudahan baharu itu dengan sebaik mungkin dan bertanggungjawab.

Beliau memberi peringatan tegas namun dalam nada berseloroh agar laluan yang baru diturap itu tidak disalah gunakan sebagai litar perlumbaan motosikal haram.

"Warga Kampung Anak Ikan Dalam Jabi, pakat guna pakai dengan baik semua. Adik-adik kita jangan buat litar berlumba motor. Pok Cik Man sayang belaka," ujarnya.

Tinjauan mendapati rata-rata penduduk menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan wakil rakyat mereka yang sentiasa peka dengan masalah infrastruktur di peringkat akar umbi.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan