lightning-solid
Berita :
Banjir : Terengganu Siap Siaga Pastikan Pelajar Lancar Duduki Peperiksaan
Banjir : Terengganu Siap Siaga Pastikan Pelajar Lancar Duduki Peperiksaan
Mohd Irsyadi Abu Bakar
7 jam yang lepas
46

KUALA TERENGGANU, 28 Oktober - Cakna akan tarikh peperiksaan awam yang berlangsung pada musim Monsun Timur Laut (MTL), Kerajaan Terengganu bersiap siaga dalam memastikan pelajar-pelajar di negeri itu dapat menjalani peperiksaan dalam suasana dan keadaan yang baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan Terengganu melihat pendidikan adalah pelaburan jangka masa panjang yang terbaik untuk membina masa depan negeri dan negara yang makmur, justeru pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan ia sentiasa menjadi keutamaan.

"Dalam hal ini, kerajaan negeri akan sentiasa berhubung rapat dengan semua pihak-pihak berkaitan seperti jabatan pendidikan dan jabatan kesihatan di peringkat negeri, pejabat-pejabat daerah termasuklah agensi terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan sebagainya. 

SYA_5077.jpg 876.98 KB
"Saya yakin, kita bersiap sedia dan akan melakukan yang terbaik agar semua pelajar-pelajar, sekiranya berlaku sesuatu pada musim tengkujuh ini kita akan dapat laksanakan tindakan yang cepat untuk memberi peluang kepada para calon untuk meneruskan peperiksaan walaupun berada dalam situasi buruk yang terjadi pada waktu itu.

"Kerajaan negeri akan berkerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kelancaran proses peperiksaan berlangsung dengan baik, insya-Allah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan 'one-off' kepada seramai 3,882 calon peperiksaan awam Malaysia bagi daerah Kuala Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini.

Majlis penyerahan menerusi Yayasan Terengganu itu melibatkan RM388,200 kepada 23 sekolah di daerah terbabit.

SYA_4789.jpg 938.69 KB
Untuk makluman, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 3 hingga 6 November ini dimulai dengan ujian lisan Bahasa Melayu, ujian lisan Bahasa Inggeris (10-13 November), diikuti ujian amali Sains (17-18 November) dan ujian bertulis (25 November- 23 Disember).

Manakala, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi Semester Tiga akan berlangsung pada 9 hingga 18 Disember.

Bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula akan dijalankan pada 12 hingga 24 November.





Artikel Berkaitan