Artikel "Pendidikan" Terkini
Banjir : Terengganu Siap Siaga Pastikan Pelajar Lancar Duduki Peperiksaan
KUALA TERENGGANU, 28 Oktober - Cakna akan tarikh peperiksaan awam yang berlangsung pada musim Monsun Timur Laut (MTL), Kerajaan Terengganu bersiap siaga dalam memastikan pelajar-pelajar di negeri itu dapat menjalani peperiksaan dalam suasana dan keadaan yang baik.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan Terengganu melihat pendidikan adalah pelaburan jangka masa panjang yang terbaik untuk membina masa depan negeri dan negara yang makmur, justeru pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan ia sentiasa menjadi keutamaan."Dalam hal ini, kerajaan negeri akan sentiasa berhubung rapat dengan semua pihak-pihak berkaitan seperti jabatan pendidikan dan jabatan kesihatan di peringkat negeri, pejabat-pejabat daerah termasuklah agensi terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan sebagainya. SYA_5077.jpg 876.98 KB"Saya yakin, kita bersiap sedia dan akan melakukan yang terbaik agar semua pelajar-pelajar, sekiranya berlaku sesuatu pada musim tengkujuh ini kita akan dapat laksanakan tindakan yang cepat untuk memberi peluang kepada para calon untuk meneruskan peperiksaan walaupun berada dalam situasi buruk yang terjadi pada waktu itu."Kerajaan negeri akan berkerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kelancaran proses peperiksaan berlangsung dengan baik, insya-Allah," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan 'one-off' kepada seramai 3,882 calon peperiksaan awam Malaysia bagi daerah Kuala Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini.Majlis penyerahan menerusi Yayasan Terengganu itu melibatkan RM388,200 kepada 23 sekolah di daerah terbabit.SYA_4789.jpg 938.69 KBUntuk makluman, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 3 hingga 6 November ini dimulai dengan ujian lisan Bahasa Melayu, ujian lisan Bahasa Inggeris (10-13 November), diikuti ujian amali Sains (17-18 November) dan ujian bertulis (25 November- 23 Disember).Manakala, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi Semester Tiga akan berlangsung pada 9 hingga 18 Disember.Bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula akan dijalankan pada 12 hingga 24 November.
10 jam yang lepas
50
Pelajar Pondok Jadi Jurutera
KEMAMAN, 23 Oktober - Kisah Ahmad Bahauddin Kamal Bahrin,26, atau lebih mesra dipanggil Baha boleh dijadikan inspirasi kepada pelajar pondok apabila berjaya menjadi seorang jurutera minyak dan gas.Segala-galanya bermula apabila anak kelahiran Kemaman itu yang pada awalnya menuntut di Pondok Pengajian Agama Pulau Pinang membuat keputusan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Darul Huffaz Tati Skill anak syarikat Kolej Universiti TATI pada usia 21 tahun apabila, sekali gus merintis peluang kepadanya untuk menjadi seorang jurutera.Kejayaan cemerlang dalam SPM telah membuka jalan untuk beliau melanjutkan pelajaran ke Asasi Kejuruteraan di UC TATI sebelum menyambung ke Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembuatan dan turut dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam program tersebut."Saya belajar bahawa ilmu tidak pernah mengenal usia. Apa yang penting, ada kemahuan dan sokongan daripada pensyarah yang sentiasa membimbing," ujarnya ketika ditemui selepas menerima berita pelantikannya sebagai 'Project Engineer dalam Indutsri Oil & Gas, baru-baru ini.Katanya, apa yang dilalui dalam dunia pendidikan tidak mudah namun segala halangan ditempuhi dengan penuh semangat .Antara ujian yang terpaksa dilaluinya semasa menduduki peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), adalah kehilangan ibunya.Namun, halangan berjaya ditempuh dan dibuktikan bahawa, sekalipun bermula sebagai pelajar agama tanpa asas teknikal, dia berupaya menjadi pelajar terbaik di UC TATI.Dalam pada itu,Rektor UC TATI, Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid berkata, kejayaan Baha itu boleh dijadikan inspirasi kepada ramai pelajar khususnya mereka yang datang daripada aliran agama dan pondok.Jelasnya, kisah Baha itu juga menjadi bukti bahawa UC TATI bukan sekadar institusi agama tetapi membina manusia yang berjiwa besar."Kami percaya setiap pelajar ada potensi luar biasa, tugas kami adalah membentuk mereka menjadi insan berilmu, berakhlak dan berdaya saing seperti Baha yang kini menjadi contoh graduan yang berjaya dalam dunia kejuteraan,"katanya.
23 Oct 25
936
Perkasa Institusi Pondok Dan Pengajian Turath
Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan komitmen berterusan untuk memperkasakan institusi pondok dan pengajian turath sebagai benteng utama dalam melahirkan, membentuk akhlak serta jati diri generasi muda negeri ini.
22 Oct 25
83
UC TATI Perkukuh Ekosistem Inovasi TVET, Selaras PITAS 2030
KUALA TERENGGANU, 21 Oktober - Usaha Kolej Universiti TATI (UC TATI) memperkukuh peranan sebagai institusi pendidikan tinggi teknikal negeri Terengganu melalui lawatan akademik ke Jepun pada awal Oktober yang lalu disifatkan selari dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS).
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, kerana melalui pelan strategik negeri Terengganu itu antara perkara yang ditekankan adalah pembangunan modal insan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai Islam.
"Apabila pelajar TVET (pendidikan dan latihan teknikal) berupaya mencipta dan berinovasi, ia bukan sahaja memperkukuh UC TATI, tetapi juga membuka peluang eknomi baharu untuk rakyat Terengganu," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lebih lanjut, beliau berkata apa yang bermakna delegasi Terengganu telah didedahkan dengan pengalaman Jepun dalam memupuk budaya 'Science driven innovation'.
Dalam pada itu Satiful berkata, dalam kunjungan ke negara terbabit pihak UC TATI, Leave A Nest Japan dan Hadid Group yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).
"Di mana 'Leave A Nest' akan menyediakan bimbingan dan akses kepada rangkaian inovasi Jepun, Hadid Group akan menyokong pembangunan industri dan komersialisasi produk pelajar.
"Manakala UC TATI, akan berfungsi sebagai hub pelaksanaan program yang mengabungkan TVET dengan keusahawanan teknologi," katanya.
21 Oct 25
172
Pelajar Perempuan Jangan Bersendirian, Langkah Awal Elak Tragedi - Maliaman
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim, menasihati pelajar khususnya pelajar perempuan agar tidak bergerak bersendirian walaupun dalam kawasan sekolah, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kes jenayah seksual di institusi pendidikan.
14 Oct 25
77
Lebih 1,500 Pelajar Hulu Terengganu Terima Bantuan One-Off Yayasan Terengganu
Lebih 1,500 calon peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di daerah Hulu Terengganu menerima manfaat daripada Bantuan One-Off Yayasan Terengganu (YT) bagi membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan serta memberi suntikan semangat menjelang musim peperiksaan.
14 Oct 25
78
Terengganu Salur Bantuan RM1.99 Juta Buat Calon Peperiksaan Awam
Kerajaan Terengganu terus komited memperkukuh masa depan pendidikan negeri dengan menyalurkan bantuan one-off berjumlah RM1.99 juta kepada 19,932 calon peperiksaan awam di seluruh negeri sebagai dorongan semangat menjelang peperiksaan tahun 2025.
07 Oct 25
77
Terengganu Salur Bantuan RM1.99 Juta Buat Calon Peperiksaan Awam
KUALA NERUS, 6 Oktober – Kerajaan Terengganu terus komited memperkukuh masa depan pendidikan negeri dengan menyalurkan bantuan one-off berjumlah RM1.99 juta kepada 19,932 calon peperiksaan awam di seluruh negeri sebagai dorongan semangat menjelang peperiksaan tahun 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, inisiatif di bawah Yayasan Terengganu itu mencerminkan keprihatinan dan kebersamaan kerajaan negeri dalam memastikan calon peperiksaan SPM, STPM dan STAM bersedia menghadapi cabaran akademik dengan penuh keyakinan dan iltizam.
"Program ini salah satu usaha untuk membuktikan kebersamaan kita bersama-sama dengan calon peperiksaan SPM, STPM dan STAM supaya mereka mempersembahkan yang terbaik untuk peperiksaan serta memperoleh keputusan cemerlang nanti.
"Itu doa kami daripada pihak kerajaan negeri kepada semua calon-calon yang terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Majlis Penyampaian Bantuan One-Off kepada Calon Peperiksaan Awam Negeri Terengganu Tahun 2025 peringkat Kuala Nerus, di sini, hari ini.
Menurutnya, seramai 2,605 calon daripada 17 buah sekolah menengah di daerah Kuala Nerus turut menerima bantuan pendidikan berjumlah RM260,500 dengan kadar RM100 seorang, melibatkan 2,424 calon SPM, 169 calon STPM dan 12 calon STAM.
"Gunakanlah bantuan bernilai RM100 ini secara bijaksana dan bertanggungjawab.
"Ia bukan sekadar bantuan kewangan semata-mata, tetapi tanda kasih serta dorongan moral agar anda lebih bersemangat menghadapi detik penting ini," tambahnya.
Hishamuddin turut menzahirkan harapan agar semua calon menjadikan peperiksaan yang bakal diduduki sebagai langkah awal membina masa depan yang lebih cemerlang dan bermakna.
"Jadikanlah peperiksaan ini sebagai permulaan ke arah menara gading serta kehidupan yang gemilang.
"Ingatlah, setiap kejayaan anda adalah hadiah paling berharga buat ibu bapa dan guru yang tidak pernah jemu berkorban demi memastikan anda berjaya," ujarnya.
Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan awam di negeri ini agar terus melangkah dengan penuh keyakinan dan membawa nama Terengganu sebagai negeri yang unggul dalam kecemerlangan pendidikan.
06 Oct 25
509
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Sambutan 100 Tahun SMK Sultan Sulaiman
Sejarah penuh makna terpahat di bumi Darul Iman apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) dalam majlis penuh istiadat yang berlangsung di Dataran Perdana sekolah berkenaan.
05 Oct 25
50
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Sambutan 100 Tahun SMK Sultan Sulaiman
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober – Sejarah penuh makna terpahat di bumi Darul Iman apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) dalam majlis penuh istiadat yang berlangsung di Dataran Perdana sekolah berkenaan, hari ini.
Keberangkatan baginda disambut dengan penuh penghormatan, diiringi oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, serta Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan paduka-paduka anakanda.
Majlis bertambah seri dengan kehadiran Tengku Seri Bijaya Raja, Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nara Setia, serta Penasihat Undang-Undang Negeri, Nawawi Ismail.
Acara dimulakan dengan persembahan pancaragam SMKSS, diikuti tarian selamat datang oleh penari Sutra Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, dan persembahan silat oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
Sejurus selepas itu, Tengku Seri Bijaya Raja mempersembahkan ucapan aluan, sebelum majlis diserikan dengan titah ucapan perasmian oleh Sultan Mizan.
Usai bertitah, baginda berkenan menyempurnakan gimik perasmian dengan paluan gong, diiringi Yang Di-Pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail, sebagai simbolik bermulanya lembaran baharu perjalanan kecemerlangan SMKSS dalam abad kedua penubuhannya.
Majlis diteruskan dengan keberangkatan baginda menanam sepohon pokok Majesty Palm, tanda kelangsungan warisan pendidikan yang subur sepanjang zaman. Baginda kemudian berkenan melawat Galeri Junjungan Setangi yang memaparkan perjalanan sejarah 100 tahun SMKSS, sebelum berangkat ke majlis santapan diraja.
02 Oct 25
1438