Berita :
136 Penerima Terima Bantuan TDM Bersama Masyarakat DUN Langkap
136 Penerima Terima Bantuan TDM Bersama Masyarakat DUN Langkap
Ariss Alias
7 jam yang lepas
96

SETIU, 19 Mei -Seramai 136 penerima terpilih menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas menerusi Program TDM Bersama Masyarakat yang berlangsung di DUN Langkap hari ini.

Program berkonsepkan kemasyarakatan itu dianjurkan bagi menyantuni masyarakat setempat khususnya golongan kurang bernasib baik, asnaf dan mereka yang memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof merakamkan penghargaan kepada TDM khususnya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Haji Najman Kamaruddin atas pemilihan DUN Langkap sebagai lokasi penganjuran program tersebut.

"Penganjuran program berkenaan dilihat sebagai bukti komitmen TDM Berhad selaku salah satu anak syarikat kerajaan negeri dalam menyokong usaha kebajikan dan sosial masyarakat selain memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.

"Terima kasih kepada pasukan TDM, PKM ADUN & i-MiTS Langkap, MAIDAM serta pertubuhan bukan kerajaan Langkap Care dalam memastikan perjalanan majlis berjalan lancar dan teratur, "katanya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan