Berita :
Tradisi Gulai Kambing Suntik Semangat Pesawah Baruh Padang Lengkuas Mula Musim Kedua
Tradisi Gulai Kambing Suntik Semangat Pesawah Baruh Padang Lengkuas Mula Musim Kedua
Hidayah Azlin
1 jam yang lepas
42

SETIU, 6 Julai – Menjelang bermulanya musim kedua penanaman padi bagi tahun ini, para pesawah di Baruh Padang Lengkuas, Jabi, di sini diraikan dalam satu suasana penuh tradisi dan muafakat sebelum turun ke bendang.

Bagi menyuntik semangat dan mengeratkan silaturahim sesama komuniti tani, satu jamuan tradisi hidangan gulai kambing telah diadakan sebagai simbolik kesyukuran dan doa selamat bagi kelancaran musim baharu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, persediaan bagi menghadapi musim kedua ini menuntut komitmen yang tinggi daripada para pesawah demi memastikan kelangsungan keterjaminan makanan negeri.

"Pesawah di Baruh Padang Lengkuas Jabi nak mula turun ke baruh bagi penanaman padi musim kedua tahun ini. Apa kira pun, kita jamu gulai kambing dulu," katanya.

Amalan berkumpul dan menikmati hidangan bersama sebelum bermulanya kerja-kerja membajak dan menanam merupakan tradisi turun-temurun yang masih subur dalam kalangan masyarakat tani di Terengganu, khususnya di daerah Besut.

Selain menjadi platform bertukar pandangan mengenai pengurusan tanaman, program santai seperti ini turut memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti pesawah setempat dalam memastikan hasil padi yang optimum bagi musim ini.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan