lightning-solid
Berita :
TOD ECRL Buka Peluang Perumahan, Mobiliti Dan Ekonomi Di Terengganu
TOD ECRL Buka Peluang Perumahan, Mobiliti Dan Ekonomi Di Terengganu
Ahmad Zaeem Zainudin
8 jam yang lepas
110

DUNGUN, 3 Februari - Pembangunan Transit Oriented Development (TOD) di sepanjang jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat Terengganu khususnya dari segi perumahan, mobiliti dan peluang ekonomi, apabila projek itu mula beroperasi kelak.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, pembangunan TOD dirancang secara menyeluruh dan berperingkat bagi memastikan rakyat dapat menikmati manfaat sebenar apabila keseluruhan komponen siap sepenuhnya.

SYA_7240.JPG 6.38 MB
"Bagi saya, rakyat akan melihat atau bila pembangunan yang dirancang di sini dapat disempurnakan sebagaimana perancangan awal," katanya ketika ditemui selepas lawatan rasmi ke Tapak TOD ECRL Kampung Batu Tujuh, Dungun.

Beliau berkata, pembangunan di kawasan TOD merangkumi pelbagai komponen termasuk perumahan, industri ringan dan komersial yang akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

"Kalau ikut perancangan pelan yang kita buat di sini, kita ada pembangunan-pembangunan yang bercampur. Ia merangkumi perumahan, kawasan-kawasan 'light industry', komersial dan sebagainya," jelasnya.

Menurut Azmi, apabila kesemua komponen tersebut siap sepenuhnya, rakyat akan menikmati kemudahan pengangkutan yang lebih efisien termasuk perjalanan jarak jauh.

SYA_7150.JPG 6.87 MB
"Bila komponen-komponen ini lengkap, manfaatnya rakyat akan menikmati daripada situlah. Terutamanya dari segi perumahan dan kemudahan pengangkutan penduduk Dungun ke Kuala Lumpur dan sebagainya," katanya.

Selain itu, kemudahan kargo yang bakal disediakan menerusi ECRL turut memberi manfaat kepada industri sedia ada di kawasan sekitar.

"Industri-industri yang sedia ada di sini, industri di Paka, industri Batu Tujuh dan sebagainya boleh menggunakan kemudahan gudang kargo yang ada di sini nanti," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan TOD yang dilaksanakan lebih awal adalah penting bagi memastikan pelabur berminat untuk melabur serta menjamin kelangsungan pembangunan ekonomi setempat apabila ECRL mula beroperasi.


Artikel Berkaitan