lightning-solid
Berita :
Terengganu Wujud Jaringan Sokongan Rumah ke Rumah Bantu Pesakit Kanser Payudara
Terengganu Wujud Jaringan Sokongan Rumah ke Rumah Bantu Pesakit Kanser Payudara
Rohayati Ripin
3 jam yang lepas
42

KUALA TERENGGANU, 1 November – Dalam usaha memperkukuh semangat juang pesakit kanser payudara, Kerajaan Negeri Terengganu muncul sebagai negeri pertama memperkenalkan jaringan sokongan komuniti rumah ke rumah bagi membantu pesakit yang terpinggir dan mengalami tekanan emosi.

Inisiatif di bawah kempen Mega Pink Oktober Terengganu 2025 itu dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), NGO SAMO serta pihak hospital bagi mendekati pesakit kanser payudara.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Zuraida Md Noor berkata, program itu diwujudkan selepas pihaknya mendapati ramai pesakit kanser yang menyendiri, kemurungan dan enggan bergaul dengan masyarakat akibat tekanan emosi selepas disahkan menghidap penyakit tersebut.

“Insya-Allah, selepas ini kami akan bekerjasama dengan Terengganu Breast Cancer Support Group (SAMO), iaitu sebuah Badan Bukan Kera aan (NGO) yang terdiri daripada pesakit sendiri.

"Kami turun padang, pergi rumah ke rumah kerana pesakit ini biasanya akan ‘down’, menyendiri dan enggan bergaul dengan masyarakat,” jelasnya.

IMG_20251101_201252.jpg 5.27 MB
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Mayang Mall, di sini, semalam.

Menurut Zuraida, melalui kerjasama dengan NGO SAMO, pasukan sokongan yang terdiri daripada bekas pesakit, aktivis wanita, pegawai kesihatan akan berperanan memberi bimbingan, motivasi dan ilmu kepada pesakit serta ahli keluarga mereka.

“Kami, pasukan SAMO bersama pihak hospital, mahu mengajak mereka menyertai persatuan supaya tidak rasa terpinggir.

"Banyak teknologi rawatan terkini yang boleh membantu, dan kami mahu mereka diberi pendedahan serta ilmu,” ujarnya.

Zuraida turut menegaskan bahawa perjuangan melawan kanser bukan hanya tanggungjawab pesakit semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan kuat daripada keluarga.

“Kita bukan sahaja memberi motivasi kepada pesakit, tetapi juga kepada keluarga mereka.
IMG_20251101_201242.jpg 5.14 MB
"Tanpa sokongan dan ilmu daripada keluarga, sukar bagi pesakit untuk bangkit menerima penyakit itu.

"Sokongan suami, anak-anak dan ahli keluarga amat penting untuk memastikan mereka menjalani rawatan dengan lebih positif,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Dasar Wanita Terengganu turut memberi tumpuan kepada aspek wanita dan kesihatan serta wanita dan keluarga, bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin dan berdaya juang.

“Kita ada Dasar Wanita Terengganu dengan segmen khusus wanita dan keluarga, wanita dan kesihatan semuanya saling berkait dalam menjaga kesejahteraan wanita,” ujarnya lagi.

Zuraida turut menyeru pesakit agar tidak berputus asa, rendah diri atau menyendiri.

“Anda tidak keseorangan. Pihak kerajaan sentiasa bekerjasama dengan NGO dan agensi untuk membantu pesakit kanser.

"Kita akan terus melaksanakan pendekatan di peringkat akar umbi bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya rawatan awal.

"Dahulu, pesakit malu dan lebih memilih rawatan alternatif atau bomoh, bukan kita menolak, tetapi sebaiknya rawatan hospital juga perlu diteruskan,” jelasnya.

IMG_20251101_201312_910.jpg 3.58 MB
Beliau turut menggalakkan pesakit untuk menyertai persatuan seperti SAMO agar lebih bermotivasi dan berilmu dalam mendepani cabaran penyakit tersebut.


Tag :

Artikel Berkaitan