Artikel "utama. semasa" Terkini
Aidilfitri Bermakna, 69 Peserta BSA Akhirnya Miliki Rumah Sendiri
Syawal tahun ini pastinya lebih istimewa buat 69 peserta Projek Besut-Setiu Agropolitan (BSA) apabila impian mereka untuk memiliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
25 Mar 25
102
Terengganu Menuju Era Bandar Pintar & Ekonomi Digital
Terengganu kini bersedia untuk melonjak sebagai pusat bandar pintar dan ekonomi digital, hasil daripada kerjasama strategik antara syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, Terengganu Advance Joint Digital Intelligent Developement Corporation (TAJDID) Corporation Sdn. Bhd. dan tiga syarikat teknologi terkemuka.
23 Mar 25
672
Sultan Mizan Kurnia Sumbangan Aidilfitri
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1446H Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Istana Syarqiyyah
20 Mar 25
134
Pelita Raya 2025: Satu Kejayaan Walaupun Tersasar Jangkaan Awal
Festival Pelita Raya 2025 mencatat kehadiran lebih 170,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjurannya, satu angka yang masih membanggakan meskipun tidak mencapai sasaran awal lebih 200,000 pengunjung.
20 Mar 25
148
Anak Asnaf Terima Sumbangan Istimewa Melalui Projek Baju Raya
Seramai 60 orang anak asnaf dari daerah Kuala Nerus dan Setiu menerima sumbangan istimewa menerusi Program Projek Baju Raya 2025, yang bertujuan memastikan mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.
13 Mar 25
92
Epic Berhad Peruntuk RM60 Ribu Rai Anak Asnaf
Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (“EPIC Berhad”) meraikan 170 anak asnaf dengan memperuntukkan RM60,000 melalui Program Jalinan Kasih Ramadan 2025.
13 Mar 25
65
Komposisi dan Pelantikan Anggota Lembaga dalam RUU Bernama (Pindaan) 2024 Dipersoal
KUALA LUMPUR, 27 Februari – Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh semalam membangkitkan isu pelantikan dan komposisi anggota lembaga dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Bernama (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat.
Beliau menegaskan bahawa terdapat ketidakseimbangan dalam perwakilan, khususnya melibatkan wakil kerajaan dan ketiadaan wakil daripada pihak pembangkang.
Menurutnya, berdasarkan pelantikan pada tahun 2023, hanya empat wakil kerajaan yang dilantik, bukan enam seperti yang sepatutnya sehingga tiada seorang pun wakil dari pihak Perikatan Nasional (PN).
“RUU ini digubal atas dasar kepentingan nasional, tetapi anehnya tiada wakil daripada pihak pembangkang. Ini menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dan keseimbangan dalam proses pelantikan,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat, semalam.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan peranan Kementerian Komunikasi dan Digital dalam pelantikan anggota lembaga, memandangkan beberapa fungsi kementerian telah dipindahkan Namun dilihat pelantikan masih dikawal oleh kementerian tersebut.
Beliau juga mencadangkan supaya pelantikan anggota lembaga yang mewakili organisasi media ditambah baik dengan menetapkan bahawa jawatan mereka terlucut secara automatik sekiranya mereka tidak lagi mempunyai hubungan dengan organisasi yang diwakili.
“Jika tidak ditetapkan secara automatik, ia boleh menimbulkan konflik dan kesukaran, seperti yang pernah berlaku dalam parti politik tertentu,” ujarnya.
Dalam perbahasannya itu, Zulkifly turut membangkitkan isu pelantikan seorang hakim sebagai Yang Dipertua dalam sebuah majlis penyeliaan dan meminta kerajaan memberikan justifikasi terhadap pelantikan tersebut dan bagaimana ia selaras dengan prinsip ketelusan.
"Apakah asas pertimbangan dalam pelantikan ini? Adakah ia selari dengan peranan seorang hakim dalam sistem kehakiman?" soalnya.
Justeru beliau berharap kerajaan dapat memberikan penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan, khususnya dalam memastikan keadilan dan ketelusan dalam pelantikan anggota lembaga serta peranan kementerian dalam proses tersebut.
26 Feb 25
124
Terengganu Percepat Pembinaan 'Breakwater' di Kawasan Kritikal
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu akan mempercepatkan pembinaan pemecah ombak 'breakwater' di kawasan-kawasan kritikal akibat hakisan yang kian meruncing pada masa terdekat ini.
16 Jan 25
198
Langkah Hibrid Kawal Hakisan Pantai Terengganu
Langkah hibrid iaitu menggabungkan pembinaan pemecah ombak (breakwater) dengan tukun bagi meminimakan kesan hakisan pantai di negeri ini perlu dilakukan.
16 Jan 25
194
Kedai ‘Ditelan’ Ombak, Warga Emas Hilang Punca Pendapatan
Seorang warga emas hilang punca pendapatan utama selepas kedai makan dan bangsal memproses hasil laut yang diusahakan sejak 20 tahun lalu di Kampung Tanjung, Pantai Batu Rakit di sini, roboh ekoran dibadai ombak besar.
14 Jan 25
202