Artikel "utama. semasa" Terkini
Al-Quran Benteng Umat Hadapi Cabaran Zaman - Ahmad Samsuri
SETIU, 29 Oktober - Umat Islam diseru menjadikan al-Quran sebagai benteng utama dalam menghadapi pelbagai cabaran dunia moden yang semakin mencabar nilai dan akhlak masyarakat masa kini.Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata penghayatan terhadap al-Quran bukan sahaja memperkukuh keimanan, malah menjadi panduan dalam membina disiplin serta ketakwaan bagi setiap lapisan masyarakat.FB_IMG_1761673405717.jpg 151.33 KB"Melalui program seperti ini, warisan ilmu dan tradisi peradaban Islam akan sentiasa diperkasa dan memastikan kesinambungan nilai dan kebajikan kita sebagai negeri darul iman."Marilah kita terus berikhtiar menjadikan al-Quranul Karim sebagai rujukan utama dan benteng dalam menghadapi cabaran moden yang sentiasa berkorupsi saban waktu di setiap peringkat sama ada secara individu, keluarga, masyarakat dan juga negara," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 1447 Hijrah/2025 Masihi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, malam tadi.Majlis yang dihadiri lebih 1,200 tetamu dari pelbagai latar belakang itu turut menampilkan seramai 37 peserta, terdiri daripada 10 qari dan qariah serta 27 hafiz dan hafizah, yang akan berentap dalam acara tahunan tersebut.FB_IMG_1761673265253.jpg 237.11 KBAhmad Samsuri turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran berkenaan serta menegaskan bahawa majlis tilawah dan hafazan bukan sekadar pertandingan berbentuk seni suara, sebaliknya wadah memperteguh nilai rohani dan kemanusiaan."Tilawah dan hafazan al-Quran bukan semata-mata suatu simbol kepada keindahan seni suara dan bacaan, bahkan ia adalah panduan dalam memperteguh nilai kebenaran, keadilan dan kasih sayang sesama kita," ujarnya.Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk terus menjadikan al-Quran sebagai asas pembentukan jati diri dan identiti rakyat Terengganu."Kepada seluruh rakyat Terengganu, terima kasih saya ucapkan di atas tonggak baru yang menjadikan al-Quran sebagai teras identiti negeri kita yang tercinta ini," katanya.FB_IMG_1761673305729.jpg 129.8 KBSementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK), Dato' Nara Setia dalam ucapannya, menegaskan bahawa penganjuran majlis berkenaan merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan umat Islam dengan wahyu Allah serta kesinambungan warisan ilmu Islam di negeri ini."Majlis Tilawah dan Hafazan ini bukan semata-mata platform pertandingan tetapi medium untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan al-Quran sebagai sumber ilmu, pedoman hidup dan asas pembinaan tamadun berteraskan nilai wahyu," pesannya.Beliau berkata, tradisi tilawah dan hafazan perlu diteruskan bagi memastikan generasi muda membina akhlak berlandaskan panduan wahyu serta menjadikan kalamullah sebagai pedoman kehidupan."Sesungguhnya bacaan al-Quran yang sempurna bukan sekadar merdu di telinga tetapi lebih bermakna apabila menyentuh hati dan diterjemahkan dalam amal serta akhlak," jelasnya.Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 1447 Hijrah/2025 Masihi di daerah Setiu itu dijadualkan untuk berlangsung selama tiga hari bermula pada 28 sehingga 30 Oktober ini.
3 jam yang lepas
65
Lebih 1,500 Sukarelawan T-Volt Sedia Digembleng Hadapi Bencana
KUALA NERUS, 28 Oktober - Seramai 1,500 tenaga sukarelawan aktif Terengganu Volunteer (T-Volt) bersedia untuk digembleng terutama menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang akan tiba tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, angka itu diperoleh selepas proses pemutihan dilakukan oleh Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) bagi memastikan hanya ahli yang benar-benar aktif kekal dalam senarai.SAI_3300 .jpg 3.93 MB"Sebenarnya T-Volt dilancarkan sejak pada 2019, semasa HEBAT 1.0. Dan alhamdulillah kita dah terima banyak penyertaan dan kita dah buat pemutihan. Saya dimaklumkan oleh pihak urus setia setelah dibuat pemutihan ada baki 1,500 orang."Cuma Sukarelawan T-Volt dia bukan buat operasi menyelamat. Biasa pasca banjir. Jadi kerja yang kita buat kebiasaannya adalah membantu membersihkan rumah mangsa banjir."Sebab menyelamat kita tidak mampu untuk memberikan pendedahan, operasi menyelamat ini sebab ia telah dilaksanakan oleh pihak agensi-agensi yang berkaitanlah (seperti bomba, dan polis)."Jadi apa yang kita boleh buat adalah operasi selepas daripada banjir. Jadi yang ini memang rutin. Setiap tahun apabila ada bencana saja, selesai saja bencana kita akan mulakan gerakkan.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Himpunan Belia Terengganu (HEBAT) 2.0 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, baru-baru ini.Menurut Hishamuddin, T-Volt kini menjadi antara pasukan sukarelawan aktif di negeri itu dan sentiasa digerakkan dalam pelbagai misi sukarelawan yang tidak terhad hanya pada musim tengkujuh."Untuk program ini (Karnival HEBAT 2.0) juga ada anggota T-Volt yang terlibat seramai 100 orang. Kurang lebih macam itulah 100 orang, sebagai sukarelawan," ujarnya.Jelasnya, keahlian T-Volt terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, pekerja sektor swasta, kakitangan kerajaan dan individu bekerja sendiri.Menurutnya lagi, penyertaan ahli T-Volt dikendalikan secara fleksibel dan menggunakan pendekatan digital bagi memastikan gerak kerja dapat dijalankan dengan pantas apabila diperlukan."Setiap kali ada perkara yang kita perlukan perlibatan mereka, kita hanya ‘blast’ melalui WhatsApp saja. Mereka akan nyatakan hasrat (untuk menyertai misi)," katanya sambil menambah kelebihan ini membolehkan pelaksanaan bantuan dilakukan segera apabila berlaku bencana besar.Sejak penubuhannya pada tahun 2019, T-Volt setiap tahun digerakkan bagi membantu mangsa banjir menerusi operasi pembersihan pasca bencana termasuk ke luar negeri seperti Pahang dan Johor.
1 hari yang lepas
102
Pelajar Perempuan Jangan Bersendirian, Langkah Awal Elak Tragedi - Maliaman
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim, menasihati pelajar khususnya pelajar perempuan agar tidak bergerak bersendirian walaupun dalam kawasan sekolah, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kes jenayah seksual di institusi pendidikan.
14 Oct 25
80
Lebih 1,500 Pelajar Hulu Terengganu Terima Bantuan One-Off Yayasan Terengganu
Lebih 1,500 calon peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di daerah Hulu Terengganu menerima manfaat daripada Bantuan One-Off Yayasan Terengganu (YT) bagi membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan serta memberi suntikan semangat menjelang musim peperiksaan.
14 Oct 25
82
Didik Dahulu, Hukum Kemudian – Dr. Khalil
Kerajaan Terengganu menegaskan pendekatan pelaksanaan Syariah di negeri ini memberi keutamaan kepada pendidikan dan kefahaman masyarakat, berbanding terus melaksanakan hukuman.
30 Sep 25
87
182 Unit Rumah Realisasi Harapan Penduduk Rantau Abang
Sebanyak 182 unit Rumah Mampu Milik (RMM) yang sedang dibina di Balai Besar, Dungun bakal memberi manfaat besar kepada rakyat khususnya penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.
30 Sep 25
68
6,000 Rakyat Terengganu Sertai Hari Cuci Malaysia
Seramai 6,000 peserta membanjiri Pantai Batu Buruk sempena Hari Cuci Malaysia 2025 bersempena World Cleanup Day 2025 peringkat negeri Terengganu yang berlangsung semalam.
30 Sep 25
68
SUTERA 2025: 'Photo Finish' Penentu Juara 4x100M Lelaki
Hanya 26 detik menjadi penentu yang memisahkan nasib dua kuartet dalam perlumbaan akhir 4x100M lelaki Sukan Terengganu (SUTERA) 2025.
28 Sep 25
105
Karnival Pantai 2025: Selami 'Akar Tradisi, Warna Identiti'
Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) kini menampilkan Karnival Pantai edisi 2025 dengan tema 'Akar Tradisi, Warna Identiti', menelusuri identiti negeri pantai timur yang penuh budaya dan tradisi itu.
17 Sep 25
98
Sultan Terengganu Berkenan Mencemar Duli Sertai Sultan Mizan Cup 2025
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyertai acara kuda lasak Sultan Mizan Cup 2025 di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, petang tadi.
17 Sep 25
108