Artikel "Komuniti" Terkini
3,000 Bungkus Gulai Ayam untuk Juadah Berbuka Puasa
KUALA NERUS, 1 Mei - Sebanyak 3,000 bungkus gulai ayam disediakan oleh Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir untuk masyarakat sekitar sebagai menu berbuka puasa.
Pegawai Penyelaras DUN, Mohd Fazil Wahab, berkata lauk berkenaan diberikan bagi meringankan sedikit perbelanjaan harian penduduk dan memberi kelainan sempena bulan puasa kali ini.
"Kita agihkan gulai ayam ini sedikit sebanyak mengurangkan kos untuk penyediaan lauk bagi berbuka puasa setiap keluarga yang berkenaan.
"Sebelum ini kita dah agihkan bahan mentah, jadi apa salahnya kita berikan makanan yang boleh terus dimakan tanpa perlu dimasak," ujar beliau ketika ditemui di Perkarangan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir, petang tadi.
Gulai ayam diserahkan kepada Pengerusi MPKK untuk diagihkan ke kawasan masing-masing
Menurut Fazil lagi, juadah ini sebenarnya menunjukkan kebersamaan Pejabat Khidmat Masyarakat dalam merasai denyut nadi rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) masih lagi dilaksanakan.
"Kita agihkan lauk ini sebenarnya untuk kita berkongsi suka duka masyarakat yang berada dibawah jagaan kita.
"Kita tahu bukan semua yang dapat merasa, tetapi ia memberi makna kepada keluarga yang serba kekurangan," tambah Fazil lagi
Menurut beliau, semua lauk tersebut diagihkan kepada 19 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di dalam DUN Seberang Takir.
"Ia diwakili oleh Pengerusi MPKK untuk mengambilnya dan diagihkan kepada masyarakat dalam kampung mereka," katanya.
02 May 20
310
Kerajaan Negeri Seru Komuniti Bersama-sama Bangun Pelancongan Terengganu
Kerajaan negeri meletakkan kepercayaan kepada komuniti setempat untuk bersama-sama membangunkan produk pelancongan Terengganu ke aras lebih tinggi.
01 May 20
72
Kehilangan Warga Emas Akhirnya Terungkai
HULU TERENGGANU, 30 April - Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan kampung Bukit Diman, Ajil, di sini, ditamatkan petang Khamis, susulan mangsa ditemukan selamat berhampiran kawasan yang dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba Kuala Berang, Hanafi Mohd berkata, mangsa Taib Yaacob, 81, ditemukan orang kampung kira kira 4.10 petang di kawasan hutan berkenaan dalam keadaan tidak bermaya.
"Petugas operasi yang kemudian memeriksa mendapati mangsa adalah individu yang dicari. Mangsa ditemui selamat dalam keadaan separa sedar," katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.
Semalam, keluarga mangsa melaporkan Taib hilang pada 2.30 petang selepas keluar ke hutan seorang diri berhampiran rumahnya.
Susulan kehilangannya, SAR yang membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) diaktifkan dengan kawasan pencarian meliputi tiga kilometer dengan tumpuan di kawasan hutan dan kampung berdekatan.
Katanya lagi, mangsa difahamkan mengalami masalah pendengaran selain pergerakan agak perlahan berikutan faktor usia lanjut.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim yang turut serta dalam usaha pencarian mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam usaha pencarian mangsa sejak semalam.
01 May 20
266
Pemuda Kampung Tengah Cukai Siap Sedia Bantu Penduduk
KEMAMAN, 28 April - Seramai lima orang pemuda sentiasa bersiap siaga membantu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tengah Chukai melancarkan segala bentuk bantuan untuk penduduk.
Ketuanya, Abd Rahim Rahmat Noor berkata, mereka akan sentiasa bersiap sedia dan membantu sehingga selesai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di seluruh negara ketika ini.
"Matlamat kami di sini adalah untuk membantu memudahkan segala urusan penduduk kampung.
"Setakat hari ini kami telah membantu mengagihkan sumbangan berbentuk wang tunai, beras, barangan dapur, lampin pakai buang, susu, ayam, roti dan sebagainya," ujarnya.
Menurutnya lagi, semua bantuan yang diagihkan ini adalah daripada kerajaan negeri dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Sumbangan ini dihantar oleh kami dari rumah ke rumah yang lain. Setiap rumah yang berada di bawah tanggungjawab MPKK Tengah Chukai diberi perhatian," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita selepas selesai mengagihkan kurma dan takwim Ramadan kepada penduduk.
Bantuan tersebut adalah sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah mat.
01 May 20
470
Virus Influenza, Penduduk Terengganu Perlu Berwaspada - MB
Orang ramai terutama warga emas, kanak-kanak dan mereka yang dikategorikan berisiko tinggi dijangkiti virus influenza dinasihatkan supaya sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.
01 May 20
129
'Hor Toh YB' ADUN Air Putih
Menjadi rutin harian Cikgu Ab Razak Ibrahim memulakan tugasnya seawal pagi di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih.
30 Apr 20
4231
Terengganu Menuju Masyarakat Tanpa Tunai
Rakyat Terengganu bakal menjadi masyarakat tanpa tunai jika mereka menggunakan sepenuhnya kad MyDebit dalam urusan harian.
30 Apr 20
57
7,000 Kilogram Ikan Tongkol, Selayang Untuk Lauk Berbuka
Ikan untuk diagihkan kepada masyarakat.
Oleh : Mohd Zukifli Mat
KUALA NERUS, 28 April - Menyedari kesusahan rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mengagihkan 7,000 kilogram ikan tongkol dan selayang halus sebagai lauk berbuka puasa untuk penduduk di kawasan berkenaan semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tepoh Care itu memberi keutamaan kepada keluarga yang terjejas pendapatan.
"Sebanyak 5,000 kilogram ikan tongkol dan 2,000 kilogram ikan selayang halus telah diagihkan pada hari ini.
"Sebagaimana yang diketahui, kita semua masih dalam lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini menyukarkan penduduk mencari rezeki," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Dewan Serbaguna di sini semalam.
Hishammuddin meninjau persiapan agihan yang dilakukan.
Katanya, urusan untuk agihan kepada penduduk mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Tepoh.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama islam untuk sama-sama merebut ganjaran di bulan Ramadan dengan membaca al-Quran.
"Elakkan berbuat perkara yang sia-sia dan usah kurangi pahala puasa dengan bicara yang tidak disukai Allah SWT.
"Keistimewaan Ramadan seperti ganjaran pahala berlipat kali ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas, jadi rebutlah peluang sebaiknya," tambah beliau.
29 Apr 20
232
Empat Nelayan Hilang Ditemui Selamat
KUALA TERENGGANU, 14 Februari- Empat nelayan yang dilaporkan hilang di laut sejak keluar 7 Februari lalu, ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), hari ini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, nelayan-nelayan itu ditemui lebih kurang 10 batu nautika ia dilaporkan hilang pada 5.15 petang.
"Kami menerima laporan kehilangan pada 10.00 malam dua hari lalu dan memulakan pencarian awal pagi semalam menggunakan Kapal Maritim (KM) Jujur dan KM Gemia.
Komander Maritim Ariffin Ghazali.
"Hari ini merupakan hari kedua pencarian pihak APMM dan nelayan terbabit ditemui oleh KM Gemia setelah tujuh hari hilang di laut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di jeti Ibu Pejabat APMM Terengganu, di sini, malam ini.
Menurutnya, nelayan berkenaan iaitu Azwan Yusof, 36; Walik Hafizul Walek@Raffa, 35; Hanafi Nasrizal Hamtha, 26, dan Mohd Faizan Musa, 29 yang menaiki bot kelas A dengan nombor pendaftaran TRF 1178 itu ditunda Kapal Maritim (KM) Gemia ke jeti APMM, sebentar tadi.
"Keempat-empat nelayan terbabit kini berada dalam keadaan stabil setelah kita memberikan makanan serta rawatan awal.
Bot nelayan yang hilang sejak tujuh hari lalu.
"Pemeriksaan awal, kita dapati bot mengalami kerosakan pada bateri menyebabkan ia tidak dapat dihidupkan dan mereka hanyut," katanya.
Terdahulu, bot dinaiki nelayan dari Kampung Losong dilaporkan hilang selepas keluar ke laut Jumaat lalu.
Adik Azuan yang merupakan tekong bot, Mohd Amri Yusof, 33, melaporkan kejadian itu kepada APMM Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut, dua hari lalu setelah abangnya tidak dapat dihubungi.
KM Gemia sedang menunda bot ke jeti.
14 Feb 20
563
Pimpinan Setiu Luang Masa Santuni Pesakit
Shaharizukirnain menyantuni pesakit di Hospital Setiu.
Oleh: Fahmi Izzuddin
SETIU, 5 Februari - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Ab Kadir mengetuai program ziarah bulanan ke Hospital Setiu semalam bersama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri dan Batu Rakit, Zul Bhari A Rahman serta Mohd Shafizi Ismail.
Zul Bhari berkata, program yang menjadi rutin bulanan itu mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua kakitangan Hospital Setiu.
Katanya, aktiviti berkenaan juga mampu memberi motivasi kepada pesakit dan ahli keluarga yang sedang diuji.
Zul Bhari mendengar perkongsian hidup daripada seorang pesakit.
“Tujuan utama kita mengadakan ziarah adalah sebagai memberi semangat dan harapan kepada pesakit untuk sembuh.
“Di samping kita dapat memberi keceriaan kepada mereka untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa,” ujarnya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).
Dalam kunjungan yang berlangsung selama satu jam itu, buah tangan serta keperluan harian turut diedarkan kepada pesakit.
Mohd Shafizi (kanan,).
04 Feb 20
176