lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

598 Peserta Tanah Terkilan Kemaman Terima Borang 5A
598 Peserta Tanah Terkilan Kemaman Terima Borang 5A
Seramai 598 peserta tanah terkilan daerah Kemaman akhirnya mampu menarik nafas lega selepas memperoleh borang 5A bagi tanah-tanah yang dipohon sejak 20 tahun lalu.
03 May 20
259
Sambutan Tahun Baru Cina dirai dengan harmoni
Sambutan Tahun Baru Cina dirai dengan harmoni
Hampir 500 masyarakat Tionghua Kuala Terengganu dirai dengan penuh harmoni dalam satu Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
03 May 20
67
PKM Dan SCAM Agih Juadah Berbuka Kepada Warga Emas
PKM Dan SCAM Agih Juadah Berbuka Kepada Warga Emas
HULU TERENGGANU, 3 Mei - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Manir bersama Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu (SCAM )telah mengadakan program agihan juadah berbuka kepada warga emas terpilih bersempena bulan Ramadan kali ini. Agihan juadah itu diketuai oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir Ustaz Shuqiman Tahar bersama Ahli Jawatankuasa SCAM, Jusoh Mohamad, serta empat wakil SCAM yang turut hadir bersama-sama dalam program tersebut. Menurut Ustaz Shuqiman, edaran juadah berbuka kepada warga emas ini sebagai tanda kebersamaan serta ingin berkongsi kegembiraan bersama-sama mereka. "Di bulan yang mulia ini, menjadi tanggungjawab membantu orang yang memerlukan. "Program agihan seumpama ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan disamping sumbangan kebajikan kepada golongan asnaf serta golongan yang memerlukan di sekitar DUN Manir," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan semalam. Sebahagian edaran juadah tersebut disempurnakan oleh Adun Manir, Hilmi Harun kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk diagihkan kepada warga emas yang telah dikenalpasti. Lebih 70 bungkus nasi beriani dan kurma telah berjaya diedarkan dalam lanjutan siri pertama yang diadakan minggu lepas.
03 May 20
68
8,000 Lauk Diagih Sempena Kasih Ramadan
8,000 Lauk Diagih Sempena Kasih Ramadan
SETIU, 4 Mei – Lebih 8,000 lauk berbuka puasa akan diagihkan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit di sepanjang bulan Ramadan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, inisiatif itu diambil kerana turut mengambil kira ketiadaan bazar Ramadan yang menyulitkan orang ramai untuk mendapatkan juadah berbuka puasa. “Melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), kita telah mengubah corak pengagihan yang biasa kepada cara agihan berbentuk lauk atau bahan mentah. “Pada hari keempat, enam dan sembilan Ramadan, kita telah agih kepada lebih 393 keluarga dari tiga kampung iaitu Kampung Darat Hulu, Bukit Agu dan Padang Kemunting,” katanya kepada pemberita hari ini. Tambah beliau, usaha tersebut akan digandakan pada hari-hari yang seterusnya dengan melibatkan tenaga kerja daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). “Sumbangan lauk tersebut akan dibuat melalui MPKK masing-masing mengikut kampung,kita akan pastikan semua yang layak dapat,” jelasnya.
03 May 20
141
'Singgah Sahur' Diteruskan
'Singgah Sahur' Diteruskan
DUNGUN, 3 Mei- Program Singgah sahur yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi setiap kali Ramadhan terus diadakan tahun ini. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sebanyak 180 pek makanan diagihkan kepada para petugas waktu malam di DUN berkenaan untuk dinikmati ketika bersahur. "Kita adakan program singgah sahur ini selama dua malam bermula 1 Mei lalu. "Mereka yang bekerja samada kerajaan atau swasta yang dibenarkan beroperasi pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini termasuk pengawal keselamatan, anggota bomba dan polis telah kita santuni dan agihkan pek makanan berkenaan. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, disini, hari ini. Turut serta didalam Program Singgah Sahur, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Khaziman Khalik. Katanya, program yang diadakan itu telah dimaklumkan secara bertulis kepada Balai Polis di DUN berkenaan serta berada didalam pengetahuan pihak berwajib.
03 May 20
185
Sambutan Hari Sayyidatina Aisyah Hangat
Sambutan Hari Sayyidatina Aisyah Hangat
Hari Sayyidatina Aisyah Wanita Inspirasi Peringkat Daerah Besut dan Setiu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran 1,500 orang wanita memenuhi Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong, baru-baru ini.
02 May 20
120
'Hor Toh YB' ADUN Kemasik
'Hor Toh YB' ADUN Kemasik
Segmen kali ini kita bawakan kepada anda rutin harian DUN Kemasik iaitu YB IR Saiful Azmi Suhaili. Sila like & Share ye.
02 May 20
609
Terengganu Sambut Baik Kunjungan Wakil Uyghur
Terengganu Sambut Baik Kunjungan Wakil Uyghur
Kerajaan negeri menyambut baik kunjungan dua wakil kaum Uyghur ke Terengganu dalam sesi jelajah Malaysia bagi menceritakan keadaan sebenar umat Islam di China.
02 May 20
72
DUN Wakaf Mempelam Rancang Program ‘Kampung Ku Syurga Ku’
DUN Wakaf Mempelam Rancang Program ‘Kampung Ku Syurga Ku’
Kerajaan negeri berhasrat melaksanakan program ‘Kampung Ku Syurga Ku’ di Masjid Ibadur Rahman Kuala Bekah Kuala Terengganu Mac ini bagi melahirkan masyarakat suka pergi ke masjid, membaca Al-Quran, hormat kepada orang tua sekali gus melahirkan masyarakat beriman dan bertakwa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.
02 May 20
325
Kerajaan Sedia Bantu Adik Zhafran Amsyar
Kerajaan Sedia Bantu Adik Zhafran Amsyar
Kerajaan Terengganu menyatakan kesudian untuk membantu adik Muhammad Zhafran Amsyar Zamzuri yang berusia 1 tahun, penghidap penyakit hati kronik, jantung dan uluran untuk menjalani pembedahan hati.
02 May 20
91